Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, rezeki datang dengan izin-Nya. 2 bulan yang lalu aku telah join SUSHIVID yang masa tu memang hangat dalam kalangan blogger. Aku pun tidak ketinggalan juga untuk join dan share pengalaman join SushiVid. Setelah agak lama menyepi akhirnya Cashout SushiVid Kali Ke-3 aku telah diluluskan. Beberapa hari lepas tu ada lagi income naik. 

Tak kumpul banyak mana pun.

Baru-baru ini aku agak kurang update blog dan promote affiliates, ataupun mana-mana web untuk mendapatkan pendapatan sampingan disebabkan oleh masalah kesihatan dan keutamaan diberikan terhadap pembelajaran aku buat masa sekarang. Banyak perkara yang jadi sepanjang tahun ini. Boleh baca entry Suka Duka Sepanjang Bulan September

Aku percaya rezeki Allah itu tidak pernah salah alamat yang penting kita berusaha dan tidak putus asa. Syukur Allah limpahkan rezeki kepada aku dengan rezeki lain walaupun bukan dengan berblog. Walaupun aku kurang update tentang SushiVid tetapi syukurlah ada juga income sedikit sebab sebelum ini aku gagahkan diri promote referral link kat email kawan-kawan hehe. Mungkin kalau korang muka email, asyik-asyik nampak nama aku ja muncul kan invite sana-sini. huhu. Apapun yang sudi terima invitation SushiVid aku tu, terima kasih sangat-sangat!

Sekarang nie ada banyak tau kempen yang dijalankan di SushiVid. Aku pun ada lebih kurang 3 prorosal dah telah dihantar. Haha mencuba nasib mana tau rezeki proposal diterima. 



Aku menyeru kepada rakan-rakan blogger untuk mencuba nasib dengan Sushivid walaupun tak yakin proposal tue diterima atau tidak hahaha. Yang penting usaha ja. #YakinSakBah

Yang belum pernah join lagi bolehlah >>SIGN UP<<

Ever had a crush on someone at school? Here’s a bittersweet throwback for you.
Assalamualaikum
Bismillah

Budak-budak sekarang dah semakin extreem. Baru-baru ini aku ada ternampak video kat Twitter tentang "Pass Out Challenge". Mulanya aku ingatkan budak tu dibuli, tetapi aku agak terkejut juga apabila budak tue tersedar daripada pengsan dan kawan-kawannya pula tergelak. OMG! Apa dah jadi dengan budak-budak nie. Tak sayangkan nyawa betul!




Ibu bapa sepatutnya ambil tahu tentang permainan ini. Pass out challenge bukanlah permainan yang boleh dibawa main sesuka hati apatah lagi melibatkan kanak-kanak yang dibawah umur. Is not a game! Permainan yang melibatkan nyawa seolah-olah kita membunuh diri kita sendiri. Pastikan anak-anak kita tahu tentang akibat bermain game ini. 
Menurut Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, The ‘pass-out challenge’, a game which involves applying enormous pressure to the chest until the person is rendered unconscious. Bagaimana cabaran ini dimainkan adalah dengan menekan dada oleh dua atau tiga orang rakan beberapa saat sehingga jatuh pengsan.

Selain itu, permainan ini juga dikenali sebagai "skip challenge", "choking game", dan "fainting game". Malah, ada juga terdapat video yang mengajar kanak-kanak atau remaja untuk melakukan game ini tanpa pengawasan daripada ibu bapa atau penjaga, which is even more dangerous.

Sedih sebenarnya apabila melihat permainan ini viral dengan begitu cepat dan mendapat perhatian ramai remaja di luar sana tanpa memikirkan kesan buruk yang bakal berlaku. Terdapat facebook page yang telah dibuat khas untuk mereka yang berminat untuk melakukan cabaran ini. Dalam masa 2 hari page itu telah mendapat 400 likes. Allahu~ Guys, please report the page to facebook! Are you really  crazy going to allow this videos for kids to learn how to hurt themselves? 



Mungkin bagi mereka perkara yang boleh membunuh diri mereka sendiri itu merupakan sesuatu yang melucukan. Adakah permainan yang melibatkan nyawa orang itu suatu perkara yang lucu?? Think about it! Check your kids facebooks too!



Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, setelah hampir sebulan sabar menunggu, akhirnya barang dari SGShop dah sampai dengan selamat. Banyak sangat cerita tentang SGShop bermula daripada tidak dapat register sehinggalah menang giveaway. Dan berpeluang merasa berbelanja di SGShop merupakan satu pengalaman shopping secara online yang menyeronokkan bagi aku. Cewaah ayat! Hehehe



Gambar barang yang dibeli daripada SGShop


Secara jujurnya, aku beli 3 jenis barang. Tetapi kasut yang aku nak tu takda stok. Alhamdulillah, duit dikembalikan dan aku masukkan dalam akaun aku buat belanja hehe. So, hanya dua barang kat atas sajalah yang di beli. 



