Assalamualaikum
Bismillah



[Lirik Lagu Kata Akhirmu - Ariff Bahran]

harus bagaimanakah lagi
cara untuk aku membuktikan
harus bagaimanakah lagi
cara untuk aku persembahkan

cinta yang kau pinta
menurut telahanmu

tak mungkin ku cuba untuk mensiakan rasa ini
walaupun ku tak pernah merasai
sedikit kasih darimu

harus bagaimanakah lagi
cara untuk aku meruntuhkan
egomu yang sering menggunung
dan menolakku jauh darimu

dimanakah ia
tempatku dihatimu

tak mungkin ku cuba untuk mensiakan rasa ini
walaupun ku tak pernah merasai
sedikit kasih darimu

tak mungkin ku sekalipun akan mengalah
demi cintaku
kucoba tuk menjadi yang terbaik
hanya untuk dirimu sayang

takkan pernah ku mengalah
untuk menjadi yang terbaik

tak mungkin ku cuba untuk mensiakan rasa ini
walaupun ku tak pernah merasai
sedikit kasih darimu

tak mungkin ku sekalipun akan mengalah
demi cintaku
kucoba tuk menjadi yang terbaik
hanya untuk dirimu

andai kau menyedari
besarnya cinta ini
dan ku terus menanti
kata akhir darimu


Performed by : Ariff Bahran
Composer : Rudy Kasmaran & Jimmy Asmara, Sang Hitam
Lyricist : Rudy Kasmaran & Sang Hitam
Producer : Bratt Bob
Publisher : Rusa Marketing Sdn Bhd
Assalamualaikum
Bismillah

Agak lama juga kan tak sharing something di blog. Ini cerita semester lepas punya. Aku hanya berkongsi pengalaman selepas menjalani Program Sehari Bersama Kanak-Kanak di Rumah Kanak-Kanak Beringgis, Papar. Selepas mengikuti program ini aku berfikir tentang perkara yang paling menyedihkan bagi aku sebagai seorang pelajar. 


Apabila kita ada ilmu, tetapi kita tidak dapat mempraktikkan apa yang kita pelajari. Kita hafal pelbagai jenis teori tetapi apabila berhadapan dengan situasi tersebut kita hanya terkedu tanpa dapat memberi sebarang pertolongan.
Belajar psikologi selama hampir 3 tahun ini membuatkan aku bermuhasabah diri. Ya Allah, betapa ilmu yang kita ada ini ibarat ink pen yang dititiskan di lautan yang luas. Terlalu sedikit, dan betapa jahilnya kita dalam pelbagai aspek kehidupan. Itu baru ilmu psikologi, belum termasuk ilmu akidah, akhlak, tajwid, muamalat, sains, matematik dan banyak lagi.

Dan hari ini aku rasa mahu menangis. Andai sahaja aku mampu beri lebih daripada DOA. Sejak aku mengikuti program tersebut di rumah kanak-kanak, akhirnya aku sedar ilmu psikologi yang dipelajari itu tidak cukup sekadar teori sebenarnya. Malahan apabila kita betul-betul memahami, kita akan dapat lebih daripada itu. Sangat banyak walaupun daripada ucapan seorang kanak-kanak.

Teringat aku semester sebelum ini kami belajar tentang "Dysfuctional Family" dalam erti kata lain, "Keluarga Bermasalah". Dan fokus kami adalah kanak-kanak. 
Dysfuctional family is a family that is not function where there's a conflicts, misbehavior in a family members that occurs continually. Mostly the victim are children.
Apa kesan jangka pendek dan jangka panjang kanak-kanak dalam keluarga bermasalah ini? Apabila kita biarkan kanak-kanak tersebut, apabila mereka dah besar, kemungkinan besar untuk mereka mengulangi kesalahan yang sama dilakukan oleh ibu bapa mereka.

Sedih sebenarnya, semasa sesi luahan ada kanak-kanak yang diabaikan oleh ibu bapa mereka, ada yang ibu bapa dah bercerai, ada juga yang menjadi mangsa penderaan fizikal dan seksual. Masya'Allah. 

Bayangkan ujian yang mereka hadapi tidak sama dengan kanak-kanak yang lahir daripada keluarga yang kurang bermasalah. Ada kanak-kanak yang bertekad untuk membalas dendam terhadap keluarga mereka kerana menyebabkan mereka terumbang-ambing begitu. Ada juga yang mahu membuktikan bahawa mereka mampu hidup berdikari tanpa sokongan daripada keluarga sendiri.

Dan paling menyedihkan rumah kanak-kanak tersebut hanya menanggung mereka sehingga 18 tahun sahaja. Dan apabila mereka keluar dari sana mereka terpaksa hidup sendiri. Dan ada yang berat hati terpaksa pulang ke pangkuan ibu bapa yang mempunyai masalah seperti seorang yang kaki pukul, kaki mabuk dan macam-macam jenis lagi.

Aku tak tahu nak kongsi macam mana lagi tentang pengalaman selama 2 hari 1 malam tersebut. Sungguh! Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Dan hari ini juga aku lihat satu-persatu keluarga aku. Walaupun ada kala berlaku salah faham dalam keluarga, alhamdulillah aku tahu, masalah yang aku hadapi tidak seperti mereka hadapi.

Hmmm~ Ada banyak perkara dalam hidup ini yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Setiap cerita kita tidak sama, setiap memori, pahit manis suka duka kita tak sama. Setiap apa yang berlaku yakinlah Allah tidak akan memberi ujian melebihi batas umatNya. Cuba lihat susah payah kita dahulu yang kita rasa pada masa itu kita tak mampu untuk menghadapinya, tetapi Allah permudahkan segalanya.

SYUKUR..

Ya, sifat syukur itu yang kita susah nak terapkan dalam diri kita. Kita meminta, meminta dan terus meminta, tetapi jarang sekali bersyukur tentang apa yang Allah dah anugerahkan kepada kita. Kita rasa bahawa kita punya masalah yang besar, tetapi sebenarnya ada orang yang punya masalah yang lebih besar daripada kita.

Tidak kiralah betapa besar masalah dalam keluarga. Bersyukurlah, kerana kita masih ada ibu bapa yang sangat prihatin, sayang dan ambil berat terhadap kita. Once Allah tarik nikmat tersebut, kita takkan dapat merasai lagi kasih sayang itu.
Assalamualaikum
Bismillah

Zaman sekarang merupakan zaman moden di mana kanak-kanak awal usia mula didedahkan dengan pelbagai teknologi canggih seperti TAB dan IPad. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak mula ketagihan dan sukar untuk mengawal penggunaan gadget mereka.

photo kredit to : http://www.cikgushare.com 

Namun, di sini aku akan kongsikan 5 Cara Kawal Anak Daripada Ketagihan Gadget. Ibu bapa perlu mengawal pengunaan gadget terhadap anak mereka kerana kanak-kanak awal usia belum mampu untuk mengawal diri sendiri. Sedangkan makan dan minum mereka pun perlu dikawal, inikan pula nak bagi 100% kebebasan menggunakan gadget tanpa sebarang kawalan?

1. Elakkan Daripada Caj 100% Bateri Penuh
Elakkan daripada cas iPad/Tab sehingga penuh. Sekurang-kurangnya tinggalkan 15%-20% sahaja untuk sekali pakai. Hal ini akan dapat hadkan penggunaan gadget anak itu sendiri. Bateri yang penuh akan menyukarkan anak kita untuk melepaskan iPad ataupun Tab. 

2. Jangan Ajar Anak Unlock Password 
Jangan sesekali ajar anak kita untuk unlock password apa-apa sahaja sebarang gadget seperti laptop, smartphone, iPad ataupun Tab. Hal ini demikian kerana kebinasaan otak, pemikiran dan perlakuan anak selalunya bermula dari situ. Apabila kita membiarkan mereka mendapat kebebasan penuh untuk buka kata laluan menunjukkan kita memberi sepenuhnya kuasa untuk anak kita menggunakan gadget tersebut bila-bila masa. 


Apabila anak-anak mula ada kuasa untuk membuka sendiri kata laluan maka secara langsung dia juga ada kuasa untuk tutup atau berhenti main gadget bila-bila masa yang dia mahu. Keadaan ini akan menyukarkan mereka untuk berhenti. Bermula di saat kita memberi kuasa tersebut, anak-anak akan mula tidak mendengar cakap kita apabila kita suruh berhenti. Malah, mereka akan cenderung untuk membuka sendiri kata laluan tanpa pengetahuan ibu bapa. 

Apa sahaja jenis hiburan, pastikan kita yang berkuasa untuk memulakan dan memberhentikannya. Hal ini demikian kerana kita yang lebih berkuasa untuk mengawal pengunaan gadget tersebut, dan bukan sebaliknya.

3. Pastikan Anak Memahami Bahawa Gadget Adalah Kepunyaan Ibu Bapa
Jangan sesekali mengajar anak-anak dengan mengatakan iPad atau Tab tersebut milik anak. Kebanyakkan ibu bapa sendiri yang menggalakkan anak-anak untuk menggunakan gadget dengan mendownload banyak games agar anak-anak dapat bermain apabila dalam keadaan bosan.

Selain itu elakkan daripada bercakap:

"Adik, tolong ambilkan iPad adik tu" atau "Mama nak pinjam iPad adik boleh?" Keadaan ini seolah-olah memberitahu mereka bahawa gadget tersebut kepunyaan mereka. Tegaskan kepada anak-anak bahawa gadget itu kepunyaan ibu bapa. Mereka hanya pinjam. Apabila pinjam, maka anak-anak tersebut akan memahami barang yang dipinjam harus dipulangkan semula bila-bila masa ibu bapa minta.

