Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulilah, Misi Mencari Tempat Praktikal Tamat! Kini tiba masanya untuk lapor diri di tempat praktikal. Aku dan coursemate telah diterima di Seri Mengasih Centre untuk melakukan Latihan Industri selama 3 bulan. Perjalanan ke Seri Mengasih Centre mengambil masa selama 20 sehingga 20 minit bergantung dengan kesesakkan jalan raya. 


25.06.2018 (Isnin)
Kami berjumpa dengan Penyelia Lapangan Praktikum (PLP) untuk lapor diri. PLP menjelaskan latar belakang organisasi dan membincangkan tentang program yang akan dilakukan di tempat praktikal. Kami dibawa melawat ke kawasan praktikum seperti kantin, dewan ASD, Multisensory Room (MSR), bengkel (bakery, art & craft, gardening). Kami dipisahkan dan ditempatkan di kelas yang berasingan. Aku ditempatkan di "transition class" manakala kawan aku pula ditempatkan di "egret class". Pada waktu tengah hari, selepas rehat kami ditempatkan di "Art & Craft class" dan diberi tugas untuk membantu pelatih menggunting hasil kraf tangan mereka.


26.06.2018 (Selasa)
Aku ditempatkan di "Egret Class" yang terdiri daripada 7 orang pelatih yang berumur 18 tahun kebawah. Pada awal pagi, aktiviti yang dilakukan adalah aktiviti akademik dimana cikgu mengajar pelatih jenis perayaan hari raya dan mengenali tentang baju yang sering dipakai ketika perayaan aidilfitri. Pelatih juga diajar tentang mengira atau membaca kalender, tarikh, hari dan masa. 

Setelah itu, kami bergerak ke Multisensory Room (MSR) untuk melakukan aktiviti terapi. 2 jenis terapi yang dilakukan pada hari tersebut. Pertama adalah mencari batu dan guli di dalam bekas yang berisi beras dan memasukkannya ke dalam botol mineral sehingga penuh. Manakala aktiviti yang kedua adalah memasukkan tali ke dalam objek yang mempunyai lubang yang kecil dengan memadankan tali dan objek tersebut.

Jangan biarkan kanak-kanak melakukan aktiviti ini bersendirian tanpa pengawasan daripada orang dewasa.

Aktiviti ini adalah untuk melihat kemahiran motor halus dan koordinasi mata pelatih semasa melakukan aktiviti tersebut. Kedua-dua aktiviti dijalankan selama 30 minit. Apa yang aku lihat semasa aktiviti ini berlangsung, cikgu memberikan peneguhan (galakan atau pujian) kepada pelatih apabila berjaya melaksanakan aktiviti seperti yang diarahkan.

27.06.2018 (Rabu)
Pada hari Rabu aku ditempatkan di "EDD Class". Di sini kebanyakkan pelatih terdiri daripada pelatih yang berumur 25 tahun ke atas dan tidak mempunyai masalah down sindrom dan autisme yang teruk. Kelas EDD adalah untuk membantu pelatih dalam membuat kerja-kerja bengkel untuk memberi peluang kepada mereka dalam pekerjaan kelak. Pelatih kelas EDD kebanyakkan berada di bengkel seperti membuat kerja farming, bakery, car wash, laundry, art & craft. Tugas aku hanya membimbing pelatih membuat kerja-kerja bengkel. Contohnya, mengajar langkah demi langkah cara mencuci kereta. 

28.06.2018 (Khamis)
Pada hari Khamis pula aku berada di kelas Merpati yang terdiri daripada 6 orang pelatih. Pada waktu pagi kami menjalankan aktiviti morning walk di Pantai Tanjung Aru. Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu menguatkan otot-otot pelatih dalam pergerakkan tubuh badan. Hal ini demikian kerana pelatih yang mempunyai masalah OKU-I ini kebanyakkan menghadapi kesukaran untuk bergerak. Selain itu, kami ke MSR untuk melakukan Muzik Terapi.

29.06.2018 (Jumaat)
Tiada sebarang aktiviti yang dijalankan kerana kami mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama staff dan pelatih.


