5 Tips Memilih Bilik/Rumah Sewa Untuk Pelajar Universiti

6:27 pm
Assalamualaikum
Bismillah


Hari ini aku dengan sukacitanya ingin berkongsi "Tips Memilih Bilik/Rumah Sewa Untuk Pelajar Universiti". Setahu aku, pelajar universiti hanya tinggal di hostel selama setahun. Kalau kat UMS biasanya macam tu. tak tahulah kalau kat Universiti lain. Insya'Allah tips ini boleh juga diguna pakai selain daripada golongan pelajar.

Memandangkan aku merupakan pelajar yang tinggal menyewa di luar universiti dan berkemungkinan untuk tidak dapat kediaman dalam UMS pada semester akan datang, aku dengan senang hati ingin berkongsi tips. Bagi pelajar yang tidak pernah menyewa dan tidak tahu cara untuk memilih kediaman yang mana sesuai dan berdekatan dengan universiti korang. 

Untuk menjimatkan masa, tenaga dan minyak kereta, korang boleh search di http://www.mudah.my/ Laman web ini sangat membantu pencarian korang mencari bilik atau rumah sewa. Namun sebelum korang memutuskan untuk memilih bilik/rumah tersebut. 

Amatlah penting untuk korang mengetahui apakah perkara yang perlu diambil kira apabila memilih bilik atau rumah sewa?

1. Kenal Pasti Lokasi 
Lokasi kediaman bilik atau rumah yang mahu disewa itu sangat penting. Pastikan lokasi kediaman kita berdekatan dengan Universiti/Kolej untuk memudahkan kita ke kelas. Lagi dekat lagi bagus. Jimat tambang, hanya perlu berjalan kaki sahaja. Sekiranya korang tidak familiar dengan tempat tersebut, misalnya pelajar yang bukan berasal daripada Semenanjung yang belajar di Sabah, boleh bertanya dengan senior, Insya'Allah dorang akan banyak membantu. 

Bagi pelajar daripada Universiti Malaysia Sabah, lokasi yang sesuai untuk korang menyewa adalah di Alamesra, 1Borneo (Tower A & B ), Universiti Apartment (UA), Universiti Condo Apartment (UCA), Angkasa Apartment dan Kingfisher. Namun aku lebih prefer alamesra dan angkasa apartment sebab kalau di Angkasa Apartment ada kemudahan seperti bas UMS sebab dekat dengan kediaman Kolej Sri Angkasa UMS. Manakala kalau di alamesra pula dekat untuk ke Shopping Mall dan boleh berjalan kaki ke UMS.

2. Kemudahan Asas
Pastikan lokasi bilik atau rumah sewa yang dipilih mempunyai kemudahan asas seperti:
  • Shopping Mall, 
  • Kedai runcit
  • Kedai makan
  • Bank/Mesin ATM
  • Pengangkutan awam
  • Parking lot (sekiranya ada kenderaan/motor)
  • Dobi/Laundry
3. Harga Sewa Yang Berpatutan
Sekiranya korang telah kenal pasti lokasi dan kemudahan asas tersebut, pastikan harga bilik/rumah yang disewa itu berpatutan dan mengikut kadar kemampuan kita untuk menyewa. Harga yang berpatutan seperti memastikan apa kemudahan di dalam rumah tersebut sama ada fully furnished, partially furnished ataupun not furnished. Biasanya bilik/rumah yang not furnished lebih murah, tetapi adakalanya leceh jugalah kena beli tilam dan meja belajar lagi, 

Di kawasan Kota Kinabalu, harga bilik sewa sahaja anggaran dalam RM250-RM400 sebulan bergantung dengan keluasan bilik dan kemudahan seperti tempat memasak, bil elektrik/air, mesin basuh, katil/tilam, kipas atau almari. Semakin lengkap kemudahan semakin mahallah sewanya.

Manakala kalau menyewa rumah atau apartment, anggaran sewa dalam RM800-RM1500 sebulan. Biasanya kalau sewa rumah atau apartment ini pelajar yang mahu sewa beramai-ramai, so jimat sikitlah. Cuma nak cari kawan untuk menyewa pun payah juga. Ada yang cerewet mahu fully furnished/partially furnished. Dan ada juga yang tak kisah sewa yang kosong saja, asalkan ada tempat untuk tinggal.

4. Hubungi Tuan Bilik/Ruma Sewa
Seterusnya, kalau dah berpuas hati dengan 3 tips di atas. Korang save contact tuan rumah untuk berunding tentang sewa. 3 tips di atas itu hanyalah pencarian melalui online dan kalau rajin survey pun okay juga boleh terus check bilik/rumah sewa tersebut. Whatsapp/call tuan sewa untuk berunding tentang harga dan pastikan juga double confirm kemudahan yang ada. Kalau korang rasa okay dah, ajak tuan rumah untuk berjumpa. Kalau tuan rumah tersebut seorang lelaki, bagi yang perempuan jangan pergi jumpa sorang, ajak kawan untuk berjumpa untuk lihat persekitaran bilik/rumah tersebut.

