Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah. Terima kasih sangat kepada sesiapa sahaja yang sudi terima invitation SushiVid kat email. Semoga kalian semua dimurahkan rezeki. Sebenarnya SushiVid ini aku dah lama join. Cuma masa tu aku tak tahu lagi macam mana nak promote dan naikkan income tu.


SushiVid ini merupakan platform yang sangat bagus untuk menjana income dalam nilai USD. Malah pendaftaran pun secara percuma. Hanya perlu memenuhi salah satu daripada 3 syarat tersebut :
  • YouTubers: 250 subscribers
  • Instagrammers: 2,000 followers
  • Bloggers: 2,000 visits every month
Melalui SushiVid inilah kita boleh menjana income dengan propose mana-mana pengiklanan yang sedang berlangsung. Malah kita bebas untuk memilih kempen atau review yang ada. Sekiranya proposal kita diluluskan boleh dapat income minimum USD20. Alhamdulillah, aku dah join SushiVid ini tak sampai seminggu dan setakat ini telah mengumpul sebanyak USD26.32.



First time merasa USD ~~~ huhuhu

So, macam mana tips nak naikkan income SushiVid ni?

1. Rajin promote Unique Referral Link korang kat facebook, twitter, dan email.



Sebenarnya ini ja yang aku buat sepanjang seminggu. Alhamdulillah dalam 2 3 hari income perlahan-lahan akan naik. Dalam lebih 50 email invitation yang aku hantar, ada 5 orang yang dah sign up. Terima kasih sangat. Semoga kalian dimurahkan rezeki.

2. Promote SushiVid di Facebook page atau instagram korang. 


Setiap kali ada yang sign up, aku akan ucapkan terima kasih kat facebook page sekaligus promote referral link tue. Aku happy sebab ada juga yang sudi terima email invitation tu. 



3. Jangan Abaikan Google+ Kerana Ia Juga Membantu

Manfaatkan semua media sosial yang kita ada. Kalau korang ada join group atau communities di Google Plus, jangan lupa promote dan invite rakan-rakan lain manalah tau ada yang terlepas pandang. Daripada 100 invitation pasti ada 1 orang yang berminat. Huhuhu~

Semoga tips yang diberikan sedikit sebanyak membantu korang. 




Alhamdulillah, Cashout SushiVid Has Been Approved !! huhuhu~


Bagi yang belum register boleh >> Sign up kat SINI<< 

Assalamualaikum
Bismillah


Lirik Lagu Nastia - Rapuh

Darimu ku mengenal arti kekuatan
Hadirmu semua indah
Dalam diriku bertempat hanyalah kamu
Melengkapi diriku
Berpisah kita hanya untukku sedar semula

Bintang malam setia seperti dirimu
Tetap pudar menghilang tiada gantimu
Dan ku masih terasa degupan jantungmu
Tanpamu ku kan rapuh

Dan bila ku sendiri tiada resah lagi
Tanpamu ku tempuhi
Berpisah kita hanya untukku sedar semula

Bintang malam setia seperti dirimu
Tetap pudar menghilang tiada gantimu
Dan ku masih terasa degupan jantungmu
Tanpamu ku kan rapuh

Tanpamu ku rapuh

Bintang malam setia seperti dirimu
Tetap pudar menghilang tiada gantimu
Dan ku masih terasa degupan jantungmu
Tanpamu ku kan rapuh rapuh
Tanpamu ku rapuh

Darimu ku mengenal arti kekuatan
Hadirmu semua indah 




Enjoy the song ~


Assalamualaikum
Bismillah


Pernahkah korang berhadapan dengan suami, adik, boyfriend asalkan namanya lelaki yang apabila menghadapi sesuatu masalah tiba-tiba mendiamkan diri dan tidak bercakap dengan kita (perempuan)? Apabila ditanya sama ada dia mempunyai masalah, dia akan cepat mengatakan "Tiada apa-apa". Lelaki jadi bisu apabila berhadapan dengan masalah. Mungkin tidak semua macam tu tetapi kebanyakkan begitu.

Hmmmm~ Dan yang paling merisaukan apabila dia terus mendiamkan diri. I'm as a woman feel worried you know? 

