Resepi Telur Rebus Masak Sos

14
Assalamualaikum
Bismillah

Tengah hari tadi aku main masak-masak kat dapur haha. Cuti hujung nie lah aku manfaatkan masa untuk belajar memasak. Orang kata belajar sampai degree pun tak guna kalau dapur tak berasap. Kasihan bakal suami aku nanti dapat bini yang asyik tapau makanan saja. Hahaha


Actually resepi nie pun semua orang boleh buat, terutama bujang macam aku nie hehe. Aku tak pandai sangat masak makanan yang berat-berat nie. So, untuk makan tengah hari tadi aku masak Telur Rebus Masak Sos hahaha. Tak pandai sangat nak bagi nama nie.

Bahan-bahan :

  • 3 biji telur (yg sudah direbus) 
  • 1 ulas bawang besar 
  • 3 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 biji kentang 
  • garam secukup rasa 
  • 1 mangkuk kecil sos cili 
  • 1 sudu teh gula 
  • 1/2 gelas air 
Note : Bahan tu ikut korang sendiri nak letak apa pun tak kisah haha ~

Cara-cara memasak : 

  • Hiris atau tumbuk bawang merah dan bawang putih. 
  • Hiris bawang besar 
  • Potong kentang mengikut kesukaan (potong dadu) 
  • Panaskan kuali dengan minyak. Tumis bawang merah dan bawang puith. Biar sampai naik bau. 
  • Masukkan bawang besar dan kentang sekali. 
  • Masukkan sos cili dan setengah gelas air. Gaulkan dan tunggu hingga mendidih. 
  • Masukkan garam secukup rasa dan gula. 
  • Sediakan telur rebus. Suka hati nak potong dua atau tidak. 
  • Masukkan telur rebus ke dalam kuali. 
  • Gaul hingga sebati. 
  • Dah siap! Boleh hidangkan kat family. 
Beginilah kalau orang bujang kan? Haha. Masakkan pun bukannya special. Yang penting orang rumah suka makan. hahaha~~



Tags

Catat Ulasan

14Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Senang masak telur macam ni. Cepat

    Bahan pun tak banayk

    BalasPadam
  2. Senang masak ni kan.. tp kalau sya.. lepas rebus telur.. sya goreng sekejap lagi telur tu.. biar rangup2 sikit.. nyummm..

    BalasPadam
  3. yummy...sedap2 ..ccl selalu masak ayam masak sos , next time boleh cuba telur rebus

    BalasPadam
  4. simple tapi nampak sedap je. boleh cuba nanti ni..

    BalasPadam
  5. Haah, good idea, kat dapor ni cukup bahan2 ..boleh lah try, tengah lapor ni, tak tau nak masak apa

    Kak Su | Membantu ibu2 dirumah membina blog dan bisnes online

    BalasPadam
  6. Simple resepi telur rebus masak sos airtangan Nurul..
    Thanks for sharing :-)

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !