Assalamualaikum
Bismillah

Hai~ Terlalu awal untuk up entry hehe~ Disebabkan mata masih aktif dan takda tanda menunjukkan aku mau tidur. Aku amat berbesar hati ingin berkongsi Cara Cashout SUSHIVID. Sebelum itu, mungkin ada yang pernah baca tentang Cashout SushiVid Kali Ke-3. Alhamdulillah, dengan tutorial ini, masuk income ke-4 sudah aku cashout SushiVid selepas hampir 3 bulan join hehe~


Baiklah, tanpa berlengah lagi. 

Pertama sekali korang kenalah join SushiVid nie. Kalau belum join, boleh daftarkan diri kat sini ya >>SIGN UP<<

TETAPI sebelum itu, korang kena tengok tau sama ada korang telah melepasi syarat tak untuk jadi member SushiVid. Bagi yang teringin nak cashout tu, boleh ikut tutorial seperti di dalam gambar ya :

1. Klik kat >>My Wallet<<

2. Seterusnya klik >>Payout Request<<



3. Klik >>OK! Continue to Payout Request<<

Biasanya, amaun cashout bawah RM100 akan dikenakan caj sebanyak RM1.


Selepas tu korang akan diminta untuk semak Nama Penuh, Email, NO K/P, Jenis Bank & No akaun Bank untuk memudahkan pihak SushiVid membuat pembanyaran. Bagi ahli yang pertama kali cashout, pihak SushiVid akan email untuk minta photocopy Kad Pengenalan kita. 

4. Seperti yang korang lihat dalam gambar screenshot, dah semak semua, pastikan maklumat tersebut benar dan tepat ya. Then, klik >>Confirm Payout Request<<


SIAP! Senang ja kan? Korang boleh print slip pembayaran sebagai bukti korang dah cashout. 


Macam mana nak tau dah masuk akaun atau tidak? 

Status PENDING bermaksud request korang masih dalam proses. Apabila pihak SushiVid, mereka akan email kita bukti duit telah dimasukkan dalam akaun. Selain itu, korang boleh semak juga yang status korang telah di approved!



Semoga tutorial ini sedikit sebanyak membantu korang :) Yang belum join, jangan lupa tau boleh daftarkan diri kat sini ya >>SIGN UP<<


Assalamualaikum
Bismillah

Hai bloggers sekalian, hari ini aku amat berbesar hati untuk share dengan korang Resepi Nasi Goreng Mudah & Cepat. Mudah kerana memerlukan bahan yang sedikit sahaja dan boleh di dapati di pasaraya Giant. Dan tidak mengambil masa yang lama untuk memasak. Dalam 10 - 15 minit sahaja.


Thanks to my lovely housemate, Priya (Indian) yang ajar aku masakan ini. Seriously, aku nie tak pandai masak sangat. I'm feeling blessed had housemate like her! So sweeeeet! haha~~ Baiklah, seperti yang ditunjukkan dalam gambar, 



Bahan-Bahan 
1. 1 mangkuk besar nasi yang telah siap dimasak
2. 2 ulas sayur kacang panjang (siap dipotong)
3. 1 batang lobak (siap dipotong ikut suka hati)
4. 2 ulas bawang merah & bawang putih
5. Kicap manis
6. Serbuk kunyit Baba's
7. Serbuk Cili Baba's
8. Garam secukup rasa
9. Minyak
Cara memasak :


1. Panaskan kuali serta minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan sayur kacang panjang dan lobak. Kacau hingga masak.
3. Masukkan nasi putih yang telah dimasak. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan serbuk kunyit & cili Baba's dan gaul rata sehingga nasi kekuningan.
5. Masukkan garam secukup rasa dan kicap manis. Gaul hingga sebati.
6. Matikan api dan Siap untuk di hidang!

Selain daripada lobak dan sayur kacang. Korang boleh gantikan dengan bahan yang korang suka seperti telur dan isi ayam. Ikut suka korang hehe~ Kalau ada yang korang nak tambah atau perbaiki dalam masakan ini, boleh share kat komen ya~

#BudakBaruBelajarMemasak

Assalamualaikum
Bismillah

Hari tu ada nampak rakan blogger yang lain update tentang bayaran HYPR yang telah diterima. Terdetiklah dalam hati nak check email. Mana tau masuk juga hehe~ Sebelum ini aku pernah update tentang HYPR. Korang boleh baca Jom Buat Duit Dengan HYPR | SII NURUL


Alhamdulillah setelah agak lama menunggu akhirnya penantian berakhir apabila Cashout HYPR Pertama Kali telah dimasukkan kedalam akaun. Mungkin ada yang masih blurr apa itu HYPR?

HYPR sebagai platform sosial influencer di Malaysia ditujukan untuk orang Malaysia yang giat bersosial dan ingin menjana wang mempromosikan jenama dan servis. HYPR ini merupakan salah satu medium untuk pelajar universiti, golongan surirumah, dan graduan muda yang inginkan pendapatan sampingan dengan mempromasikan jenama/trend terkini melalui sosial media. 

Apa yang aku suka tentang HYPR ini, setiap pertanyaan yang aku tujukan dilayan dengan sabar hahaha~ Memandangkan page ini agak baru, of course lah ada rasa kurang yakin sikit. Yang penting jangan pernah malu bertanya. 

Cara promote link HYPR :

1. Daftar sebagai ahli HYPR di >>SINI<<
  
2. Pilih mana-mana promosi dalam HYPR.

3. Share kat Facebook atau Twitter.


HYPR  sangat mudah sebab cuma perlu share dan korang akan dibayar sekiranya ada yang klik link tersebut. Lebih kurang macam 8Share gitu. Cuma bezanya, 8Share kita akan dibayar sebanyak 0.20sen untuk setiap artikel yang dibaca. HYPR pula lebih kepada kita promote jenama atau barangan, dan setiap per klik juga akan dibayar mengikut nilai yang telah ditetapkan. 


Bukti pembayaran



Berminat nak join? Daftar sebagai ahli HYPR di >>SINI<<

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah masih sempat lagi untuk join giveaway daripada Blogger Qiya Saad. First time datang kat blog nie. Aku tertarik pula dengan page Qiya pasal wedding tu. Apapun yang belum join tu jangan lupa support giveaway comel nie tau.

Klik Banner untuk Join 


Hadiah berupa CASH RM100 untuk 'Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for November 2017' ni Qiya akan bahagikan kepada 3 pemenang mengikut jumlah yang tertera kat bawah ni.


HADIAH

Pemenang Pertama
RM50

Pemenang ke-2
RM30

Pemenang ke-3
RM20


Tarikh tutup GA ni pada 30 November 2017 dan para pemenang pula Qiya akan pilih secara rawak.
Assalamualaikum
Bismillah

Hai korang, siapa yang belum join Giveaway ini, jangan lupa join. Selain inginkan hadiah lumayan Kak Mia, sepanjang berblog mesti korang ada sedikit pandangan, komen atau ucapan buat Kak Mia kan? Hehe So inilah masanya untuk korang ceritakan sedikit tentang apa yang korang tahu tentang Blog Kak Mia. 

Klik Banner Untuk Join


Salam sayang buat Kak Mia ~ Tahniah atas pencapaian berblog selama 10 Tahun. Jauh beza sangat dengan Nurul yang baru ja dalam dunia blog ini. Sebenarnya, saya pun tak kenal sangat dengan blog ini pada mulanya sehinggalah saya join Community Sabahan Blogger. 

Dan perkenalan mula terjalin semasa berbuka puasa kat Karamunsing Capital tu. Maaflah Kak Mia sebab masa tu saya agak kurang bercakap berbanding apa yang orang lihat saya semasa berblog. Hehe~ Pengalaman berbuka puasa bersama-sama dengan Kak Mia dan rakan Sabahan Blogger yang lain merupakan satu kenangan yang berharga buat saya. 

Mungkin dalam group whatsapp pun saya agak kurang aktif but still jadi CCTV yang setia haha.

Terima kasih kepada Kak Mia juga rakan blogger yang lain atas tunjuk ajar dalam berblog. I mean dalam tidak sedar mungkin semasa membaca entry Kak Mia sedikit sebanyak memberi motivasi kepada saya juga. Komen-komen yang diberi pun saya hargai sangat. 

Saya tidak berapa kenal lagi dengan Kak Mia secara personal dan saya akui saya pun agak jarang juga singgah blog akak tetapi Kak Mia pula kadang rajin datang dan komen. Huhu ~ Terima kasih sangat, mungkin sifat Kak Mia itu yang harus saya contohi sebagai seorang blogger.

