Assalamualaikum
Bismillah

Hari aku agak mood swing sedikit apabila aku dapat tahu duit yang disimpan di dalam dompet hilang sebanyak RM400 (anggaran). Padahal semalam aku baru sahaja kira duit tersebut dan asingkan untuk duit sewa rumah, perbelanjaan bulanan dan simpanan ASB.


Kisahnya bermula pagi tadi apabila aku bersiap untuk ke CIMB Bank untuk bank in duit kepada tuan rumah untuk sewa pada bulan hadapan. Once aku dah sampai bank di Mesin CDM tu, aku terkejut sebab duit aku yang dikumpul RM50 (jumlah RM400 lebih) hilang dalam dompet. Yang tinggal di dalam dompet hanya RM25 iaitu belanja aku ke sekolah.  Aku agak panik juga tiba-tiba duit hilang. So, aku cuba untuk berfikiran positif mungkin duit tu tertinggal di rumah. Tetapi apabila dah sampai rumah, aku periksa di bilik, beg-beg, dompet, laci dan kotak-kotak masih tidak jumpa.

Apabila aku tanya roommate dan housemate dorang pun tak tahu. Nak tuduh orang di dalam rumah pun susah juga. Kelam-kabut dorang periksa dompet masing-masing takut duit pun hilang. Tapi aku tak rasa yang dorang nak curi duit tu sebab dompet tu memang di dalam beg aku. Lagipun nilai yang hilang tu RM400 kot! Sakit kepala aku fikirkan perkara ni. Itulah satu-satunya simpanan aku untuk bulan ni. Nak minta parents pun susah juga sebab aku baru sahaja diberi duit belanja dan juga duit sewa bilik untuk bulan hadapan. 

Aku tak kisah juga kalau aku dah bekerja. Walaupun aku kerja part time, aku bukannya selalu dapat turun kerja, sebulan dalam dua atau tiga kali saja kerja. Gaji pun setakat cukup-cukup makan sahaja. Entahlah, aku pun tak tahu dah mahu cakap macam mana lagi. 

Walaupun orang kata duit boleh dicari, but still nak cari duit RM400 dalam tempoh sehari tu payah. Susah payah parents kita buang keringat cari duit dan duit tu hilang macam tu sahaja. Kalaupun ada orang curi, aku harap sangat orang tu mengaku atau tulis nota ke "Aku curi duit kau RM400 ya". Tapi takkan adalah pencuri yang baik hati tinggalkan notes macam tu kan?

Hmm~ Entahlah. Blank juga otak aku sekarang ni. Mungkin itu bukan rezeki aku. Semoga apa yang berlaku ada hikmahnya. Semoga Allah gantikan sesuatu yang lebih baik daripada itu. 

Terima kasih sudi baca luahan hati aku. 
Assalamualaikum
Bismillah

Hai guys! Jom join segmen yang dianjurkan oleh Blogger Nieza :) Simple sahaja. Tulis tajuk segmen ini iaitu SEGMEN BLOGLIST 2018 BY THISNI3ZA. Copy and paste banner di bawah di entry korang. 


Publish dan komen URL blog kat Blog Nieza sebagai tanda korang join segmen ini. 

ALL THE BEST! SELAMAT BERSEGMEN!



Assalamualaikum
Bismillah

Its Time For A Giveaway By OmbakBergigi bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 24 April 2018 sehingga 11.59 malam 8 May 2018. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 5 pemenang bertuah dicari. Hadiah berupa ole-ole fridge magnet dan keychain (will upload soon).



Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Ombak BergigiAdd To Circle Google+ Ombak Bergigi, dan Follow Instagram @ombakbergigi (jika ada)
  2. Buat entri bertajuk ITS TIME FOR A GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen 
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 8 May 2018.

Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah manual dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 8 May 2018.

** support I ya.....
Assalamualaikum
Bismillah

Finally, aku gigihkan diri juga buat review tentang 2018 Book Challenge. Aku tak tahu kenapa part menulis review nie aku agak malas sikit hehe. However, challenge is challenge. Lagipun ini salah satu daripada azam tahun 2018 juga. 

So after a few months struggle reading, I decided to write a review about Books Related To Psychology which is How To Talk So Little Kids Will Listen (A survival guide to life with children ages 2-7)


Penulis : Joanna Faber & Julie King
Harga buku : RM 65.00 (Anggaran sahaja)
Muka surat : 409 

Buku ini ditulis oleh anak perempuan Adele Faber dan juga rakannya. Kedua-dua penulis ini merupakan golongan profesional dalam bidang perkembangan kanak-kanak. Terdapat banyak maklumat dan pengetahuan yang diperoleh sejak pertama kali aku membacanya. Salah satu isi kandungan penting dalam buku ini adalah Handling emotions, Engaging Cooperation, Resolving Conflict, Praise and Appreciation dan banyak lagi.

Setiap bab dalam buku ini penulis akan berikan contoh-contoh berdasarkan kehidupan sebenar kita bagaimana mahu berhadapan dengan kanak-kanak yang pelbagai ragam. Things that make you breathe a sigh of relief and realise it’s not just you having those issues. Semua ibu bapa mengalami benda yang sama. Penulis juga menyediakan cerita pendek dalam bentuk kartun yang menarik just in case pembaca tiada masa mahu menghabiskan bacaan.
Point penting adakah dengan baca buku ini akan mengubah cara keibubapaan korang? 
Secara jujurnya, perubahan itu tidak banyak tetapi ada perubahan juga walaupun sedikit. Selepas baca buku ini, aku mula sedar bahawa kanak-kanak juga mempunyai perasaan. Kita selalu marah kenapa anak aku ni nakal sangat, tak pandai duduk diam, selalu tantrum dan sebagainya. We yelling at them, shouting, and maybe punished them so that they can behave well. Kita buat macam tu supaya kita tidak pening kepala, banyak lagi kerja nak dibuat. 



The stories are easy to read and make the book a quick one to digest. Mungkin ada parents yang tidak setuju dengan parenting styles dalam buku ini disebabkan budaya yang berbeza. Yang mana cara keibubapaan yang sesuai dengan budaya kita di Malaysia boleh dipraktikkan melalui buku ini. 



So far, aku belum habis lagi baca buku ini kerana banyak sangat maklumat yang perlu dihadam dan difahami. Tambahan pula aku belum berkahwin dan tidak mempunyai anak pun. Tetapi disebabkan bidang Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga yang aku ambil di universiti aku rasa buku ini sangat penting untuk dibaca bukan sekadar untuk pengetahuan semata-mata tetapi untuk kehidupan masa hadapan selepas berkahwin nanti. 

That's all from me.


Assalamualaikum
Bismillah

Sebenarnya aku tak tahu dari mana datangnya idea nak memandai buat gambar polaroid sendiri ni. Haha~ But, who cares. Sebab lepas ni dah boleh cuci gambar sendiri. hehe


Aku tertanya-tanya juga sebenarnya macam mana nak print atau cuci gambar sendiri. Apa materials yang diperlukan untuk print gambar ini. Selepas minta tunjuk ajar daripada pakcik Google dan Youtube, akhirnya aku berjaya cuci gambar polaroid sendiri. 

Seriously, memang puas hatilah. Sebab kita sendiri yang tetapkan kualiti gambar yang macam mana, kertas photo yang macam mana kita mahu guna. No wonder lah ramai student yang cari pendapatan sampingan dengan ambil order sesiapa yang mau cuci gambar polaroid. 

Hari ini aku just share saja bahan-bahan yang digunakan untuk cuci gambar polaroid ni. Insya'Allah lain hari aku ajar step by step cara nak buat gambar polaroid nie ya. 


Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

Komputer
Printer
Glossy paper
Photoshop/Photo editor/Canva (untuk edit gambar)
Gunting

Part yang susah tue bila nak edit gambar. Haha~ Sebab aku tak tahu size polaroid nie yang macam mana. Memang ambil masa beberapa jam jugalah nak siapkan untuk pertama kali. Alhamdulillah, once dah siap tue kan memang puas hatilah. 


Glossy paper yang aku guna adalah 
Kodak (Photo glossy paper for Inkjet Prints). 

Korang boleh juga beli glossy paper jenama lain. Aku suggest beli online sebab lagi murah. Kalau cari kat kedai pula susah sikit. Tapi rasanya kat kedai-kedai komputer glossy paper ini mudah untuk didapati. Aku beli murah saja RM10. Sekeping kertas boleh print gambar 5-6 keping. Tengok size gambar juga. Dari segi editing gambar pula aku guna CANVA. Sangat simple dan cepat. Yang nie kemudian aku share pada entry yang akan datang ya.



Assalamualaikum
Bismillah

Sebenarnya aku baru tahu yang kita boleh install printer walaupun tanpa menggunakan CD. Thanks to my housemate yang bagitau aku pasal ini. Bagi laptop yang ada tempat CD untuk install printer maka tutorial ini bukan untuk korang hehe. 


Bagi mereka yang mempunyai masalah yang sama seperti aku, yang mana laptop tidak mempunyai tempat CD untuk install, anda tidak keseorangan. Maka korang harus baca nie sampai habis. Aku nak ajar cara paling simple nie nak install printer. Cewaahh! Mentang-mentanglah dah tau kan hehe. Berikut merupakan Cara Install Printer Tanpa CD (HP Deskjet 1515).


1. Search di Google jenis printer yang anda gunakan. Dan download driver printer tersebut. Aku guna printer HP 1515 (klik di sini untuk DOWNLOAD)


2. Apabila dah download driver, OPEN untuk install. Then, klik NEXT.


3. Klik NEXT lagi.


4. Loading kejap.....


5.  Tadaaa! Dah siap install. Simple saja.


Maaf sekiranya ada penggunaan istilah yang salah. Bab-bab macam ini agak kurang berpengetahuan sedikit. Hehe~ Okay itu saja.

Selamat mencuba!



Assalamualaikum
Bismillah


Soalan-Soalan Lazim Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam:

1. Adakah perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Semester 1 selepas keputusan SPM diumumkan?
Tidak perlu. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik. Semakan boleh dibuat dalam laman web KPM selepas 30 hari keputusan SPM diumumkan.

2. Bagaimana untuk mendapatkan Surat Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam bagi tujuan pendaftaran masuk?
Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak dari laman web KPM selepas 30 hari keputusan SPM diumumkan. Maklumat tawaran termasuk lain-lain maklumat yang berkaitan akan dinyatakan dalam surat tawaran yang dimuat turun.

3. Apakah syarat-syarat kelayakan masuk ke Tingkatan Enam?
  • Syarat am (kecuali Murid Berkeperluan Khas) adalah Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2018.
  • Syarat khas mengikut jurusan boleh dirujuk di laman web KPM.
Google image

4. Sekiranya ingin menukar jurusan yang ditawarkan. Bagaimanakah caranya?

Calon yang layak dikehendaki mendaftar di sekolah yang ditawarkan terlebih dahulu. Kemudian, lengkapkan Borang Permohonan Rayuan Tukar Jurusan Tingkatan Enam (T6BRTJ) yang boleh dimuat turun dari laman sesawang moe.gov.my. Selepas lengkap diisi semua borang mesti mendapat pengesahan Pengetua sekolah asal. Alasan yang diberikan untuk bertukar jurusan perlu kukuh dan boleh diterima oleh Panel Jawatankuasa Rayuan. Alasan ‘Tidak Berminat' dan seumpamanya tidak diterima. Hantar borang T6BRTJ yang telah lengkap ke Jabatan Pendidikan Negeri melalui sekolah masing-masing. Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen. Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam.

5. Sekiranya jumlah mata kognat melebihi sepatutnya (tidak layak), bolehkah merayu untuk masuk ke Tingkatan Enam?
Anda boleh membuat permohonan rayuan dengan menggunakan Borang Rayuan Kemasukan Ke Tingkatan Enam Tahun 2018 Bagi Calon Sekolah Kerajaan Berdasarkan Pencapaian Kokurikulum (T6BKK) yang diisi dalam laman sesawang moe.gov.my. Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan pada borang tersebut. Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Hantar borang yang lengkap melalui sekolah kepada: 
  • Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Harian dan Program Pendidikan Khas Integrasi
  • Bahagian Pendidikan Islam untuk rayuan kemasukan ke SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
  • Bahagian Pendidikan Khas untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas
6. Bolehkah lepasan SPM dari calon persendirian/ sekolah swasta/ Sekolah Menengah Agama Negeri memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam di sekolah kerajaan?
Lepasan SPM dari calon persendirian/ sekolah swasta/ Sekolah Menengah Agama Negeri boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Kemasukan Tingkatan Enam Tahun 2018 Bagi Calon Persendirian, Sekolah Swasta & Sekolah Menengah Agama Negeri (T6BCP). Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan pada borang tersebut. Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Borang yang lengkap disi hendaklah dikembalikan kepada:
  • Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Harian dan Program Pendidikan Khas Integrasi
  • (Bahagian Pendidikan Islam untuk rayuan kemasukan ke SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
  • Bahagian Pendidikan Khas untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas

7. Seseorang yang telah ditawarkan ke Tingkatan Enam tetapi berhasrat untuk bertukar sekolah pusat atas sebab-sebab tertentu, seperti mata pelajaran yang ingin diambil tidak ditawarkan di sekolah tersebut dan sebagainya. Bagaimanakah caranya?
Sila buat permohonan pertukaran murid secara biasa iaitu mengisi Borang PU(A) 275 Jadual Ketiga [Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Oleh Murid Warganegara]. Serahkan borang tersebut kepada Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Menengah Teknik)/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing untuk pertimbangan. Sekiranya pertukaran melibatkan pertukaran daerah/ negeri, serahkan borang kepada JPN/ PPD di daerah sekolah yang ingin dimohon itu berada.
  • Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Harian dan Program Pendidikan Khas Integrasi
  • Bahagian Pendidikan Islam untuk rayuan kemasukan ke SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
  • Bahagian Pendidikan Khas untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas.
8. Apakah pakaian murid Tingkatan Enam?
Boleh dengan berpandukan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2014 Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam. Pakaian murid lelaki ialah baju kemeja berseluar panjang lengkap dengan kasut dan stoking. Pakaian murid perempuan ialah baju kurung, gaun, gaun labuh/ jenis jubah/ maksi, two-piece/ three piece suit pants lengkap dengan kasut atau pakaian tradisional kaum masing-masing yang bersesuaian dan lengkap. Sebarang pakaian yang menggunakan material jenis denim tidak dibenarkan. Jeans, cargo pants, seluar pendek, atau leggings tidak dibenarkan. Apa-apa pakaian yang menutup muka tidak dibenarkan. Murid dilarang memakai kemeja-T semasa menghadiri kelas. Murid hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata. Pakaian yang jarang dan ketat juga tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, murid juga boleh mengenakan pakaian seragam sekolah sekiranya perlu (hak memilih terletak kepada murid).

Google image

9. Saya telah ditawarkan ke Tingkatan Enam, bolehkah saya memohon penangguhan kerana kerjaya/ kursus/ masalah peribadi/ kesihatan?
Tiada penangguhan/ pengulangan untuk masuk ke Tingkatan Enam. Calon hanya boleh masuk ke Tingkatan Enam bermula dengan Semester Satu (1) setiap tahun. Jika anda tidak menerima pada tawaran pada tahun semasa, bermakna anda menolak tawaran tersebut. Bagi calon yang menolak tawaran pada tahun semasa anda boleh membuat permohonan rayuan memasuki Tingkatan Enam pada tahun berikutnya tertakluk kepada syarat am dan syarat khas yang telah ditetapkan serta kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam.



Assalamualaikum
Bismillah

Patience is not about your kids personality. It's something that you can teach them. Here are 3 Ways To Teach Kids Patience.

1. Practice waiting
Start early teaching them that waiting is the part of life. Get a timer and every time they ask for something set a timer for a minute. In this way, a kid who don't really understand what a minute feels like, or what a five minutes feels like, they will understand the concept of time and they will know what they can handle of what they can wait for. Every time they ask you again, you just reset the timer. And another fun way to practice patience is to play board game together with your kids. 



2. Reward Patience The Right Way
If you bring them to grocery store or supermarket and they behave really well just give them a little treat at the end. But you can't give them something that they asked for. Otherwise they will just gonna ask for everything in the store the entire time and it will drag you crazy. So much better when a reward a little bit surprise and when it's mom's idea. 

3. Teach Distraction
Distraction is the key to patience. It's turning your child's attention away from what they want. If you ever met an adult that has any impulse control that because they learn to distract themselves at the young age. So, if you are standing in the line or sitting in the restaurant just play game like truth and lies. They will figure out things about you that the thing that they never knew before. 

So you are teaching kids instead of frustrated, here's are opportunity to have fun. 

Assalamualaikum
Bismillah


Bayangkan
Kita cedok air tasik
Adakah tasik berkurang?

Nampak tasik tidak berkurang langsung
Sebab air yang dicedok secawan itu kecil
Sebaldi kita ambil pun
Tasik itu nampak tiada perubahan
Tak terasa kurangnya air

Walhal, hakikatnya
Air tasik itu kurang secawan
Kurang sebaldi

Begitu juga 
Apabila kita tuang air ke dalam tasik
Tasik itu nampak tiada perubahan
Tak terasa bertambahnya air
Walhal, hakikatnya
Air tasik itu sudah lebih secawan daripada sebelumnya

Itulah hati kita
Bila mana dosa dibuat
Kita tidak nampak apa-apa
Tapi sebenarnya satu titik hitam 
Dah lekat dalam hati
Kita tak rasa apapun
Sebab satu titik itu kecil sahaja

Begitu juga apabila kita "Istighfar"
Kita tak rasa apapun
Tapi sebenarnya satu titik hitam
Dah hilang!


Assalamualaikum
Bismillah

Hai guys, mulai hari ini, setiap bulan aku akan update ranking blog ini untuk melihat tahap pencapaian blog dari sudut secara global dan juga di Malaysia. Korang boleh ke laman ranking alexa untuk melihat sendiri blog korang berada di tangga ke berapa.

Klik https://www.alexa.com/siteinfo untuk semak ranking alexa korang. 


Secara global ranking blog ini di tangga yang ke 4, 400, 321 

Ranking di Malaysia pula berada di tangga ke 45, 074




Assalamualikum
Bismillah

Daftar MyASNB Secara Online di https://www.myasnb.com.my/ dan Semak Akaun ASB tanpa perlu berbaris di kaunter. Urusan berkaitan ASB tidak akan menggunakan buku simpanan sebaliknya boleh menggunakan perkhidmatan secara online atau di kaunter cawangan atau ejen ASNB.

Berikut adalah Cara Untuk Membuat Pendaftaran MyASNB Secara Online.


1. Anda dikehendaki untuk mengemas kini no telefon di bank ataupun pejabat pos asnb yang berdekatan.

2. Sekiranya anda telah mengemas kini no telefon, anda boleh terus ke laman https://www.myasnb.com.my/


3. Klik butang CONTINUE


4. Tandakan pada kotak terma & syarat bahawa anda bersetuju dengan T&C. Dan klik butang SETUJU.


5. Isikan maklumat peribadi (pemenang unit) seperti No Kad Pengenalan beserta Jenis Kad Pengenalan. Pilih produck ASNB. Contohnya ASB.


6. Seterusnya anda harus mengesahkan no telefon dengan klik butang permintaan TAC. SMS kod TAC akan dihantar ke no telefon anda. Masukkan kod tersebut.