Tapi itulah sifat semula jadi lelaki (maybe~~) Apabila mempunyai masalah lelaki akan mendiamkan diri, memendam, tidak mahu diganggu dan menjauhkan diri sehingga membuatkan perempuan ini berfikir 

"Apa yang aku dah buat?". 

"Aku ada sakitkan hati diakah?" 

Dan mulalah wujud fikiran-fikiran negatif yang bermain dalam minda perempuan nie. Melainkan kau tak penting bagi dia, perempuan tak ambil kisah sangat.

Aku faham ada sesetengah lelaki mengambil masa dan ingin bersendirian untuk memikirkan solusi untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Lelaki mempunyai cara atau kaedah mereka sendiri supaya masalah tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna.

Setahu akulah kan, cara lelaki dalam menyelesaikan masalah berbeza dengan perempuan. Ingatlah wahai kaum Adam, perempuan ini sifatnya apabila mempunyai masalah suka berkongsi dan bercerita tentang masalah tersebut. Jadi apabila melihat orang yang tersayang mempunyai masalah sudah tentulah mereka cuba untuk memaksa lelaki untuk berkongsi sama seperti mereka.

Sebagai seorang perempuan, wanita, kakak mahupun isteri yang prihatin apa yang harus kita lakukan apabila berhadapan dengan situasi tersebut?
1. Berikan ruang untuk dia bersendiri melainkan dia sudi berkongsi masalah dengan kau.
2. Jangan ganggu dia sehingga masalah tersebut selesai
3. Avoid keep asking the same question over and over. Nanti dia rimas dan semakin menjauhkan diri.

Assalamualaikum
Bismillah

Akhirnya, inilah giveaway yang aku nanti-nantikan haha~ Pada entry yang lepas aku agak kecewa sebab tak dapat join giveaway daripada SGshop disebabkan oleh >>Tekanan Dengan Giveaway SGshop<<

Assalamualaikum
Bismillah


Lirik Lagu "So Many Hands" by Mia Palencia


hear...
at the edge of the morning
a nation is rising
and we see the fight

hear...
at the edge of the morning
the shadow is fading
and I see the light
hmm... hmm...

hear...
we just like a river
tradition runs deep and future unclear
as the whole world is watching
voices are singing
does anyone hear?

ohhhh. ohhh...

I want to be stronger
I want to burn brighter than I've ever be
I want to be braver
I want to stand tough for all I believe
and we'll rise together
and there to be better than we ever dreamed

so many hands
so many hands
carry me

Bersama kita membina
Bersama kita membara
Bersama kita bersuara
Bersama

Bersama kita membina
Bersama kita membara
Bersama kita bersuara
Bersama

I want to be stronger
I want to burn brighter than I've ever be
I want to be braver
I want to stand tough for all I believe
and we'll rise together
and there to be better than we ever dreamed

so many hands
so many hands
so many hands
so many hands
carry me

hmmm... hmmmm.

hear
at the end of a journey
I look behind me
and what will I see?




Amazing work by :

So Many Hands (Copyright Enfiniti (M) Sdn Bhd 2016)
Produced by Enfiniti (M) Sdn Bhd
Producer : Tiara Jacquelina
Composer : Mia Palencia
Lyrics : Mia Palencia
Singer : Mia Palencia
Assalamualaikum
Bismillah


Perkataan yang masyarakat kita paling suka adalah "CUTI". Tak kisahlah cuti apapun. Cuti musim perayaan, cuti sekolah, cuti hujung minggu asalkan "CUTI". Bagi siswa dan siswi pula of courselah "Cuti Semester" tu yang dinanti-nantikan.

Perasaan apabila berada di kampung halaman ataupun di rumah memang best tetapi paling tak best juga apabila kita terpaksa melangkah meninggalkan rumah ataupun kampung halaman. 

Ada 3 Perasaan Yang Akan Kau Rasa Bila Habis Cuti Semester

1. Kita rasa cuti cepat sangat habis

Yang ini setiap semester mesti akan terasa punyalah. Walaupun cuti semester 3 bulan pun tetap tak cukup. HAHAHA. Sebanyak manapun cuti yang diberi tetap tidak akan merasa puas duduk kat kampung ataupun di rumah. Masa berlalu terlalu pantas. Sedar tak sedar cuti pun dah habis.