Walaupun masa penghantaran diambil agak lama, tetapi aku tak rasa lama sebab sibuk haha. So, kira okaylah. Terima kasih kat abang posmen yang hantar barang tue walaupun cuaca agak kurang baik kat Sabah. Dahlah hantar barang kat kolej kediaman, lepas tue nak cari aku minta tanda tangan pun payah hahaha. Apa boleh buatlah nak, aku tinggal luar. Just tumpang alamat kolej kediaman ja. Tetapi memang terbaiklah sebab hantar sampai depan pintu rumah lagi. 



Gambar sebelum 


Gambar selepas 


Serius, aku suka sangat sandal tu dengan saiz yang betul kat kaki walaupun aku main agak-agak ja masa tu. hehe. Memang selesalah pakai. Tapak sandal pun lembut dan tidak menggigit kaki walaupun kali pertama guna. Cewaahh! hahaha. Beg pun comel,cuma menyesal tak pilih warna lain huhu.

Secara keseluruhan memang puas hatilah. Aku harap pada masa akan datang akan lebih banyak lagi  giveaway SGShop dianjurkan. hehe


Assalamualaikum
Bismillah

Hai bloggers sekalian. Lamanya jari-jemari tidak menaip. Rindu sahabat blogger. Rindu nak mencoret dan merapu dalam blog. Honestly, a lot of thing happened to me recently. Bukan sengaja abaikan blog tetapi banyak perkara yang harus diberi keutamaan. 

Terima kasih kerana sudi singgah dan baca blog aku yang kejap ada kejap menghilang ini. Kepada yang rajin komen tue Insya'Allah aku akan cuba untuk membalasnya. Bila tengok pageview sendiri pun sendu ja. Huhuhu~



Aku cuba ringkaskan saja ya cerita malam nie. Ada beberapa point yang aku akan sentuh yang berkaitan dengan entry lepas.

1. HYPR Sebagai Pendapatan Pasif

Sebelum ini aku ada meluah tentang Masalah Cashout Buat Aku Kurang Yakin Dengan HYPR di mana membuatkan aku hilang mood kejap nak promote link tersebut. HYPR ini apa pula? HYPR adalah platform kepada bloggers atau individu yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan berkongsi artikel dan dibayar dengan hanya beberapa klik.

Seperti yang korang sedia maklum sebelum ini aku ada mengadu di blog tentang masalah cashout dan page itu yang masih dalam proses penambahbaikan memandangkan ia masih baru. Setelah agak lama dah tak jenguk page HYPR nie. Tiba-tiba request cashout tu dah diupdate hahaha ~~ Pihak HYPR pun email sebab senyap tiba-tiba. Merajuk lahr tue. Apapun tinggal diapprove ja. Syukurlah kalau dah diluluskan, agak banyak jugalah aku dapat dalam RM240 juga.



2. Pengalaman Shopping SGShop

Alhamdulillah, walaupun sebelum ini mengalami masalah dalam registration SGShop sebelum ini, selepas pendaftaran berjaya dan berpeluang menyertai Giveaway SGShop. Tak sangka rezeki memihak kepada aku apabila Menang SGShop walaupun baru pertama kali join. 

Pengalaman shopping kat SGShop ini memang mengelirukan hahaha. Dari segi barangan MURAH TETAPI KENA PANDAI PILIH. hehe. Alhamdulillah, barang yang aku beli memang murah tetapi shipping tak payah ulas lah memang mahal. Hahaha mungkin sebab barangan daripada luar negara kot. 

Yang bestnya, walaupun aku tak belanja RM100 tetapi kita masih boleh transfer sebahagian duit tu ke akaun kita melalui online. 


Persoalannya sekarang, macam mana nak tau barang kita tue sampai di mana dah? I mean ada tracking no tak untuk SGShop nie? Aku pakai alamat hostel ja, takkan hari-hari ke pejabat tengok barang dah sampai atau belum. Huhu~ 


3. Akhirnya Aku Terpaksa Berhenti Kerja

Kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan pada entry yang lepas Patutkah Kerja Sambil Belajar? mungkin ada yang tahu aku bekerja part time sebagai sales girl di sebuah Butik dalam Shopping Mall di 1Borneo. Aku bekerja pada hari Sabtu & Ahad. 

Tetapi aku hanya bekerja 2 hari sahaja kerana pada hari Ahad itu aku tiba-tiba mengalami sakit yang amat sangat pada belakang dan juga pinggang. Akhirnya, aku terpaksa berhenti kerja. Aku pun tak naklah paksa diri untuk bekerja dalam keadaan sakit. Syukurlah aku masih dibayar gaji walaupun hanya 2 hari saja bekerja. Apa boleh buat kan. 

4. Disahkan Menghidap Mild Back Pain

Hmm perkara ini aku tak pernah ceritakan dengan sesiapa. Mungkin kalau ada yang follow aku kat Instagram atau friends kat Facebook akan nampak aku sering kali juga post pasal ubat ja. Aku sendiri pun tak tahu sebenarnya apa sakit aku sehinggalah aku mengalami sakit yang teruk pada hari Ahad lepas. 



Sebenarnya lebih daripada itu dah ubat yang aku makan, tetapi sakit aku makin teruk. Sakit apa? Sakit belakang. 4 kali pergi hospital, 2 kali pergi klinik tetapi doktor cakap aku hanya mengalami muscle pain saja. Sampaikan aku dibelikan yoko-yoko, ubat sapu, kuyuk dan macam-macam lagi untuk kurangkan sakit pada belakang. Kalau aku tak sapu ubat aku akan berasa tidak selesa dan sakit saja. 

Nak duduk lama pun tak boleh, nak bergerak atau baring pun rasa sakit. Memang tidak selesalah. Terutama semasa exam. Memang menangis lah sebab tak tahan duduk di dewan exam. Paper yang 2 jam aku hanya jawab sejam saja. Aku mengalami sakit belakang ini pun hampir setahun dah. Bayangkanlah hari-hari terpaksa sapu ubat, makan ubat. Yang paling menyedihkan kau pun tak tahu apa sebenarnya sakit kau.

Dah banyak kali juga aku request minta X-Ray tetapi doktor tak benarkan sebab katanya aku hanya mengalami Muscle Pain bukannya tulang belakang. Bukan aku tak percaya cuma at least aku mahu tahu. Kalau memang takda apa-apa then aku berubatlah cara tradisional ataupun perubatan Islam. Aku dah cuba cara tradisional kat kampung hari tu tetapi tiada perubahan pun aku rasa.

Sampailah kejadian Hari Ahad semasa kerja. Aku menangis sebab tak tahan sangat. Masa tu terdetik kat hati "Ya Allah, apa bha sakit aku nie? Kenapa aku harus hadapi semua nie?". Rasa aku seolah-olah menyalahkan takdir huhu T^T

Esoknya aku paksakan diri pergi ke Hospital Queen Elizabeth II dan memohon kepada doktor untuk membuat X-Ray kepada aku. Mulanya memang dorang tak mahu. Tetapi aku paksa juga, kalau memang tak ada apa-apa aku akan pergi ke Perubatan Islam saja. Akhirnya dorang pun cubalah X-Ray aku. 


See what? Mustahillah aku sakit takda sebab. Doktor sahkan aku mengalami Mild Back Pain. Punca berlakunya back pain ini mungkin disebabkan aku terlalu banyak bergerak, kerap megangkat barang berat atau senaman yang berlebihan. Aku memang jarang bersenam dan angkat berat. Tetapi aku tidak nafikan aku ini seorang yang aktif dan suka bergerak sana sini. Tak suka duduk diam. Tambahan pula aku dah biasa bekerja pada usia yang muda. Entahlah aku tak tahu.

Selepas di X-Ray, doktor sarankan aku menjalani rawatan Fisoterapi. Aku dah buat temu janji pada hari itu juga. Keluarga pun dah sedia maklum tentang perkara ini. Walaupun begitu, keluarga aku tetap sarankan untuk aku berubat menggunakan kaedah perubatan Islam. Kiranya 2 dalam 1.


Macam susah nak percaya dalam usia yang muda dah macam-macam penyakit yang datang. Apapun kena usaha dan cari cara untuk sembuh. Selebihnya percaya dan yakin saja dengan ALLAH SWT semoga diberikan kesembuhan. Apa yang berlaku ada hikmahnya. Ujian untuk menguji tahap kesabaran serta kebergantungan kita kepada ALLAH. 


5. Alhamdulillah Dah Jumpa Penyewa Baru

Okay, tak nak sedih-sedih. Haha kali nie nak cerita tentang housemate baru pula. Alhamdulillah selepas kejadian housemate yang keluar kurang beradab hari itu, kami ada jumpa 2 orang lagi penyewa baru. 

Walaupun agak lewat tetapi kami dapat bayar sewa pada masa yang telah ditetapkan. Mereka berdua sangat sporting dan peramah. Seorang merupakan pelajar Master dan seorang lagi pelajar UMS tetapi dalam masa yang sama bekerja part time. 


Banyak perkara yang terjadi sebenarnya yang menyebabkan aku tidak dapat berblog untuk beberapa minggu ini. Dengan entry ini aku harap adalah sedikit sebanyak yang aku boleh kongsikan dengan korang. Mungkin tidaklah penting tetapi aku berharap bermanfaat juga untuk dibaca. Harap-haraplah.

Apapun aku memang rindu juga nak menaip dan membaca blog korang. Insya'Allah aku akan cuba untuk rajin blogwalking pada masa akan datang. Terima kasih kerana sudi singgah dan komen kat blog ini. Aku hargai sangat. Keep in touch ya~ Miss you guys!