Sekian itu sahaja minggu pertama aku di tempat praktikal. Sebenarnya terlalu banyak yang perlu dipelajari sepanjang 1 minggu berada di Seri Mengasih. Secara keseluruhan, staf di sini sangat baik hati dan peramah. Mereka memberikan banyak tunjuk ajar dan kata-kata motivasi kepada kami. Alhamdulillah, Penyelia Lapangan Praktikum (PLP) juga seorang yang bertimbang rasa dan baik hati. Aku mula memahami bahawa tugas seorang cikgu yang mengajar golongan OKU-I (Intellectual and Development Disabilities) bukan tugas yang mudah kerana kita hendaklah sabar dengan karenah, tingkah laku, tantrum mereka.

Assalamualaikum
Bismillah


Lirik Lagu Makcik Bawang by ACHEY

Apabila isu ditiupkan
Ada berita nak disampaikan
Apabila isu di sebarkan
Ada cerita nak di bincangkan

Datanglah!
Berkumpulah!
Ayuh!
Bertukar!

Makcik bawang
Makcik bawang kembali
Makcik bawang
Makcik bawang kat sini

Makcik bawang
Makcik bawang kembali
Makcik bawang
Makcik bawang kat sini

Al kisah
Makcik bawang
Dia datang
Semua benda nak bincang
Bila mula nak menyembang
Topik akan menyimpang
Tak kira mana simpang
Asalkan hati lapang

Eh betul lah…
Apa pulak tak betul
Eh betul lah…
Cerita dia je betul

Eh betul lah…
Yang tak sahih pun betul
Eh betul lah…
Yang tak betul pun betul?

Yang sini nak bincang
Yang sana nak sembang
Yang sini nak bengang
Yang sana nak menang

Makcik bawang
Makcik bawang kembali
Makcik bawang
Makcik bawang kat sini

Makcik bawang
Makcik bawang kembali
Makcik bawang
Makcik bawang kat sini

Media social
Jadi ruang untuk lebarkan sayap
Buka buku IG Twitter
Habis semua dia hinggap
Niat hati nak betulkan
Apa yang sudah silap

Salah kata
Salah ayat
Habis semuanya sentap

Aduhhh…
Makcik bawang tersilap
Aduhhh…
Ada yang pulak backup
Aduhhh…
Ayat tiada adab
Aduhhh…
Macam mana nak cakap

Yang ini dah bimbang
Yang itu menyerang
Yang ini tak tenang
Akhirnya berperang

Makcik bawang
Makcik bawang kembali
Makcik bawang
Makcik bawang kat sini

Makcik bawang
Makcik bawang kembali
Makcik bawang
Makcik bawang kat sini

Makcik bawang
Makcik bawang
Makcik bawang
Makcik!!!

Aduhai!!!
Mohon berhenti di situ
Saja nak bagi tahu
Pepatah melayu
Lain dari mulutmu
Lain dari hati mu
Murahnya di mulutmu
Mahal di timbangan mu

Apa makna tu?
Tak kan tu pun tak tahu
Guna internet mu
Nanti di bagi tahu

Ok lah…
Sudah lah…
Yang sudah tu sudah
Kita manusia
Silap itu lumrah
Jika saya salah
Maafkan saja lah
Makcik jangan marah

Assalamualaikum
Bismillah

Hai guys, aku baru terbaca twitter daripada Aiman Psikologis berkenaan dengan beberapa istilah ataupun perkataan daripada cabang psikologi yang selalu disalahgunakan tanpa mengetahui maksud sebenar perkataan tersebut.


Sadist 
A person who gets pleasure, sometimes sexual, by being cruel to or hurting another person. Dalam erti kata lain, seseorang yang mempunyai masalah personaliti dimana individu tersebut berasa seronok melihat penderiaan orang lain samada secara seksual ataupun berlaku kejam dengan mencederakan orang lain. Selalunya kita akan cakap "Sadis betul aku tengok kawan aku ini makan sorang-sorang". Tetapi sebenarnya kebanyakkan orang ingin mengatakan "sedih betul atau kasihan" dan yang sama maksud dengannya. 

OCD (Obsessive-Compulsive Disorder)
Obsessive–compulsive disorder (OCD) is a mental disorder where people feel the need to check things repeatedly, perform certain routines repeatedly (called "rituals"), or have certain thoughts repeatedly (called "obsessions"). Untuk lebih mudah memahami seseorang yang menghidap OCD adalah seseorang yang sentiasa berfikiran obsesif dan bertingkahlaku yang bersifat kompulsif. Individu ini mempunyai simptom ketakutan yang tidak masuk akal (obsesi) menyebabkan tingkahlaku kompulsif (berulang). 

Contohnya, kerap membasuh tangan kerana beranggapan bahawa tangannya sentiasa berasa kotor atau berkuman. Ataupun individu yang berfikiran sentiasa lupa untuk mematikan dapur gas atau kunci pintu menyebabkan ia berulang kali memeriksa pintu tersebut lebih daripada 3 kali sebelum keluar daripada rumah. Hal ini demikian untuk mengurangkan perasaan gelisah dan takut kerana ia berasa tidak selamat.

Kerap kali kita terdengar kawan kita kata "Tolong susun kasut semua tu ikut warna ya, aku OCD sikit bab-bab macam ni". Kadang-kala kita selalu tersalah anggap antara OCD dengan perfectionist. Sifat perfectionist seperti menjaga kebersihan atau kerapian yang berlebihan bukan bermaksud individu itu menghidap peenyakit OCD kerana OCD adalah sejenis penyakit mental. So, jangan pandai-pandai nak melabel diri anda ada penyakit mental.  hehe

Depress (Depressive disorder/kecelaruan mental)
A depressive disorder is an illness that involves the body, mood, and thoughts. It interferes with daily life, normal functioning, and causes pain for both the person with the disorder and those who care about him or her. Depressive disorder adalah individu yang menghidapi penyakit kesedihan teruk atau melampau yang menyebabkan gangguan pada tubuh badan, mood dan pemikiran. Selain itu, individu yang berasa depress akan kehilangan minat atau apa jua aktiviti seharian yang dilakukan. Kebanyakkan individu yang mempunyai penyakit ini mempunyai keinginan untuk membunuh diri yang tinggi.

Kadang-kala aku sendiri selalu tersilap walaupun dah belajar benda ni berulang kali. Hahaha. Mungkin kerana penggunaan kata ini dah sebati dalam masyarakat kita. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. :)
Assalamualaikum
Bismillah

Salam syawal~ Hehe walaupun aku dah habis beraya, mungkin ada ynag masih dalam mood perayaan kan? Apapun jangan lupa support segmen rakan blogger kita yang ohsem nie ya.

klik banner

Tarikh Segmen
5 Jun - 5 Julai 2018

Komen tentang blog

Tahniah diucapkan atas pencapaian blog Sayidah. Bukan mudah untuk sampai ke tahap macam tu. Rasa macam diri ini begitu kerdil apabila dibandingkan dengan blogger yang berpengalaman ini. Nak komen apapun aku tak tahu. Hahaha~ 

Apapun teruskan menulis dan menjadi inspirasi kepada para blogger yang lain. Banyak yang perlu dipelajari daripada Sayidah. :) 

Assalamualaikum
Bismillah


 klik banner 



Giveaway berlangsung :

23 June 2018 hingga 29 June 2018.
Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, pada 04.06.2018 (Isnin) Misi Mencari Tempat Praktikal Tamat! Bemula dengan permohonan internship yang pertama ditolak sehinggalah pencarian tempat praktikal yang mengambil masa selama seminggu dan menunggu dengan sabar maklum balas daripada permohonan internship yang kedua selama lebih sebulan, akhirnya berakhir!


Perasaan apabila kau seorang saja yang belum dapat tempat tu hanya ALLAH sahaja yang tahu. Sampaikan semasa taklimat praktikum ketua program dah siapkan tempat backup buat pelajar yang masih belum ada tempat untuk internship. Sebenarnya bukan tidak boleh sabar. Cuma kadang-kadang annoying juga apabila ada sesetengah orang yang balik-balik tanya benda yang sama. 

"Apasal kau belum dapat?"
"Bukan hari tu dah diterima ke?"
"Aku memohon tak sampai seminggu dorang dah bagi feedback"
"Kenapa pula organisasi tu reject permohonan kau?"

Betul-betul menguji tahap kesabaran aku guys huhu~ Sometimes aku just diam saja. Kalau aku balas pun. "Tak tahulah, takda rezeki".  Setiap minggu pula aku kena update aku punya permohonan tu samada diterima atau tidak. Ramai juga yang risau dan prihatin tetapi masa tu kalau aku kena tanya ja pasal internship memang bad mood dan emotional~ So, kawan-kawan aku dan family just diam-diam saja tunggu sampai aku dapat tempat.

