7 Perkara Apabila Meninggal Dunia

Assalamualaikum
Bismillah

Ketahuilah hidup ini sangat singkat untuk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana esok semuanya hanya tinggal kenangan. Maka, senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu bila kita akan berangkat meninggalkan' dunia yang fana ini.


Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu, maka matilah pimpinan dan nasihatnya.

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya.

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita-cita yang dikongsi bersama.

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya.

5. Apabila meninggal dunia adik-adik kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya.

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya.

7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya.

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita. Andai kamu melihat org tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita. Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita di dunia ini.

Semoga bermanfaat. 

2 comments:

  1. Air yang dicincang xkan putus :)

    ReplyDelete
  2. tq for sharing this, nurul.
    akak da share kat grup wasap famili :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.