POEM #4 Kejayaan Yang Tidak Mempunyai Makna

Assalamualaikum
Bismillah

Tahukah apakah kejayaan atas angin?
Itulah dia kejayaan palsu.
Berjaya dalam peperiksaan kerana bernasib baik, 
bukan kerana kita faham subjek tersebut
Tetapi bernasib baik.

Bernasib baik kerana soalan bocor
Nasib baik apa yang dibaca semalam keluar peperiksaan
Nasib baik kerana pensyarah tambahkan markah.
Nasib baik kerana dapat meniru.
Cemerlang walaupun selalu ponteng.

Bernasib baik kerana tumpang markah assignment kawan
Sedang kita hanya duduk goyang kaki
Buat kerja mungkin cincai.

Inilah kejayaan yang tidak mempunyai makna
Kerana kita sebenarnya tidak mampu
memanfaatkan ilmu
Kita sebenarnya tidak pakar
Kita sebenarnya bodoh.

Maka pada aku, jikalau gagal
Jikalau tidak mendapat markah yang baik
Kadang kala itu lebih baik.

Semoga apabila kita gagal
Kita tergerak hati untuk belajar lagi
Melihat semula mengapa kita gagal?
Di mana kegagalan kita?
Agar kita belajar lebih banyak lagi
Faham dengan lebih baik lagi.

Sebab itu kadang kala, 
orang yang mempunyai markah yang rendah
lebih memahami apa yang dipelajari
Kerana markah itulah mendorong mereka untuk belajar semula
Memahami semula
Berbanding dengan kejayaan yang cemerlang
Dan kemudian tidak melihat semula.

3 comments:

  1. Mendlm apa yg nurul nak sampaikan.
    Kebetulan aida ni student :-)
    Dulu, time degree, years back, aida ni hanya biasa2 je. Sederhana. Course aida jenis yg membaca & menghafal. Permulaan nya tak brape bagus. Sebab x tau camne la nak hafal. Da masuk 2nd year... Then tau dah, dpt dah tone menghafal. Then, ok la.

    ReplyDelete
  2. kejayaan yg sebenar adalah menjadi insan yg berguna

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.