Ada yang dapat tempat tetapi jauh. Ada yang dapat tempat tiada elaun. Siap mahu tukar tempat lain lagi. Ya Allah, aku rasa kalau aku dah dapat tempat pun kira dah bersyukur. Sebab dorang tak tahu feeling orang yang masih tiada tempat. Jauh atau dekat tu dah tak kisah. Sebab nak cari tempat bukannya senang. Nak demand lagi susahlah. 

Alhamdulillah. Tiada kata yang terucap bila dah dapat. Aku rasa macam dalam drama pula tau. Menangis apabila aku call penyelia lapangan berkenaan tempat yang aku memohon tu bahawa mereka dah terima.

Penyelia lapangan aku pun tanya "Bila lagi memohon?" Aku kata "Sebelum PRU lagi aku dah memohon di tempat puan". 

Katanya dia rasa serba salah juga kerana terlalu lewat bagi maklum balas. Penyelia lapangan aku tak dimaklumkan berkenaan permohonan aku tu. Lagipun aku email kat organisasi punya email. Jadi dia minta maaf dan dia pun ambil cuti emergency juga masa tu. 

Bagi aku it's okaylah as long aku dah confirm diterima. Semoga pengalaman ini menjadi memori pahit dan manis aku sepanjang di Universiti. 

Akhir kata, wish me all the best in my internship~ :)
Assalamualaikum
Bismillah

Beberapa hari selepas aku dapat CPUV daripada Nuffnang, aku terus menghantar personal messengger kepada pihak Nuffnang untuk bertanyakan tips bagaimana untuk dapatkan CPUV daripada Nuffnang.


Thanks for writing in.

For your information, the selection of blogs for CPUV ads is entirely dependent on the advertisers' requirements. The advertising industry is also highly seasonal, therefore there might be times when there are no advertisers looking for a particular group of bloggers.

At the same time, your blog competes with many other blogs out there with similar blog demographics. As the campaigns are spread out evenly to all blogs, it is not surprising that every now and then your blog is not chosen for any particular CPUV campaigns. :)

As you have all your ad units placed optimally, I'd suggest the next thing you do would be boosting your visitors count as the higher number of visitors, the higher you'll get paid when your blog is selected for campaigns!

Thank you and have a nice day! :)

Berdasarkan maklum balas daripada Nuffnang, pemilihan untuk iklan CPUV tu bergantung dengan keperluan pengiklan. Ada masa penaja iklan tidak membuat sebarang pengiklanan kepada blogger. Macam kat shopping mall, tidak semestinya setiap hari ada sale. 

Memandangkan bilangan blogger yang ramai, maka kita terpaksa bersaing dengan blogger lain kat luar sana. Oleh itu pihak Nuffnang mencadangkan agar kita meningkatkan bilangan pelawat (pageviews) kerana semakin tinggi jumlah pageviews maka semakin tinggi juga bayaran yang diperoleh apabila blog kita terpilih untuk kempen. 

Itu tips yang diberikan oleh Nuffnang sendiri. 

Kalau korang ada tips yang lain, boleh share kat komen. :D






Assalamualaikum
Bismillah


klik banner

Hai guys! Jom support Giveaway Byzura Halifah :)






Assalamualaikum
Bismillah

Hari raya pertama buat blog adalah baju baru (template baru) lagi. Hahaha~ Padahal baru berapa minggu tukar template. Nak buat macam mana, si ketul Nurul nie masih tak puas hati dengan template sebelum ini. 



Selamat Hari Raya Aidilfitri buat rakan blogger sekalian 😊


Jangan makan banyak sangat nanti sakit perut. Jaga kesihatan dan keselamatan semasa hari perayaan. Maaf zahir dan batin andai terkasar bahasa. Selamat bergembira bersama keluarga tersayang. 


Assalamualikum
Bismillah

klik banner

Komen tentang blog

Sebenarnya aku pun tak tau nak komen apa. Dari segi design blog, simple dan lawa. Loading blog pun laju. Kalau tengok kat sitemap, banyak entry tentang makanan dan lirik lagu. Overall aku memang suka baca entry Shafyqah. 

Yang lain jangan lupa join GA nie ya. All the best guys! :D
Assalamualaikum
Bismillah

Hidup ini penuh dengan kejutan. Tahun 2018 boleh dikatakan penuh dengan kejutan, ujian dan dugaan terutama sepanjang aku berada di Universiti. 

Aku rasa tahun inilah macam-macam benda yang aku hadap. Sometimes aku rasa macam aku tidak kuat sudah. Tetapi aku tiada pilihan selain untuk terus kuat walau apapun cabaran yang mendatang. 


"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah, ayat 216 (2:216)

Kadang kala aku rasa aku dah merancang dengan teliti tetapi berakhir dengan sesuatu yang tidak dirancang. Unexpected outcomes.

ALLAH berfirman dalam al-Quran

“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang” - Surah al-Imran ayat 54
Sebaik-baik mana kita merancang 
Allah SWT yang tentukan.


Kadang kala kita lupa bahawa ALLAH SWT mengetahui apa yang terbaik buat kita semua. Iyaaa., aku lupa. Mungkin dengan jalan yang dilalui itu bukan jalan yang terbaik walaupun secara kasarnya kita nilai ia adalah sesuatu yang baik buat aku, untuk masa depan aku. 

Tetapi, aku lupa...ALLAH SWT sudah sediakan jalan yang lebih baik dari apa yang dihajatkan. Kita merancang, hanya merancang. Tak semestinya akan terjadi. Sebab tu Allah suruh gantungkan harapan setingginya hanya pada Dia. Bila tiba-tiba tak jadi atau tertangguh, tentu boleh berlapang dada dengan senangnya. 

Aku rasa kalau aku ikut jalan ini, aku takut aku tidak kuat untuk hadapi. Sebab itu aku pilih untuk tangguh dan tunggu masa yang sesuai. Tetapi aku tak sangka aku akan hadap something yang aku belum bersedia untuk hadap. That's why I'm crying.

Allah berikan aku kekuatan.
Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah setelah 2 minggu berhempas-pulas dengan final exam, akhirnya aku dah boleh menulis blog tanpa gangguan. Walaupun aku sebenarnya takda idea pun nak tulis apa. Hahaha~ 

Pageviews blog Bulan Jun (1 - 9 Jun)

Aku ada pertanyaan untuk diajukan kepada para blogger sekalian. Seperti yang tertera pada tajuk entry, selepas aku membuat keputusan untuk menukar template blog. Beberapa hari selepas itu, pageviews blog jatuh mendadak. Huhu.

Adakah penurunan pageviews ini disebabkan oleh template yang kurang sesuai?

Patutkah aku tukar template blog lain? Ataupun aku tunggu sahaja sehingga pageviews kembali seperti biasa? 

Pageviews setiap entry taklah banyak mana pun, tetapi tidak pernah pula aku dapat views sehari cuma 10-20 views. Jadi aku rasa mungkin ada masalah lain. Lagipun aku tengok komen lagi banyak daripada views hahaha jadi macam pelik pula. Ke aku saja yang rasa pelik?

Kalau aku cuba buat perbandingan daripada Bulan Mac sehingga Mei 

pageviews Bulan Mac (1 - 9 Mac 2018)

pageviews Bulan April (1 - 9 Mac 2018)

pageviews Bulan Mei (1 - 9 Mac 2018)


Nampak sangat perbezaan yang ketara kan? hahaha ~ Aku tulis entry pun macam biasa juga. Blog nie pun taklah lama sangat ditinggalkan. Kalau aku tak update pun kadang kala aku blogwalking juga blog yang lain. Aku menulis bukanlah semata-mata nak pageviews tinggi. Tetapi bagi seorang blogger rasanya pageviews tu penting. 

Kalau korang ada tips atau pandangan berkenaan perkara ini jangan lupa komen sikit ya.

Assalamualaikum
Bismillah

Esok (which is today) adalah last paper for final exam. Atas sebab inilah aku terpaksa korbankan dahulu blog untuk sementara dan fokus dengan peperiksaan. This is my last semester, this is my last paper and my last year in University.  


Wish me good luck and doakan semoga dipermudahkan untuk menjawab. 
Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah. Ya Allah, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, supaya mereka  mengerti perkataanku. Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.

Amin Ya Rabbil A'alamin~

Assalamualaikum
Bismillah

Maaf atas kelewatan update perkembangan blog ini setiap bulan. As usual mari kita lihat Top 5 Entry Pada Bulan Mei 2018 dan Top Commentors yang terpilih. 