Akhir kata, saya harap hubungan ini bukan setakat hubungan blogger tetapi lebih kepada keluarga Sabahan gitu hehe. Semoga Kak Mia terus maju jaya dalam dunia blog, dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik di samping keluarga tersayang. 


Assalamualaikum
Bismillah

Semalam korang dah tau tak pemenang untuk Segment Thank You 200,000 Visitors?? Jangan lupa baca tau. Ini pertama kali aku cuba menulis entry macam nie. Haha InsyaAllah akan datang nak tulis macam nie juga lah.


Di sini aku cuba senaraikan Top 10 Entry Pada Bulan Oktober 2017. Tiada yang berapa menarik pun sebenarnya dalam Bulan Oktober ini. But still ada yang sudi baca huhu. Thanks guys! 

1. Resepi Telur Rebus Masak Sos - 1359 views


Resepi yang paling simple buat student yang stay kat hostel. Hahaha~ Dan masakan favourite budak-budak di rumah. Simple and easy. Lepas nie aku nak tulis pasal masakan sayur kubis dengan sardinlah hahaha~ Makanan harian kami orang bujang kat hostel huhu


Wahh, rupanya ramai juga yang tertarik nak tengok wajah baru blog aku kan hehe. Thanks Sis Hawa yang kreatif sebab sudi design blog ini. Kalau korang berminat nak cuba design baru, jangan segan silu dengan Sis Hawa. InsyaAllah korang akan puas hatilah. Lagipun servis dia dah upgrade tau. Nak tau lebih lanjut email kat sishawadesign@gmail.com


Alhamdulillah, walaupun segmen dijalankan selama 3 hari tetap mendapat sambutan yang baik dengan 27 orang peserta yang join. Dah ada pemenang tau. Nak tau siapa yang bertuah tu? Boleh baca kat Pengumuman Pemenang Segment Thank You 200,000 Visitors
Korang rasa patutkah? Nak tau jawapan aku? Baca kat SINI. Ohh yaa.. aku rasa nak update lah tentang kerja part time aku nie. Hehe Insya'Allah. Aku rasa semester ini saja banyak betul kerja aku dapat. Alhamdulillah rezeki. 





Yup, betul. Banyak betul yang berlaku sepanjang Bulan September. Ada suka, ada duka. Korang pun mesti banyak cerita sepanjang bulan September kan? Apa perkara yang paling bermakna bagi korang sepanjang bulan tu? Atau maybe tahun 2017 ini? Tak lama lagi dah nak akhir tahun. Huhu cepat betul masa berlalu. Semoga tahun ini kita dapat capai azam kita dan menjadi seseorang yang lebih baik berbanding semalam.




6. Nota Buat Cinta Pertama - 523 views


Hahaha malu sebenarnya nak cerita cintan-cintun nie. Tetapi tak salah pun nak berjiwang sekali-sekala. Harap-harapkorang tidak muntah hijau ja lah bila baca entry tu hehe. Setiap orang pasti akan merasa bagaimana perasaan jatuh cinta. Kalau tidak "terjatuh" pun, at least mesti ada "Crush" kan? ehemm~ haha





Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas nikmatnya. Sejak menceburi bidang blog ini adalah merasa sedikit pendapatan sampingan. Salah satunya daripda SushiVid. Yang belum pernah join lagi bolehlah >>SIGN UP<< Manatau korang join esok lusa jadi jutawan. hehe


Siapa yang dah pernah tengok movie ni? Boleh share review kat komen ya. Teringin juga nak baca~ Siapa peminat Erwin Dawson angkat tangan? Lepas korang tengok #BisikPadaLangit, korang kenalah tengok #DubaiMyLove pulak okay?


Pengalaman SGShop yang korang patut baca. Bermula daripada masalah pendaftaran sehinggalah aku berpeluang untuk menang Giveaway. First time shopping online kat sini tau. Memang berbaloilah juga beli barang kat sini yang penting pandai pilih. Dan memang kena banyak bersabar sikitlah. Al maklumlah barangan dari luar negara ambil masa sikit untuk sampai pintu rumah. But still worth it to buy with Voucher SGShop. Hehehe


Hah? Apakah benda nie? Nak tau lebih lanjut baca kat SINI The ‘pass-out challenge’, a game which involves applying enormous pressure to the chest until the person is rendered unconscious. Bagaimana cabaran ini dimainkan adalah dengan menekan dada oleh dua atau tiga orang rakan beberapa saat sehingga jatuh pengsan. Siapa yang berani mati, bolehlah cuba. 


Walaupun Bulan Oktober kurang update, entry lama sedikit sebanyak menyumbang kepada peningkatan traffik blog ini. Antaranya ialah :

1. SEMAK STATUS KAD SISWA (KADS1M) - 78308 views 




Alhamdulillah, selama 2 tahun berblog, baru ini saja pencapaian Blog Sii Nurul. Bulan Oktober ini hanya 7 entry sahaja yang diupdate. Hehe~ Tiada apa yang patut dibanggakan. Apapun syukur, aku banyak belajar daripada menulis yang entah apa-apa. Sekarang fokus menulis lebih kepada sharing something at least bermanfaat sedikit untuk dibaca. Mungkin juga dengan pencapaian yang tidak seberapa ini akan meningkatkan motivasi aku untuk menulis dan terus menulis dengan lebih baik lagi. 

Aku hanya budak baru belajar. Terlalu banyak yang perlu diperbaiki. Terima kasih kepada yang sudi singgah blogwalking, komen kat blog ini. Banyak hutang yang belum dibayar sebab asyik publish entry baru tapi tak pandai reply-reply komen korang. Huhu InsyaAllah aku usahakan untuk balas blogwalking dan komen semuanya ya. 
Assalamualaikum
Bismillah

Pertama sekali aku ucapkan terima kasih kepada kalian semua kerana sudi join segmen yang agak ringkas ini. Alhamdulillah walaupun ambil masa selama 3 hari tetapi penyertaan agak ramai juga. Maaf sangat kepada mereka yang nak join tapi tak sempat nak join. InsyaAllah akan datang aku akan buat lagi segmen ini. 

Baiklah, tanpa berlengah masa seperti yang telah dijanjikan sebelum ini. Hanya 2 orang pemenang sahaja yang dipilih untuk menerima hadiah wang tunai sebanyak RM20. 


Tahniah diucapkan kepada
 
1. Qisstiera - https://qisstiera.blogspot.my/2017/10/segment-thank-you-200-000-visitors.html?m=1
2. Amer - http://ameridzuan.blogspot.my/2017/11/segment-thank-you-200000-visitors.html

Jangan lupa sent no akaun kat email nurulatikayunus23@gmail.com


Bukan itu sahaja aku telah memilih seramai 15 orang blogger untuk dijadikan bloglist sepanjang Bulan Nov - Dec 2017.

1. http://at-tarmizi.blogspot.my/2017/10/segment-thank-you-200000-visitors.html

2. http://seindahcerita.blogspot.my/2017/10/segment-thank-you-200000-visitors.html


3. https://rodiahamir.blogspot.my/2017/10/segment-thank-you-200000-visitors.html


4. http://www.mrspip.com/2017/10/segment-thank-you-200000-visitors.html


5. http://www.ajuyarashid.com/2017/10/segmen-thank-you-200000-visitors.html


6. http://www.hakimramli.com/2017/10/segment-thank-you-200000-visitors.html?m=1


7. https://messarah.blogspot.my/2017/10/segment-thank-you-200000-visitors.html


8. http://www.pokcikblogger.com/2017/10/segment-thank-you-200000-visitors.html


9. http://www.aimisyahirah.com/2017/11/segment-thank-you-200000-visitors.html


10. http://www.bondezaidalifah.com/2017/11/segment-thank-you-200000-visitors.html


11. https://farhannajafri.blogspot.my/2017/10/segment-thank-you-200000-visitors.html


12. http://chea94.blogspot.my/2017/11/segmen-thank-you-200-000-visitors.html


13.  http://ftndiana.blogspot.com/2017/11/segment-thank-you-200000-visitors.html


14. https://ombakbergigis.blogspot.my/2017/11/segment-thank-you-200000-visitors.html


15. http://www.sisgee.com/2017/11/segment-thank-you-200000-visitors.html



Terima kasih sekali lagi atas sokongan korang semua. Doakan semoga aku terus maju dalam dunia blog dan sentiasa menyampaikan sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat. I love you guys!



