Giveaway Raya by Mrs Pip

Assalamualaikum
Bismillah



Syarat-syarat Giveaway Raya by Mrs Pip ni sangat mudah :-

1/ Buat tajuk "Giveaway Raya by Mrs Pip" dan letakkan banner di entry tersebut, dan backlink-kan semula
2/ Follow blog Mrs Pip
3/ Follow Google+ Mrs Pip
4/ Kongsikan (secara ringkas) pengalaman terindah di Bulan Puasa yang anda pernah lalui.



Hari tu join THE AMERZING BLOGLIST : I'm Glad I'm Still Alive. Giveaway hampir sama cuma last time punya giveaway tentang "Amazing things that happened in my life". Tetapi kali ini punya anjuran daripada Mrs Pip pula tentang "pengalaman terindah di bulan Ramadan".

Hmm sebenarnya aku tak adalah pengalaman terindah sangat pun setiap tahun. Biasanya setiap tahun berbuka puasa di rumah. Tolong mak sediakan juadah berbuka puasa. Masuk azan ja terus makan, tak pernah berbuka puasa di luar hahaha.

Cuma sebelum aku dapat tawaran ke UMS, aku sempat menjalankan ibadah puasa di Seremban, Negeri Sembilan sepanjang Program Intensif Bahasa Inggeris (IBI). Merasa jugalah berpuasa di tempat orang sebab jadual bersahur dan berbuka tak sama macam di Sabah hahaha. 



Yang nie gambar kawan sekelas.
Rindu mahu spent time dengan dorang walaupun berbeza loghat dan bahasa haha






Yang nie pula kawan sehostel semasa di Seremban.

Apabila dah masuk UMS nie pula. Jarang juga dapat berbuka puasa dengan housemate atau roommate. Sebab semua pun macam bawa diri masing-masing haha. Cuma ada sekali tu ja kami berbuka beramai-ramai. Memang meriahlah. Tak sempat berselfie, sebab dalam rumah kan. Freehair semuanya haha. 



Inilah makanan budak hostel huhu. Time nie dorang tengah masak sup ayam dalam periuk nasi aku hahaha. Masa nie kami semua berdoa ja supaya tidak ketahuan felo kediaman. Tak pasal-pasal periuk nasi kena rampas haha.

Tue ja kenangan manis yang aku lalui sepanjang Bulan Ramadan. Hehe 

Nurulatika Yunus

6 comments:

  1. How I miss my university life. Main masak-masak dalam bilik, it was an interesting moment.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan,, sem nie sy x duduk kat hostel,, m'yewa kat luar,,alhamdulillah sem depan dah dapat kdiaman balik, so stay kat hostel balik

      Delete
  2. kalau tinggal dgn mak mmg tak byk kenangan sangat melainkan kita ni anak yang lasak..main mercun..kena mercun hehe

    https://umifuzy.blogspot.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha parents sy jenis yg tak galakkan sgat main mercun, kalau d kg dah lama ikut sepupu main mercun hehe

      Delete
  3. hello dear,
    thanks join GA Raya mrs pip ...
    haha, siapa yang duduk hostel, mesti kreatif bab bab masak ..
    dulu kawan kak pip masak telur guna iron time di hostel...
    anyway, have a nice ramadhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome Mrs Pip :)
      Hahaha betul nie,, kalau duduk hostel mcm2 ragam pelajar kalau bab memasak hahaha..
      Waahhh 1st time dgar masak telur guna iron.. hebatlah haha

      Delete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, dan pandangan. Boleh tinggalkan komen anda.