8 Petua Wajah Kelihatan Cantik Dengan Ais Batu

Assalamualaikum
Bismillah


Ternyata AIS BATU bukan setakat menyejukkan minuman, tetapi boleh jadi petua kulit cantik! Sebenarnya ais batu, bukan sebagai salah satu petua kulit cantik yang dapat merawat kecantikan wajah. Ada banyak manfaat lain yang boleh digunakan untuk mengubati masalah jerawat yang muncul di wajah anda.

Berikut merupakan 8 Petua Wajah Kelihatan Cantik Dengan Ais Batu :

1. MENYEGARKAN KULIT WAJAH YANG PENAT
Apabila menekap ais di wajah, secara automatik tubuh akan mengirimkan peningkatan aliran darah panas ke kawasan tersebut, sehingga meningkatkan peredaran darah. Perkara ini akan menimbulkan kesan yang menyegarkan pada kulit yang kelihatan penat ataupun kusam. Caranya mudah sahaja, ambil beberapa ketulan ais dan letakkan dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah. Tetapi, ingat! jangan tekap ais tersebut secara langsung ke wajah kerana ia boleh merosakkan pembuluh darah kapiler.

2. MENGECILKAN RUANG PORI
Ais juga boleh digunakan sebagai ubat paling efektif untuk meminimumkan ruang pori-pori yang membesar. Caranya, hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil di wajah untuk mengurangi ukuran pori-pori sebelum memakai mekap.

3. MENGUBATI MATA SEMBAB
Kurang tidur, terlalu stress atau mata yang penat boleh menyebabkan mata kelihatan sembab atau bengkak. Korang boleh menggunakan mengunakan ais ini jika sedang mengalami kesedihan berlebihan, menangis tak berhenti. Tidak mustahil, mata akan menjadi bengkak. Untuk menguranginya, cuba memanfaatkan ais batu. Caranya, bungkus beberapa ketulan ais batu dengan tuala dan gosok perlahan-lahan di permukaan kulit di bahagian mata. Kesejukan ais akan memberikan efek yang menenangkan di mata anda.

4. MENGURANGKAN MASALAH JERAWAT
Ketika jerawat muncul di wajah cuba ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangi bengkak dan kemerahan tersebut. Selain itu, penggunaan ais batu ini juga sebagai penyeimbangan kadar minyak berlebihan serta mengempiskan dan menghilangkan jerawat.

5. MENGURANGKAN BULU-BULU HALUS
Jika korang memiliki bulu-bulu halus di sekitar wajah dan stress dengan pertumbuhannya, korang boleh cuba mengurangkannya dengan menggunakan ais batu. Penggunaan ais batu sangat membantu untuk menghilangkan semua akar-akar kecil pada kawasan wajah.

6. WAJAH LEBIH ANJAL & LEMBUT
Jika ingin memiliki wajah yang lebih anjal dan lembut, petua kulit cantik guna ais adalah jawapannya! Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna, lakukannya tiga kali dalam seminggu.

7. MENINGKATKAN PEREDARAN DARAH 
Petua mendapatkan kulit cantik guna ais yang seterusnya, gosoklah ais batu yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama seminit. Ia berfungsi untuk meningkatkan perjalanan darah, ia sangat efektif untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan secara rutin, tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.

8. MEKAP MENJADI TAHAN LEBIH LAMA 
Disarankan untuk menekap wajah dengan ketulan ais batu yang dibaluti tuala kecil beberapa minit sebelum mengaplikasikan solekan di wajah. Setelah menekapnya dengan ais batu, biarkan selama lima hingga 10 saat supaya airnya mengering sebelum apilkasikan serum ataupun mekap. Ketulan ais batu akan membantu menjaga mekap menjadi tahan lebih lama serta membantu untuk menutup ruang pori-pori pada wajah.

Semoga bermanfaat~~

Nurulatika Yunus

6 comments:

  1. Suka letak ais kat jerawat. Macam puas hati tengok merah-merah kurang sikit.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe sy x penah tepek ais kat jerawat.. tp mmg suka tekap ais kat muka.. sejuk ja

      Delete
  2. akak xperna tfikir pula ais bole bntu smua ni =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha Akak Jun dah ada Diamond Gold Skincare,, so x payah risau dah hehe ^^..
      Nti ada bajet lebih sy lgi cuba jadi pengguna Diamond Gold Skincare hehe.. mao juga nampak lawa mcm Kak Jun hehe

      Delete
  3. dengan air batu pun kulit kita akan sihat :D

    http://www.syahirahvaliant.com/2017/06/pencarian-sponsor-giveaway-nurul-friends.html

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, dan pandangan. Boleh tinggalkan komen anda.