Apa Yang Aku Belajar Dalam Psikologi?

1:20 am
Assalamualaikum
Bismillah

Sumber Image: https://eduadvisor.my/psychology/


1. Psikologi Adalah Ilmu Tentang Pemikiran & Tingkahlaku Manusia

Apa yang aku maksudkan adalah bidang psikologi ini merupakan kajian saintifik tentang pemikiran dan tingkahlaku manusia. Seperti yang telah dinyatakan dalam entry sebelum ini FACTS ABOUT PSYCHOLOGY STUDENTS. Ilmu psikologi ini ada banyak dan tidak tertumpu kepada satu aspek sahaja. Ada psikologi kognitif, psikologi neurosains, psikologi behaviourisme, psikologi abnormal, psikologi perkembangan & psikologi industri & organisasi. 

Untuk info lebih lanjut tentang psikologi. Boleh singgah ke laman Apakah Itu Bidang Psikologi?

Di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ada menawarkan 4 bidang Psikologi iaitu :

Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian (Psikologi Industri Dan Organisasi)
Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian (Pembangunan Belia Dan Komuniti)
Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian (Psikologi Kaunseling)
Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian (Psikologi Kanak-Kanak Dan Keluarga) 

Bidang psikologi memerlukan sekurang-kurangnya SPM. TETAPI untuk lompat daripada SPM KE IJAZAH SARJANA MUDA PSIKOLOGI tiada sama sekali. Info lanjut boleh baca di laman Halatuju Psikologi Selepas SPM dan Layak Ke Keputusan SPM Saya Untuk Ijazah Psikologi?


Sumber Image: https://eduadvisor.my/psychology/ 

2. Psikologi Menggunakan Kaedah Saintifik 

Salah satu mitos terbesar apabila ada yang menganggap bahawa PSIKOLOGI ADALAH COMMON SENSE. Dalam mempelajari ilmu psikologi, kami belajar tentang kaedah saintifik dalam mengkaji tentang tingkahlaku manusia. Psikologi banyak bermain dengan Teori. Apabila kami ingin mengaitkan sesuatu tingkahlaku tersebut tidak boleh main sedap mulut sahaja buat rumusan yang manusia berkelakuan begini disebabkan oleh ini. 

And believe me or not. Dalam mempelajari ilmu psikologi anda akan juling mata menghadap jurnal-jurnal terbitan daripada luar negara mahupun dalam negara, membuat banyak kajian dan eksperimen, sentiasa berhadapan dengan kajian pemerhatian, soal selidik dan temu bual. Kalau adik-adik semua mengambil aliran sains semasa SPM, dulu pernah belajar tentang apa itu hipotesis, pembolehubah, procedure dalam membuat kajian eksperimen. Dan dalam psikologi pun, benda ini yang kalian akan hadap sepanjang semester. Psikologi bergantung dengan kajian saintifik untuk menjawab sesuatu persoalan kajian. 

3. Psikologi Melihat Kepada Pelbagai Perspektif

Dalam menjawab sesuatu topik atau persoalan, psikologi akan melihat kepada pelbagai sudut pandangan. Sebagai contoh, Pengaruh Media Dalam Kalangan Kanak-Kanak Terhadap Tingkahlaku Agresif. Dalam mengkaji pengaruh media dalam kalangan kanak-kanak, sebahagian akan melihat daripada aspek biologi seperti kanak-kanak yang mewarisi sifat agresif atau panas baran daripada ibu bapa. Dalam perspektif behaviorisme pula, kanak-kanak cenderung untuk meniru perbuatan atau kelakuan seseorang yang dilihatnya. Dan ada banyak lagi perspektif yang harus diambil kira dalam psikologi.

4. Psikologi Mempunyai Peluang Kerjaya Yang Luas

Sebenarnya agak meyinggung perasaan juga apabila ada segelintir individu yang berkata "Psikologi tidak mempunyai banyak peluang pekerjaan" Hahaha. Tak belajar maka anda takkan tahu. Aku memohon kerana minat. Aku tidak kisah pun sama ada bidang itu mempunyai permintaan kerja atau tidak. Aku tidak pernah belajar kerana untuk kerja. Insya'Allah rezeki pekerjaan itu akan datang yang penting kita berusaha. 

Psikologi merupakan satu bidang yang luas serta boleh dipecahkan kepada beberapa pengkhususan. Bagi mereka yang khusus kepada psikologi kaunseling, biasanya kaunselor membantu klien membuat tafsiran terhadap fakta yang berkaitan sama ada dengan membuat pemilihan keputusan, perancangan ataupun pelarasan yang lebih baik perlu dilakukannya. 

Bagi mereka yang melibatkan diri dalam bidang psikologi klinikal pula, mereka perlu menilai dan merawat pesakit yang mengalami masalah psikologi. Mereka menggunakan pelbagai kaedah berkaitan ilmu psikologi dengan memberi kaunseling dan terapi. Selain itu, ahli psikologi sentiasa bekerjasama dengan doktor, ahli psikiatri dan kakitangan perubatan dalam menangani masalah pesakit. 

Bidang psikologi pendidikan pula menawarkan kaunseling dan bantuan kepada pelajar remaja bermasalah di bidang pelajaran dan perkembangan tingkah laku. Mereka ini sentiasa memberi kerjasama kepada klien iaitu pelajar, guru dan ibu bapa. 

Sementara bidang psikologi industri dan organisasi melibatkan permasalahan berhubung perlakuan organisasi dan pekerja. Bidang ini menyentuh hal berkaitan antaranya, kepuasan dan tekanan bekerja, dinamika kumpulan, masalah kesatuan sekerja, kepemimpinan dan pengaruh, prejudis dan diskriminasi dalam organisasi, perkembangan organisasi, latihan dan pembangunan kerjaya. 

Bidang psikologi menjanjikan peluang kerjaya yang cukup baik sama ada di sektor awam, swasta atau menjalankan perkhidmatan perundingan. Bukan itu sahaja, anda boleh berkhidmat sebagai pensyarah, kaunselor, pakar pemulihan, pembangunan sosial, pembantu sosial, penyelidik, pentadbir, pegawai perjawatan, eksekutif sumber manusia, eksekutif latihan dan perunding. 

Peluang pekerjaan itu luas, cuma kerajaan sahaja yang terlalu memilih -_- Oppss! Tiada unsur politik ya. hehe~~ 


Sumber Image: https://eduadvisor.my/psychology/ 

5. Psikologi Ada Di Sekeliling

Salah satu yang menarik minat aku untuk mempelajari psikologi adalah kerana ilmu psikologi itu ada disekeliling. Tidak terhad di dalam makmal, kelas ataupun kuliah. Prinsip psikologi dapat dilihat dalam kehidupan seharian kita. Dalam bidang yang aku ambil sendiri iaitu Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga, ada banyak perkara yang dapat dilihat. Bermula daripada perkembangan bayi sehinggalah tua. Salah satu entry tentang Psikologi Kanak-Kanak WHEN TO START INTRODUCING SEMI-SOLID & SOLID FOOD TO AN INFANT?.

Apabila belajar tentang Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga, maka anda akan berfikir 10 kali untuk bekahwin awal. Hahaha Sebab untuk membina sebuah keluarga itu bukan senang, nak jadi parents pun bukan senang. Banyak tanggungjawab yang perlu digalas. Persiapkan diri dengan ilmu sebelum berkahwin. Ilmu parenting itu penting. Dah banyak kes kita dengar tentang perceraian, penderaan kanak-kanak & warga emas, pembuangan bayi, Kanak-Kanak HIV & AIDS, stres di tempat kerja, peningkatan dalam kes jenayah rogol. Semua ini ada kaitan dengan psikologi. 

6. Psikologi Dengan Teori Berpisah Tiada

Apabila anda mula mempelajari bidang psikologi, maka bersiap sedialah untuk mengenali semua tokoh-tokoh dalam psikologi. Dengan mengenali tokoh psikologi, anda akan memahami konsep serta teori yang diperkenalkanoleh tokoh tersebut. Sebagai contoh, Albert Bandura terkenal dengan Social Learning Theory dimana seseorang itu belajar daripada pengalaman, pemerhatian, peniruan dan modeling. 

