Program Temuduga Terbuka SL1M Peringkat Negeri Sabah 2017

Assalamualaikum
Bismillah


SL1M akan mengadakan Program Temuduga Terbuka Peringkat Negeri Sabah bertempat di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 22-23 Julai 2017 ini. 


Mungkin ada yang masih tertanya-tanya apa itu SL1M? Aku akan kongsikan serba sedikit tentang latar belakang SL1M. SL1M atau lebih dikenali sebagai Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) telah dilancarkan pada 1 Jun 2011 di mana ia bertujuan untuk membantu graduan menganggur meningkatkan tahap keupayaan diri dengan mempersiapkan mereka dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan. Sejak SL1M dilancarkan pada tahun 2011, lebih 120 ribu orang sudah berjaya mendapat pekerjaan tetap selepas menyertai program.

Dalam erti kata lain, para graduan yang masih belum mempunyai pekerjaan (menganggur) yang datang dari keluarga berpendapatan rendah atau tinggal di kawasan pedalaman serta graduan yang bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelulusan ijazah yang diperolehi khususnya yang berada di Sabah berpeluang mendapatkan peluang pekerjaan menerusi Program Temuduga Terbuka SL1M Peringkat Negeri Sabah 2017.

Program ini menawarkan lebih daripada 5 RIBU JAWATAN KOSONG di mana temuduga secara terbuka diadakan sekaligus memberi surat tawaran serta merta. Berikut adalah senarai syarikat yang akan menawarkan lebih 5,000 peluang latihan dan pekerjaan pelbagai kelayakan sepanjang 2 hari program berlangsung:
1. MALAYSIA AIRLINES BERHAD
2. CIMB
3. BOUSTEAD HOLDINGS BERHAD
4. MASWINGS SDN BHD
5. TENAGA NASIONAL BERHAD
6. PETRONAS
7. TELEKOM MALAYSIA BERHAD
8. CELCOM AXIATA BERHAD
9. LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA
10. MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD
11. PERMODALAN NASIONAL BERHAD
12. UMW HOLDINGS BERHAD
13. TH PLANTATIONS BERHAD
14. MAYBANK
15. UEM GROUP BERHAD
16. TOP GLOVE
17. MDEC – EREZEKI GLOBAL HIGH INCOME
18. LEGOLAND
19. THE COFFEE BEAN & TEA LEAF (M) SDN BHD
20. SHIN ETSU POLYMER (M) SDN BHD
21. SKILLS JOHOR
22. ECON MEDICARE CENTRE AND NURSING HOME SDN BHD
23. KPJ HEALTHCARE BERHAD
24. THEMED ATTRACTIONS RESORT & HOTELS SDN BHD
25. FLEXTRONIC TECHNOLOGY (SHAH ALAM) SDN BHD
26. ISKANDAR REGIONAL DEVELOPMENT AUTHORITY (IRDA)
27. LEADERONOMICS CV CLINICS
28. THAI ODYSSEY SDN BHD
29. ASTRO
30. BRILLIANT WEALTH ADVISORY
31. MOBILITYONE SDN BHD
32. RHB TRUSTEES BERHAD
33. GAIN FORLIFE SDN BHD
34. PMB INVESTMENT BERHAD
35. WORKSHIRE BY TALENT SUITES
Pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan seperti membuka peluang kepada usahawan muda untuk membuka gerai secara percuma untuk berniaga, mengadakan cabutan bertuah kepada orang ramai (Hadiah utama Sebuah Motosikal Modenas Kriss berpeluang untuk dimenangi) Sesi Motivasi sambil Berhibur bersama Duta SL1M : Faizal Tahir & Kumpulan Zero MLM serta penampilan eksklusif Firman AF, Jimmy Palikat & Farish Aziz. Ada juga penampilan istimewa Youtube Star Adam Shamil. Penglibatan selebriti ini adalah untuk memberi motivasi dan berkongsi mengalaman supaya dapat memberi inspirasi kepada golongan belia.

Dan yang paling best sekali BAS PERCUMA juga akan disediakan bagi laluan seperti 
🚌 Inanam - UMS - Inanam
🚌 Padang Merdeka - UMS - Padang Merdeka


Jangan lepaskan peluang!

Program Temu Duga Terbuka SL1M Peringkat Negeri Sabah 2017

22 & 23 Julai 2017
7.30 pagi - 5.30 petang
Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS)


Ingin mendaftar menjadi PESERTA SL1M SECARA ONLINE??  → Borang Pendaftaran Peserta Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

Nurulatika Yunus

7 comments:

  1. Selamat berjaya dalam ujian SLIM tu

    Buat yang mencuba

    ReplyDelete
  2. Jom jumpa di sana.. rasa mau jalan2 jgk ke sana.. hihi

    ReplyDelete
  3. Daftar dah online tapi harini baru paham sejarah SL1M ni. Tapi takdak company related dengan farmasiii. haha. apply the coffee bean and tea leaf jelahh.

    // Sambil tu jemput join contest saya jugak - just click
    HERE

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaaa. Kenapa tak ada kat tempat Mai lagi ni.. T_T

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.