Assalamualaikum
Bismillah


Baru-baru ini Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menyatakan di dalam facebook berkenaan dengan Semakan KADS1M Secara Online yang mana akan mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2017.

Assalamualaikum
Bismillah

Kebelakangan ini ada tak perasaan malas berblogging dan berasa kurang produktif dalam menulis blog? Biasalah, menulis ini pun ada kalanya mood macam roller coaster ada turun naiknya. Tapi kalau malas sampaikan blog bersarang labah-labah tak ber'update, then you need to do something. Melainkan betul-betul busy lah.. Tapi boleh juga setkan jadi auto publish kalau takda masa nak berblog kan? hehe~~


Tetapi salah satu sebab mengapa kebanyakkan bloggers gagal dalam berblog adalah kerana sikap MALAS itu sendiri. Gagal dalam berblog di sini bermaksud "tutup blog" ataupun "berhenti berblog". Memang betul, ada kalanya kita ketandusan idea dan berasa kurang motivasi untuk menulis sesuatu. Dan kalau korang berada dalam situasi begini, jangan risau. 

Di sini aku ada beberapa tips untuk mengelak daripada malas berblogging:

1. Dapatkan sumber atau idea untuk menulis 

Ada banyak cara untuk kita mendapatkan sumber atau idea untuk menulis. Salah satunya adalah dengan blogwalking kat blog orang lain. Daripada entry bloggers lain pun kita boleh jana idea baharu, TETAPI JANGAN PLAGIAT! 

Selain itu, kita juga boleh mendapat ilham untuk menulis berdasarkan pengalaman yang pernah kita alami. Contohnya seperti pengalaman bercuti ke suatu tempat yang menarik. Aku suka baca Blog Unni apabila melibatkan tempat-tempat menarik di Sabah. 

Bukan itu saja, kita boleh dapatkan sumber daripada menonton televisyen dan juga membaca. Kalau masih tak tahu juga nak tulis pasal apa, bolehlah cedok idea-idea ini sekiranya Syndrome Writer's Block Menyerang. Dengan tips ini kita akan dapat mengelakkan diri daripada malas berblogging sebab kebanyakkan blogger kekurangan idea dan sumber untuk menulis menyebabkan mereka kurang bermotivasi untuk menulis.

2. Tetapkan Masa Untuk Menulis 

Dalam penulisan blog juga amatlah penting sekiranya blogger menetapkan berapa masa yang diperuntukkan untuk sesuatu artikel. Apabila kita telah menetapkan masa untuk menulis, maka kita akan jadi berdisiplin dan konsisten. Dan sekiranya kita tidak sempat untuk publish entry, sekurang-kurangnya kita sudah punya bayangan tentang apa yang kita mahu kongsi dalam blog.

Salah satu tips untuk aku tetapkan masa adalah dengan membahagikan waktu tertentu untuk aktiviti ber'blog. Sebagai contoh, tetapkan berapa lama masa untuk menulis sesuatu entry? Berapa tempoh masa untuk blogwalking dan beramah-mesra dengan bloggers lain? Tetapkan masa untuk membalas komen para pembaca yang setia dan juga berapa lama masa yang diperlukan untuk kerja-kerja penambahbaikan dalam blog? 

3. Ingat Kembali Matlamat Menulis Blog 

Cuba kenang dan throwback kembali zaman-zaman keghairahan untuk menulis blog. Apakah faktor yang mendorong kita pada suatu ketika dahulu untuk menulis blog? Adakah sekadar untuk suka-suka? Adakah kerana ingin mendapatkan pendapatan sampingan? Adakah kerana minat dan hobi? Dan sebagainya. Fikirkan kembali matlamat kita menulis blog, Insya'Allah kita akan kembali bersemangat dan bermotivasi untuk menulis.

Matlamat aku berblog adalah menjadikan blog sebagai medan perkongsian ilmu disamping memperbaiki cara penulisan blog. Selain itu juga, aku mahu menjadikan blog ini sebagai Blog Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga di mana aku dapat berkongsi ilmu psikologi yang diperoleh kepada semua orang. Insya'Allah, aku masih dalam proses untuk mencapai matlamat ke arah itu.

Boleh baca entry tentang Psychology.

4. Enjoy Your Blogging! 

Come on! Blogging nie bukanlah perlu serius setiap saat. Nanti akan bertambah kedut di muka. Hehe~ Cuba untuk rasa seronok apabila menulis blog. Bayangkan yang kita sedang bercerita dengan seseorang. Be passionate about the topics you would like to share!

Jadilah seorang yang optimistik dalam berblog. Terdapat bloggers di luar sana yang berhenti blogging kerana mereka terlalu fokus untuk mendapatkan hasil ataupun outcome dalam berblogging. Contohnya, blogger yang menetapkan matlamat untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Apabila mereka tidak mendapat income atau mencapai matlamat yang ditetapkan maka mereka berhenti berblog.

Remember, profitable blogs are not made overnight (don't try to be fooled by those "guru" telling you to be rich overnight).

Ada banyak lagi tips blogging sebenanya, tetapi TIADA SIAPA YANG DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK BERHENTI MENJADI MALAS MELAINKAN DIRI ANDA SENDIRI.

Mungkin korang ada lebih banyak idea ataupun cara yang lebih baik berbanding ini tentang cara-cara untuk mengelak diri daripada malas berblogging. Bolehlah share tips kat komen untuk bertukar-tukar pendapat dan idea.

So, korang pula bagaimana cara mengatasi masalah malas dalam berblogging nie? 




Assalamualaikum
Bismillah


Setiap orang mempunyai perbezaan gaya belajar dari segi kekuatan, ciri-cirinya dan preferens dalam menerima dan memproses maklumat. Terdapat sebilangan pelajar yang lebih gemar memberi fokus kepada maklumat dalam bentuk data, fakta dan algoritma, sebilangannya pula lebih selesa dengan maklumat berbentuk teori dan model-model matematik. Ada juga yang gemar kepada maklumat berbentuk visual seperti gambarajah, ilustrasi atau skematik atau verbal seperti penerangan secara lisan atau kuliah.

Assalamualaikum
Bismillah


Google Image

Pertama sekali aku ingin meminta maaf atas entry yang dipost pada April lalu yang boleh dikatakan mendapat perhatian semua orang terutama para pelajar serta mahasiswa/i berkenaan SEMAK STATUS KAD SISWA (KADS1M)


Assalamualaikum
Bismillah

Source: Google Image



I wonder.. Malaysia nie sambut hari ibu kahr? Sebab aku tidak pernah nampak "Mother's Day" dalam kalender. *Janganlah marah, aku tanya ja pun... Aku tak tahu sangat pasal sambutan hari ibu ini, sebab dalam keluarga aku memang tak pernah sambut hari ibu mahupun hari bapa. Dalam erti kata lain, sambutan hari ibu itu tidak pernah wujud dalam konteks keluarga aku. Yang ada pun sambutan Hari Jadi Ibu hehe~~ 😊
Assalamualaikum
Bismillah

Asas Pembudayaan Keusahawanan(APK) is an event organized by students of University Malaysia Sabah (UMS). It is a platform where students of UMS apply their knowledge on running a business.



Before Ekspo APK, our group was busy setting up our booth and props which we named it as "Furball Playtime". We choose to do service for our business because lecturer said too many students choose foods and drinks for Ekspo-APK. Furball Playtime was created especially for cat lovers!