Manakala Jean Piaget terkenal dalam perkembangan kognitif, dimana beliau menyatakan bahawa seseorang individu itu akan melalui 4 peringkat dalam perkembangan kognitif iaitu sensorimotor, preoperational, concrete operational and formal operational. 

Mungkin ada yang berpendapat bahawa teori dalam psikologi itu hanya sekadar teori dan tidak diaplikasikan dalam kehidupan. Di sini aku akan tekankan bahawa psikologi dengan teori itu tidak dapat dipisahkan. Apa jadi sekiranya kita pisahkan? Maka, anda akan digelar sebagai seorang yang hanya bercakap kosong tanpa bukti & fakta. 

7. Psikologi Belajar Tentang Tingkahlaku Normal & Abnormal

Apabila menyebut tentang psikologi, ramai yang kaitkan dengan psikologi abnormal seperti Obsessive Compulsive Disorder (OCD), Personality Disorder, Narcissistic Personality Disorder, Phobias, dan lain-lain. Memang betul dalam psikologi ada belajar tentang psikologi abnormal tetapi kami juga banyak mempelajari tentang tingkahlaku normal. Apa yang menarik tentang Semester 4 ini, apabila kami belajar tentang Asas Perubahan Tingkah Laku, di mana kami mempelajari tentang tingkah laku berlebihan, defisit dan juga normal. 

Tugasan kumpulan kami iaitu melakukan pemerhatian terhadap subjek yang korang pilih serta kenal pasti tingkahlaku tersebut. Contohnya, tingkahlaku berlebihan subjek iaitu suka menonton Running Man sambil ketawa terbahak-bahak. Tingkahlaku ini dikenali sebagai berlebihan sebab ia melebih-lebih sehingga mengganggu orang sekeliling yang mahu belajar misalnya. So, kami diminta untuk memilih teknik untuk mengurangkan tingkahlaku tersebut supaya subjek kurang atau memperlahankan volume suaranya apabila menonton movie. 

Contoh bagi tingkahlaku defisit pula, subjek malas mencuci pinggan selepas makan. Tingkahlaku ini disebut sebagai defisit kerana tingkahlaku mencuci pinggan itu tidak kerap dilakukan. Maka, kami diminta untuk mencari teknik modifikasi yang sesuai untuk meningkatkan tingkahlaku subjek supaya kerap mencuci pinggan selepas makan. 

Interesting right? Hahaha xD



Sumber Image: https://eduadvisor.my/psychology/ 

"We Share, We Care"- Child & Family Psychology 

Maaflah, entry kali ini sangat panjang. Bercerita tentang psikologi memang takkan pernah habis. Aku berpegang kepada prinsip utama psikologi adalah untuk mengenal pasti dan menjelaskan pemikiran & tingkahlaku manusia, mengapa tingkahlaku itu berlaku, meramal bagaimana, bila dan mengapa tingkahlaku manusia itu berlaku pada masa hadapan dan mengubah, meningkatkan tingkahlaku, serta kehidupan manusia ke arah yang lebih baik. 

Namun, semua itu perlu dilakukan dengan ilmu, kajian dan latihan praktikal yang cukup. Semoga dengan ilmu yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada semua orang.


8 comments:

  1. seronok belajar psikologi. kalau ada chance nak amik master related tu psychology subject

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea.. mmg best Nurul Rasya :D
      Kalau nak ambik Master terus tak pastilah pula

      Delete
  2. saya pun minat bidang psikologi actually, eksaited nk tahu dengan lebih mendalam lagi pasal ni. maybe oneday boleh amik bidang ni. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya'Allah Izzah. Kalau berminat boleh ambik bidang Psikologi nanti :D

      Delete
  3. Woow..bagus tu..saya bidang penjagaan dan pendidikan awal kanak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnyaa Rabiahtul.. sy pun minat juga tue,,

      Delete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Powered by Blogger.