Terima Tawaran Ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) Walaupun Terpaksa

32
Assalamualaikum
Bismillah

I just want to say, selamat datang junior yang sangat bertuah kerana dapat UMS, especially kepada pelajar dari Semenanjung dan juga Sarawak. Aku tahu, mungkin ada yang mengharap dapat UPSI, UM, UKM dan universiti yang nampak unggul dan megah. Apapun just nak ingatkan korang UMS pun not such a bad choice.

Pinjam gambar Facebook UMS

Pensyarah aku pernah cakap
“universiti yang korang nak sangat tu tapi tak dapat, alih-alih dapat UMS bersyukurlah sebab UMS terima korang.” 
Ramai lagi yang nak masuk universiti tapi tak dapat. Kita yang ada rezeki Allah bagi pinjam nie pun ambillah peluang tue dengan sebaiknya.
Mengapa aku kata macam tue?
Kebanyakkan pelajar yang dari semenanjung dan sarawak selalu membandingkan UMS dengan universiti lain. Malah budak Sabah sendiri macam tu. Bagi aku belajar kat universiti mana pun sama ja. Setiap universiti ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Apapun kalau korang dapat UMS walaupun terpaksa, anggap ja lah ia merupakan satu cabaran belajar kat Negeri orang kan? Ada sebabnya kenapa anda tersangkut atau terdampar kat UMS. Biasalah hikmah tue kita tak nampak esok lusa sayangg..

Ada juga pelajar yang kata
"Aku tak minatlah kos nie. Entah dapat menjamin masa depan dalam pekerjaan atau tidak". 
Yang ini aku tak tahu nak komen apa sebab aku bersyukur dapat kos yang aku minati iaitu Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga. Tetapi aku ada ramai kawan yang dapat kos yang dorang tak expect pun akan dapat walaupun begitu dorang terpaksa terima ja. Alhamdulillah semua kawan-kawan aku sekarang berada di tahun akhir. Malah ada yang kata selepas ambil kos tu barulah dorang faham dan apa yang dipelajari itu lebih daripada apa yang mereka sangka.

Baiklah aku tak nak cakap banyak yang di bawah ini #TipsMasukUMS hehe~

1. Pendaftaran masuk kolej kediaman
UMS ada 3 buah kolej kediaman iaitu
  1. Tun Mustapha
  2. Tun Fuad
  3. Kolej Kediaman Excellent. 
Don't worry sampai sana anda akan dibantu oleh kakak dan abang senior yang baik hati. Dah selesai daftar kediaman jangan lupa makan ya. Isi perut korang tu sebab korang akan lalui Minggu Suai Mesra yang amat memenatkan hahaha~
Peringatan mesra aku nak ingatkan kepada pelajar yang dapat Kolej Kediaman Excellent sila tutup tingkap masing-masing sebab korang akan berjumpa dengan monyet-monyet liar yang korang tak sangka-sangka akan curi segala makanan yang ada di dalam almari.
2. Tempat Membeli-Belah
Kalau korang risau takda iron, seterika, baldi serta keperluan peribadi jangan risau ada Shopping Mall juga berdekatan dengan UMS. Kalau tak tahu nak ke sana macam mana. Korang boleh gunakan apps UBER ataupun GRAB. Kalau naik bas tambang RM 1.00 sahaja.

1Borneo Hypermall

1Borneo Hypernall merupakan shopping mall yang selalu jadi tumpuan pelajar UMS. Tempat yang selalu dikunjungi~

1. Kedai Buku Popular
2. MR. DIY
3. KAISON
4. Giant
5. Onestop Superstore
6. DAISO
7. KFC
8. Pizza Hut
9. McDonald

Dan banyak lagi lah. Cuma nak ingatkan saja. Jangan terkejut atau sakit jantung tengok harga barang kat sini totally different dari tempat korang tu. Shopping mall inilah yang paling dekat dengan UMS, kalau rajin ada banyak lagi shopping mall di Kota Kinabalu seperti Centre Point, Suria Sabah, IMAGO dan banyak lagi. 

3. Hari Pertama Kuliah
Wahai adik-adik sekalian, tips ini sangatlah penting. Pertama sekali akak nak cakap "Jangan lupa beli payung". Orang kata sediakan payung sebelum hujan. Hari pertama kuliah akak dulu sangatlah sedih sebab cuaca kat sini masa tu hujan. Habis basah. Hahaha xD Dan semasa Minggu Suai Mesra tu jangan lupa Fakulti korang sendiri. Kalau tak hari pertama lagi dah sesat hahahha. Kalau boleh cuba latih diri bangun awal sebab korang akan menghadapi hari pertama yang penuh dengan cabaran dan halangan terutama sekali ketika menunggu bas.


Akhir kata, welcome to UMS dan selamat menjalani hari anda sebagai seorang pelajar UMS. 
Create memory here sebab bukan selalu dapat pijak Bumi Di Bawah Bayu hehe~


Tags

Catat Ulasan

32Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. MAka bersyukurlah kalian.Betul tu x semua dpt apa yg diinginkn.Ad hikmah di sebalik tiap sesuatu tu💕 thniah pd yg berjya ke U!👏 hrgai peluang sebaiknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tue~ Hikmah mungkin x nampak skrg ..Apa yg kita nak belum tentu terbaik bwat kita,,

      Padam
  2. Misaki teringin nak masuk u lain dulu.. tapi rezeki dapat UiTM nak buat macammana.. alhamdulillah rezeki nak belajar walaupun bkn kos yg minat.. hikmah tu XD

    dalam banyak2 negeri, semua dah pergi.. Sabah je belum TT^TT

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah rezeki dapat sambung study walaupun bukan tempat yg kita nak ^^ ~ Insya'Allah ada rezeki & dipanjangkan umur dtglah Sabah hehe

      Padam
  3. Abam Kie dulu mula2 posting di Papar. Mula2 x nk pi Sabah tp bila sampai happy plak mengajar d sana. Tu citer 20 thn lps...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh.. lama dah tue.. apapun pengalaman juga tue pergi ke negeri org ^^

      Padam
  4. dlu xdpt masuk ums sbb result stpm xcantik..but then dpt smbt master...alhamdulillah, masuk juga ums.hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah kak haha kalau dah rezeki kn..

      Padam
  5. Assalamualaikum, tahniah kerana anda merupakan penerima 1 botol serum rambut daripada saya.. Untuk butiran lanjut, jemput baca entri terbaru saya

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/08/top-commentor-julai-ogos-2017.html

    Tahniah sekali lagi...

    Shikin Razali

    BalasPadam
  6. Sabah lawa! Walaupun tak pernah pergi dari gambar dah dapat rasa kecantikan negeri sabah

    BalasPadam
  7. Rindu masa mula masuk ums ni. Tak sedar final year sudah. Huhu

    BalasPadam
  8. wahhh tahniahhhh... syoknya pi sabah.. sambil belajar sambil menikmati pemandangan hhijau cun2

    BalasPadam
  9. Kira beruntung dapat belajar kat mana2 IPTA.
    UMS pun okay

    BalasPadam
  10. Teringat kak pip mula2 blajar di ums, kami antara batch terawal masuk kampus baru tu, mak oiiii tanah gersang ya pokok2 semua baru ditanam.. memang teda tempat berteduh, kalau berjalan tu mesti bawa payung... malas mau rebut2 bas, jalan kaki jak dari Kampung A pi sekolah kejuruteraan, nasib la ndak jauh berbanding sekolah2 lain tu ....tu yang maintain slim time di ums ...hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh Mrs Pip mesti yg sama batch dgn pensyarah2 sy hehe~ Yea kak skrg nie dah tumbuh membesar dah pokok2 tue~ Dah tak panas .. Hahaha masa sem 1 pun sy seringkali jalan kaki kak dari Kampung E (yg dekat kompleks sukan tue kak) x sangka tahan juga hari2 mcm tue hahaha xD

      Padam
  11. Cantiknya ada tasik dalam UMS hehe

    BalasPadam
  12. Lawanya pmndgn kat ums.

    Btullah kan, kene bersyukur sbb u pilih kita. Rmai lg kwn2 kt luar sana yg sedih x dpt msuk u.

    yg dpt u pun tp kos yg x berapa tersohor ni pyahlah. Hari2 kena dgr cemuhan & kritikan. Bukan stkt org luar, kluarga sndiri pun hina. 😞

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah bersyukur kalau d'beri peluang meneruskan pengajian d tempat yg kita mahu. yg x dapat pun Insya'Allah Allah dah sediakan sesuatu yg kita mungkin x sangka ^^~

      Yea betul tue, kos sy pun org slalu salah faham. Katanya habis belajar sy boleh mengajar kanak-kanak huhu sdgkan kami bukannya kos under pendidikan

      Padam
  13. suda singgah sini aa...hihiii..peace..
    https://aztieyshana.blogspot.my/

    BalasPadam
  14. sha suka dtg UMS tuk jogging d kompleks sukan haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha bestnyaa kak~ sy nie jarang joging kat kompleks sukan tue haha

      Padam
  15. Bagus perkongsian ini.. Walaupun dimana universiti itu berada, kesungguhan kita dalam menuntut ilmu yg penting..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tue Kak Shahida :)
      Yg penting keselesaan kita menuntut ilmu

      Padam
  16. hi kak. sy dri semenanjung dpt smbung degree di ums. ada kan bas di airport yg hntr kita ke kampus?

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !