POEM #5 ALLAH Know, That Should Be Enough

Assalamualaikum
Bismillah


Selama ini aku terlalu mudah percaya.
Aku selalu dahulukan perasaan orang, 
kemahuan orang lain berbanding diri aku.
Aku selalu prihatin terhadap hati orang lain.
Aku selalu mengalah.
Aku selalu dipersalahkan.
Aku selalu biarkan diri aku diambil kesempatan oleh orang lain.

Ada ketika aku rasa betul-betul marah.
Tetapi esok aku akan lupa.
Ada ketika aku terlalu sakit hati
Tetapi apabila orang minta maaf aku maafkan saja.

Sekali-sekala aku mahu jadi jahat
Aku tidak mahu pedulikan apa perasaan orang lain.
Aku dahulukan kemahuan aku.
Aku mahu menangkan ego aku.
Aku salahkan orang lain atas kesilapan yang mereka lakukan.

Tetapi, percayalah.
Aku rasa diri aku tidak jujur apabila berbuat macam tu.
Aku rasa seperti menentang diri aku sendiri.

Apa yang harus aku buat?
Akhirnya aku putuskan untuk jadi diri sendiri.
Tidak kira macam mana sakit pun.
Setiap kebaikan yang dibuat pasti ada balasannya.

Kalau bukan di dunia
InsyaAllah di akhirat sana.

1 comment:

  1. Kadang2 kita xtau yg baik di mata kita belum pasti baik padaNYA.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.