Assalamualikum
Bismillah

Perbuatan membazir ini seringkali dikaitkan dengan makanan. Tetapi sebenarnya pembaziran boleh berlaku dalam pelbagai keadaan sama ada dari sudut makan minum ataupun pembaziran masa dan umur. 

Pembaziran dari sudut makan minum secara kasarnya boleh dilihat dengan pembuangan sisa makanan ke dalam tong sampah. Tetapi bagaimana pula dengan pembaziran dari aspek umur dan masa? Kita kurang menyedari akan hal ini kerana ia merupakan pembaziran dari sudut yang tidak dilihat daripada mata kita.



10 Perkara Yang Dibazirkan Dalam Islam

  • Ilmu yang dibazirkan kerana tidak mengamalkannya.
  • Amalan yang dibazirkan kerana tidak melakukannya dengan ikhlas.
  • Harta dibazirkan dengan tidak membelanjakan ke jalan Allah.
  • Hati dibazirkan dengan tidak mengisi hati dengan cinta kepada Allah SWT & Rasulullah s.a.w
  • Tubuh badan yang dibazirkan kerana tidak menggerakkan anggota badan bukan untuk beribadah kepada Allah SWT.
  • Zikir dibazirkan apabila berzikir tidak terkesan di hati.
  • Masa yang dibazirkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
  • Cinta yang dibazirkan dengan cinta selain kepada Allah SWT.
  • Kepintaran yang dibazirkan dengan tidak berfikir tentang keajaiban makhluk ciptaan-Nya.
  • Kesihatan yang dibazirkan dengan tidak mensyukuri nikmat sihat sebelum sakit.


Segala nikmat Allah SWT tidak kira samada berbentuk masa, usia, harta, ilmu, tubuh badan dan sebagainya pasti akan disoal dan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT ke atas kita di akhirat kelak. 
Assalamulaikum
Bismillah


Lirik Lagu Nasyid Sesungguhnya - Raihan

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Kucuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Kucuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kautsar

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga kutahu
Syukurku adalah milik Mu



Lagu  nasyid yang tak pernah jemu untuk didengar. 

Assalamualaikum
Bismillah



Lirik Lagu Sumandak Sabah – Marsha Milan & Velvet Aduk

Jalan-jalan di tamu Tuaran
Silik-silik baju tradisi Unduk Ngadau
Tidak sabar mau tunggu Tadau Kaamatan
Ramai sumandak sumandak sibuk menunggu

Omingi-gingoh zi bakal Unduk Ngadau
Belinggang-linggang linangkit dan lilimbo
Aragang-ragang oh munung dia
Tinggi-tinggi gunung dandan rambutnya


(Korus)
Sumandak Sabah mana kau mau cari
Semua lawa-lawa pandai masak nasi
Muka cantik memang tida lari pandai lagi dari kaum lelaki
Sumandak Sabah mana kau mau cari
Unduk Ngadau gelaran diberi
Satu Sabah ternanti-nanti kalah atau manang ada yang sampai manangis
T’lampau barabis

Omingi-gingoh zi bakal Unduk Ngadau
Belinggang-linggang linangkit dan lilimbo
Aragang-ragang oh munung dia
Tinggi-tinggi gunung dandan rambutnya

(Korus)
Sumandak Sabah mana kau cari
Semua lawa-lawa pandai masak nasi
Muka cantik memang..tida lari pandai lagi dari kaum lelaki
Sumandak Sabah mana kau mau cari
Unduk Ngadau gelaran diberi
Satu Sabah ternanti-nanti kalah atau manang ada yang sampai manangis
T’lampau barabis

Sumandak Sabah mana kau mau cari
S’mua lawa-lawa pandai masak nasi
Muka cantik-cantik memang tida lari
Pandai lagi dari kaum lelaki

(Korus)
Sumandak Sabah mana kau mau cari
Semua lawa-lawa pandai masak nasi
Muka cantik memang tida lari pandai lagi dari kaum lelaki
Sumandak Sabah mana kau mau cari
Unduk Ngadau gelaran diberi
Satu Sabah ternanti-nanti kalah atau manang ada yang sampai manangis
T’lampau barabis





Assalamualaikum
Bismillah

Setelah hampir 10 bulan aku menggunakan template yang telah di design oleh Sis Hawa. Hari ini aku terfikir nak tukar template pula. Dah nak dekat raya kan, so blog pun ada baju raya baru hehe~ Aku lupa mahu screenshot blog lama. Kalau nak tengok design lama, boleh baca kat SINI. 