Assalamualaikum
Bismillah

Sebenarnya aku tak tahu nak cerita apa. Cuma ada kejadian yang pernah berlaku pada aku sebelum ini yang membuatkan aku terpanggil untuk bercerita. Aku tak tahu nak label apa dalam entry nie. 

Aku belum kahwin. Aku tak ada anak lagi. Aku bercerita sebab suatu hari nanti aku bakal menjadi seorang isteri dan juga ibu. Aku tiada pengalaman sebagai seorang ibu yang membesarkan anak. Tetapi aku ada adik-adik. So, di sini aku hanya cerita pengalaman dan juga perasaan sebagai seorang kakak sulung yang mempunyai 6 orang adik. Sebagai seorang kakak sulung, aku juga punya peranan dan tanggungjawab. Aku dari kecil lagi dah biasa jaga budak. Pengalaman jaga budak aku rasai sejak aku berumur 11 tahun sebab keluarga aku sibuk bekerja memandangkan kehidupan kami dulu sangatlah susah berbanding sekarang.




Seorang ibu atau ayah bukan senang nak mendidik dan membesarkan anak. Dan seorang anak juga bukan senang dibentuk tanpa bimbingan daripada keluarga. Hari ini entahlah macam aku tertekan sikit. Aku menulis pun macam ikut perasaan aku dah.

Sebenarnya aku cuma hairan dengan ibu bapa yang sebelum ini kurang mengambil tahu tentang aktiviti anak-anak di sekolah tetapi boleh pula menengking dan marah apabila anak buat kesalahan kat sekolah.

Kisahnya bermula apabila.....


"Aku suruh kau pergi sekolah sebab nak belajar bukan buat masalah dan malukan keluarga." Sambil marah-marah dan menyalahkan kesalahan sepenuhnya kepada anak.

Padahal, setiap hari kanak-kanak itu pergi ke sekolah dengan niat mahu belajar bersungguh-sungguh. Tetapi sampai kat sekolah dia dibuli kawan-kawannya kerana tidak pandai membaca sedangkan kawan-kawannya yang lain sudah lancar membaca dan mengira. Ibu dan ayahnya tidak tahu yang dia sering kali diejek oleh kawan-kawannya. Pemadam, pensel, duit semuanya hilang.

Apabila ditanya kawan-kawannya semuanya tidak mengaku. Dia pulang dengan kotak pensel kosong. Setibanya di rumah, ibunya sibuk memasak manakala ayahnya sedang menonton televisyen. Dia segera mendekati ibunya dan berkata,

" Mak boleh belikan saya pensel tak?"

"Kenapa nak beli pensel lagi? Bukan ibu dah belikan kah hari tu?"

"Pensel saya hilang."

"Kenapa boleh hilang? Nie mesti main saja kat sekolah tak ingat belajar sampai pensel dan pemadam tak tahu nak letak kat mana" dengan nada tinggi.

Kanak-kanak itu hanya berdiam. Dan meminta kat ayahnya pula. "Ayah, belikan saya pensel boleh?" 

"Kau nie hari-hari minta belikan pensel. Ayah dah tak nak belikan kau pensel lagi sebab kau tak pandai nak jaga barang baik-baik. Pandai-pandailah cari pensel untuk menulis."

Keesokkan hari, kanak-kanak itu ke sekolah tanpa sebarang peralatan tulis. Apabila cikgu menyuruh murid menulis latihan yang di dalam papan tulis. Kanak-kanak itu hanya duduk diam.

Cikgu pun berkata, "awak kenapa diam-diam? Mana buku latihan? Kan cikgu suruh tulis tu kat papan putih"

"Pensel saya takda cikgu."

"Kenapa pensel awak takda? Ibu bapa awak tak belikan ke?"

Dan akhirnya kanak-kanak itu hanya pinjam pensel kawan sebelah meja. Dan keadaan ini berterusan berlaku. Kanak-kanak itu terus dibuli. Dilaporkan kepada cikgu, cikgu tersebut hanya mengambil alternatif untuk memarahi si pembuli sahaja. Namun, si pembuli tersebut tetap meneruskan kegiatan bulinya. Sampailah satu tahap, kanak-kanak yang dibuli itu sering diugut dan dicuri duit belanjanya. Setiap hari dia bawa duit ke sekolah untuk diberikan kepada pembuli untuk mengelakkan dirinya terus dibuli. Dengan berbekalkan makanan daripada RMT itu sahaja dia dapat mengisi perutnya yang lapar.

Pada suatu ketika, kanak-kanak itu tidak diberi duit belanja kerana ibu bapanya menganggap makanan daripada RMT sudah mencukupi. Namun, bagi kanak-kanak yang dibuli itu sangat merisaukan dirinya. Apakah yang akan terjadi sekiranya dia tidak dapat memenuhi keinginan si pembuli tersebut yang sering mengambil duit belanjanya? 

Akhirnya, tanpa berfikir panjang...

Kanak-kanak itu bertindak mencuri duit ibu bapanya tanpa pengetahuan orang lain. Mulanya, wujud perasaan takut. Tetapi apabila kegitan mencuri itu tidak diketahui, dia bertindak untuk mencuri lagi pada hari seterusnya. Duit yang dicuri sebanyak RM5 sehinggalah kepada RM15. Membawa duit ke sekolah sebanyak RM15 bagi kanak-kanak yang berumur 9 tahun adalah sangat tidak wajar.

Pepatah melayu mengatakan, Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga apabila perbuatan tersebut diketahui oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak tersebut dimarahi. Ibu dan bapanya kecewa dengan perbuatan anaknya yang mencuri pada awal usia. Kanak-kanak tersebut didesak dan dimarahi kerana menganggap bahawa mereka tidak pernah mengajar anaknya untuk mencuri, tetapi mengapa berlaku perkara sebegini?

Ibunya berkata "Ini mesti kamu berkawan dengan kawan yang tak baik kan?"

Ayahnya mendesak "Siapa yang ajar kamu mencuri? Aku tak pernah pun ajar kamu semua untuk mencuri. Aku suruh kau pergi sekolah sebab nak belajar bukan buat masalah dan malukan keluarga." Sambil marah-marah dan menyalahkan kesalahan sepenuhnya kepada anak.


Berdasarkan kisah tersebut. Korang fikir sendirilah salah siapa sebenarnya?

Adakah salah kanak-kanak itu? Ibu bapa? Cikgu? atau Si Pembuli?

Lagi satu, aku sebagai seorang pelajar psikologi hanya menyampaikan bahawa setiap perbuatan yang dilakukan itu sebenarnya bukan disebabkan oleh perbuatan individu tersebut sahaja. Tetapi pengaruh sekeliling pun mempengaruhi kita semua untuk melakukan perbuatan negatif apatah lagi terhadap kanak-kanak yang baru berusia 9 tahun. Aku ada adik-adik, aku ada keluarga, dan aku juga bakal menjadi seorang yang di atas sana. So, kita semua pandai-pandailah fikir. Jangan hanya menuding jari mencari kesalahan tetapi tidak mencuba untuk mencari jalan penyelesaian.

Malah yang sangat menyedihkan ada segelintir ibu bapa yang berasa "Mujurlah anak aku tidak macam anak dia. Macam manalah ibu bapa dia didik anak dia". Sedangkan dalam kita tidak sedar, mungkin disebabkan perbuatan anak kita sendiri menyebabkan kanak-kanak itu melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya.

Setiap orang mempunyai peranan. Kanak-kanak mempunyai peranan mereka sendiri begitu juga ibu bapa dan cikgu. Muhasabah diri kita sendiri. Cukuplah dengan terus menyalahkan satu sama yang lain. Tiada manusia yang tidak melakukan kesalahan dalam hidup ini. Serius, sebagai seorang pelajar psikologi kanak-kanak dan keluarga aku memandang perkara ini sebagai suatu perkara yang kita tidak boleh dipandang remeh. 

Akhir kata, aku harap cerita ini memberi manfaat kepada kita semua. Mungkin ini hanya sebuah kisah pendek tetapi bayangkanlah kalau setiap individu menghadapi situasi yang sama seperti di atas. Kelak apa yang berlaku pada masa akan datang korang fikir-fikirkanlah.

Yang baik datang daripada ALLAH SWT, yang buruk datangnya daripada kelemahan aku sendiri.


Klik Sini Untuk Baca 
>>Pernah tak anak anda kena diarrhea? Pastikan anda tahu 4 perkara ni dulu<<
>>Baby selalu nangis bila time nak mandi? Jangan risau, ikut je 6 tips mudah ini.<<