Berkelulusan Ijazah Tetapi Gaji RM800 Je Sebulan

28
Assalamualaikum
Bismillah


Maaflah, entry kali ini bukan berniat untuk memperlekehkan gaji seseorang ataupun kelulusan yang dimiliki tetapi di sini aku hanya ingin berkongsi pandangan sebagai seorang pelajar tahun akhir.

Insya'Allah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki aku juga bakal menjadi salah satu graduan yang akan memiliki kelulusan Ijazah. 

Apa yang aku ingin persoalkan di sini ialah "Salahkah sekiranya sesorang yang berkelulusan Diploma/Ijazah mempunyai pendapatan RM800 sebulan?"

Memandangkan bulan September ini aku akan memasuki tahun akhir terasa betapa sekejapnya masa berlalu dan semakin meningkat usia semakin besar tanggungjawab dan cabaran yang dilalui. 

Ditambah lagi dengan persaingan graduan untuk mendapatkan pekerjaan sedikit sebanyak memberi kesan juga kepada aku. 

Sejak aku balik dari kampung hari itu makcik-makcik kuat gosip asyik bertanya :
"Kau bila habis belajar?"
"Dah habis belajar nanti dapat kerja apa?"
"Tinggal berapa tahun lagi kau belajar?"
"Kos psikologi ni boleh menjaminkah untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap?"
Astaghfirullah. Aku dalam hati mengucap saja apabila berhadapan dengan soalan-soalan sedemikian. Menggugat iman dan kesabaran betul hahaha. Sejak belakangan ini aku agak tekanan juga, belum habis belajar tetapi sudah ditembak dengan soalan-soalan masa depan. 

Apa sahaja yang aku lakukan selalu dibualkan oleh jiran-jiran sebelah rumah kadang dan kalau boleh diwar-warkan sehingga di pelosok dunia yang aku ini tinggal setahun lagi belajar dan tidak tahu apa pekerjaan yang menanti aku pada masa hadapan.

Aku ada seorang kawan yang menawarkan pekerjaan sebagai "Helper" di sebuah Taska yang jauh dari bandar Kota Kinabalu. Walaupun aku belum habis belajar, setiap kali cuti semester kalau ada peluang pekerjaan untuk sementara aku akan terus memohon. 

Alhamdulillah, orang itu kata masih ada kekosongan. Sejujurnya, dia memerlukan "Helper" sepenuh masa. 

Baiklah, berbalik kepada tajuk "Berkelulusan Ijazah Tetapi Gaji RM800 Je Sebulan". Jangan terlalu memilih pekerjaan dengan persaingan yang terlalu sengit sekarang. 

Memanglah RM800 tu tak cukup dengan keadaan ekonomi sekarang yang tak berapa baik daripada terus mengganggur tiada pekerjaan dan menambah beban ibu bapa menanggung kita yang dah tua bangka ini. 

Ada juga golongan yang gigih mencari pekerjaan tetapi majikan tidak mahu menerima disebabkan oleh kelulusan Diploma/Ijazah mereka. 

Majikan tidak sanggup memberi gaji yang tinggi. Walaupun ada yang sanggup menerima gaji yang sama dengan mereka yang berkelulusan SPM pun tetap tidak diterima kerana kurang pengalaman. 

Aku dah bagitau pemilik Taska itu bahawa tak lama lagi aku akan habis belajar (setahun lagi). Memandangkan aku mengambil bidang Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga kira peluang besar untuk aku timba pengalaman di sana. 

Alhamdulillah, pemilik Taska itu memberi respon yang positif apabila aku berkata mahu terus bekerja di tempatnya selepas habis belajar. Tinggal dia berbincang dengan suaminya dan mendapatkan persetujuan sahaja. 

Apabila aku nyatakan kepada keluarga bahawa aku mungkin diterima bekerja di bahagian Taska itu untuk sebulan sebelum masuk UMS keluarga aku seperti tidak bersetuju.

Mereka mahu aku mendapatkan pekerjaan yang lebih baik daripada itu dengan gaji yang selayaknya sesuai dengan kelulusan. Penat kerja macam itu berbanding kerja kat office kata mereka. 