7. Isi maklumat privacy untuk keselamatan. Isi ID Pengguna, alamat emel dan pilih soalan keselamatan.

8. Anda akan menerima kata laluan sementara melalui sms. Setelah itu, log in semula dengan id pengguna anda dan masukkan kata laluan sementara.



9. Kemudian, kemaskini kata laluan yang baharu untuk menggantikan kata laluan sementara.

10. Akhir sekali, Log masuk dengan kata laluan baharu. Dan anda telah berjaya mendaftar secara online! 💞


Assalamualaikum
Bismillah

Semalam dapat berita buruk apabila Permohonan Internship Ditolak. Hari ini alhamdulillah dapat berita baik yang mana aku dapat CPUV Pertama Daripada Nuffnang. Dah 2 tahun aku letak iklan Nuffnang nie, baru kali ini nuffnang pandang blog aku. 


Iklan CPUV nuffnang yang sedang berjalan pada bulan April ini adalah daripada PERODUA.  PERODUA sedang melancarkan iklan promotion sempena Hari Raya. Kalau berminat boleh terus ke link di bawah untuk maklumat lanjut:

http://www.mybestcardealer.com/2018/04/03/perodua-price-discount-promotion-april-2018/

Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini aku menerima berita buruk. Sebelum ini aku pernah berkongsi tentang Misi Mencari Tempat Praktikal  Perjalanan mencari tempat praktikal sangatlah memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi. Orang kata inilah permulaan kita untuk mencari pekerjaan walaupun sekadar praktikal. 


Berita buruk yang aku nak kongsi iaitu Permohonan Internship Ditolak. Sedih juga sebenarnya dan terkejut kerana pihak pejabat Fakulti aku yang tiba-tiba telefon dan menyampaikan berita buruk ini sejurus selepas aku habis Midterm Exam tadi. Dalam banyak-banyak tempat yang aku cari, hanya ini saja yang kata ada kekosongan untuk internship. Tetapi tak sangka pula ditolak. 


Sebelum ini aku memohon tempat praktikal di Persatuan Rumah Amal Sabah (Sabah Cheshire Home). 2 hari selepas aku hantar email, pihak Cheshire terus memberi feedback kat Pejabat UMS, memaklumkan bahawa permohonan aku ditolak. So, misi mencari tempat praktikal Part 2 bermula lagi. Huhu. Doakan semoga urusan aku dipermudahkan. 



Banyak dah tempat aku email dan telefon tetapi malangnya ada sesetengah tempat dah penuh. Ada juga yang tidak menerima sebarang permohonan internship. Agak bad mood juga aku hari ini. Tetapi sabar ja lah. Cari dan terus cari sampai dapat kan. Mungkin sebelum ini ada senior yang ada pengalaman yang sama macam aku tapi relaks je. Aku saja yang melebih-lebih. Haha

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, berita gembira buat aku kerana Surat Verifikasi Alamat Google Adsense Dah Sampai. Setelah sekian lama menunggu selepas Permohonan Google Adsense Telah Diluluskan Buat Pertama Kali akhirnya blog aku telah melepasi earnings sebanyak USD$10. PIN untuk verify alamat akaun google diberikan dalam bentuk surat seperti gambar di bawah. 


Hari itu aku menerima notification bahawa surat ini telah dihantar pada 16 Mac 2018 (Jumaat). Dan aku menerima surat ini pada 5 April 2018 (Khamis). Memandangkan surat ini datang dari luar negara, mengambil masa hampir 3 minggu juga untuk sampai ke Malaysia. 


Tujuan Google Adsense menghantar PIN adalah untuk mengesahkan bahawa kita adalah pemilik akaun google adsense agar pembayaran (hasil duit adsense) yang dilakukan diberikan kepada pemilik akaun yang sah. Oleh itu, make sure that kita punya alamat itu betul. Setelah memasukkan PIN adsense, maka aku telah layak untuk menerima payment daripada Google Adsense dengan syarat akaun ini telah mencapai sebanyak US$100.


So, lepas nie kena lebih berhati-hati lagi nak menulis. Haha nanti tak pasal-pasal kena blacklist! Thanks guys sebab korang sudi klik iklan di blog ini. Semoga korang semua dimurahkan rezeki. 



Assalamualaikum
Bismillah

Hi kembali semula dengan tips cinta. Sebelum nie aku pernah berkongsi tentang bagaimana jika kita terjatuh hati kat kawan baik kita sendiri? Baca kat SINI So, Kali ini aku ingin berkongsi pula bagaimana nak memikat hati bekas kekasih (ex boyfriend/girlfriend). Hehe~ Macam ada pengalaman je kan? hahaha


Ada orang bagi dia susah untuk move on setelah putus dalam perhubungan dan masih menyimpan perasaan sayang buat bekas kekasih. Mulanya mungkin ada berfikir bahawa dia tidak boleh hidup tanpa diri kamu. Tetapi ingatlah, kumbang bukan seorang, bunga bukan sekuntum. Hehe~ Akhirnya yang tidak boleh meneruskan hidup tanpa dia adalah kamu.

Bagaimanakah mahu kembali merebut semula cinta si dia? Sedangkan si dia mungkin sedang membuka hatinya pada yang lain. Buat anda yang pernah menjadi kekasih hatinya merupakan suatu kelebihan kerana anda pernah hadir dalam hidupnya dan rasa cinta pernah tertumpah buat anda.

Ada 10 Cara Pikat Kembali Bekas Kekasih. Semoga berjaya!

1. Jangan Hubungi Dia
Buat sementara waktu elakkan daripada menghubungi si dia. Bagi anda yang masih memendam perasaan memang agak sukar. Mungkin pada saat anda tidak memberikan perhatian kepada si dia, dia akan terkenangkan saat-saat indah bersama anda. Beri ruang kepada si dia untuk merindui anda. Manakala, bagi anda pula cuba sibukkan diri dengan kerja atau aktiviti supaya jiwa raga anda tidak merana. HEHE. Sekiranya si dia mula menghubungi, pastikan si dia merasakan perubahan baru anda, buang sifat yang tidak disukainya. 

2. Berdikari dan Elak Mengekori Dia

Kalau iya pun anda masih memendam perasaan kepada si dia dan mencuba untuk tawan hati dia kembali janganlah sampai 24 jam asyik mengekori je ke mana dia berada. Nak stalk ja dia buat apa, dengan siapa, ke mana?  Ada ekstrem sangat sampaikan "stalk" terus je bekas kekasih dia. Baca entry aku yang lepas tentang Bahaya Stalking Kalau anda asyik mengekori dia, kebarangkalian hatinya mahu berpaling kepada anda akan pudar. Sometimes, si dia juga perlu masa untuk bersendirian. Tunjukkan diri anda yang baru, lebih berdikari dan mampu hidup tanpa bergantung sesiapa. Entah-entah sikap anda yang menyumbang pada perpisahan. 

3. Keluar Bersuka Ria

Apabila putus dalam perhubungan ini memang susah kita nak happy go lucky apatah lagi yang baru pertama kali jatuh cinta. Aku dulu pun take times juga nak move on. Hehe. So, tiba masanya untuk anda keluar bersuka ria dengan teman-teman. Mungkin sebelum nie asyik berkepit je dengan kekasih. Apa salahnya kita bergembira untuk merawat hati yang lara. Bergembiralah! Travelling, short vacay, shopping and do whatever you like. Then post di mana-mana laman sosial untuk menunjukkan anda dah bahagia tanpa si dia. Kadang-kadang zaman teknologi ini membantu. Manalah tahu tiba-tiba terdetik hati si dia nak bertanyakan khabar. 


4. Hubungi Secara Kasual

Sebenarnya tips ini sangat membantu untuk menambat hati bekas kekasih. Haha. Sebab aku pernah buat. Sebenarnya bukan sengaja pun nak call atau mesej dia. Tapi tak sangka pula si dia juga masih ada hati dengan aku. Telefon secara bersahaja atau mesej tanyakan dia jikalau ada barang si dia yang masih kamu simpan sama ada dia perlukan barang-barang itu atau tidak? Namun, jangan kamu telefon tanpa alasan atau sebab kerana ia hanya memperbodohkan diri sahaja. Biar kukuh! Jangan sekali-kali bangkitkan rasa rindu, bertanyakan hal peribadi dan bangkitkan hal masa lalu. Cukup dengan nada bersahaja.

5. Kembali Jadi Insan Dicintai

Dia jatuh hati dengan kamu kerana apa? Fikir dalam-dalam saat kali pertama cinta berpaut. Kembali jadi diri individu tersebut. Kembalikan ingatan dia pada saat kali pertama dia memandang kamu dan berbunga cinta. Seandainya berpeluang bertembung, pastikan kamu memakai pakaian disukainya. 

6. Fikir Betul-Betul Keputusan Anda

Sebelum membuat keputusan untuk menambat hati si dia kembali, kena fikir betul-betul adakah berbaloi sekiranya anda meneruskan hubungan dengan dia? Sekiranya dia seorang yang kaki pukul, kaki mabuk, dan segala jenis kaki maka lebih baik anda menjauhkan diri terus daripada dia. Lupakan! Tetapi sekiranya hubungan yang terputus disebabkan oleh kesilapan yang anda lakukan ataupun si dia memang seorang yang baik dan bertanggungjawab, teruskan membaca tips yang seterusnya.. hehe

7. Siasat Apakah Dia Masih Ambil Berat?

Sebelum anda benar-benar mahu kembali kepada si dia, cuba siasat dahulu adakah si dia sudah punya pengganti atau belum? Sekiranya dia sudah ada yang lain, lebih baik anda lupakan sahaja dan biarkan dia hidup bahagia bersama orang lain. Tetapi kalau dia masih ada sekelumit rasa ambil berat, peluang untuk kembali bersama si dia akan cerah. 

8. Berbincang

Sekiranya si dia mula bertanyakan semula kisah lalu. Maka ambil peluang untuk berbincang secara baik. Kalau ada kesilapan anda lakukan yang menyebabkan perpisahan, mohon maaf dengan segera. Seandainya dia kembali bertanyakan cinta anda, mulakan dengan perlahan. Biar dia kagum dengan diri baru anda. Jangan gelojoh. Hehe. Insya'Allah kalau dah jodoh takkan ke mana.


Patah hati bukan akhir dari segalanya.



Assalamualaikum
Bismillah

Keseliuhan pergelangan kaki adalah kecederaan yang agak lazim dan kebanyakkan orang akan cuba merawat kondisi ini sendiri. Namun jika salah caranya, kondisi kaki boleh menjadi semakin teruk.

Klik HERE for image link
1. Jangan Urut

Elakkan mengurut kawasan yang tercedera. Mengurut sejurus sahaja kecederaan berlaku adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan bengkak lebih teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.

2.  Jangan Tuam Haba

Tuaman haba akan menyebabkan salur darah mengembang lantas mempercepatkan dan mempertingkatkan proses keradangan. Tuaman menggunakan haba hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.

3.  Jangan Sapu Minyak Panas/Gamat

Jika ada luka di kulit terutama di kawasan kecederaan, jangan sapu minyak panas atau minyak gamat kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan jangkitan pada luka. Minyak panas/gamat hanya dibenarkan jika di kawasan terseliuh itu tiada sebarang luka.

4. Jangan Abaikan Kesakitan

Jika kesakitan atau bengkak yang dialami terlalu kuat, itu tanda-tanda kecederaan yang anda alami agak parah. Jumpalah doktor, terutama jika ada kebas-kebas jari, sendi terkehel keluar, kelumpuhan dan luka (mungkin open fracture).


5. Perlu Rehat

Rehat di sini bermaksud mengurangkan gerakan sendi yang cedera dan tidak menggunakan kaki yang tercedera untuk berjalan. Menggunakan tongkat ketiak (axillary crutches), tongkat lengan ( elbow crutches) atau kerusi roda untuk berambulasi.

6.  Perlu Tuam Ais

Sejurus selepas kecederaan lakukan tuaman ais. Tuaman ais selama 20 minit setiap 2-3 jam dapat mengurangkan kesakitan dan mengelakkan bengkak yang teruk. Tuaman ais ini disarankan dibuat sehingga 48-72 jam selepas kecederaan.

7.  Perlu Balut

Balutan ini untuk beri tekanan dan mengurangkan pergerakan pada sendi yang tercedera.  Ini dapat menghalang bengkak besar daripada terjadi. Namun, pastikan tidak balut terlampau ketat sehingga bekalan darah tersekat.

8. Perlu Tinggikan

Anggota yang tercedera perlulah diletakkan tinggi. Sewaktu duduk pastikan kaki yang terseliuh sentiasa melunjur. Jangan biarkan tergantung di bawah.  Sewaktu baring atau tidur, kaki yang cedera itu hendaklah lebih tinggi daripada badan. Boleh alas bantal di bawah kaki. 

Jika rawatan di rumah tidak mengurangkan bengkak dan kesakitan, itu tandanya anda perlu berjumpa dengan doktor. Khuatir ada ligamen yang terputus atau keretakan tulang. Jika tidak sempurna, kesakitan ini boleh mengakibatkan kesakitan yang lebih kronik. 


Assalamualaikum
Bismillah

Ada parents yang mengadu anak mereka bawa beg sekolah sangat berat disebabkan oleh buku teks yang banyak berbanding dengan saiz badan mereka yang kecil. Dalam kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Kajian beg sekolah berat siap bulan depan menunjukkan dapatan kajian yang mana anak-anak tidak sepatutnya membawa buku-buku yang banyak ke sekolah dalam tempoh seminggu. 


Contohnya, jadual pada hari Isnin, anak-anak diminta untuk bawa buku Bahasa Melayu sahaja, so bawa buku BM saja lah, janganlah bawa buku Pendidikan Islam. Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah meminta kepada pihak sekolah untuk kuatkuasakan perkara ini supaya sekolah perhatikan budak-budak itu  bawa buku teks ikut jadual ataupun tidak. 

Tetapi yang menjadi isunya walaupun kita meminta budak-budak bawa buku teks mengikut jadual mereka, tetap akan ada masalah kerana perkara ini kita semua dah pernah mengalaminya sejak dari sekolah rendah lagi. Even aku dulu pun pergi ke sekolah ikut jadual, tetap beg rasa berat juga.

Perkara ini setiap tahun menjadi isu. Oleh itu, bagi aku pihak sekolah ataupun KPM sediakan bajet buat loker untuk budak-budak tu letak buku teks dalam tu. So, mungkin akan kuranglah isu-isu beg budak sekolah berat. Sebenarnya kesan daripada mengangkat beg berat pada awal usia juga akan menyebabkan mereka boleh dapat penyakit seperti scoliosis.



What is scoliosis?
A person with scoliosis will have a C- or S-shaped curve in their spine. It can appear at any age, but it often presents from the age of 10 to 12 years, or during the teens, but infants can sometimes have symptoms. 


Kesan daripada Scoliosis, seseorang itu dah tak boleh angkat berat ataupun berdiri dengan tegak. Dan benda ni kita susah nak kesan awal tau. Mungkin penyakit ini datang masa kita dah berumur, tetapi faktor yang menyebabkan penyakit scoliosis mungkin disebabkan oleh beg-beg yang berat. 

Oleh itu, dengan adanya loker khas di sekolah pengurusan buku teks itu menjadi semakin baik. Anak-anak tak perlu mengangkat beg yang berat dan risiko untuk kehilangan buku teks atau rosak juga dapat dielakkan. 


Tetapi mungkin ada juga segelintir netizen yang tidak bersetuju dengan pendapat ini dan beranggapan bahawa budak-budak sekarang terlalu dimanjakan. Sedangkan zaman kita dulu pun bawa juga beg berat. Isunya mungkin kita dahulu tidak mengeluh dengan parents yang beg kita berat. Tipulah kalau kita tidak mengeluh beg kita berat.
Assalamualaikum
Bismillah


Lirik Lagu Rahsia Kita - Khai Bahar ft Fatin Husna

Angin perlahan menyentuh jantungku 
bercerita tentang kita
Tak ku temukan sebuah jawapan 
dalam ketenangan

Haruskah ku simpan semuanya 
rahsia antara kita berdua
Bakal kau temui setelah ku tiada

Tak ku sangka sesuatu darimu
Indah umpama langit
Namun akhirnya dirimu
membuatkan aku terluka

Hati meruntun mencari pandangan
akhirnya tak kelihatan
Tak ku temukan sebuah jawapan
dalam kepalsuan

Haruskah ku simpan semuanya
Rahsia antara kita berdua
Bakal kau temui setelah ku tiada

Tak ku sangka sesuatu darimu
indah umpama langit
Namun akhirnya dirimu
membuatkan aku terluka

Nafas menanti kepastian
Hilang mencari jawapan
Cintamu pada diriku
Terhenti buat seketika

Tak ku sangka sesuatu darimu
indah umpama langit
Namun akhirnya dirimu
membuatkan aku terluka

Nafas menanti kepastian
hilang mencari jawapan
cintamu pada diriku
terhenti buat seketika


Composer : HARRIS YUSOFF (NAR PUBLISHING SDN BHD)
LYRICIST: JIM BIMASAKTI (NAR PUBLISHING SDN BHD)

Assalamualaikum
Bismillah

Hello guys, aku nak jemput korang join segmen Shu nie :) Mari memeriahkan segmen ini sambil mengeratkan hubungan sesama blogger.

klik banner

All the best!
Assalamualaikum
Bismillah

Hello April, surprise me! May this month bring us lot of happiness and joys~ Let wrap up last month with Top 5 Entry Pada Bulan Mac 2018 dan Top Commentors yang bertuah untuk dimasukkan dalam bloglist Bulan April. 

I tried so hard to write at least 15 entries per month. Alhamdulillah untuk Bulan Mac aku masih maintain untuk menulis lebih daripada 15 entry setiap bulan. Congratulation to dear self! Mungkin disebabkan entry yang lepas iaitu 10 Tips Blogging Daripada Denaihati.com dan Tips Untuk Mengelak Daripada Malas Berblogging sedikit sebanyak membantu aku untuk terus konsisten menulis walaupun penyakit malas itu seringkali menguasai tanpa diundang.


Antara Top 5 Entry Pada Bulan Mac 2018 yang menjadi tumpuan pembaca adalah :






Secara keseluruhan Jumlah Pageviews (PV) meningkat pada bulan ini sebanyak 1 962 visitors berbanding bulan lepas. Alhamdulillah ada sedikit peningkatan. Begitu juga dengan User Visitor (UV) sebanyak 1 044 user. Tetapi agak sedikit kecewa kerana Bounce Rate agak tinggi pada bulan ini iaitu 76.25%

Mungkin disebabkan penulisan yang kurang menarik dan juga jarang blogwalking blog yang lain. Huhu. Selalu juga singgah blog yang lain cuma agak liat nak tinggalkan jejak. Haha~ Jangan ikuti sikap yang kurang baik ini. 

Tahniah kepada Top Commentors pada Bulan Mac 2018 kerana sudi meninggalkan jejak anda di blog picisan ini. Seperti yang dijanjikan 5 orang bloggers di bawah akan tersenarai untuk dimasukkan ke dalam Bloglist Bulan April selama sebulan. 


Thanks a lot guys! Semoga Bulan ini lebih baik daripada sebelumnya.