4. Gunakan iPad & Tab Sebagai Ganjaran Positif
Gunakan gadget sebagai ganjaran apabila anak-anak capai sesuatu. Sebagai contoh, apabila anak-anak dapat menyiapkan kerja sekolah, maka mereka akan diberi peluang untuk bermain gadget selama sejam. Galakkan anak untuk buat lebih banyak benda baik kalau nak dapat peluang untuk berhibur. Tetapi bukan semua pencapaian yang bagus kita kena bagi gadget. Ganjaran positif boleh jadi macam-macam benda yang anak suka. Kalau boleh biarlah "gadget"menjadi pilihan terakhir.

5. Alihkan Perhatian Anak Daripada Gadget
Setiap kali anak minta iPad atau Tab, cuba alih perhatian dia ke arah benda lain atau permainan lain. Ajak main puzzle,conteng-conteng, mewarna, masak-masak art atau kraf. Selagi boleh buat anak lupa gadget, buat. Ini untuk mengurangkan tahap ketagihan anak terhadap penggunaan gadget. Apabila dibuat secara konsisten, lama-kelamaan minat dan hobi anak-anak akan berubah.

Cara-cara ini mungkin akan memakan masa. Oleh itu, ibu bapa harus kental dan jangan berputus asa. Ketagihan gadget jelas memberi lebih banyak impak ang negatif berbanding positif. Sebagai ibu bapa kita harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. 

Kita banyak mengadu anak ketagih gadget tetapi kita sendiri handphone tidak pernah lekang dari tangan. Mengadu anak lewat tidur sebab layan iPad tetapi kita sendiri layan internet sampai terlelap. Kita nak anak jadi seorang yang baik tetapi kita sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik. 

Ingat, kanak-kanak lebih banyak meniru perbuatan kita berbanding mendengar apa yang ibu bapa katakan. 

Tidak salah anak-anak bermain gadget, cuma yang merisaukan apabila tiada pengawalan dalam penggunaannya sehingga menyebabkan ketagihan terhadap gadget. Jauhkan gadget secara perlahan-lahan daripada anak-anak bukan secara drastik. InsyaAllah lama-kelamaan mereka akan lupakan gadget mereka. 



Assalamualaikum
Bismillah

Mana-mana kanak-kanak yang mempunyai kesan lebam, luka, lecur atau retakan tanpa penjelasan yang munasabah mungkin sedang mengalami penderaan fizikal terutama apabila terdapat beberapa kecederaan yang berulang.


Terdapat banyak lagi keratan akhbar yang menceritakan tentang penderitaan kanak-kanak yang didera secara fizikal ini. Tindakan berikut adalah satu bentuk penderaan dan sama sekali tidak boleh digunakan sebagai cara untuk mendisiplin kanak-kanak:

• Sebarang pukulan yang menyebabkan kecederaan seperti lebam dan pendarahan

• Memukul bayi atau kanak-kanak petatih yang terlalu kecil untuk memahami apa yang betul dan apa yang salah

• Menendang dan menumbuk

• Menolak seorang kanak-kanak pada sesuatu yang keras atau sehingga dia terjatuh

• Membengkok atau memusingkan tangan atau kaki seorang kanak-kanak

• Meletakkan objek panas, cecair panas atau bahan lain yang menyebabkan lecur contohnya menggosok cili pada kulit, bibir atau mulut

• Memukul kanak-kanak ketika bergaduh dengan orang lain

• Memukul kanak-kanak kerana marah atau kecewa mengenai sesuatu yang tidak ada kena mengena dengannya

• Menghukum kanak-kanak kerana jangkaan yang tidak realistik contohnya memukul kanak-kanak yang berusia dua tahun kerana membuang air kecil dalam seluarnya

• Memukul kanak-kanak ketika bawah pengaruh dadah atau alkohol

• Tidak memberi makanan, minuman atau membuat kanak-kanak berdiri di luar di bawah matahari atau dalam hujan

• Mengunci kanak-kanak dalam ruang yang sempit (seperti dalam penjara)

• Menarik rambut kanak-kanak 

Mungkin ada segelintir ibu bapa yang kurang mengambil berat terhadap perkara ini dan menganggap bahawa tindakan mereka adalah untuk mendidik. Walhal, perbuatan tersebut merupakan satu bentuk penderaan fizikal terhadap kanak-kanak.

Maaf entry kali ini agak simple dan pendek sebab pertama kali menaip kat handphone. Laptop ada masalah sikit. Thanks guys for reading.

Feel free to share jikalau entry ini memberi manfaat kepada orang lain. 😊
Assalamualaikum
Bismillah


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


(klik banner kalau nak join)

Giveaway ini dianjurkan oleh www.mohdnoorshawals.com dengan kerjasama @jambukubest ...

Jangan lepaskan peluang ini!! Rebut peluang memenangi Novel dari Penulis Novel Islamik Thriller No 1 Malaysia!!! Ustaz Hadi Fayyadh...


Assalamualaikum
Bismillah

Hubungan cinta biasanya bermula dengan ikatan persahabatan. Kita dapat mengenali pasangan dengan lebih baik melalui jalinan persahabatan yang dibina. Namun, apabila kita mula merasa bibit-bibit cinta itu telah hadir terutama sekali apabila kita jatuh cinta dengan kawan sendiri, susah juga sebenarnya mahu menghadapi perasaan tersebut.


Sebelum ini kita mungkin agak selamba ketika bersama dengan si dia, berubah menjadi seorang yang agak pemalu dan kekok. Persoalan yang bermain diminda apabila kita mula jatuh hati dengan kawan sendiri adalah:

Kita berfikir adakah perlu menyatakan perasaan yang sebenar ataupun berdiam diri sahaja? 
Bagaimana kita hendak membawa perhubungan sebagai rakan itu ke tahap yang lebih istimewa? 
Adakah cinta kita hanya bertepuk sebelah tangan? 
Apa yang kita patut harapkan dan apa pula yang harus dilakukan? 

Apa yang pasti, kita tidak mahu merosakkan perhubungan yang sedia ada. Oleh itu, confirmkan dulu perasaan itu. Salah satu sebab seseorang jatuh cinta dengan kawan sendiri kerana berasa dia juga mempunyai perasaan yang sama. Sebelum kita berfikir begitu, pastikan kita membaca tandanya dengan betul dan berhati-hati.

Tanda Si Dia Jatuh Cinta : 

1. Dia sering cuba untuk menarik perhatian kita.

2. Berasa selesa dan banyak bergurau dengan kita walaupun di hadapan rakan lain.

3. Tidak berminat dengan lelaki/perempuan lain.

4. Banyak bertanya mengenai apa yang kita suka dan tak suka.

5. Menunjukkan rasaa ingin tahu tentang peribadi, minat, impian ataupun latar belakang keluarga

6. Memperkenalkan anda kepada sahabat si dia yang lain.

7. Banyak meluangkan masa dengan anda dan sentiasa punya masa untuk anda walau sibuk macam mana sekalipun

8. Menunjukkan rasa prihatin dan risau tentang diri anda

9. Menunjukkan rasa cemburu apabila anda cuba mendekati perempuan/lelaki lain.


Persediaan sebelum meluahkan perasaan 

Sebelum luahkan perasaan, kita kena pastikan bahawa kita dah betul-betul bersedia untuk menerima apa sahaja jawapan yang bakal diterima. Jika kita meluahkan kepada kawan baik tentang perasaan suka kita padanya dan dia pun merasakan perasaan yang sama, sememangnya berbaloi kita memberitahunya. 

Namun jika dia tidak mempunyai perasaan yang sama, sudah tentu kita akan kecewa dibuatnya malah mendapat malu pula. Siap sediakan diri anda dengan sebarang kemungkinan. Jikalau kita merasakan bahawa dialah perempuan/lelaki pilihan hati, ketepikan ego dan rasa ragu. Yakin dengan diri sendiri.

Selepas kita bersedia dari segi mental, pastikan pula anda tahu apa perlu dikatakan walau apa pun jawapannya. Kuncinya adalah sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan. Untuk memberitahunya, pastikan kita memilih masa dan tempat bersesuaian yang dia selesa dan mudah faham apa yang kita beritahu.

Semasa Meluahkan Perasaan

1. Cuba berada dalam keadaan yang tenang dan relax.

2. Beritahulah dalam keadaan yang bersahaja dan jangan terlalu serius seperti ia satu pengumuman yang sangat penting.

3. Bersedia maafkan dia jika reaksinya tidak seperti yang kita harapkan.

4. Berilah dia masa untuk berfikir dan jangan kelihatan memaksa.


Reaksi Si Dia 

1. Dia juga suka

Mutual feeling is the best feeling! Perasaan apabila cinta diterima rasa hati seperti melayang-layang di awangan. Hahaha~ Jangan berhenti berusaha dalam perhubungan setakat di situ saja. Buktikan kita bukan main-main dan serius.

Namun, janganlah terlalu serius dan berilah dia sedikit ruang untuk memproses peralihan jalinan ini. Jangan pula bertindak seperti kita tahu semuanya tentang dia kerana sebelum ini adalah kawan baik. Kenalinya dengan lebih mendalam dan bersedialah dengan soalan rakan-rakan lain yang akan bertubi-tubi datang.

2. Dia tidak suka

Ada besar kemungkinan juga yang dia tidak akan sukakan kita seperti kita menyukainya. Jika dia hanya boleh berkawan dengan kita, terimalah dengan tabah dan terbuka. Mungkin si dia hanya selesa berkawan dengan kita dan tidak lebih daripada itu.

Mungkin kita akan berasa janggal setelah meluahkan perasaan terhadap si dia. Tetapi jikalau dia boleh berlagak selamba dan masih menganggap kita sebagai seorang kawan baik jangan pula terus memutuskan ikatan persahabatan yang sedia ada. Mungkin itu petanda bahawa dia bukanlah jodoh kita. 

Move on dan teruskan kehidupan. Ada kalanya mencintai itu tidak semestinya memiliki.