Padahal di rumah tak buat apapun. Hahaha~ Sesiapa yang tak tahu nak buat apa time cuti tu bolehlah usha >>Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Cuti Semester<< Biasanya kalau kampung halaman yang jauh dari rumah tu memang tak puaslah. Lagi-lagi yang pelajar yang belajar kat negeri orang. Huhu~

2. Sedih sebab bukan hanya kampung yang ditinggal, tetapi ibu bapa juga

Sebenarnya bukannya rumah yang membuatkan kita berat hati nak tinggalkan kampung halaman. Tetapi ibu bapa dan juga adik-adik kat rumah tu yang kita rasa berat hati nak habiskan cuti. Sometimes, balik rumah pun sebab nak tatap ibu bapa je. Bercerita dengan adik-adik. Untunglah kalau rumah dekat dengan tempat kerja atau tempat belajar. Hari-hari boleh balik rumah.

3. Dah tak dapat rasa masakan ibu

Yang nie sebak tak terkata. Life at Universiti nie asyik maggi ja. Sekali sekala ja dapat makan sedap-sedap. Dengan harga makanan kat kafe yang mahal memang rindu teruslah masakan mak. Apapun aku bersyukur juga sebab tak tinggal kat hostel. At least aku boleh jimat dari segi makanan dan minuman sebab boleh masak sendiri kat rumah sewa. Kalau ada student yang akhir tahun tak dapat kediaman/hostel boleh ikuti >>5 Tips Memilih Bilik/Rumah Sewa Untuk Pelajar Universiti<<

Itu sajalah perkongsian perasaan bila habis cuti nie. Kalau ada sesiapa >>Terima Tawaran Ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) Walaupun Terpaksa<< Aku nak ucapkan tahniah dan selamat datang ke UMS.



Assalamualaikum
Bismillah

Pertama sekali aku ingin memohon maaf sangat-sangat atas kelewatan mengumumkan pemenang giveaway pada bulan lalu. Sebelum itu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Blogger Kak Ninie selaku sponsor giveaway ini. 
Assalamualaikum 
Bismillah

Hai korang. Kisahsidairy.com sedang mencari lebih 10 orang pemenang untuk memenangi Wang Tunai, Voucher, Top up dan barangan lain. Jom pakat Join Giveaway yang mudah ini.

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

Giveaway berlangsung bermula 16 OGOS sehingga 29 Ogos 2017 


JOM JOIN GIVEAWAY NI BERAMAI-RAMAI, PAKAT SHARE UNTUK MEMERIAHKAN LAGI GIVEAWAY INI.

Assalamualaikum
Bismillah


Sebagai seorang blogger yang masih baru dalam dunia blogging. Aku suka membaca tips-tips daripada mentor, rakan blogger ataupun sifu kerana mereka telah lama dalam bidang ini. So, banyak tips yang boleh diambil dan dipraktikkan untuk meningkatkan penulisan blog kita.

Di sini aku ingin kongsikan 10 tips blogging daripada Denaihati.com.

1. ETIKA BLOGGER
Perkara pertama yang perlu kita perlu ambil berat adalah untuk menjaga etika sebagai seorang blogger. Sebagai blogger, suara dan penulisan kita diambil peduli dan mendapat perhatian ramai. Ini adalah kuasa blogger yang perlu diuruskan dengan baik. Kita boleh sebar berita tidak benar atau menyebarkan berita yang sahih. Keduanya akan memberi impak kepada blog kita. 

Usah kerana kita ingin mengejar trafik, kita redah sahaja semua perkara. Blogger perlulah menjaga apa yang sedang dilakukan. Imej anda, apa yang anda tulis, anda buat, anda katakan, semuanya memberikan impak kepada perjalanan kerjaya sebagai seorang blogger. Blogger profesional tidak sewenang-wenangnya menggunakan pengaruh mereka untuk menghentam semua pihak. Ada banyak ketika, perbincangan di sebalik tabir akan memberikan kesan yang lebih baik. Andai tiada maklum balas daripada pihak yang terlibat, barulah kita mengambil inisiatif yang berbeza. Usahlah melakukan aktiviti murahan dengan membuat pemasaran secara tidak beretika, jika tidak tahu belajar dan ambil tahu.

2. BLOG ANDA PERLU DIJUAL
Anda perlu menjual blog anda, jual di sini bukan bermaksud menjual blog itu sendiri, tetapi memasarkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh blog anda. Terlalu ramai hari ini ingin menjana pendapatan daripada blog, tetapi mengambil langkah berdiam diri, mengharap duit itu datang melayang hanya kerana telah mempunyai blog. Sediakan profile yang lengkap agar ianya memudahkan proses memperkenalkan blog kita kepada bakal pelanggan atau sesiapa sahaja. Profile tersebut biarlah disusun dengan baik, menggunakan data yang sebenar dan senaraikan pakej (jika ada) atau kadar bayaran untuk perkhidmatan anda.

3. KOMUNIKASI SECARA PROFESIONAL
Sebagai blogger, anda membawa diri anda sebagai produk yang ingin dijual. Komunikasi ini sangatlah penting agar kita boleh berdiri sama tinggi dengan blogger-blogger lain di luar sana. Salah satu perkara penting adalah untuk menjaga komunikasi dan apa yang kita tulis atau tuturkan, terutama di media sosial. Hanya kerana anda seorang blogger, tidak bermakna anda boleh sesuka hati memaki hamun semua pihak hanya kerana anda merasakan anda di pihak yang benar. 

Anda bukan hanya ingin membawa imej baik untuk sementara waktu, tetapi untuk jangka masa yang panjang. Setiap aktiviti anda diperhatikan oleh ramai pihak, termasuk pihak yang ingin membayar perkhidmatan anda. Jika imej yang ditampilkan itu kurang menarik atau nampak terlalu banyak negatif daripada positif, ini akan menyebabkan bakal pengiklan menjauhkan diri.

4. TAHU HAK ANDA
Andai anda ingin menjadikan penulisan blog sebagai kerjaya, mahu atau tidak, bayaran itu perlu diuruskan dengan baik. Takkan kita nak makan angin sahaja setiap hari, pasti tidak bukan? Jika anda di "ikat" oleh sesetengah pihak, syarikat atau siapa sahaja, pastikan anda dibayar untuk ikatan tersebut. Usah hanya terikat tanpa sebarang manfaat. Atau anda hanya terikat kerana ingin pergi menghadiri majlis untuk sebuah goodies bag yang tidak boleh digunakan untuk membeli seketul karipap sekalipun.

Ini perkara yang sangat penting, kerana ada pihak yang sedang menindas kepentingan anda. Anda dibiarkan tidak dibayar, sedangkan mereka menikmati keuntungan berlipat kali ganda. Tidak semestinya semua perkara mementingkan bayaran, tetapi andai ingin diikat, anda perlu dibayar. as simple as that. Usah diikat tanpa di bayar, itu ibarat anda berlaku kejam dengan diri sendiri. Apabila anda menerima tawaran, anda berhak untuk berbincang dengan siapa yang memberi tawaran, jika anda tidak minta, biasanya anda tidak dapat apa yang diinginkan.

5. SENTIASA TAMBAH BAIK KUALITI BLOG
Blog anda adalah aset utama sekiranya ingin menjana pendapatan, hanya kerana anda merasakan anda sudah cukup glamor, tidak bermakna anda boleh membiarkan sahaja blog anda seperti bangunan usang yang dibina 30 tahun dahulu. Sedangkan rumah yang kita diami pun adakalanya kita ingin cat untuk nampak lebih baik, sekali sekala buat renovasi dan pelbagai lagi. Blog anda juga begitu.

Sila pelajari apa trend terkini, teknologi terkini, struktur yang berkesan, cara penulisan yang baik dan ruangan-ruangan teknikal. Usah hanya kerana anda inginkan wang, anda pun penuhkan blog anda dengan segala macam banner dan iklan. Jadilah butik jenama terkenal, bukan pasar malam yang carcamarba. Blog butik pasti akan mendapat bayaran yang setimpal, berbanding blog pasar malam. Bukan ingin menghina, namun ini hakikat yang perlu anda ketahui dan lakukan.

