Masalah Cashout Buat Aku Kurang Yakin Dengan HYPR

5:05 pm
Assalamualaikum
Bismillah


Rindunya nak menulis. Sejak belakangan ini terasa macam kaku nak menulis. Berat hati tinggalkan blog beberapa hari ini. Nak paksa diri menulis pun tak boleh haha. Disebabkan kekurangan idea, so aku pun baca baliklah entry yang lepas. Mana tau muncul ilham tiba-tiba kan.


Lepas tue aku teringat yang aku ada up entry >>50 Ideas For Writer's Block<<  
"So, to get rid of this syndrome, I tried to list 50 ideas for the future blog update." Apabila aku baca part ayat tue aku sendiri rasa nak gelak bila terkena panahan writer's block nie. At least, membantu juga menyambungkan sel-sel neuron aku ni. Alhamdulillah, aku dah dapat mengatasi masalah penyakit M.A.L.A.S apabila baca >>Tips Untuk Mengelak Daripada Malas Berblogging<< 

Baiklah, panjang sangat mukadimah. Just straight to the point macam mana nak jana side income RM50 sehari dengan HYPR ?? 

Pendapatan selepas 3 hari join HYPR.

Seriously inilah first time aku sebagai blogger dapat income sebegini banyak selepas 3 hari join. Ya! Hari ini masuk hari ke-4 dah aku jadi member HYPR. Meremang juga bulu roma takut-takut kena tipu kah. Tapi kalaupun menipu nak buat macam mana kan, at least aku join tak sampai 3 hari dah lebih RM100. Ikutkan dah boleh cashout tapi bila request cashout pula sistem tak dapat update request aku lagi.

Memandangkan request cashout masih belum boleh update. So, aku cuba contact pihak HYPR untuk selesaikan masalah ini. Aku pun tak senang hati juga sebenarnya nak promote kalau tak boleh cashout. Haha Kalau aku promote sekali dua tak apa juga. Boleh tahan juga aku share sampaikan boleh dapat income banyak macam tu.


Ini jawapan yang diberi selepas aku chat kat FBpage HYPR.

So, buat masa ini aku bersabar saja lah menunggu dorang update request cashout aku tue. Aku dah tak promote link tu buat masa ni sebab masih kurang yakin bab cashout nie. Tak macam Sushivid walaupun income taklah banyak tetapi bab cashout alhamdulillah takda masalah. Korang boleh tengok bukti aku cashout SushiVid kat >>SINI<<  Memang berbaloi jugalah join SushiVid sebab income dalam USD.

Sejak aku up tentang HYPR kat laman sosial ramai yang tanya macam mana aku boleh jana side income RM50 Sehari dengan HYPR??





Maaf aku terpaksa hide profile dorang sebab tak minta izin nak upload hehe~

Aku nak juga share macam mana nak naikkan income tapi rasa tak berapa yakin lagi sebab belum boleh cashout. Insya'Allah, selepas dah approved request tue aku share. Tak best juga nanti ramai dah join tapi bila nak cashout tak dapat. Rugi ja promote walaupun tak sampai seminggu join.

Thanks yang sudi mesej tanya pasal HYPR. 

9 comments:

  1. Kalau rajin macam Nurul ni, memang boleh jana income... Alhamdulillah rezeki kan...

    ReplyDelete
  2. Banyak juga tu.. baru 3 hari..Rasa macam nak join.. Tapi itu la dengar2 masih ramai belum dapat cashout

    ReplyDelete
  3. tak sabar tunggu entry seterusnya tentang hypr :)

    ReplyDelete
  4. Problem cash out sebab cuti seperti yang dinyatakan kot..

    ReplyDelete
  5. Apa apa pun kita tunggu dulu nurul dulu update pasal ni

    ReplyDelete
  6. hopefully ok lah nurul. nk promote pon xbest klau xyakin bleh percaya ke tak kan

    ReplyDelete
  7. rajin nurul cari income..good luck .

    ReplyDelete
  8. Ada joun jugak hypr ni . Memang earningsnya naik mendadak . Tapi belum sampai masa untuk cashout lagi

    ReplyDelete
  9. wahh rajinnya Nurul..byk income tuk topup kehidupan di universiti kan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Powered by Blogger.