Terima Kasih Mumy!

Assalamualaikum
Bismillah

Source: Google Image



I wonder.. Malaysia nie sambut hari ibu kahr? Sebab aku tidak pernah nampak "Mother's Day" dalam kalender. *Janganlah marah, aku tanya ja pun... Aku tak tahu sangat pasal sambutan hari ibu ini, sebab dalam keluarga aku memang tak pernah sambut hari ibu mahupun hari bapa. Dalam erti kata lain, sambutan hari ibu itu tidak pernah wujud dalam konteks keluarga aku. Yang ada pun sambutan Hari Jadi Ibu hehe~~ 😊

Tak sambut hari ibu bukan bermakna kita tidak mengenang jasa ibu yang melahirkan kita. Cuma tak wajib pun kan. Sambutan hari ibu haruslah diraikan dengan menghargai ibu kita setiap hari. Tolong kemas rumah, tolong jaga adik, memasak dan kurangkan bebelan ibu kita sepanjang hari. Hehe~~Nak pahala lebih, doakanlah ibu bapa kita setiap kali selepas solat. Tenang sikit jiwa kita, dan sejuk hati mak lahirkan kita di dunia ni. 



Bagi aku, everyday is Mother's Day. Klise sangat dah ayat tu. Hahaha. 

Setiap tahun aku tidak pernah sambut hari ibu. Dulu masa aku kecil lagi, ikat tocang dua, comel gitu. Hahaha. Aku pernah tanya juga, "Mumy, kenapa kita tak sambut hari ibu?". Mak aku jawab, "Nak sambut buat apa?". Hahaha Even nak bagi kad hari ibu pun tak pernah weii~~ Maluuu.. Aku dengan mumy nie agak kamceng sikit. Tak pandai nak bermanja-manja. Kalau sekarang aku tanya mumy aku "Kenapa kita tak sambut hari ibu?". Confirm mak aku cakap, "Daripada kau bazir sambut hari ibu, bagus tolong mak jaga adik." Hahaha. Bila fikir, tugas ibu memang penat. Sekejap di dapur, sekejap mengemas di ruang tamu, sekejap menjerit bila tengok anak-anak bergaduh sesama mereka. Dengan bantuan kita yang sedikit itupun telah mengurangkan beban kerja mereka sedikit.


Nak sambut atau tidak terpulang dengan diri sendiri. Yang penting jangan lupa ibu bapa kita setiap hari, apatah lagi apabila kita sudah berjaya suatu hari nanti. Kadang kala tu, aku rasa terkilan dengan sesetengah orang yang terus lupa akan jasa orang tua apabila sudah berumah tangga, berkerjaya ataupun berjaya. Alasan dorang, "Sibuk, tak ada masa". Sedih tau! Bayangkan apabila kita dah tua nanti, anak-anak kita cakap macam tu. Pernah juga aku terdengar cerita tentang seorang anak yang marah akan ibunya kerana mengambil duit dalam tabung simpanan untuk membeli keperluan makanan di rumah. Padahal anak dia dah kerja pun. Tahukah perbuatan sedemikian merupakan penderaan emosi dan pengabaian kepada ibu tersebut? Banyak lagi kes-kes di luar sana yang lebih dasyat dan menyayat hati. 

Setiap hari aku ingatkan diri aku, walau macam mana kita cuba membalas jasa ibu bapa kita, memang tidak akan terbalas tidak kiralah gaji kau berjuta sekalipun. Mengapa aku cakap jasa ibu bapa tidak dapat dibalas? Cuba bayangkan saat ibu mengandungkan kita selama 9 bulan. Berapa banyak duit yang telah dilaburkan untuk menjaga kita? Itu baru mengandung, belum melahirkan lagi dengan bil hospitalnya, makan minumnya. Saat kita lahir saja di dunia ini pun kita sudah dibelikan pakaian, lampin, sarung tangan, bantal, tilam, dan full pakej peralatan bayi. Apabila kita mula bersekolah pada usia 5 tahun, ke sekolah rendah selama 6 tahun, sekolah menengah selama 5 tahun, mungkin ada yang ambil Matrikulasi, STPM, atau Kolej selama beberapa tahun dan akhirnya di Universiti. Sepanjang itu jugalah, ibu bapa kita yang bersusah payah memerah keringat mencari pendapatan untuk kita. Bukan untuk diri mereka. Kadang kita tidak sedar, kita terlalu manja, minta itu dan ini tanpa melihat yang ibu bapa kita tidak pernah membeli pun pakaian baru.


FAKTA yang menyakitkan! Jasa ibu bapa 10x ganda daripada duit pinjaman PTPTN. Dahlah pinjam duit PTPTN, ponteng kelas pula tu. Bayar yuran pengajian pun dah RM1+++. *Menikam, tertikam dan ditikam pisau di hati* 😱😭😭

Last words from me, Mum. I don't tell you this often enough but I really love you. You such an important person to us. I appreciate all of that you do for us. I know the words "Thank you" don't enough to pay all your hard work. But I promise! I won't let you cry anymore! 


Thanks for reading. Hashtag Mothersday.

Nurulatika Yunus

12 comments:

  1. Hehehe tahun ni first time mai bagi hadiah utk mama, harap next year dapat bagi yg lebih mewah dan mahal dan canggih dan cantik, hehehe aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha .. Kalau bole setiap hari nak bagi hadiah kat mumy kan .. hahaha

      Delete
  2. Rindunya family dekat kampung.. T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya'Allah nti dah free baliklah kat kampung :)

      Delete
  3. Hari-hari mother day. soo takpayah nak tunggu 14/05 kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeaa betul2.. hari2 Mother's Day haha

      Delete
  4. Hari2 hari ibu kan. Cuma hari ni org kata special sikit. Heee

    ReplyDelete
  5. In Shaa Allah sehari 5 kali rayakan mother's day. Hanya mampu bagi hadiah dlm bentuk doa je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya'Allah.. Amin.. semoga diberikan keberkatan & kesihatan kpd kedua org tua kita :D

      Delete
  6. saya cuma mampu bagi whatsapp mesej je lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's okaylah.. sebab Rasya kan jauh..

      Delete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, dan pandangan. Boleh tinggalkan komen anda.