Kenali 4 Aspek Gaya Pembelajaran

Assalamualaikum
Bismillah


Setiap orang mempunyai perbezaan gaya belajar dari segi kekuatan, ciri-cirinya dan preferens dalam menerima dan memproses maklumat. Terdapat sebilangan pelajar yang lebih gemar memberi fokus kepada maklumat dalam bentuk data, fakta dan algoritma, sebilangannya pula lebih selesa dengan maklumat berbentuk teori dan model-model matematik. Ada juga yang gemar kepada maklumat berbentuk visual seperti gambarajah, ilustrasi atau skematik atau verbal seperti penerangan secara lisan atau kuliah.



Oleh sebab itulah, kalau kita tengok orang lain, ada yang boleh belajar dengan muzik, belajar dengan suasana yang sunyi, belajar tanpa catat nota, belajar dengan nota warna warni, belajar dengan hanya mendengar lecturer mengajar dan macam-macam ragam gaya belajar yang kita nampak.

HUMAN IS REALLY UNIQUE! AM I RIGHT?

Sebelum korang mahu mengenal pasti korang tergolong dalam kategori gaya pembelajaran macam mana. Terdapat 4 aspek dalam gaya pempelajaran iaitu Pemprosesan, Persepsi, Input, dan Pemahaman. 

Jom kita kenal pasti gaya pembelajaran anda yang mana?


PEMPROSESAN

1. Active Learners
Active learners merujuk kepada pelajar yang lebih cenderung untuk mengingati sesuatu maklumat dengan melakukan aktiviti yang berkaitan dengannya seperti menggunakannya, menerangkannya ataupun membincangkannya dengan orang lain. Mereka yang suka menunjukkan gaya pembelajaran ini akan mengatakan “Mari kita cuba dan lihat bagaimana ianya berfungsi”. Selain itu, pelajar yang menggunakan gaya pembelajaran active ini lebih suka bekerja secara berkumpulan dan tidak gemar pengajaran secara kuliah sahaja. Active bermaksud cergas.

2. Reflective Learners
Reflective bermaksud sentiasa berfikir. Reflective learners pula adalah pelajar yang lebih suka memikirkan maklumat yang diperolehi terlebih dahulu. Pelajar yang menggunakan gaya ini biasanya akan berkata “Mari kita fikirkan dahulu”. Mereka juga lebih gemar melakukan kerja secara bersendirian dan cuba memikirkan penyelesaian masalah secara senyap. Mereka lebih senang sekiranya pengajaran adalah secara kuliah.



PERSEPSI

1. Sensing Learners
Sensing learners adalah pelajar yang lebih cenderung membaca sesuatu yang berkenaan dengan fakta. Sensors lebih sabar dengan maklumat-maklumat, mempunyai kelebihan mengingati fakta-fakta dan melakukan aktiviti secara handson. Pelajar-pelajar jenis ini lebih menggemari untuk mempelajari fakta, menyelesaikan masalah secara tersusun dengan contoh yang berkaitan, lebih teliti dalam menjalankan kerja-kerja amali, gemar menghafal dan tidak gemar pembelajaran yang tiada hubungkait dengan kehidupan diluar kelas.

2. Intuitive Learners
Pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran Intuitive ini lebih cenderung untuk mencari sebab, kemungkinan dan perkaitan. Intuitors lebih baik dalam memahami sesuatu konsep baru dan sentiasa berasa lebih selesa dengan idea-idea abstrak dan formula matematik. Pelajar jenis ini lebih gemar kepada sesuatu yang baru, cepat bekerja dengan keadaan yang tidak tersusun dan tidak gemar menghafal. Pelajar jenis ini juga tidak gemar guru mengulangi pembelajaran yang telah dipelajari dan lebih suka kepada inovasi.


INPUT

1. Visual Learners
Visual learners adalah pelajar yang dapat mengingat dengan baik apa yang telah mereka lihat seperti gambar, lukisan, gambarajah bersiri, filem dan demonstrasi. Mereka lebih menggemari guru yang mengajar dengan menggunakan bahan bantu mengajar serta menggunakan banyak persembahan grafik dalam pengajaran.

2. Verbal Learners
Verbal learners adalah pelajar yang lebih biasa dan menggemari gaya pembelajaran menerusi perkataan, lukisan serta penjelasan secara berhujah. Pelajar ini lebih suka mendengar guru atau perbincangan yang dijalankan di kelas dan suka membaca secara kuat serta mengulanginya beberapa kali.



PEMAHAMAN

1. Sequential Learners
Sequential learners adalah pelajar yang lebih cenderung dan selesa untuk memahami sesuatu secara sistematik dan dengan mengikut turutan. Sequential yang diambil dari perkataan sequence bermaksud susunan yang berturutan atau yang mengikut urutan. Pelajar ini lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu jika sesuatu pengajaran disampaikan secara tersusun dari mudah ke sukar dan mengikut langkah-langkah yang logic. Oleh itu, ia lebih menggemari guru mengajar secara tersusun dan menunjukkan hubungkait dengan apa yang telah diajar sebelum itu.

2. Global Learners
Global bermaksud pandangan menyeluruh dan global learners adalah pelajar yang lebih cenderung untuk mengumpulkan maklumat yang mereka perlu secara rawak dan seterusnya memahami sesuatu secara spontan berdasarkan maklumat yang mereka kumpulkan itu. Selain itu, pelajar jenis ini boleh menerima sesuatu maklumat dalam apa cara sekalipun sama ada tersusun atau tidak dan mereka berupaya menyelesaikan masalah yang kompleks secara pantas. Walaubagaimanapun mereka sukar menerangkan sesuatu yang mereka faham secara terperinci cara bagaimana mereka dapat menyelesaikan sesuatu masalah itu.


Berdasarkan gaya pembelajaran di atas, aku lebih cenderung mempunyai gaya pembelajaran bagi aspek Pemprosesan (Reflective Learners),  Persepsi (Intuitive Learners), Input (Visual Learners), dan Pemahaman (Sequential Learners)

Aku berharap dengan mengenali gaya pembelajaran sendiri dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik korang :D 

Nurulatika Yunus

14 comments:

  1. Sama lah dengan Syara empat-empat! eheheee ada chemistry ni :p Syara suka cikgu tunjuk slideshow bila mengajar 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sy pun suka juga dengan pensyarah yg tunjukkan slide sambil tue sy kena catat nota juga haha..

      Delete
  2. hai nurul kamu sabahan blogger kan.... jum la meriahkn sabahan blogger..website sabahan pun ada jgk tu..email unni yer

    fitriyani.fendi91@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha yeaa Unni.. sy dah email tdi :D

      Delete
  3. Visual Learners + Sequential Learners :)

    ReplyDelete
  4. Mama yg mana satu ye.. lazy learner boleh? Haha

    ReplyDelete
  5. Sampai sekarang taktau saya learner jenis apa hehehe

    ReplyDelete
  6. Sy suka kepada penceritaan, mcm sejarah 😉 Kalau diceritakan, lagi mudah hadam & ingat 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy suka juga penceritaan.. Tp kdg pandai m'gantuk lau cerita lecturer m'yimpang drp topik asal..

      Delete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.