Assalamualaikum
Bismillah

Hai semua, hari ini baru terasa macam mau berblog. Haha. Sebenarnya aku agak sibuk sikit untuk beberapa bulan ini sebab nak lebih fokus dengan kajian kes untuk internship dan juga Bahasa Jepun Tahap 3 aku.


Tak mau tulis panjang sangat, so ini post paling ringkas punya. Sebelum ini kononnya mau update alexa rank setiap bulan hahaha~ Tapi mungkin lepas nie tidak kot. Hehe~ Klik https://www.alexa.com/siteinfo untuk semak ranking alexa korang. 

Secara global ranking blog ini di tangga yang ke 6, 670, 945 

Ranking di Malaysia pula berada di tangga ke 97, 914

Assalamualaikum
Bismillah

Semalam mood rajin sikit mahu memasak. Teringin mahu makan kek batik. Memandangkan ada lebihan bahan-bahan kat rumah, kek batik antara resepi paling mudah untuk dibuat. Hahaha. 


Resepi Kek Batik kali ini mudah sahaja kerana aku telah sertakan gambar sekali. 


Bahan-bahan

1 cawan serbuk koko
2 peket milo
15 bungkus biskut marie
1/2 susu pekat 
1 cawan majerin

Cara-cara memasak


1. Panaskan majerin.

2. Masukkan susu pekat. 

3. Gaul sehingga cair dan sebati.

4. Masukkan milo dan serbuk koko.


5. Masukkan biskut marie.

6. Gaul sehingga sebati. 

7. Masukkan biskut yang telah digaul ke dalam loyang atau bekas.

8. Kalau ada lebihan coklat boleh tuang kat atas kek batik tersebut. (option).

9. Sejukkan 1 malam. Dan boleh dihidang untuk makan bersama keluarga.


Simple sahaja. 
Kalau malas nak baca, boleh tengok gambar hehe. 
Semoga bermanfaat.
Assalamualaikum
Bismillah

Kita tahu bahawa ais krim adalah sejenis makanan yang sedap untuk dimakan terutama pada waktu panas. Namun, aiskrim juga dapat digunakan sebagai salah satu alat untuk mengajar kanak-kanak tentang konsep mengira dalam Matematik.  


Aktiviti ini dilakukan dengan membina sebuah kon aiskrim sekali gus melatih kanak-kanak dalam kemahiran mengira (counting skills).

Bahan-Bahan

  • Kertas lukisan 
  • Kertas berwarna coklat
  • Kertas warna (3 jenis warna)
  • Gam 
  • Gunting
  • Pensel
  • Pen marker

Cara Aktiviti Dilakukan 

1. Gunting 9 helai kertas berwarna coklat bersaiz segi tiga. Pastikan size kon aiskrim betul-betul muat di atas kertas lukisan nanti.

2. Gunting 45 keping kertas berwarna (3 jenis warna) bersaiz bulat. 

3. Nomborkan kon segi tiga daripada 1 sehingga 9 menggunakan pen marker.

4. Gam kertas kon tersebut di atas kertas lukisan mengikut urutan nombor menaik.

5. Bimbing kanak-kanak untuk gamkan bilangan "scoops" aiskrim mengikut nombor yang telah ditulis. 


Mudah sahaja kan? Korang boleh ajar kanak-kanak mengira mengikut bilangan scoops aiskrim tersebut. Apabila kanak-kanak boleh menjawab dengan baik, belanjalah sedikit aiskrim hehe~ Aktiviti ini dapat meningkatkan minat kanak-kanak untuk belajar kerana kanak-kanak secara semula jadinya suka belajar sambil bermain. 

Semoga bermanfaat! :)



Assalamualaikum
Bismillah

Pada Bulan November 2017, blog ini telah mencapai 200k pageviews selama  setahun aku mula aktif berblogging. Dalam masa lebih 8 bulan akhirnya blog ini mencapai 300k pageviews. Bagi aku satu peningkatan yang baik sepanjang berblog. 


Banyak pengalaman dan info yang telah dikongsi dan aku berharap agar apa yang dikongsi itu bukan sekadar dibaca tetapi memberi manfaat kepada semua pembaca. Sepanjang mengaktifkan diri dalam dunia blog ini, banyak ilmu tentang blogging aku peroleh daripada blogger yang lain. Aku belajar tentang tutorial, cara menulis artikel, berkongsi pendapat, join segmen & giveaway malah dapat kenalan yang begitu baik dan peramah daripada pelbagai latar belakang. 

Sebenarnya blog ini tidaklah sebaik blog yang lain sebab terlalu banyak kekurangan lagi yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa khususnya kandungan entry blog. Oleh sebab itulah aku sentiasa perbaiki tulisan entry-entry lama. Kadang-kala aku teringin juga mahu fokuskan kepada satu niche sahaja. But, I think personal blog is suit me better. 

Kalau ada yang nak tahu macam mana nak tingkatkan jumlah pageviews, boleh rujuk tips daripada bloggers kat bawah. Aku banyak apply tips daripada mereka. Alhamdulillah banyak membantu.


