Bacaan Doa Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum
Bismillah

Sempena musim exam ini, aku doakan supaya dipermudahkan untuk menjawab apa sahaja soalan peperiksaan. Macam aku sekarang tengah musim final exam, doakan aku ya~ Korang boleh amalkan Bacaan Doa Menghadapi Peperiksaan ini.



Doa Sewaktu Berada Kelas / Dewan Peperiksaan

Ya Allah, Persiapkanlah kami dengan urusan kami dengan petunjuk-Mu.

Doa Ketika Memasuki Dewan Peperiksaan

Dan katakanlah Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, dan keluarkanlah daku daripadanya dengan cara yang benar lagi mulia, dan berikanlah kepadaku daripada sisMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.

Doa Ketika Menerima Kertas Soalan

Wahai Tuhanku, Lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku. 

Doa Sebelum Menjawab Soalan Peperiksaan

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya kamu akan melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah SWT. Dan ingatlah contoh perbandingan ini, Kami kemukakan kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya.



Doa Apabila Terlupa Ketika Menjawab Soalan

Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Ya Allah, ingatkanlah daku apa-apa yang aku lupa.

Doa Jika Terlupa Jawapan

Ya Allah, Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.

Doa Ketika Buntu Menjawab Soalan

Wahai Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus, Dengan RahmatMu daku memohon pertolongan.

Setelah selesai menjawab bacalah doa mohon agar beroleh kejayaan

Ya Allah, kami memohon kepadaMu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada', dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.


kredit to : Shafiqolbu


Usaha, Doa dan Tawakal :)



Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

7 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. baca entri ni tetiba terpikir.. dah lama tak masuk dewan exam.. rindu pulak huhh

    BalasPadam
  2. good sharing. blh dipraktikkan dlm kehidupan seharian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Semoga memberi manfaat kpd kita semua :)

      Padam
  3. bagus entry ni..boleh lah dijadikan sebagai rujukan masa mau hadap exam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga entry ini memberi manfaat kpd semua :)

      Padam
Terbaru Lebih lama