A SFRNFZL Giveaway

Assalamualaikum
Bismillah

Saya suka berblogging kerana family secara tidak sengaja pernah terbaca diari aku. Kebetulan masa tu aku ada crush masa sekolah hahaha~ Sangatlah memalukan. I mean bayangkanlah family terbaca puisi-puisi cinta dan ayat-ayat jiwang masa tu. Tak tahu mana nak letak muka ni hahaha~


Klik Banner

Perkara tu dah lama. Sejak daripada kejadian tersebut aku dah tak simpan diari. Tapi jujurnya hidup ni rasa kosong apabila tidak menulis. Rasa macam tak lengkap apabila tidak menulis sesuatu.

Mungkin sebab minat membaca dan menulis yang tinggi membuatkan aku cenderung untuk membuat blog. Idola aku dulu sudah tentunya Lysaa Faizureen~ Siapa yang tak kenal? 

Dulu aku agak pandang rendah sangat dengan dunia blog ini. Aku ingatkan blog hanyalah sebuah medium untuk kita menulis sesuka hati. Tak salah juga sebenarnya nak menulis ikut suka kita cuma ada etikanya, cantik penggunaan bahasanya (I mean tak kurang ajar), dan kalau boleh elakkan daripada plagiat kerana ia menjejaskan imej kita sebagai seorang blogger. 

Blogging dapat memberikan kepuasan dalam diri, ilmu pengetahuan, menjalinkan silaturahim dengan blogggers daripada pelbagai latar belakang dan berkongsi idea serta pendapat. Tidak semua orang punya minat dalam penulisan.


Maaflah, banyak sangat membebel. Hehe~ Sejujurnya, aku sangatlah gembira menjadi seorang blogger. 


4 comments:

  1. waaa, macam seronok je contest hihi! btw all the best yaww

    The Talking Diary

    ReplyDelete
  2. Hahaha lawaklahhh tapi still akak tak putus asa nak menulis lagi hehe
    https://itsnurulnajihah.blogspot.my/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html

    ReplyDelete
  3. good luck :)

    http://aztieyshana.blogspot.my/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html

    ReplyDelete
  4. Hai, Farah singgah dari GA yang sama. Good luck :D

    https://chumellcute.blogspot.my/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.