Hastag #tipscinta #tipscaripasangan #carijodoh

Assalamualaikum
Bismillah

Seronok tau join giveaway LubukSeni.com So far, puas hati dengan hadiah yang di-offer. Selain spesis jarang ditemui, hadiah meleleh tu untuk ramai pemenang. Kali ni, pemenang untuk 5 orang. Ramai tuhhh, rugi la tak join kanss.

Nak join giveaway? Klik je gambar bawah ni ya!


Banyak rupanya entry menarik kat LubukSeni.com . Kalau sesaperrr minat seni eloklahh singgah blog ni sebab memacam idea uols boleh dapat. Antara perkongsian dalam blog ni ialah:

Dah alang-alang singgah tu, jom Follow BLOG Lubuk Seni [tekan sini] Jom korangg follow LubukSeni sebab lepas ni, banyak lagi entry kreatipp penuh warna-warni. Follow rerapatt okke!
Assalamualaikum
Bismillah

Hai kalian~ Meh join Giveaway LZ nie. Giveaway tamat pada 17 February 2018 at 11.59 pm. Pengumuman pemenang pada 21 February 2018. Dan HADIAH De'Xandra Air Freshener akan diberikan kepada 5 pemenang.


Klik banner

Apa yang anda suka baca dalam blog seseorang?
Agak mencabar juga ya soalan tu hehe. Sejujurnya aku ni agak memilih apabila mau baca blog seseorang. Aku suka baca blog tentang tips blogging. Misalnya bagaimana nak tingkatkan pageviews blog, jana pendapatan, ataupun cara menulis artikel blog dengan baik. Lebih kurang macm tu lah. Aku rasa blog aku terlalu banyak kekurangan terutama sekali dari segi pemulisan. 

How to say ya? Hmmm~ I mean setiap patah perkataan yang ditulis itu still lack of something. Apabila baca blog orang lain kan, setiap patah perkataan yang ditulis rasa kena ja dihati. Apa yang disampaikan oleh penulis sampai kepada pembaca.

I'm jealous. 

Terdetik juga dalam hati bilalah dapat menulis macam tu. Haha~ It's okay, I still have a lot of time to improve myself. 


Assalamualaikum
Bismillah

Hai guys, minggu nie rajin sikit nak join segmen memandangkan cuti sem dah nak habis hehe~ Kali ni nak join Segmen Adik Faiq pula.


klik banner

Faiq Najmi nie salah satu blogger lelaki yang aku kenal. Rasanya baru tahun lepas aku mengenali blogger Faiq nie. So, jom memeriahkan segmen ini~


Assalamualaikum
Bismillah

Saya suka berblogging kerana family secara tidak sengaja pernah terbaca diari aku. Kebetulan masa tu aku ada crush masa sekolah hahaha~ Sangatlah memalukan. I mean bayangkanlah family terbaca puisi-puisi cinta dan ayat-ayat jiwang masa tu. Tak tahu mana nak letak muka ni hahaha~


Klik Banner

Perkara tu dah lama. Sejak daripada kejadian tersebut aku dah tak simpan diari. Tapi jujurnya hidup ni rasa kosong apabila tidak menulis. Rasa macam tak lengkap apabila tidak menulis sesuatu.

Mungkin sebab minat membaca dan menulis yang tinggi membuatkan aku cenderung untuk membuat blog. Idola aku dulu sudah tentunya Lysaa Faizureen~ Siapa yang tak kenal? 

Dulu aku agak pandang rendah sangat dengan dunia blog ini. Aku ingatkan blog hanyalah sebuah medium untuk kita menulis sesuka hati. Tak salah juga sebenarnya nak menulis ikut suka kita cuma ada etikanya, cantik penggunaan bahasanya (I mean tak kurang ajar), dan kalau boleh elakkan daripada plagiat kerana ia menjejaskan imej kita sebagai seorang blogger. 

Blogging dapat memberikan kepuasan dalam diri, ilmu pengetahuan, menjalinkan silaturahim dengan blogggers daripada pelbagai latar belakang dan berkongsi idea serta pendapat. Tidak semua orang punya minat dalam penulisan.


Maaflah, banyak sangat membebel. Hehe~ Sejujurnya, aku sangatlah gembira menjadi seorang blogger. 


Assalamualaikum
Bismillah


[Siapa Nak Join Contest Ini Sila Tekan Banner Diatas]

PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan | PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan perkhidmatan insurans untuk sesiapa sahaja yang berkemampuan. Mereka memberikan nama syarikat mereka sebagai PolicyStreet kerana mereka mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup anda ketika anda melalui waktu – waktu yang kritikal seperti mendapatkan telefon pintar pertama anda, percutian ke luar negara, gadaian yang pertama, perkahwinan anda dan juga menjadi ibu bapa.

No automatic alt text available.

Teknologi telah membantu mereka untuk menjalani komitmen ini tetapi apa yang lebih penting adalah semangat mereka untuk membantu masayarakat telah membuatkan mereka untuk menubuhkan syarikat PolicyStreet ini. Insurans ini ditubuhkan oleh sekumpulan orang dan mereka mahu meneruskan legasi ini. Mereka juga komited dalam menawarkan insurans untuk orang yang tersayang, untuk benda yang anda hargai serta masyarakat dengan cara yang mudah dan berkemampuan.

Image may contain: text

Pakej – Pakej Yang Ditawarkan di PolicyStreet Yang Anda Perlu Miliki
  1. Manulife ManuProtect Term Life Insurance 


Ia merupakan pakej insurans yang digelar sebagai insurans yang paling berpatutan di dalam insurance kehidupan di Malaysia. ManuProtect memberikan bayaran penuh pada waktu kematian atau kecacatan yang disebabkan oleh sebab semulajadi ataupun kemalangan, dengan beberapa pilihan untuk liputan untuk sakit yang kritikal. 

Antara ciri – ciri dan tawaran yang diberikan oleh Manulife ManuProtect adalah;

  • Insurans Premium yang bermula dari RM5/ Sebulan
  • Amaun keseluruhan yang bermula dari RM 50K – RM 600K
  • Amaun kematian dari kemalangan yang berjumlah 2X ganda dari amaun keseluruhan
  • Penyakit kritikal akan menerima 30% dari amaun keseluruhan
  • Umur kemasukan yang terakhir adalah 60 tahun manakala umur yang ditamatkan adalah 80 tahun
  • Tiada kontrak untuk jangka masa yang panjang dan anda boleh membatalkan pada bila – bila masa

Kelebihan yang disediakan oleh ManuLife ManuProtect adalah;
  • Kematian disebabkan oleh faktor semulajadi 
          - Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
          - Dibayar kepada penama
  • Kecatatan yang disebabkan oleh faktor semulajadi atau kemalangan
          - Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans
  • Kematian disebabkan oleh kemalangan 
          - 2X ganda daripada amaun keseluruhan
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans ataupun penama
  • Penyakit kritikal 
          - 30% daripada amaun keseluruhan (RM15K – 180K)
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans

Dapatkan ManuLife ManuProtect SEKARANG di https://products.policystreet.com/manulife/manuprotect/overview 


2. AXA 200 Cancer Care 

Image result for axa 200 cancer care

Dengan jumlah pesakit kanser yang ramai pada hari ini, insurans ini ditawarkan untuk melindungi orang ramai daripada penyakit kanser, dengan memberikan bayaran penuh apabila anda dikesan dengan kanser, dan juga bayaran tahunan untuk anda merawat kanser.

Antara ciri – ciri AXA 200 Cancer Care adalah;
  • Ia berada di bawah AXA Affin Life di mana bayaran adalah dijamin kepada pembayar insurans
  • Bayaran premium yang bermula dari RM45/bulan bergantung kepada umur
  • Bayaran Rawatan Terapi yang bermula dari RM30K
  • Bayaran Untuk Kesihatan yang bermula dari RM6K setahun
  • Pendapat Perubatan Kedua yang diberikan secara percuma 
  • Umur terakhir untuk menyertai insurans ini adalah 50 tahun dan perlindungan diberikan selama 20 tahun
  • Pemeriksaan kesihatan yang berjumlah RM 599 di Beacon Hospital
  • Anda tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan untuk menyertai AXA 200 Cancer Care

Tujuan insurans ini diwujudkan adalah untuk menyediakan satu jumlah wang untuk rawatan kanser  sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit tersebut. Anda akan diberikan bayaran keseluruhan dan juga bayaran ‘bonus’ sehingga lima tahun untuk setiap tahun anda hidup. Insurans ini akan bertahan sehinga 20 tahun dan apabila tahun tersebut berakhir, anda boleh mendapatkan insurans yang baru sekiranya anda berumur di bawah 50 tahun.

Image may contain: text

Kelebihan – kelebihan yang ditawarkan oleh AXA 200 Cancer Care termasuklah;
  • Manfaat untuk Rawatan Terapi
        - Sekiranya orang yang membayar insurans tersebut didiagnos dengan kanser, mereka akan                   menerima bayaran insurans minimum RM30K.
  • Manfaat Untuk Sembuh
        - Orang yang membayar insurans juga akan menerima bayarann insurans secara tahunan yang                 berjumlah minimum RM6K setahun selama 5 tahun.
  • Pendapat Perubatan Kedua
        - Apbila anda mendapat pendapat untuk terapi atau pembedahan yang pertama daripada seorang             doktor, insurans ini menyediakan pendapat kedua dari doktor panel secara percuma.
  • Manfaat untuk Penama
       - Sekiranya orang yang membayar insurans meninggal sebelum didiagnos dengan kanser, penam            akan menerima bayaran insurans minimum RM1K.
  • Servis Penjaga
      - Orang yang membayar insurans boleh menghubungi AXA untuk mendapatkan penjagaan dari              jururawat, perubatan, ataupun pembuatan rambut palsu.
  • Baucer Pemeriksaan Kesihatan
      - Anda akan menerima baucer pemeriksaan kesihatan bernilai RM599 dengan setiap pembelian              pakej AXA 200 Cancer Care.


Dapatkan AXA 200 Cancer Care SEKARANG di https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

3. MSIG Take It Easy Pet Insurance

Image result for pet insurance

Insurans ini dijamin oleh MSIG, di mana ia adalah satu – satunya insurans untuk haiwan peliharaan anda yang berada di pasaran. Bermula dari hanya RM18/bulan, insurans haiwan peliharaan ini memberikan perlindungan untuk veterinar, bil ER, ubat – ubatan & suntikan dan juga kos untuk pengebumian sekiranya haiwan peliharaan anda sakit, cedera ataupun meninggal. 

Ciri – ciri MSIG Take It Easy Pet Insurance adalah;

Related image
  • Dijamin oleh MSIG
  • Bayaran Premium bermula RM18/sebulan
  • Manfaat Perubatan Haiwan Peliharaan sehingga RM5K
  • Manfaat kematian disebabkan oleh sakit dan juga kemalangan sehingga RM5K
  • Manfaat pengebumian dan pembakaran sehingga RM1K
  • Pengiklanan dan juga kos penembuhan untuk haiwan peliharaan yang hilang sehingga RM1K
  • Boleh didapati untuk anjung dan kucing yang mempunyai mikrocip yang berumur 12 minggu sehingga 9 tahun
  • Insurans ini tidak disediakan untuk haiwan yang larangan ataupun spesis yang diharamkan oleh keraajaan, orang awam, ataupun pihak berkuasa.


Kelebihan – kelebihan yang boleh didapati sekiranya anda mengambil MSIG Take It Easy Pet Insurance termasuklah;
  • Manfaat Veterinar dan juga Pembedahan
Sekiranya haiwan peliharaan anda cedera ataupun sakit, insurans ini akan memberikan perlindungan kepada bil veterinar sehingga RM5K. Sekiranya terdapat pembedahan, ia akan melindungi kos selepas pembedahan sehingga 60 hari.
  • Manfaat Kematian 
Tuan kepada haiwan peliharaan yang mati akan menerima sehingga RM5K untuk mendapatkan haiwan peliharaan yang baru.
  • Manfaat Untuk Pengebumian 
Anda akan menerima sehingga RM1K untuk kos pengebumian ataupun pembakaran.
  • Pengiklanan Untuk Haiwan Peliharaan Yang Hilang 
Anda akan menerima bayaran sehingga RM1K untuk mengiklankan haiwan peliharaan anda yang hilang dan juga untuk membayar ganjaran kepada orang yang menemui haiwan anda.
  • Asrama Untuk Haiwan Peliharaan Anda
Apabila tuan haiwan peliharaan tersebut dimasukkan ke hospital lebih dari tiga hari, haiwan peliharaan anda akan dimasukkan ke asrama dan dibayar sehingga RM 2.5K.
  • Liabiliti Pihak Ketiga
Apabila haian peliharaan anda melakukan kecederaan kepada orang lain ataupun merosakkan harta benda mereka, insurans ini akan memberikan perlindungan sehingga RM100K.

Dapatkan MSIG Pet Insurance SEKARANG di : https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

Kelebihan Mendaftar Insurans Dengan PolicyStreet 

Image may contain: text

Mudah Digunakan

Policy Street tidak memerlukan anda untuk pening kepala kerana ia menawarkan pakej – pakej yang sesuai untuk anda. Setiap pakej telah diberitahu akan fungsi dan kelebihan masing – masing, jadi anda hanya perlu memilih pakej yang anda perlu gunakan dan mula mengambil insurans tersebut untuk kehidupan, harta dan juga kesihatan anda. 

Pelbagai Pakej Yang Ditawarkan

Image may contain: text

Anda boleh memilih pakej – pakej yang diberikan berdasarkan keperluan dan juga kepentingan anda. Contohnya, jika anda mempunyai penyakit kanser, anda boleh memilih AXA 200 Cancer Care kerana Policy Street akan memberikan perlindungan insuran untuk anda yang mendapat penyakit ini dan juga duit tahunan untuk anda gunakan bagi mengubati penyakit ini. Anda juga boleh memilih pakej untuk melindungi kehidupan, harta dan juga perniagaan anda.

Harga Yang Berpatutan

No automatic alt text available.

Setiap pakej Policy Street akan memberikan anda komitmen bulanan yang amat rendah dan mampu milik di mana anda tidak akan terkesan dengan potongan insurans pada setiap bulan. Anda boleh membayar serendah RM5 / sebulan untuk insurans perlindungan kehidupan anda dan anda akan dilindungi oleh insurans Policy Street.

Dapatkan Insurans Daripada PolicyStreet Sekarang!

PolicyStreet sedang mengadakan promosi sempena Tahun Baru Cina jadi anda perlu mendapatkannya sekarang. Anda boleh menerima Ang Paw bayaran balik sehingga RM 50 dengan menggunakan kod rujukan yang anda akan terima apabila anda melakukan pembelian melalui Policy Street. Caranya adalah dengan menekan link seperti berikut;

Promosi Tahun Baru Cina PolicyStreet: http://campaign.policystreet.com/web/cny/index.html
Assalamualaikum
Bismillah

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes kanak-kanak yang bunuh diri akibat dituduh mencuri iPhone milik cikgunya. Dan kes terbaru pula adalah kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun (Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah) yang didera oleh ayahnya sehingga meninggal dunia.



Masya'Allah. Aku rasa manusia sekarang semakin hilang rasa keperimanusiaan dalam diri. Tak tahu nak komen apa. Yang lebih menyakitkan apabila seorang ayah yang bergelar askar tergamak mendera anak perempuannya sendiri.

Laporan akhbar mengatakan:

Bedah siasat mendapati kanak-kanak terbabit cedera pada buah pinggang, selain usus terkoyak dan patah tulang rusuk, dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

Ada kalanya aku berfikir, "Tiada rasa belas kasihankah terhadap anak sendiri?" 

Allahu. Semoga Allah jauhi kita daripada melalukan perbuatan yang sedemikian. 


Assalamualaikum
Bismillah

Pertama sekali nak mohon maaf sebab baru pertama kali menjejakkan kaki singgah ke Blog Ika hehe~ So, tak tahu nak komen apa. I just give a little bit review lah kan tentang Blog Ika~


Klik Banner

Blog Ika sangat kemas dan simple dengan warna pink lembut. Susunan widget pun teratur. Font pun okay. Sangat sedap mata memandang. Apa yang aku lihat secara mata kasarnya Ika dah lama blogging since 2010. Lagi lama daripada aku huhu. Dan juga seorang yang ulat buku. Nie List of Books aku~ Mana tau ada yang belum dibaca kan hehe.

Kalau nak penambahbaikan rasanya perlu tambah sitemap kot. Hahaha Tapi overall memang dah okay. Itu pendapat akulah :)

Assalamualaikum
Bismillah

Honestly, aku susah juga nak percaya ada pula orang goreng oreo ya? hahaha~ So i decided to try this resepi. Agaknya apalah rasa oreo yang digoreng tue ya? hehe~ Kalau nak tahu apa rasa dia, ikuti Resepi Viral Oreo Goreng ini.


Sedap tau. Rasa macam kek coklat ja. Lembut berkrim~

Bahan-Bahan

1. 15 biji oreo (sejuk beku)
2. 1 cawan tepung gandum
3. 200ml susu cair
4. 2 sudu mentega
5. 1 biji telur
6. 1 sdt baking powder
7. Secubit garam
8. Minyak masak

Cara membuatnya: 

1. Cairkan mentega dan campurkan tepung dan susu cair.
2. Kemudian masukkan telur, baking powder dan secubit garam
3. Blender semua sekali sampai tak berketul
4. Oreo mesti dalam keadaan sejuk (kalau beku lagi best, kalau tak sejuk nanti lembik sikit lepas goreng)
5. Panaskan minyak macam nak goreng pisang.
6. Celupkan oreo dalam adunan tadi
7. Goreng kekuningan.
Siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!
Assalamualaikum
Bismillah

Sedar tak begitu cepat masa berlalu. Sekarang dah masuk bulan Februari. Sebenarnya tak ada apa yang menarik sangat Bulan Januari ini. Haha Aku baru ja habis final exam dan cuti pula 3 minggu ja. 12hb Januari 2018 nie pula dah nak masuk semester baru. Last semester in UMS. Hmm~ to be honest aku sebenarnya masih belum bersedia untuk menghabiskan zaman belajar ini. Kenapa tu ya? hahaha~ 


Baiklah, back to topic! Hari ini seperti bulan yang sebelumnya aku akan share Top 5 Entry Pada Bulan Januari 2018. Cuma kali ini ada penambahan Top Commentors blog. 5 entry yang hangat tersebut adalah :






Menurut azam yang ditulis pada awal Bulan Januari 2018, aku ingin mencapai at least 15 entry every month. Hahaha~ Nampaknya azam tersebut tercapai di mana aku telah menulis sebanyak 24 entry untuk Bulan Januari. Fuh! Satu permulaan yang baik dan aku rasa kagum juga sebab banyak pula idea datang tiba-tiba~ Aku berharap agar setiap Bulan aku terus konsisten menulis macam ini. But, no need to push myself so hard! Yang penting apa yang disampaikan itu bermanfaat buat semua pembaca. 

Jumlah pengunjung (pageviews) yang datang pun meningkat iaitu sebanyak 2 376 pada Bulan Januari. Alhamdulillah, sampai juga 2k walaupun tak capai target 5k sebulan hehe~ Unique visitors (UV) pula adalah sebanyak 996 users.


Sebagai penghargaan buat bloggers ataupun pembaca yang rajin komen kat blog ini, aku ucapkan terima kasih banyak kerana sudi memberi pandangan ataupun komen di blog ini. 


Top 5 commentors akan dimasukkan dalam Bloglist selama sebulan. :)