6. TAMBAH JARINGAN KENALAN UNTUK BLOG
Ini antara perkara yang sangat penting, anda perlu luaskan jaringan anda, bukan hanya berada dalam kelompok yang sama. Jika anda daripada kumpulan A, anda boleh juga bersama-sama kumpulan F dan juga kumpulan B, Begitu juga sekiranya anda berada dalam kumpulan D, bergaul juga dengan yang berada di kumpulan H. Semua ini akan memberikan impak yang sangat baik kepada anda dan blog anda. Mengapa perlu hadkan diri untuk berada dalam satu kelompok sahaja, sedangkan kelompok lain juga memberikan manfaat yang berlipat kali ganda.

Meluaskan jaringan ini adalah asas perkembangan blog anda. Anda boleh lihat bagaimana blogger-blogger berjaya menguruskan blog mereka. Mereka tidak hanya tertumpu kepada satu pihak, tetapi mereka meluaskan jaringan mereka seberapa banyak yang mereka mampu. Akhirnya, jaringan ini akan sentiasa saling bantu membantu antara satu sama lain. Ikatan kerjasama yang erat ini tidak mementingkan hanya kepentingan satu kelompok semata-mata, tetapi kepentingan industri secara keseluruhan.

7. FOLLOW MENTOR YANG BAIK
Dalam dunia blogging ni, anda perlu pilih mentor yang akan membawa anda ke tahap yang lebih baik, dari sudut penulisan, teknikal dan perancangan. Seandainya mentor anda hanya ingin duduk di tahap yang sama, boleh lupakan sahaja mereka ini. Antara yang anda boleh follow seperti sifu Azrizam Mansor, tuan guru Wan Yusof Wan Jeffery, master sifu Amir Denaihati Mereka tidak hanya mengejar glamor, tetapi melakukan semuanya dengan fikiran ingin maju ke hadapan, bukan ke belakang.

8. RANCANG PERJALANAN BLOG ANDA.

Tanpa perancangan, anda akan selesa dengan apa yang anda telah perolehi. Cukuplah dapat pergi ke event-event menarik, sekali sekala dapat bayaran. Ini semua tidak akan membuatkan anda boleh menjadikan penulisan blog sebagai kerjaya. Anda perlu rancang dan usahakan agar pendapatan setiap bulan anda melalui blog sentiasa mencukupi untuk menampung keperluan harian.

9. KIRA KOS PENGURUSAN DAN PEMASARAN
Andai ingin jadikan penulisan blog sebagai kerjaya, anda perlu kira masa, tenaga dan segala benda yang diperlukan untuk mengusahakan blog yang baik. Jika belum ada domain, perlu beli domain. Jika belum ada business card, perlu cetak business card. Jika belum pernah masuk kelas, perlu masuk kelas. Jika belum pernah mengiklankan blog anda, perlu mula iklankan.

Setiap kos yang dikeluarkan akan membolehkan anda menjana lebih banyak pendapatan. Usah terlalu fikirkan semua ingin percuma, hinggakan anda sendiri tidak dapat menjana pendapatan. Dapatkan pendapatan, itulah kerjaya yang akan menampung kehidupan anda.

10. BLOGGER MENJANA PENDAPATAN
Sebenarnya memang banyak ruang dan peluang untuk menjana pendapatan, tanpa anda perlu keluar dari rumah. Tak perlu pun nak hadiri event Tak perlu meredah kesesakan jalanraya Tak perlu berpenat lelah. Anda hanya perlukan internet, laptop atau telefon pintar, serta tenaga yang mencukupi. Selepas itu, anda boleh pilih ingin jana ratusan ringgit sebulan, ribuan ringgit sebulan, mahupun lebih daripada itu. Pilihan di tangan anda.

Blogger tua berkongsi pengalaman


Secara konklusinya, setiap apa yang kita tulis mencerminkan peribadi serta imej kita. So tulislah yang baik-baik. Tak salah kalau nak berikan pandangan mahupun komen. Cuma biarlah dengan cara yang berhikmah. Jadi seorang blogger ini setiap hari kita kena belajar sesuatu yang baru. Bukan sahaja jadi blogger dulu baru nak belajar sesuatu yang baru tetapi setiap hari pun tentu ada sahaja pengalaman, pengetahuan dan pengajaran yang kita pelajari dalam kehidupan kita.