Sebenarnya ada ramai lagi nama-nama bloggers yang tidak tersenarai. Kalau nak bagi satu-satu memang susahlah hehe. Lagi satu, tulislah entry sebanyak mana yang korang mahu. InsyaAllah pasti akan ada 1 atau 2 entry yang menjadi carian google. Alhamdulillah setakat ini, entry yang banyak menyumbang kepada pegeviews blog ini adalah :

1. SEMAK STATUS KAD SISWA (KADS1M) - 82423 views

2. KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KADS1M) KENA DAFTAR 2 KALI? - 20836 views

3. Resepi Telur Rebus Masak Sos - 6844 views

4. Cara Bayar Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks - 1525 views


Terima kasih semua :)
Assalamualaikum
Bismillah


Lirik Lagu Original Sabahan by Atmosfera ft. Floor 88

Saya ini, Original sabahan
mantad kampung nuntunan apin apin
Jangan koti kau tidak percaya saya
menyesal nanti bila kau dengar ini

Odoi sayang , kau mahu saya sikut
tu gunung kinabalu sama sungai pagalan
baru kau mahu percaya dengan kata kataku
saya Original

Andeh kotoh mimboros oku dusun
karati ko po nangku onu ti borosonku
nokuro tu kongingis ko do nokorongou
dusun mantad keningau

Saya ini, Original sabahan
mantad kampung nuntunan apin apin

Odoi sayang , kau mahu saya sikut
tu gunung kinabalu sama sungai pagalan
baru kau mahu percaya dengan kata kataku
saya Original

Andeh kotoh mimboros oku dusun
karati ko po nangku onu ti borosonku
nokuro tu kongingis ko do nokorongou
dusun mantad keningau

Odoi sayang , kau mahu saya sikut
tu gunung kinabalu sama sungai pagalan
baru kau mahu percaya dengan kata kataku
saya Original....

Andeh kotoh mimboros oku dusun
karati ko po nangku onu ti borosonku
nokuro tu kongingis ko do nokorongou
dusun mantad keningau...



Assalamualaikum
Bismillah


Lirik Lagu Apa Pun Tak Boleh by  Bunkface ft. Datuk Jeffrydin, Caprice

Berapa Banyak Kali Dah Aku Bilang
Lupakanlah Semalam Tapi Kau Tak Faham-Faham
Api Cinta Membara Nyalakannya 
Terima Zaman Dah Berubah

Mana Mereka Pergi Tak Kembali 
Pulanglah Anak Muda Mereka Perlukan Kita 
Api Cinta Membara Nyalakannya 
Terima Aku Seadanya

Biarkanlah Aku Jalan Dulu 
Telinga Aku Mahu Suatu Yang Baru 
Perhatikan Aku Buat Dulu 
Bila Ku Toleh
Engkau Apa Pun Tak Boleh! 

Berapa Banyak Kali Dah Aku Bilang? 
Terus Maju Ke Depan Bukan Undur Ke Belakang, 
Ini Tahun 2018 Gaya Baru Cara Baru 
Buat Suka Hati Aku

Biarkanlah Aku Jalan Dulu 
Telinga Aku Mahu Suatu Yang Baru 
Perhatikan Aku Buat Dulu 
Bila Ku Toleh
Engkau Apa Pun Tak Boleh! 

Semua Nak Sembang Lupa Aku Bang Bang 
Tapi Tolong Jangan Sembang Letup Bang Bang 
7 No. 1s, Ini Satu Lagi Homie
Kalau Tak Tahu, Tolong Pergi Ngaji Homie 
Satu Ratus, Satu Ratus Ribu Download
Abang Gurau, Abang Gurau On The Down Low 
Ruff To The Neck, Always On The Grind Bro 
Ruff To The Neck, Do It Anytime Though 
F With A Guy Like Me
You Don’t Wanna Mess With A Guy Like Me

I Could Make Hits, Yeah Most Likely, Uh 
7 No. 1s Yeah Don't Come Like Me, 
Yo I Could Turn A 1 night stand, To A Song Hot Damn, 
Turn Your Girlfriend To A Fan, Godamn, 
We Don't Follow Trends Yo, 
We Set The Trends, 
Caprice & Bunkface, Hope You Understand Biaatchh…

Biarkanlah Aku Jalan Dulu 
Telinga Aku Mahu Suatu Yang Baru 
Perhatikan Aku Buat Dulu 
Bila Ku Toleh
Engkau Apa Pun Tak Boleh! 
Engkau Apa Pun Tak Boleh!

Perhatikan Aku Buat Dulu 
Bila Ku Toleh
Engkau Apa Pun Tak Boleh!

Assalamualaikum
Bismillah


Lirik Lagu Jodohku by Khai Bahar 

Tak mungkin kau ubah
Jika Tuhan telah berkehendak
Semua pasti akan terjadi
Sekarang mungkin saat nanti

Oh kasih
Biarkan hatimu yang menuntun jiwa
Oh cinta
Kupercaya ini arah terbaik engkau dan aku

Engkaulah jodohku
Yang tertulis di dalam dasar hatiku
Dan lama kunanti 
Tuk sempurnakan hidupku

Benci yang kau pendam
Bahkan cair menjadi cinta
Jika itu yang Tuhan mau
Jalanmu kan jadi jalanku

Oh kasih
Biarkan hatimu yang menuntun jiwa
Oh cinta
Kupercaya ini arah terbaik engkau dan aku

Engkau..lah
Jodohku
Yang tertulis di dalam dasar hatiku
Dan lama kunanti 
Tuk sempurnakan hidupku

Tertulis dalam hidupku
Jodohku hanyalah dirimu
Tak kuasa untukku hapuskan
Kerana cinta hanya milik Tuhan




Assalamualaikum
Bismillah

Ketahuilah hidup ini sangat singkat untuk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana esok semuanya hanya tinggal kenangan. Maka, senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu bila kita akan berangkat meninggalkan' dunia yang fana ini.


Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu, maka matilah pimpinan dan nasihatnya.

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya.

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita-cita yang dikongsi bersama.

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya.

5. Apabila meninggal dunia adik-adik kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya.

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya.

7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya.

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita. Andai kamu melihat org tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita. Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita di dunia ini.

Semoga bermanfaat. 
Assalamualaikum
Bismillah


Lirik Lagu Selamat Tinggal Sayang by Haqiem Rusli

Bertahun lama
Dalam menyemai cinta
Terbakar saat kau nyalakan ia
Aku tidak berdaya
Tuk beri segalanya cinta

Selamat tinggal sayang
Kuucapkan kepadamu
Pergi kau dari hidupku
Ku tak ingin disakiti

Tersedar dari mimpi
Langkah menyusun pergi
Melihat kau bersama yang lain
Terseksa jiwa ini
Terluka hati ini
Sayangku

Selamat tinggal sayang
Kuucapkan kepadamu
Pergi kau dari hidupku
Ku tak ingin disakiti

Hapus segala derita yang ada
Tidak lagi ku hampir ke lubuk hatinya
Bisa yang ku terima
Kini hilang semuanya

Selamat tinggal sayang
Kuucapkan kepadamu
Kini ku punya kisah yang baru
Pergiku dari hatimu

Selamat tinggal kasih
kuucapkan kepadamu
Pergi kau dari hidupku
Selamat tinggal 
Selamat tinggal sayang


Composer: Haqiem Rusli 
Lyricist: Haqiem Rusli 
©2018 FMC Music Sdn Bhd 
Assalamualaikum
Bismillah


Lirik Lagu Untuk Kamu by Nastia

Hari ini ku kembali
Membawa cerita
Anak muda yang bermimpi
Menawan dunia

Ditolak ditarik 
Jatuh ku bangkit
Percaya pada-Nya

Ditolak ditarik 
Jatuh ku bangkit
Percaya pada-Nya

Ku impikan semuanya sempurna
Tak pernah takut aku dengan dunia
Biarpun jalan berliku
Tetap ku tiba disitu
Untuk kamu
Untuk kamu

Untuk kamu

Esok pasti ku kembali
Membawa cerita
Anak muda yang berjaya
Menawan dunia

Ditolak ditarik 
Jatuh ku bangkit
Percaya pada-Nya

Ditolak ditarik 
Jatuh ku bangkit
Percaya pada-Nya

Ku impikan semuanya sempurna
Tak pernah takut aku dengan dunia
Biarpun jalan berliku
Tetap ku tiba disitu
Untuk kamu
Untuk kamu

Ditolak ditarik 
Jatuh ku bangkit
Percaya pada-Nya

Ditolak ditarik 
Jatuh ku bangkit
Percaya pada-Nya (2x)

Ku impikan semuanya sempurna
Tak pernah takut aku dengan dunia
Biarpun jalan berliku
Tetap ku tiba disitu
Untuk kamu
Untuk kamu

Biarpun jalan berliku
Tetap ku tiba disitu
Untuk kamu
Untuk kamu


Assalamualaikum
Bismillah

Hai guys, jom kita lihat Top 5 Entry Pada Bulan Jun 2018 dan Top 10 Commentators blog Sii Nurul. Bulan Jun aku agak kurang update kerana membuat persediaan sebelum praktikal.




1. Pageviews Blog Jatuh Mendadak (132 views)
2. Resepi Biskut Florentine (132 views)
3. Resepi Popia Seaweed (112 views)
4. Top 5 Entry Pada Bulan Mei 2018 | Sii Nurul (99 views)
5. Kadang Kala Hidup Tidak Seperti Apa Yang Dirancang (92 views) 

Bilangan entry pada Bulan Jun adalah sebanyak 17 sahaja. Manakala untuk pageviews adalah sebanyak 2 316 pageviews. Bounce Rate pula adalah 50.83%. I'm a little bit surprise because it's decreased from 70 % to 50% hehe~

Top 10 Commentators


Thanks a lot guys!