Tadaa~ Inilah Wajah Baru Blog Sii Nurul

Walaupun tiada unsur-unsur seni dan kreatif tapi boleh lah bhaa kan? Sedap mata memandang gitu hehe. Sebelum ini aku menggunakan warna kuning keemasan dan warna pink terang. Kali ini aku memilih latar belakang atau tema hitam putih. 

Aku menggunakan template daripada PBTemplates dan memilih Suits Blogger Template. Secara keseluruhan aku hanya susun widget sahaja supaya nampak teratur dan kemas. Tiada perubahan yang dibuat setelah tukar wajah baru ni. Cuma design oleh Sis Hawa sebelum ini memang dah takda seperti hiasan bunga-bunga.

Dari segi header aku design sendiri. Hmm~ Tapi still aku tak puas hati sebab header nampak serabut dan tidak lawa. Hahaha~ Tapi aku guna saja buat sementara waktu. InsyaAllah kalau boring pandai-pandai akulah tukar nanti.

Sebenarnya blog ini belum siap sepenuhnya, sebab aku rasa nak ubah font ini supaya nampak besar sikit tapi aku tak tahu macam mana. So, it takes time for me yang masih baru dalam bab-bab semua nie. Sebelum ini asyik upah orang saja. Kali ni perkhidmatan penukaran template blog dilakukan sepenuhnya oleh aku sendiri. Huhu.

Apa pendapat korang tentang Wajah Baru Blog Sii Nurul?





Assalamualaikum
Bismillah

Ramai orang takut untuk silap. Silap dan salah kadang kala dipandang sebagai suatu yang amat negatif dalam kehidupan. Tetapi sebagai manusia, kita tidak mampu untuk mengelak daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. 


Tidak kira sehebat manapun persiapan yang dilakukan tetap akan wujud keadaan-keadaan di mana kita melakukan kesilapan.

Ramai yang takut berbuat salah atau silap kerana merasakan ada celoreng hitam dalam perjalanan hidup. Kadang kala kita perlu buka minda kita dan memandang kegagalan itu daripada sudut pandangan yang berbeza.

Ada ketika kita berasa bahawa kita sudah cukup bersedia sampaikan tahap yang kita sudah benar-benar memahami atau melakukan sesuatu perkara. Misalnya seseorang berasakan bahawa dia sudah boleh memahami setiap chapter yang dipelajari dan menghafalnya. Bagi tugasan kerja, dia merasakan bahawa dia sudah mampu untuk melakukan apa sahaja tugas-tugas yang mendatang.

Namun, tiba-tiba kita melakukan kesilapan. Apa yang kita faham adalah tidak tepat. Apa yang kita sudah siap sedia rupanya tidak kena dengan apa yang diinginkan dalam sesuatu pekerjaan. 

Kita tersalah.
Kita gagal mendapat keputusan yang cemerlang.
Kita gagal dalam melakukan kerja yang terbaik.

Jikalau keimanan itu bersama kita, kita akan bersangka baik dengan Allah SWT. 

Kita akan melihat semula kesalahan itu.

Mengapa aku silap?
Di mana aku silap?
Bagaimana aku boleh tersilap?

Apabila kita bermuhasabah, kita akan belajar sesuatu yang baru. Pengalaman dan pengajaran yang baru. Sekiranya Allah SWT izin kita tidak silap maka tidak mungkin kita akan mempelajari hikmah tersebut.

Namun dengan kasih sayang Allah SWT, Allah SWT ingin kita melihat sesuatu. Sebab itu disilapkan kita. Tidakkah kita memerhatikan?
Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, dalam kesibukan aku mengulang kaji untuk Final Exam, Allah berikan rezeki CPUV Kedua Daripada Nuffnang. Selepas aku pertama kali mendapat CPUV nampaknya Nuffnang masih sudi untuk memberikan CPUV pada Bulan Mei ini. 


Nampaknya iklan PERODUA masih berjalan pada bulan Mei. 


Terima kasih Nuffnang! :)

Assalamualaikum
Bismillah


Guys? Anyone know why this is happening? Tiba-tiba muncul nama Printcious nie T-T berderet-deret. 


 Cuba BACA ENTRY INI
Aku tak tahu adakah ini virus atau ada kod yang terganggu?
Assalamualaikum
Bismillah

Hai guys, sebelum ini aku dah pernah berkongsi tentang satu laman web yang dinamakan sebagai PRINTCIOUS. Hari ini aku ingin berkongsi Cara Design Barang di Printcious



1. Login ke akaun Printcious
Jika belum ada akaun, SIGN UP sebagai member.



2. Pilih jenis produk yang ingin direka. 
Sebagai contoh, aku memilih untuk design Button Badge.



3. Pilih size button badge & kuantiti. 
Seterusnya, Klik "Start Designing".



4. Anda bebas untuk memuat naik gambar 
atau design mengikut cita rasa sendiri.


5. Aku telah sedia design button badge, 
aku hanya perlu upload image sahaja.


6. Seterusnya, klik Checkout 
untuk memulakan urusan pembelian.


Tempahlah sekarang!


Assalamualaikum
Bismillah

Entahlah kenapa baru-baru ini hati aku mudah tersentuh, mudah marah dan sering menangis. Banyak perkara yang berlaku bermula daripada Bulan April sehinggalah sekarang. Terlalu banyak yang difikirkan. Pada Bulan April yang lalu, aku agak sedih kerana permohonan internship aku ditolak atas sebab tempat yang aku memohon praktikal tersebut telah penuh dan dorang telah memilih beberapa pelajar lain daripada Universiti lain. Dalam tempoh seminggu aku terpaksa mencari lagi balik tempat praktikal yang baru. Alhamdulillah aku dah jumpa tempat dan email kepada agensi berkenaan 2 minggu yang lalu tetapi sampai sekarang aku masih belum mendapat feedback.


Yang menyebabkan emosi aku terganggu apabila coursemate aku terus-terus menanya kenapa aku masih belum diberikan jawapan, yang lain ada tempat untuk praktikal sudah. Masa sudah semakin suntuk dan sebagainya. Tetapi aku hanya diam dan tersenyum sahaja. Ada yang kawan aku hantar surat penempatan praktikal lewat seminggu daripada aku tetapi dia sudah dapat jawapan daripada agensi tersebut. 

Ditambah pula dengan kejadian yang betul-betul menyebabkan emosi aku terganggu apabila aku kehilangan duit RM400 lebih selepas mama aku berikan aku duit untuk sewa rumah dan juga duit kolej kediaman yang baru sahaja aku dapat claim hilang begitu sahaja sama ada dicuri ataupun macam mana aku tidak tahu. Wallhu'alam. Allah SWT sahaja yang tahu. Bukan sekali aku kehilangan duit tetapi DUA KALI. Allah saja yang tahu betapa aku amat marah dan sedih pada masa tu dengan duit yang memang cukup-cukup makan sahaja.

Baru-baru lagi rumah aku sewa ini sinki dapur dan saluran air tempat mesin basuh tersumbat menyebabkan kami tidak dapat menggunakan sinki. Walaupun aku sudah bagi warning berkenaan sisa makanan yang sepatutnya perlu dibuang di tong sampah tetapi masih juga ada yang buang di dalam sinki sehingga menyebabkan ia tersumbat. Apabila sinki tersumbat dan mesin basuh tidak dapat digunakan aku terpaksa bersihkan kawasan tu. Yang lain cuma tunggu aku bersihkan saja. 

Disebabkan aku rasa penat tekak mahu bercakap so aku just tinggalkan notis besar-besar dan tampal di dinding supaya dorang bertanggungjawab membuang sampah setiap kali sampah penuh. Sebab sebelum ini aku sahaja yang terpaksa kumpul sampah, ikat dan buang. Even plastik sampah aku juga yang selalu beli. Entahlah, aku rasa macam penat juga. Sometimes, dorang tiada ke perasaan bertanggungjawab? Kalau aku yang tinggal serumah, housemate aku balik-balik asyik muka dia saja yang buang sampah aku rasa malu sangat. Betullah setiap orang mungkin tidak sama. 

Dan baru-baru ini aku terlalu sibuk dengan tugasan yang berlambak serta pembentangan yang tidak pandai habis-habis disebabkan cuti PRU14 hari tu. Selama ini aku jadi tukang compile semua reports dan slides presentation. Tetapi ada beberapa hari tu seiously aku rasa betul-betul penat dan tertekan so aku bagi orang lain untuk compile tugasan kami. But, aku punya part tiada dalam report tu. Dan esok kami dah nak bentang dan aku baru tahu hari ini. Aku tak tahu macam mana part aku boleh tertinggal.

Aku cerita di sini bukan mahu salahkan sesiapa. Cuma aku mahu meluah. Yang emosi aku sangat terganggu. Kadang kala tu kalau aku tidur aku memang tidak sedar sudah. Sebenarnya ada banyak perkara lagi aku mahu cerita tetapi aku malas mahu cerita. Mungkin luaran  aku nampak biasa. Tiada masalah pun. Aku tahu orang lain juga ada masalah dorang tersendiri, mungkin lebih teruk daripada aku. 

Aku berharap semoga Allah permudahkan segalanya buat aku. Semoga hari esok lebih baik daripada semalam.



Assalamualaikum
Bismillah


Selama ini aku terlalu mudah percaya.
Aku selalu dahulukan perasaan orang, 
kemahuan orang lain berbanding diri aku.
Aku selalu prihatin terhadap hati orang lain.
Aku selalu mengalah.
Aku selalu dipersalahkan.
Aku selalu biarkan diri aku diambil kesempatan oleh orang lain.

Ada ketika aku rasa betul-betul marah.
Tetapi esok aku akan lupa.
Ada ketika aku terlalu sakit hati
Tetapi apabila orang minta maaf aku maafkan saja.

Sekali-sekala aku mahu jadi jahat
Aku tidak mahu pedulikan apa perasaan orang lain.
Aku dahulukan kemahuan aku.
Aku mahu menangkan ego aku.
Aku salahkan orang lain atas kesilapan yang mereka lakukan.

Tetapi, percayalah.
Aku rasa diri aku tidak jujur apabila berbuat macam tu.
Aku rasa seperti menentang diri aku sendiri.

Apa yang harus aku buat?
Akhirnya aku putuskan untuk jadi diri sendiri.
Tidak kira macam mana sakit pun.
Setiap kebaikan yang dibuat pasti ada balasannya.

Kalau bukan di dunia
InsyaAllah di akhirat sana.
Assalamualaikum
Bismillah

Dugaan apakah ini? Aku belum move on lagi daripada kes kehilangan duit baru-baru ini, pagi tadi aku dikejutkan lagi dengan duit aku yang hilang dalam dompet. Kali ini satu sen pun tidak tinggal ya. 

Terima kasihlah kerana telah menceriakan hari-hari aku. Aku berharap agar duit yang dicuri itu cukup mengenyangkan perut kau. Lepas ini curilah lagi sampai kau puas hati.


I have nothing to say anymore. 




Assalamualaikum
Bismillah

Hai korang, Bulan Mei merupakan bulan yang istimewa di mana pada bulan Mei ini merupakan Hari Ibu. Ramai yang sedia maklum bahawa Hari Ibu biasanya disambut pada 14 Mei setiap tahun tidak kiralah di negara mana pun. Mungkin ada yang terfikir hadiah apa yang nak diberikan kepada ibu tersayang.

Setiap kali kita ingin menyambut hari ataupun event yang istimewa yang selalu terlintas dalam fikiran kita sudah tentunya adalah "hadiah". Sempena Hari Ibu yang bakal muncul tidak lama lagi, korang pasti tidak ketinggalan ataupun sabar untuk menyediahkan hadiah istimewa untuk ibu tercinta kita.

Korang boleh customized gifts idea di Printcious sekarang!

Sebenarnya, apa yang bernilai bagi seorang ibu bukanlah sekadar kita memberi hadiah tetapi bagaimana kita berusaha untuk menjadikan hari tersebut lebih bermakna dan memberi kenangan kepada ibu kita. Oleh itu, Printcious merupakan pilihan website yang terbaik di mana ia menawarkan perkhidmatan Personalized Gifts mengikut cita rasa mahupun reka bentuk kita sendiri. Kiranya macam DIY jugalah sebab kita yang design sendiri kan.

Kalau korang tengok sekarang ni, Printcious ada menawarkan DISKAUN 30% dan PENGHANTARAN PERCUMA sekiranya pembelian korang melebihi RM50 dan ke atas. 


Selain itu, terdapat 21 jenis produk yang ditawarkan oleh Printcious seperti :
  • T-Shirts
  • Mugs
  • Cushions
  • Phone Cases
  • Ceramic Tiles
  • Photo Rocks
  • Puzzles
  • Mousepads
  • Mini Tees
  • Baby Rompers
  • Coasters
  • Button Badges
  • Caps
  • Canvas
  • Bags
  • Keychains
  • Aprons
  • Lanyards
  • Luggage Tags
  • Magnets
  • Door Hangers


Kita just pilih sahaja mana-mana produk yang disukai dan design mengikut kreativiti kita sendiri. Aku sendiri pun telah banyak kali menggunakan perkhidmatan Printcious setiap kali ada program yang dijalankan di universiti. Biasanya yang menjadi pilihan adalah BUTTON BADGE. Korang boleh baca kat Custom Button Badge FOR FREE at PRINTCIOUS. 

Apa yang menarik lagi di Printcious adalah kita boleh custom design hadiah pada bila-bila sahaja. Hadiah yang direka boleh diberikan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur sama ada korang nak hadiahkan kepada boyfriend atau girlfriend, suami, isteri mahupun sahabat handai. Selain itu, korang boleh sesuaikan hadiah mengikut event tertentu seperti Wedding, Birthday, Engagement, New Baby, Graduation, Father's Day, Mother's Day, Anniversary, Valentine's Day dan juga Christmas


Korang boleh SIGN UP untuk mendaftar sebagai member.


Kebaikan apabila menjadi member adalah :
  • Korang dapat menikmati diskaun sebanyak 60%
  • Dapat track order korang secara online
  • View order history
  • Add favourite products to wish list
  • Be up to date with our new products

Zaman sekarang ini semuanya di hujung jari sahaja. Korang hanya perlu ke website printcious, kemudian pilih jenis hadiah yang diinginkan contohnya, bantal mug ataupun T-shirt dan ikuti langkah-langkah yang diberikan. Mudah sahaja. Tak susah pun. Dengan kemudahan yang ada sekarang kita boleh membuat pilihan samada mahu pergi membeli ke kedai atau secara online sahaja.


Ini merupakan contoh Button Badge yang aku design sendiri di printcious Sempena Hari Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK) di Universiti Malaysia Sabah pada semester lepas. Nampak comel je kan hehe~

"If you are looking for pin badges for college,colour mug or button badgesdon’t forget to contact them. Or if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, photo booth rental is your best entertainment."

Tempahlah sekarang!

Untuk maklumat lanjut :

Email
Order: order@printcious.com
Use this contact if you are a customer who has questions about an order or about placing an order.

Feedback / Suggestions: feedback@printcious.com
Use this contact if you want to give us feedback about Printcious. Suggestions are always welcomed.

Address
No. 30, Ground Floor, Jalan Tiara 4,
Bandar Baru Klang, 41150 Klang,
Selangor D.E, Malaysia.

Working Hours: 9am - 6pm (Monday - Friday) | 9am - 1pm (Saturday)  

Social Media

Facebook : facebook.com/printcious
Instagram : instagram.com/printcious
Twiter : twitter.com/printcious
Youtube : youtube.com/printcious

Assalamualaikum
Bismillah


Lirik Lagu Starfeather by Faizal Tahir

Bila ku pejam mata
Kumendoakan dirimu
Tabah dengan ujianmu

Bila ku hilang arah
Kau sedarkan diri aku
Bersyukur pada yang SATU

Kau tetap tabah dalam mengharungi
Hidup yang penuh dengan onak duri

Andai kau pejam mata
Dunia kan bersamamu
Kamu tahu
Andai kau hilang arah
Tuhan tetap bersamamu
Aku tahu

If you feel like you've got
The weight of the world on your shoulders
Look around, you're alive
Alhamdulillah

Kau tetap tabah dalam mengharungi
Hidup yang penuh dengan onak duri 

Andai kau pejam mata
Dunia kan bersamamu
Kamu tahu
Andai kau hilang arah
Tuhan tetap bersamamu
Aku tahu

I will be with you
I will not leave you

Andai kau pejam mata
Dunia kan bersamamu
Kamu tahu
Andai kau hilang arah
Tuhan tetap bersamamu
Aku tahu

If you feel like you've got
The weight of the world on your shoulders
Look around, you're alive
Alhamdulillah (2x)


Published on May 6, 2018
Starfeather was inspired by iamFAITHMEN and Hand4Hand's mission trip to Cox's Bazar, Bangladesh. 

Teruskan menyokong Faizal Tahir! 
Assalamualaikum
Bismillah

Tahukah apakah kejayaan atas angin?
Itulah dia kejayaan palsu.
Berjaya dalam peperiksaan kerana bernasib baik, 
bukan kerana kita faham subjek tersebut
Tetapi bernasib baik.

Bernasib baik kerana soalan bocor
Nasib baik apa yang dibaca semalam keluar peperiksaan
Nasib baik kerana pensyarah tambahkan markah.
Nasib baik kerana dapat meniru.
Cemerlang walaupun selalu ponteng.

Bernasib baik kerana tumpang markah assignment kawan
Sedang kita hanya duduk goyang kaki
Buat kerja mungkin cincai.

Inilah kejayaan yang tidak mempunyai makna
Kerana kita sebenarnya tidak mampu
memanfaatkan ilmu
Kita sebenarnya tidak pakar
Kita sebenarnya bodoh.

Maka pada aku, jikalau gagal
Jikalau tidak mendapat markah yang baik
Kadang kala itu lebih baik.

Semoga apabila kita gagal
Kita tergerak hati untuk belajar lagi
Melihat semula mengapa kita gagal?
Di mana kegagalan kita?
Agar kita belajar lebih banyak lagi
Faham dengan lebih baik lagi.

Sebab itu kadang kala, 
orang yang mempunyai markah yang rendah
lebih memahami apa yang dipelajari
Kerana markah itulah mendorong mereka untuk belajar semula
Memahami semula
Berbanding dengan kejayaan yang cemerlang
Dan kemudian tidak melihat semula.
Assalamualaikum
Bismillah

Hai guys, aku ingin menjemput semua rakan blogger untuk support Giveaway Siqah :) one of my favourite blogger. Dah lama follow Kak Siqah ni dan sentiasa mengikuti perkembangan blog Kak Siqah walaupun jarang memunculkan diri di bahagian komen hehe~ Just jadi silent reader sahaja. 


Syarat yang dikenakan sangat mudah dan simple.

Syarat Penyertaan Giveaway: 
1. Follow Blog Siqahiqa (follower gadget ada di page footer)
2. Follow Facebook page BLOG SIQAHIQA
3. Follow Instagram @haqisfila dan @siqahiqa_
4. Copy banner dan buat satu entri bertajuk “Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa(please backlink). 
5. Publish entri anda dan tinggalkan link pada ruangan komen di sini. 


All the best! Dan selamat bersegmen :)


Assalamualaikum
Bismillah

Sempena dengan PBAKL 2018, S.K. menganjurkan satu giveaway. Jemput join semua~


klik banner untuk join

Syarat - syarat :

1. Follow Blog S.K.

2. Follow Twitter S.K.

3. Follow IG S.K.

4. Buat 1 post bertajuk "Giveaway Saya Nak Menang Buku Terbaru Teme" . Dalam post tersebut mesti ada Banner GA kali ni & back link .

5. Tinggalkan link URL entry tadi pada post ini sahaja berserta ;
  • Email (Senang nak inform kalau menang)
  • Twitter Account
  • IG Account

Hadiah : 

Penyertaan kurang 50 :1 set buku terbaru Teme Abdullah (Impian Jalanan & Empayar)
Penyertaan lebih 100 : 1 set buku tulisan Teme Abdullah (Arkitek Jalanan , Penulis Jalanan, Impian Jalanan & Empayar)
Assalamualaikum
Bismillah

Entry pertama yang ditulis seperti biasa adalah entry wajib yang ditulis pada setiap bulan iaitu TOP 5 ENTRY dan juga TOP COMMENTORS yang bertuah telah dipilih berdasarkan jumlah komen yang tertinggi dalam blog. 


Alhamdulillah, sepanjang Bulan April aku semakin aktif berblog dan telah menulis sebanyak 20 entry pada bulan ini. Nampaknya azam tahun baru aku terlaksana kerana maintain menulis lebih daripada 15 entry setiap bulan. Walaupun dari segi kuantiti entry aku semakin banyak, tetapi dari segi pageviews pula menurun sedikit berbanding pada Bulan Mac iaitu sebanyak 1 811 pageviews sahaja. Manakala Bounce rate aku meningkat sedikit ke 74.08%.

Ini pula adalah Top 5 Entry Pada Bulan April 2018 :

1. Tips Cinta: 8 Cara Pikat Kembali Bekas Kekasih (740 views)

2. Surat Verifikasi Alamat Google Adsense Dah Sampai (656 views)


3.  #1 Ranking Alexa | Blog Sii Nurul (667 views)


4. Permohonan Internship Ditolak (710 views)


5. CPUV Pertama Daripada Nuffnang (611 views)



Tidak lupa juga kepada Top Commentors Bulan April 2018 yang sentiasa jenguk dan komen blog ini. Tahniah! Nama-nama ini akan dimasukkan ke dalam Bloglist selama sebulan :)


Thanks a lot guys! Semoga Bulan ini lebih baik daripada sebelumnya.