Dan apa yang membezakan kita dengan orang lain ialah kita berkongsi pengalaman itu kepada orang lain dengan penulisan dalam blog. Semoga apa yang kita kongsikan itu memberi manfaat kepada orang lain dan menjadi bekalan amalan kita di dunia mahupun akhirat. Insya'Allah.
Assalamualaikum
Bismillah

I just want to say, selamat datang junior yang sangat bertuah kerana dapat UMS, especially kepada pelajar dari Semenanjung dan juga Sarawak. Aku tahu, mungkin ada yang mengharap dapat UPSI, UM, UKM dan universiti yang nampak unggul dan megah. Apapun just nak ingatkan korang UMS pun not such a bad choice.

Pinjam gambar Facebook UMS

Pensyarah aku pernah cakap
“universiti yang korang nak sangat tu tapi tak dapat, alih-alih dapat UMS bersyukurlah sebab UMS terima korang.” 
Ramai lagi yang nak masuk universiti tapi tak dapat. Kita yang ada rezeki Allah bagi pinjam nie pun ambillah peluang tue dengan sebaiknya.
Mengapa aku kata macam tue?
Kebanyakkan pelajar yang dari semenanjung dan sarawak selalu membandingkan UMS dengan universiti lain. Malah budak Sabah sendiri macam tu. Bagi aku belajar kat universiti mana pun sama ja. Setiap universiti ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Apapun kalau korang dapat UMS walaupun terpaksa, anggap ja lah ia merupakan satu cabaran belajar kat Negeri orang kan? Ada sebabnya kenapa anda tersangkut atau terdampar kat UMS. Biasalah hikmah tue kita tak nampak esok lusa sayangg..

Ada juga pelajar yang kata
"Aku tak minatlah kos nie. Entah dapat menjamin masa depan dalam pekerjaan atau tidak". 
Yang ini aku tak tahu nak komen apa sebab aku bersyukur dapat kos yang aku minati iaitu Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga. Tetapi aku ada ramai kawan yang dapat kos yang dorang tak expect pun akan dapat walaupun begitu dorang terpaksa terima ja. Alhamdulillah semua kawan-kawan aku sekarang berada di tahun akhir. Malah ada yang kata selepas ambil kos tu barulah dorang faham dan apa yang dipelajari itu lebih daripada apa yang mereka sangka.

Baiklah aku tak nak cakap banyak yang di bawah ini #TipsMasukUMS hehe~

1. Pendaftaran masuk kolej kediaman
UMS ada 3 buah kolej kediaman iaitu
  1. Tun Mustapha
  2. Tun Fuad
  3. Kolej Kediaman Excellent. 
Don't worry sampai sana anda akan dibantu oleh kakak dan abang senior yang baik hati. Dah selesai daftar kediaman jangan lupa makan ya. Isi perut korang tu sebab korang akan lalui Minggu Suai Mesra yang amat memenatkan hahaha~
Peringatan mesra aku nak ingatkan kepada pelajar yang dapat Kolej Kediaman Excellent sila tutup tingkap masing-masing sebab korang akan berjumpa dengan monyet-monyet liar yang korang tak sangka-sangka akan curi segala makanan yang ada di dalam almari.
2. Tempat Membeli-Belah
Kalau korang risau takda iron, seterika, baldi serta keperluan peribadi jangan risau ada Shopping Mall juga berdekatan dengan UMS. Kalau tak tahu nak ke sana macam mana. Korang boleh gunakan apps UBER ataupun GRAB. Kalau naik bas tambang RM 1.00 sahaja.

1Borneo Hypermall

1Borneo Hypernall merupakan shopping mall yang selalu jadi tumpuan pelajar UMS. Tempat yang selalu dikunjungi~

1. Kedai Buku Popular
2. MR. DIY
3. KAISON
4. Giant
5. Onestop Superstore
6. DAISO
7. KFC
8. Pizza Hut
9. McDonald

Dan banyak lagi lah. Cuma nak ingatkan saja. Jangan terkejut atau sakit jantung tengok harga barang kat sini totally different dari tempat korang tu. Shopping mall inilah yang paling dekat dengan UMS, kalau rajin ada banyak lagi shopping mall di Kota Kinabalu seperti Centre Point, Suria Sabah, IMAGO dan banyak lagi. 