5. Periksa Kediaman & Keselamatan
Apabila korang jumpa tuan sewa jangan terus bayar deposit. Periksa dulu kediaman tersebut. Jangan terpedaya dengan iklan di dalam gambar. Ada tuan rumah/bilik yang letak gambar nampak macam cantik (tetapi gambar itu 10 tahun kemudian yang kediaman masih baru dibuka). So, korang kena survey sendiri, kalau tuan rumah tak benarkan survey baik cari sewa tempat lain.

Apa yang korang perlu periksa adalah seperti:
  • Lampu semua menyala, lampu bilik, ruang tamu, tandas
  • Kipas dan plug berfungsi dan tidak rosak
  • Bekalan air yang okay
  • Kawasan rumah/bilik yang selesa
  • Kemudahan yang dinyatakan di dalam iklan semuanya ada (peti sejuk, mesin basuh, tempat memasak, katil/tilam
  • Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terjamin (ada sekuriti atau CCTV, dan pagar rumah/bilik) jangan harapkan kunci bilik sahaja


Setelah berpuas hati, bolehlah bagi deposit sewa bilik atau rumah. TETAPI sebelum bagi deposit sewa pastikan 

  • tuan rumah sediakan kontrak sewa atau perjanjian sewa. Biasanya dalam perjanjian antara penyewa dengan tuan rumah ada dinyatakan berapa sewa bulanan, peraturan sepanjang menyewa, tempoh sewa, dan lain-lain
  • berikan deposit "by hand" serta pada masa yang sama dapatkan kunci rumah / bilik yang dijanjikan
  • Jangan TERPEDAYA dengan janji manis melalui telefon dan penyewa diminta "bank-in" duit ke dalam akaun berserta agreemet di alam maya, gambar bilik (yang di copy-paste sebenarnya) kerana berkemungkinan anda menjadi mangsa PENIPUAN. 


TIPS TAMBAHAN
  • Kalau menyewa bilik biasanya 1 bilik hanya 2-3 orang sahaja boleh kongsi.
  • Kalau korang mahu sewa rumah/apartment pastikan dapat persetujuan daripada kawan-kawan dengan sebulat suara. Kalau tidak akan ada masalah dari segi bayaran sewa
  • Dapatkan nasihat daripada keluarga sekiranya ingin menyewa di luar universiti
  • Jangan menyewa sorang! Bahaya dari segi keselamatan kalau nak balik dari kelas. 
  • Kalau tak nak menyewa, cubalah aktif dengan aktiviti dalam universiti supaya dapat kediaman dalam
  • Last option, tumpang kawan yang ada dalam universiti dan buat rayuan kediaman 
Itu sahaja tips daripada pelajar yang menyewa T-T huhu~~ Untuk entry yang akan datang mungkin aku akan kongsikan apa Kebaikan atau Keburukan Pelajar Yang Menyewa Luar Universiti. Insya'Allah. 


18 comments:

  1. Nice sharing. Saya dah 2 tahun menyewa di luar. So far alhamdulillah ok =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. setakat nie.. sepanjang sy menyewa smuanya okay..

      Delete
  2. masuk ni dah 3 kali Neeza pindah rumah sepanjang satu setengah tahun belajar, hehe, hope yang ketiga ni okay, anyway salam perkenalan

    http://www.neezalife.com/2017/06/wajah-baru-delicious-cafe-one-utama.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 kali? 😱😱 penatnya tue pindah2

      Delete
  3. nasib baik unimap ni provide rumah sampai tahun akhir. kalau tak jenuh jugak la nak kena cari rumah sewa

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnyaa.. best friend sy pun d study cna juga..

      Delete
  4. Duduk kolej @ rumah sewa, both ada pros and cons tersendiri. Tapi mai sejak diploma > degree, memang duduk rumah sewa lebih lama berbanding duduk kolej.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeaa betul tue.. tp sy lebih suka duduk kat luar kampus haha

      Delete
  5. CR tak pernah ada pengalaman sewa rumah luar kampus sebab u tu wajibkan duduk dalam kampus. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuh bestnyaa CR.. X yah fikir pasal kediaman cgat haha ^^..

      Delete
  6. nice sharing.. pentingnya location rumah tu. sbb kalau jauh susah nak ke kelas. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeaa betul.. lau jauh risau ada masalah transpot

      Delete
  7. Replies
    1. TQ Rabiahtul Adawiyah for komen :)

      Delete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Powered by Blogger.