Psikologi - Tingkahlaku Berlebihan/Kurang

Assalamualaikum
Bismillah

Source : Lecturer Notes

Malam yang amat sunyi dan indah ini,dengan rasa senang hatinya aku ingin berkongsi ilmu tentang psikologi. Insya'Allah aku akan cuba untuk menyampaikan dalam bentuk yang mudah difahami beserta contoh yang mudah.

Dalam kehidupan seharian, tanpa kita sedari adakala kita akan mengalami masalah tingkahlaku yang berlebihan (behavioral excesses) dan tingkahlaku kekurangan (behavioral deficits). Dalam erti kata lain, BE ini adalah tingkahlaku yang terlalu banyak dipamerkan yang mana melebihi paras normal tingkah laku. Manakala BD pula adalah tingkahlaku baik yang kurang dipamerkan oleh seseorang individu.

Aku akan cuba untuk menjelaskan dan memberi contoh dalam konteks psikologi kanak-kanak dan keluarga. Untuk mengetahui sama ada kanak-kanak mempunyai tingkahlaku BE atau BD, kita kena melihat konteks di mana dan bila berlakunya tingkahlaku tersebut. 

Sebagai contoh, kanak-kanak yang melukis pada kertas lukisan menunjukkan tingkahlaku yang normal. Namun, tingkahlaku itu akan menjadi tingkah laku yang berlebihan sekiranya kanak-kanak tersebut melukis berulang kali di dinding rumah walaupun setelah dimarahi oleh ibu bapanya. (sebab secara normalnya dinding bukan untuk dilukis). 

Contoh yang kedua pula,adalah tingkahlaku selfie tidak bertempat yang mana tidak sesuai dengan situasi persekitaran. Berselfie ketika kuliah sedang berjalan merupakan tingkah laku yang berlebihan. Hal ini demikian kerana berselfie pada masa kuliah bukan sahaja memberi kesan negatif kepada diri sendiri (tidak fokus) tetapi juga mengganggu persekitaran atau orang sekeliling.

Bagi tingkahlaku kekurangan (BD) pula, misalnya seperti individu yang kurang berkomunikasi atau berinteraksi apabila memerlukan individu tersebut untuk berkomunikasi. Dalam sesetengah situasi adakalanya tidak memerlukan interaksi adalah normal. 

Apa yang pentingnya belajar atau mengetahui tentang "behavioral excesses and deficits" ini adalah untuk mengelakkan kita semua daripada MELABEL individu tersebut. Apabila label seseorang, maka individu itu akan memberi kenyataan palsu kepada tingkah laku yang telah dilabel. Seterusnya membawa kesan negatif kepada individu yang dilabel. Contohnya, labelling(judge) someone sebagai seorang yang pemarah, maka kesan negatif terhadap individu tersebut orang lain tidak akan berani berinteraksi terhadap dia. 

Selain itu juga, apabila kita dapat mengenal pasti tingkahlaku bermasalah (BE & BD) ini, kita akan dapat mencari langkah atau teknik untuk mengurangkan tingkahlaku berlebihan/kurang kepada tingkahlaku normal. Modifikasi tingkahlaku (teknik/kaedah) ini sangat penting untuk mengatasi tingkahlaku yang dianggap berlebihan, menghapuskan tingkahlaku yang tidak diingini, dan mengubah tingkahlaku yang tidak baik kepada tingkahlaku yang baik.

Hal ini kerana kadangkala wujud tingkahlaku yang boleh diterima oleh sesetengah individu tetapi tidak pada individu yang lain. Ada juga tingkahlaku yang hanya sesuai pada suatu situasi tetapi tidak pada situasi yang lain.

P.S : Waahh! For the first time aku sharing begitu details pasal psikologi (Asas Perubahan Tingkahlaku). Terharunyaaa T-T 

Semoga ilmu ini memberi manfaat dan pengetahuan yang berguna kepada korang semua. At least, dengan perkongsian yang sedikit ini membantu dalam meningkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang apa yang aku telah belajar. 

Doakan supaya bab ini masuk Mid-Term exam aku next week ngee~~hehe

Nurulatika Yunus

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, dan pandangan. Boleh tinggalkan komen anda.