3. Hari Pertama Kuliah
Wahai adik-adik sekalian, tips ini sangatlah penting. Pertama sekali akak nak cakap "Jangan lupa beli payung". Orang kata sediakan payung sebelum hujan. Hari pertama kuliah akak dulu sangatlah sedih sebab cuaca kat sini masa tu hujan. Habis basah. Hahaha xD Dan semasa Minggu Suai Mesra tu jangan lupa Fakulti korang sendiri. Kalau tak hari pertama lagi dah sesat hahahha. Kalau boleh cuba latih diri bangun awal sebab korang akan menghadapi hari pertama yang penuh dengan cabaran dan halangan terutama sekali ketika menunggu bas.


Akhir kata, welcome to UMS dan selamat menjalani hari anda sebagai seorang pelajar UMS. 
Create memory here sebab bukan selalu dapat pijak Bumi Di Bawah Bayu hehe~


Assalamualaikum
Bismillah


Hai readers, semoga dalam jagaan ALLAH SWT. Bulan Ogos merupakan bulan istimewa sebab ramai blogger anjurkan giveaway sempena sambutan Hari Kemerdekaan. Mungkin ada yang tak tahu aku nie kalau nak join giveaway terpaksa pilih huhu~

Banyak Giveaway Aku Tak Join, Bukan Sebab Memilih walaupun hakikatnya aku terpaksa pilih juga. Sesiapa saja blogger yang menganjurkan giveaway yang berbentuk hadiah aku tak join sebab aku tiada alamat rumah untuk korang post hadiah tu. Thats why kebanyakkan blogger yang anjurkan giveaway sedemikian aku terpaksa tengok sahaja huhu. Sedih tau~

Nak pinjam alamat orang seganlah pula. Aku hanya join giveaway hadiah yang berbentuk wang tunai. Sebab kalau menang pun just bank in kan saja walaupun hadiah wang tunai RM10. Tak kisahlah, RM10 pun takda orang nak bagi free tau.

So, bilalah aku dapat join giveway semua tue? Aku hanya join kalau dah masuk semester kat UMS sebab aku boleh pinjam alamat Kolej Kediaman dalam UMS. Masa kat UMS lahr boleh dikatakan kaki shopping online juga hehe sebab senang sikit abang pos laju hantarkan barang. Tetapi time cuti semester ini biasanya pejabat kat UMS tutup dan tidak menerima barangan daripada pos laju (i mean student punya barang).

Ada juga aku nampak giveaway yang berbentuk barangan sekali dengan wang tunai. Kalaupun aku menang takkanlah aku nak cakap "aku nak hadiah berbentuk wang tunai saja boleh?". Nanti dikatanya pula "melampaulah pula blogger nie". Hahaha

Apapun semoga kalian semua dimurahkan rezeki. Love you all~
Assalamualaikum
Bismillah


Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com bermula dari saat ini sehingga 11.59 malam 14 Ogos 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 5 pemenang bertuah dicari dan akan menerima RM10 setiap seorang.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 14 Ogos 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 21 Ogos 2017.

Assalamualaikum
Bismillah


Hari ini aku ingin berkongsi Review Produk Glow Gelenggang Merawat Masalah Kulit seperti kegatalan, eczema, bisul, kurap, panau, resdung serta kudis buta. Glow Gelenggang ini merupakan sabun organik berdasarkan herba semula jadi daripada Herba Gelenggang, Habatus Sauda, Susu kambing, Minyak Argan, Minyak Zaitun dan juga Menthol.

Assalamualaikum
Bismillah


5 Hari Lagi Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul Tamat. Aku ingin ucapkan setinggi penghargaan kepada bloggers yang sudi join giveaway ini. Seramai 63 orang peserta yang telah ditapis penyertaan mereka hehe~ 

Inilah pertama kali giveaway aku serta Kak Ninie mendapat sambutan ramai. Alhamdulillah. Memandangkan peserta agak ramai. Mungkin aku akan cuba tambah hadiah saguhati. hehe~ Insya'Allah.