Nampak kerja office itu macam senang saja. Hahaha tak ada kerja yang tak penat. Semua orang pun mahukan kesenangan, tiada yang mahukan kesusahan. Tetapi tidak mengapalah, biar aku saja yang faham diri aku dan minat aku kat mana. 

Aku tak suka bekerja dalam situasi seperti dalam pejabat, aku sukakan situasi yang memerlukan kita untuk bebas bergerak serta berkomunikasi dengan orang.

Apapun aku belum confim lagi juga dapat kerja sementara di Taska tu hahaha xD

Tags

Catat Ulasan

28Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. im starting with rm800 after graduate.
    and still didnt reach 3k salary but im oke cause I do what I love and my passion will always giving education to the kids.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeaa Kak Eca .. susah nak dapatkan gaji 1k aftergraduate.. apapun alhamdulillah lau dah habis nti terus dapat keja.. Wish you luck and all the best with your career ^^

      Padam
    2. kerja yg kita minat nda kisah berapa gaji, smua itu rezeki, kdg Allah bg gaji sikit, tp kpuasan n kseronokan bkerja tu srasi ngn kita..kannn

      Padam
  2. Nasihat saya kan, ambil pengalaman dan buka taska sendiri, jadi bos, maybe dalam 4-5 tahun akan datang, belajar selok belok dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya'Allah kalau xda halangan sy pun nak timba pengalaman bekerja dahulu.. thanks for advice :)

      Padam
  3. Seribu langkah bermula dari langkah kecil yang pertama..rezeki itu rahsia..insyaAllah kalau kecil atau sedikit awalnya,tapi kita redha dan bersyukur...satu masa Allah akan tambah,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya'Allah PeRdU cINta smoga Allah permudahkan segalanya :)

      Padam
  4. tak salah pun dengan gaji sikit tapi kita kena fikir masa depan jugak..kalau jenis yg duduk dengan keluarga..duit guna just utk diri sendiri takpe...kalau gaji sikit, kena duduk sendiri..makan pakai bil semua kena byr sendiri..It's not a wise choice actually :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg nie sy sgat setuju.. Kalau bekerja dgn gaji yg sedikit d'tambah dgn sewa rumah,tambang bas dll mmg susah sikitlah.. apapun bagi mereka yg baru melangkah ke dunia pekerjaan bagi sy fokuskan pengalamanbekerja dahulu hehe sbb nak cari kerja yg sesuai dgn latar belakang pendidikan kita skrg mmg payah. Apapun yakinja dgn rezeki Allah beri..

      Terima kasih Sally atas pandangan dan nasihat ^^

      Padam
  5. Mai setuju dengan komen Sally diatas. Ada kawan mai sendiri sanggup terima dengan gaji sekecil tu tapi dekat kuala lumpur, means, kena bayar sewa semua sara hidup sendiri. Fikir mai baik kerja dikampung sendiri tapi gaji masih sama banyak macam tu.

    Apapun, pengalaman tu memang mahal. Mai sekarang dah berhenti dari kerja sambilan tu sambil fokus mencari kerja yg tetap. Wish me luck too, haha. All the best untuk Nurul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tue Maii nak cari keja skrg nie payah.. kalau jumpa gaji pula tak okay,kalau gaji okay ada masalah lain pula.. Pengalaman mmg mahal nak dapat skrg haha ^^.. Thanks for advice .. wish you all the best in blogging and real life :)

      Padam
  6. CR pun sebenarnya sekarang kerja bukan dengan jawatan dgree walaupun da lama grad. Tak de rezeki lagi nk dptkn kerja yg gred 41 ke atas. Huhu.

    Good luck nanti ye. Ok je mula dr bawah nanti lama2 awk boleh buka tadika sendiri. 😊😘

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha Insya'Allah C i k R e n e x smoga Allah permudahkan segala urusan kita pada masa akan dtg ..

      Padam
  7. walaupun sy ada degree tapi apply keje tak guna degree pun..sebab klu show degree dy kata kita pasti akan demand then memang sah2 takdapat keje ni..even gaji xbanyak tapi dapat keje kat negeri sendiri tinggal ngan mak ayah lagi...fuh tade yang lebih nikmat wehh..berbaloi la dgn gaji banyak tu..(takde la sikit sangat, banyak la jugak lepas nak tanggung adik2 kat uni lagi, alhamdulillah)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah betul tue Husna .. ramai seniors sy yg interview tak dapat kerja sbb ada degree haha.. nak bagi gaji RM800 pun dorg taknak.. apapun lau dah dapat kerja katnegeri sendiri syukurlah kan lebih2 lgi stay kat rumah sndiri.. jimat bajet.. Smoga Allah permudahkan urusan dan rezeki kita semua.. terima kasih atas komennya :)

      Padam
  8. ignore je kata kata dorang tu,,life kita kan,suka hati kita lah,

    BalasPadam
  9. babe.. kita kena sabar dgn setiap apa yg kita dgr dari mulut2 org.. sudah lumrah akan ada org yg akan 'sibuk' ambil tau hal kita..
    tidak kisah gaji tidak relevan dgn degree.. bila sudah dpt kerja.. genggam dulu kerja tu.. dalam bkerja tu.. apply jawatan lain yg sesuai dgn grad kita.. insya Allah rezeki tu ada.. cuma cepat atau lambat kita tidak tahu.. Allah yg tentukan.. Saya pun starting dgn rm800 dulu.. now Alhamdulillah dah naik perlahan2.. btw di mana taska yg cari helper tu? pm please. tggal area kk jgk ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha Insya'Allah betul tue.. nasihat yg sgat bermakna bwat sy ^^ smoga Allah permudahkan.. maaflah Taska dah takda kekosongan sbb sy dah tolak ary tue hahahaha cuti nie pun d rumah saja sbb parents sy x benarkan sy kerja dulu.. so stay rumah sajalah..

      Padam
  10. Rabia berkelulusan sijil penjagaan & pendidikan awal kanak2..lepas habis belajar je terus kerja tadika..gaji rm700 je.tapi alhamdulillah cukup utk rabia.sebab tinggal di k.terengganu kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah syukurlah.. best bila dapat kerja kat negeri/daerah sendiri huhu

      Padam
  11. Pengalaman itu penting. Tak kisah kalau nak kerja dengan gaji RM800 dengan berkelulusan ijazah. Percaya rezeki ada di mana-mana. Yang penting, kita usaha. Insyallah ada jalannya nanti.

    Siqah setuju dengan komen Sally. Kalau dengan gaji RM800 dan hidup di KL, tidak berbaloi kalau dibandingkan dengan gaji RM800 dan hidup di kampung atau pinggir bandar.

    Apa pun, pilihan sepenuhnya terletak di tangan kita. Buat yang terbaik, pastinya <3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tue pengalaman sgat penting.. gaji pun penting juga bergantung dgn keperluan harian kita.. :) apapun thanks for advice .. Insya'Allah smoga apa saja pilihan yg kita pilih merupakan pilihan yg terbaik bwat masa akan dtg

      Padam
  12. Peluang sentiasa terbuka kepada mereka yang berusaha. InsyaAllah ada rezeki Allah bagi nanti tu :)

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya'Allah.. yg penting berusaha & jgn putus asa.. terima kasih Maisarah :)

      Padam
  13. geram juga bila ada majikan ckp pnt2 ja ko study tgi2 lps tu kerja swasta ngn gaji rm800, bgs lg spm dia blg, kluar ja skolah trus gaji rm800, tp majikan tu nda fkir kali kan..smbung bljr sama nda smbung tu byk beza nya..bfkir ngn ilmu tuuu.. mcm sama cara dia bckp..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lahr tue kak Sha,,hahaha .. Tp nak bwat mcm mana.. Mmg bgtulah hidup tidak seindah novel.. Hahaha.. Insya'Allah smoga Allah p'mudahkn sgalanya

      Padam
  14. I pum bru je grad thun lepas 19/1 punya lah susah nk apply keje pakai degree certificate even keje cikai je. Employer xnak ambik sbab diorang kata budak degree keje xlama. Menganggur 3 bulan n alhamdulillah dapat keje relate dgn field, tpi gaji starting rm900 T.T.
    Lpas almost 1 thun keje then I lompat better company tpi still related field keje dlu n dia bayar rm2k. First keje esp yg relate dgn cos ni kena redha jela even dia bayar brp. Kita ambik experience then apply keje yg lebih ok dr segi pay rate & benefits :)

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !