Duit Yang Hilang

6
Assalamualaikum
Bismillah

Hari aku agak mood swing sedikit apabila aku dapat tahu duit yang disimpan di dalam dompet hilang sebanyak RM400 (anggaran). Padahal semalam aku baru sahaja kira duit tersebut dan asingkan untuk duit sewa rumah, perbelanjaan bulanan dan simpanan ASB.


Kisahnya bermula pagi tadi apabila aku bersiap untuk ke CIMB Bank untuk bank in duit kepada tuan rumah untuk sewa pada bulan hadapan. Once aku dah sampai bank di Mesin CDM tu, aku terkejut sebab duit aku yang dikumpul RM50 (jumlah RM400 lebih) hilang dalam dompet. Yang tinggal di dalam dompet hanya RM25 iaitu belanja aku ke sekolah.  Aku agak panik juga tiba-tiba duit hilang. So, aku cuba untuk berfikiran positif mungkin duit tu tertinggal di rumah. Tetapi apabila dah sampai rumah, aku periksa di bilik, beg-beg, dompet, laci dan kotak-kotak masih tidak jumpa.

Apabila aku tanya roommate dan housemate dorang pun tak tahu. Nak tuduh orang di dalam rumah pun susah juga. Kelam-kabut dorang periksa dompet masing-masing takut duit pun hilang. Tapi aku tak rasa yang dorang nak curi duit tu sebab dompet tu memang di dalam beg aku. Lagipun nilai yang hilang tu RM400 kot! Sakit kepala aku fikirkan perkara ni. Itulah satu-satunya simpanan aku untuk bulan ni. Nak minta parents pun susah juga sebab aku baru sahaja diberi duit belanja dan juga duit sewa bilik untuk bulan hadapan. 

Aku tak kisah juga kalau aku dah bekerja. Walaupun aku kerja part time, aku bukannya selalu dapat turun kerja, sebulan dalam dua atau tiga kali saja kerja. Gaji pun setakat cukup-cukup makan sahaja. Entahlah, aku pun tak tahu dah mahu cakap macam mana lagi. 

Walaupun orang kata duit boleh dicari, but still nak cari duit RM400 dalam tempoh sehari tu payah. Susah payah parents kita buang keringat cari duit dan duit tu hilang macam tu sahaja. Kalaupun ada orang curi, aku harap sangat orang tu mengaku atau tulis nota ke "Aku curi duit kau RM400 ya". Tapi takkan adalah pencuri yang baik hati tinggalkan notes macam tu kan?

Hmm~ Entahlah. Blank juga otak aku sekarang ni. Mungkin itu bukan rezeki aku. Semoga apa yang berlaku ada hikmahnya. Semoga Allah gantikan sesuatu yang lebih baik daripada itu. 

Terima kasih sudi baca luahan hati aku. 
Tags

Catat Ulasan

6Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. ya allah kesiannya banyak tu jumlah duit yang hilang. Setuju sangat even duit boleh cari tapi sakit jugak hilang jumlah banyak macam tu. Bertabah ye nurul

    BalasPadam
  2. Ya allah banyak tu duit hilang.sabar ye kak

    BalasPadam
  3. 0.0 bertabahlah Insyallah duit yang hilang itu akan jumpa atau diganti dengan benda yang lebih baik. Kalau Najihah, duit hilang itu dah T.T berair mata dah. Huhu

    BalasPadam
  4. Sedihnya... Byk tu rm400, teringat kak pip pernah kena juga dulu duit kena curi, mmg sedih pasal time tu mmg duit utk byr duit sewa rumah ...

    BalasPadam
  5. Banyak tu hilang. Pernah juga kena masa duduk asrama Uni. Tapi tak semua diambil...

    BalasPadam
  6. Singgah blog ni sbb duit aku pon baru hilang.. 😫 anggaran dlm rm170, dah simpan elok2 nk bayar duit sewa rumah emm

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !