2018 Book Challenge | 9 Nyawa Karya Ramlee Awang Murshid

12:54 am
Assalamualaikum
Bismillah

Hai guys, ini entry Book Challenge aku yang kedua. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Buku Novel pula. So, novel pertama yang aku pilih adalah 9 Nyawa Karya Ramlee Awang Murshid.

SINOPSIS

INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula… menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah nyawa yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya… ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh bertanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN… mata hatinya lebuh ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua… di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tak disangka terungkai. Dan satu persoalan muncul – mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?


Penulis : Ramlee Awang Murshid
Muka Surat : 519


REVIEW

Novel 9 Nyawa ini mengisahkan tentang kepercayaan terhadap mitos 9 Nyawa kucing yang dipegang oleh seorang ibu terhadap puterinya yang mengalami penyakit lemah jantung sejak kecil lagi. Puan Azizah mempercayai bahawa anaknya memiliki 9 nyawa ekoran daripada peristiwa anaknya yang sering mengalami “Kematian” beberapa kali.

Sejak dari kecil sehingga meningkat dewasa anaknya sering mengalami koma kerana penyakit yang dialami menyebabkan Puan Azizah sentiasa risau dan takut akan kehilangan anaknya. Dalam novel ini, kita dapat lihat, Puan Azizah sangat menyayangi anaknya, Intan Suryani yang merupakan satu-satunya anak yang dimiliki setelah kematian suaminya tetapi kasih sayang Puan Azizah itu menyebabkan dia terlalu mengongkong anaknya dan ke mana sahaja anaknya pergi ibunya akan ada bersama. 

Intan Suryani menghidap penyakit lemah jantung sejak dilahirkan lagi dan doktor menjangkakan bahawa Intan Suryani tidak akan dapat hidup lama sekiranya tidak melakukan pembedahan implan jantung dengan secepatnya. Oleh sebab itu, Puan Azizah sangat teliti dalam menjaga anaknya lebih-lebih lagi apabila melibatkan keselamatan anaknya. Peristiwa pahit yang pernah dialami 10 tahun lepas, di mana puan Azizah sekeluarga telah mengalami kemalangan yang dahsyat sehingga meragut nyawa suaminya, Sanusi menyebabkan Puan Azizah sentiasa berhati-hati. 



Puan Azizah mula mempercayai mitos 9 Nyawa yang dimiliki oleh haiwan kucing terhadap anaknya sendiri setelah menyaksikan anaknya Intan Suryani yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut didatangi oleh seekor kucing yang misteri kemunculannya semasa hari kejadian. Setelah peristiwa tersebut berlaku, Puan Azizah kerap kali bermimpi bahawa Intan Suryani dikerumuni oleh 9 ekor kucing dan ianya membuatkan kepercayaan puan Azizah terhadap mitos 9 Nyawa yang dimiliki oleh anaknya, Intan Suryani semakin kuat. 

Dalam novel ini turut menceritakan tentang kisah seorang pemuda buta yang dikurniakan sebuah kebolehan yang sangat luar biasa, iaitu kebolehan untuk berhubung dengan roh-roh manusia yang berada di pertengahan alam antara alam hidup dan alam mati. Hakim, seorang pemuda yang cacat penglihatannya mampu untuk berkomunikasi dengan roh manusia yang berada di ambang maut dan kebanyakan daripada roh yang datang untuk berjumpa dengan Hakim adalah membawa hajat iaitu untuk membantu mereka menyelesaikan segala urusan yang belum selesai sewaktu hayat mereka. 

Roh-roh yang tersepit di antara alam hidup dan mati merupakan roh-roh yang memang ditakdirkan untuk meninggalkan dunia, namun sukar untuk berbuat demikian akibat beberapa perkara yang masih belum selesai sewaktu mereka hidup dan ada juga yang tidak mendapat pengampunan daripada kawan-kawan mahupun ahli keluarga. Dan dari sini jugalah, Hakim dapat dipertemukan dengan Intan Suryani yang mana menjadi titik permulaan dalam merungkaikan beberapa rahsia yang secara tidak langsung melibatkan kedua-dua pihak iaitu, Puan Azizah dan Intan Suryani dengan Hakim dan keluarganya. 

Ayah Intan mati accident disebabkan ibunya yang menyebabkan kemalangan itu. Hakim mula buta disebabkan kemalangan yang berlaku oleh keluarga Intan. Khairil yang cuba untuk mendekati Intan sebenarnya watak jahat dalam cerita ini. Dan macam-macam lagi rahsia yang akan terbongkar sepanjang baca buku ini. Secara keseluruhan plot cerita ini sangat menarik dan penuh dengan tanda tanya. Macam tak biasa kan dengan penulisan Ramlee Awang Murshid. 


Maaflah sebab tak berapa pandai nak buat review sangat. Apapun aku akan cuba untuk perbaiki lagi review buku-buku pada entry yang akan datang. 

2 comments:

  1. Siqah dah lama baca buku ni, dah lupa jalan cerita. Hihi. Ingat pasal 9 nyawa kucing je. Adoi :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Powered by Blogger.