Doakanlah supaya dimurahkan rezeki. Hehe~ Terima kasih kepada sayang-sayang semua yang join. Jangan risau, ada baki 5 hari lagi sebelum Giveaway tamat. Sempat lagi nak join  Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul.

Assalamualaikum
Bismillah



Pada semester lalu, senior kami iaitu Pelajar Tahun Akhir, Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga telah mengadakan pameran "Alat Bantu Mengajar Bagi Kanak-Kanak Kurang Upaya". Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran (slow learner) memerlukan alat atau kaedah yang sesuai bagi membantu mempertingkatkan tahap pendidikan dan pemahaman murid. 


Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak kurang upaya amat berbeza sekali dengan kanak-kanak yang bersekolah di sekolah biasa di mana guru-guru perlu menyediakan carta-carta yang digunakan dengan kad huruf yang berwarna-warni untuk menarik minat kanak-kanak ini supaya kekal fokus kepada pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, kanak-kanak ini juga cenderung kepada bahan yang berbentuk buku-buku yang mempunyai gambar-gambar yang menarik.

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa bahan bantu mengajar ini boleh dikategorikan kepada beberapa kategori seperti:
  1. Bahan keperluan asas (wall pocket, carta, board, alat tulis)
  2. Bahan pusat sumber (bahan bacaan, CD, Komputer, TV, hasil kerja murid seperti buku skrap)
  3. Bahan matematik (bahan yang merangsang untuk mengira)
  4. Bahan Bahasa Melayu (sudut bercerita, akhbar, kad, mengenal abjad)
  5. Bahan pendidikan seni (lukisan, warna, DIY/Kitar semula)
  6. Bahan pendidikan muzik (instrumen muzik, kaset, radio)
  7. Bahan pengurusan diri (singki, cermin muka, alat pembersih yang sesuai)
  8. Bahan pendidikan Islam (Sejadah, al-Quran, Iqra, Kisah-kisah Nabi)
  9. Bahan rekreasi luar/dalam (gelongsor, petak pasir, trampolin)
  10. Bahan permainan dalam (sahiba, catur, monopoli)

Pameran Alat Bantu Mengajar Bagi Kanak-Kanak Kurang Upaya anjuran Kelab Kanak-Kanak & Keluarga, Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga, Fakulti Psikologi, Universiti Malaysia Sabah (UMS)












Akhir kata, ibu bapa harus mengambil berat tentang cara pembelajaran kanak-kanak itu dan jangan membandingkan anak-anak anda dengan kanak-kanak lain. Ada segelintir ibu bapa yang suka membandingkan anak mereka.

Contohnya seperti anak jirang korang dah pandai ABC, tetapi anak korang pula sebut ABC pun tak tahu. Tapi mungkin anak jiran korang tak hebat melukis seperti anak korang. Anak jiran dah pandai mengira, tetapi anak korang belum. Tapi anak korang mungkin mempunyai kemahiran bersosial yang tinggi berbanding anak jiran korang.

Oleh itu, kenali potensi anak kita sendiri dan didik mereka dengan cara kita. Lain anak lain potensi dan intelligence mereka. Setiap manusia diciptakan ALLAH SWT dengan unik. Setiap daripada kita berbeza dan tiada satupun yang serupa.

Assalamualaikum
Bismillah


Cerita ini dah lama dalam draft cuma baru hari ini terasa ingin berkongsi sebuah pengalaman ketika mengikuti Program Sehari Bersama Kanak-Kanak di Sekolah Tunas Bakti di Kota Kanibalu. Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Sekolah Tunas Bakti.

Assalamualaikum
Bismillah


Google Image

Setelah beberapa hari mendiamkan diri, akhirnya aku post juga sesuatu. Aku setiap hari on blog juga, cuma menghabiskan masa membalas kunjungan blogwalking dan komen-komen yang terbengkalai. Memandangkan beberapa hari ini otak kering idea tiba-tiba pula teringat keputusan exam semester lepas. Yuhuuuuu!