Janji Dah Tertunai

Assalamualaikum
Bismillah

Setelah lama menghilang, akhirnya muncul kembali. About a few weeks I guess laptop aku di kedai. Agak stress di situ dengan assignments yang berlambak. Alhamdulillah hari Sabtu tue dah siap. Memandangkan esok which is today (dah jam 1 pagi kan) aku takda kelas sepanjang hari, teringin pula mahu post something di blog. Rinduuu sudah!






Suka tengok gelagat budak-budak. Excited sangat dorang mahu berjalan. Maklumlah, setahun sekali keluar rumah. PTPTN dah masuk, tak salah pun buang duit sekali sekala untuk budak-budak kan, duit boleh di cari tetapi masa itu susah nak diganti. Lagipun, dorang nie pun makin besar, bila lagi ada kenangan masa kecil kan?

Tambahan pula aku belajar Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga. So, this is the right moment for their development. Adik aku yang sorang lelaki tu pun memang susah nak bersosial dengan kanak-kanak lain. Stranger anxiety dia tue agak tinggi jugalah.






Alhamdulillah, janji dah tertunai nak bawa budak-budak berjalan. Hahaha. Sebelum nie make promise dengan budak-budak nie kalau dapat 5A baru boleh bawa jalan lagi. Hmmm.. rasanya 5A tak berat sangat kot, berbanding nak suruh dorang dapat no 1 dalam kelas.

Sebab kalau zaman aku dulu, my dad sometimes pressure me to get at least top 3 in class. Kalau tak dapat top 3 memang kena marahlah hahaha. Thats why aku bawa ja dorang berjalan even tak dapat 5A lagi, at least ada motivated sikitlah kan.

Budak-budak nie tak boleh push dorang terus, sebab dorang pun pandai stress juga. Bukan kita yang tua-tua nie saja yang pandai stress. Apatah lagi, dorang nie tak pandai manage atau handle stress dorang macam kita yang dah dewasa nie.







Disebabkan aku semakin hari semakin busy dengan hidup sebagai seorang student ini, so mungkin ini saja masa yang aku ada dengan dorang. Selepas ini pun hanya mampu call dan tanya khabar melalui phone saja.

Aku pun tak boleh nak on blog lama sangat, ada assignment lagi nak buat. Tersalah buat jurnal, so terpaksa buat balik T_T huhu penat!

Bye!

Nurulatika Yunus

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, dan pandangan. Boleh tinggalkan komen anda.