POEM #3 Hati Manusia Umpama Sebuah Tasik

Assalamualaikum
Bismillah


Bayangkan
Kita cedok air tasik
Adakah tasik berkurang?

Nampak tasik tidak berkurang langsung
Sebab air yang dicedok secawan itu kecil
Sebaldi kita ambil pun
Tasik itu nampak tiada perubahan
Tak terasa kurangnya air

Walhal, hakikatnya
Air tasik itu kurang secawan
Kurang sebaldi

Begitu juga 
Apabila kita tuang air ke dalam tasik
Tasik itu nampak tiada perubahan
Tak terasa bertambahnya air
Walhal, hakikatnya
Air tasik itu sudah lebih secawan daripada sebelumnya

Itulah hati kita
Bila mana dosa dibuat
Kita tidak nampak apa-apa
Tapi sebenarnya satu titik hitam 
Dah lekat dalam hati
Kita tak rasa apapun
Sebab satu titik itu kecil sahaja

Begitu juga apabila kita "Istighfar"
Kita tak rasa apapun
Tapi sebenarnya satu titik hitam
Dah hilang!


3 comments:

  1. Wahh nice poem... so lepas ni nak istighfar banyak2 lah.. :')
    .
    Nice sharing!! :D

    ReplyDelete
  2. nice sharing nurul.. <3 smoga kita sntiasa mngingatiNYA. amin

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.