Aku rasa bulan Mei nie aku agak kurang sangat update blog. Walaupun selalu juga baca blog cuma mood nak update tu tak berapa baik. Mungkin sebab aku agak kurang bermotivasi dan banyak fikir pasal perkara lain. Insya'Allah mungkin Bulan Jun ni aku cuba untuk update lebih lagi. 

Bilangan entry bulan Mei adalah sebanyak 18 sahaja. Manakala kalau korang tengok dalam google analytic dari segi pageviews blog ini adalah sebanyak 1 426, bounce rate pula 73.79%. Blog ni aku tengok bila bounce rate turun pageviews mesti turun juga, hahaha. Susahnya sebenarnya nak tarik orang untuk baca entry kita. But, it's okaylah. As long apa yang aku kongsi itu ada manfaat. 

Baiklah, kita lihat pula Top 5 Entry Pada Bulan Mei 2018 :

1. Kehilangan Duit Lagi (464 views)

2. Personalized Gifts (533 views)





Ada masa blogwalking lah mana-mana entry kat atas ya. And not forget for those who comments on this blog. I really apreciate it so much! Ada penambahan senarai Top Commentors Bulan Mei sebanyak 5 orang. So, after this I will put 10 bloglists for those who were listed in top commentors!

Top Commentors Bulan Mei 

Thanks guys! 


Assalamualaikum
Bismillah

Hai korang, aku baru saja minta Resepi Biskut Florentine. Ini resepi dan cara-cara buat. Kalau nak tahu, inilah biskut paling mudah di alam semesta cumanya agak mahal sebab bahan-bahan dia je. Lepas ni tak payah susah-susah beli, buat sendiri je tau.


 Bahan-Bahan

1. Tepung Florentine - 200g ( apa-apa jenama pun bole)
2. Badam - 100g
3. Kuaci - 100g
4. Bijan - 20-30g
5. Bijan hitam - 20-30g
6. Kuaci hitam - 100g
7. Bekas muffin ( untuk buat bentuk bulat)

Atau lain-lain kekacang ikut tekak masing-masing.



Cara-cara membuatnya :

1. Gaul bahan-bahan tersebut.
2. Dah siap gaul masukkan dalam bekas muffin. Pastikan jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat. Kalau nipis memang ranggup tapi cepat patah. 


Kalau tebal sangat lagi manis boleh kencing manis. Sedang-sedang je okay. Kena masukkan cepat-cepat nanti tepung berketul. Jangan bagi kena angin.

3. Masuk dalam oven dengan api atas bawah, suhu 160 C selama 5-10 minit.

Kena rajin jenguk karang hangit sebab lain oven lain cara kehidupan dia. Lepas tu angkat biar dalam 3-4 minit keluarkan dari bekas. Siap! Dalam gambar ni beza nipis dengan tebal. Pilih lah mana nak.


Kalau rasa hebat sikit buatlah dalam bekas petak. Kena ada kertas minyak kalau nak guna cara ni. Lepas dah keluar dari oven terus potong. Dah cuba cara petak tu, tapi memang banyak pecah so malas la nak hadap pecah-pecah lagi. Bekas muffin tu boleh guna banyak kali okay. Takde masalah. 

Senang kan? Budak tadika pun reti buat. Tak payah habiskan duit beli mahal-mahal. Satu adunan boleh dapat dlm 40 biji. Satu paket tepung boleh buat 2x setengah. Banyak dah tu. Selamat mencuba! Dah cuba boleh share 💕

Kredit to : anisaniesa
Assalamualaikum
Bismillah


Kredit : Jue Raz

Bahan-Bahan


  • 2 pek kulit popia
  • 1 pek seaweed 
  • 4-8 biji telur (untuk sapuan di kulit popia)
  • Perasa nasi goreng saji atau serbuk pati ayam (sebagai perasa)
  • Serbuk lada putih 
  • Minyak untuk goreng

Cara-Cara Membuatnya :


  • Pukul 4 biji telur dahulu dan masukkan perasa nasi goreng/serbuk pati ayam serta lada putih secukup rasa.
  • Gaul hingga sebati.
  • Sapukan telur tadi di atas kulit popia. 
  • Tampal seaweed di atas kulit popia. Biarkan seketika.
  • Gunting segi empat kecil. 
  • Goreng di dalam minyak yang panas.

Simple saja guys! Selamat mencuba.