Perfect Match

Assalamualaikum
Bismillah


Bercerita tentang pengalaman masa kecil, aku selalu dibandingkan dengan abang aku dulu. Yes, I admire him so much since I was child. Bersaing dalam diamlah katakan. Aku tidak pernah jadikan orang lain sebagai rival aku selain abang aku sendiri. Dan aku sentiasa di bawah dia apabila melibatkan hal-hal akademik. Dari UPSR, PMR sehinggalah SPM aku tidak pernah dapat kalahkan dia. Hahaha. 

Tapi aku sedar, walaupun aku bersaing dengan dia, aku tidaklah jadi anak itik ja kan ikut ibu itik di belakang hahaha. Aku sedar yang aku ada kemampuan dan kebolehan aku sendiri. Habis SPM aku lawan arus daripada abang aku. Hehe abang aku kat Matrikulasi, manakala aku pula sahut cabaran ambil STPM yang orang kata susah tue. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan jalan yang aku pilih. Aku bersyukur kerana ALLAH masih berikan kesempatan kepada aku untuk menuntut ilmu.

Alhamdulillah, kami sama-sama dapat masuk di universiti yang sama cuma berlainan course. Abang aku ambik bidang “Sivil Engineering”, aku pula dengan cita-cita aku sebagai “Child and Family Psychology”. Walaupun begitu, abang aku tidak dapat menghabiskan pengajiannya dalam erti kata lain, tidak dapat memiliki Ijazahnya. Berhenti begitu sahaja. Tiba-tiba aku rasa mahu menangis pula. Tak adalah cuma aku rindu mahu bercerita dengan abang aku pasal sekolah, cerita tentang aku penat dengan assignment aku, dia pula stress dengan projek dia. Rindu masa kami masih sama-sama sekolah. Tapi apakan daya, mungkin rezeki dia sampai di situ sahaja. Ya Allah, kenapa aku menangis nie? 

Abang aku sekarang bekerja part-time di bahagian pelancongan. Katanya mahu kumpul duit. Mungkin mahu kahwin, mungkin juga mahu bayar hutang yuran pengajian yang tertunggak dan hutang PTPTN. Dan aku masih di UMS Sekarang cuti semester Aku jarang dah lepak dan cerita dengan dia, sebab kasihan dia penat kerja kan. However, I still admire him more. Kadang tue terharu juga bila dia prihatin tentang pelajaran aku, kirim duit belanja, nasihat mumy aku jangan ganggu aku masa exam, bagi nasihat supaya aku belajar bagus-bagus. Allahu, napa air mata nie terus jatuh. Aku kagum sebab dialah orang pertama yang masuk universiti dulu memandangkan abang aku merupakan anak sulung. Bayangkan tiada tunjuk ajar daripada sesiapa, semuanya dia terpaksa hadapi sendiri.

Dia pernah cakap, banyak kesilapan yang dia pernah buat, so dia tidak mahu aku ulang kesilapan dia. That’s why he help me a lot. He gives me an advice and tips about how to survive in university, how to spend money wisely, how to handle group discussions and much more. But people labelled him as a failure because he didn’t get his degree.

Abang aku dipandang serong sebab hanya menyusahkan orang tua aku. Menghabiskan masa dan duit di universiti. Tapi apa yang orang tahu dia hidup di universiti nie macam mana? Apa yang kau tahu dia makan atau tidak masa tue? Dan sekarang aku dijadikan sebagai anak harapan keluarga. “Kau sajalah yang dapat ubah nasib keluarga sekarang, jangan jadi macam abang kau, belajar pun tak habis”. Aku rasa mahu muntah semuanya hahaha. 

Tolong hentikan semua ini. Bukan kamu yang tentukan masa depan aku, masa depan abang aku, masa depan keluarga aku. Aku cuma benci orang yang merendahkan usaha orang lain. Dan aku benci orang yang cakap "sia-sia saja dia belajar tinggi tapi pulang dengan tangan kosong takda dapat apa-apa". Sebab aku percaya semua yang jadi itu ada hikmahnya. ALLAH tidak pernah jadikan sesuatu itu secara sia-sia.

He will always be my sibling rivalry. The one and only 😊 No matter what people are going to say. We know ourselves much better than you.

Nurulatika Yunus

8 comments:

  1. Teruskan menyokong abang Nurul.. di saat orang lain merendah-rendahkan dia, dia akan terus kuat dengan sokongan keluarga dan Nurul.. besar tanggungjawab dia sebagai anak sulung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak Shahida.. sy doakan semoga akak pun bahagia dan berjaya di dunia & akhirat :D

      Delete
  2. you're lucky that your brother is kind :D

    I don't even have a brother. Sob sob.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes,, my siblings are gift from ALLAH that I'm grateful to have :)

      Delete
  3. Orang lain memang suka judge dari pandangan mata kasar mereka, padahal kita lebih kenal keluarga kita sendiri. I'm sure he got his own reason for whatever he did.

    ReplyDelete
  4. if u don't mind me asking, kenapa abang awak berhenti? saya dengan adik beradik pun selalu bersaing haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha .. hmm it's a long story to talk about.. Insya'Allah I will write about that later :D.

      Delete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, dan pandangan. Boleh tinggalkan komen anda.