Penderaan Fizikal Terhadap Kanak-Kanak

28
Assalamualaikum
Bismillah

Mana-mana kanak-kanak yang mempunyai kesan lebam, luka, lecur atau retakan tanpa penjelasan yang munasabah mungkin sedang mengalami penderaan fizikal terutama apabila terdapat beberapa kecederaan yang berulang.


Terdapat banyak lagi keratan akhbar yang menceritakan tentang penderitaan kanak-kanak yang didera secara fizikal ini. Tindakan berikut adalah satu bentuk penderaan dan sama sekali tidak boleh digunakan sebagai cara untuk mendisiplin kanak-kanak:

• Sebarang pukulan yang menyebabkan kecederaan seperti lebam dan pendarahan

• Memukul bayi atau kanak-kanak petatih yang terlalu kecil untuk memahami apa yang betul dan apa yang salah

• Menendang dan menumbuk

• Menolak seorang kanak-kanak pada sesuatu yang keras atau sehingga dia terjatuh

• Membengkok atau memusingkan tangan atau kaki seorang kanak-kanak

• Meletakkan objek panas, cecair panas atau bahan lain yang menyebabkan lecur contohnya menggosok cili pada kulit, bibir atau mulut

• Memukul kanak-kanak ketika bergaduh dengan orang lain

• Memukul kanak-kanak kerana marah atau kecewa mengenai sesuatu yang tidak ada kena mengena dengannya

• Menghukum kanak-kanak kerana jangkaan yang tidak realistik contohnya memukul kanak-kanak yang berusia dua tahun kerana membuang air kecil dalam seluarnya

• Memukul kanak-kanak ketika bawah pengaruh dadah atau alkohol

• Tidak memberi makanan, minuman atau membuat kanak-kanak berdiri di luar di bawah matahari atau dalam hujan

• Mengunci kanak-kanak dalam ruang yang sempit (seperti dalam penjara)

• Menarik rambut kanak-kanak 

Mungkin ada segelintir ibu bapa yang kurang mengambil berat terhadap perkara ini dan menganggap bahawa tindakan mereka adalah untuk mendidik. Walhal, perbuatan tersebut merupakan satu bentuk penderaan fizikal terhadap kanak-kanak.

Maaf entry kali ini agak simple dan pendek sebab pertama kali menaip kat handphone. Laptop ada masalah sikit. Thanks guys for reading.

Feel free to share jikalau entry ini memberi manfaat kepada orang lain. 😊
Tags

Catat Ulasan

28Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. melampau2 sngt yang sampai berbekas lebam semua tu.. dalam Islam pun da ajar dan ada cara kalau nak pukul anak.. kesian tngk mcm2 kes skrang ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeaa betul tue Kak.. Islam telah ajar semuanya ..

      Padam
  2. Naik seram baca,harap kita dijauhkan dari macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah. Mudah2an kita dijauhi drp semua ini :)

      Padam
  3. Bila lah nak pupus manusia2 yg suka mendera ni... haihhh... :( thanks for sharing btw ^^

    BalasPadam
  4. Kadang rasa gerun jugak dengan tingkah laku manusia sekarang, kanak-kanak yang tak berdosa menjadi mangsa apabila kita tak selesaikan masalah dalaman kita sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Selalu yg menjadi mangsa kanak-kanak

      Padam
  5. this is too scary. sedih betul. i wonder what makes them do it

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tahulah Kak Raydah. Apabila marah menguasai apapun boleh jadi

      Padam
  6. Orang yang mendera takde hati dan perasaan..too much!

    BalasPadam
  7. sepatutnya hal penderaan ni kena ada dalam kursus kahwin sebab makin melampau sekarang ni kan?! Kesian baca baby 46 hari kena dera tu. Baru baby kot :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Farhana .. I'm lucky sbb ambik Kursus Psikologi kanak-kanak & keluarga. Byak yg boleh dipelajari.

      Padam
  8. risau bila dengar macam macam kes dear berlaku..ada yang masih kecil,bayi..rasa tak adil sangat..depa tak faham apa pon

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, kerana kanak-kanak insan yg lemah org sanggup ambil kesempatan

      Padam
  9. Kesian pada anak-anak yang menjadi mangsa.. Emosi mereka akan terganggu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tue kak Sha .. Emosi terganggu & meninggalkan kesan trauma berpanjangan

      Padam
  10. Saya tek faham , kenapa orang sekarang yang suka bertindak tanpa berfikir. Sedangkan bayi, kanak2 kecil.. baru je nak kenal dunia, fizikal baru nak membesar tapi mereka buat perkara yang luar batasan.. mmm :'(

    BalasPadam
  11. kalau saya nak interview untuk sedikit penjelasan berkenaan penderaan kanak-kanak ini boleh?sebagai tugasan final year project kolej saya.
    kalau sudi,boleh saya tahu prosedur untuk iv awak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh email sy kat nurulatikayunus23@gmail.com atau DM kat IG : ciknurul23 :)

      Padam
  12. Kalau keluar berita pasal penderaan ni paling saya tak suka tgok sbb takut dan kesian dengan mangsa

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy langsung tak tgok video pasal kes penderaan.. sedih, sayu dan bercampur baur

      Padam
  13. sayu bila baca berita kanak2 kena dera ni huhuu

    BalasPadam
  14. this is so sad and scary .. how org gamak nak buat mcm ni eh

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !