Belajar Sambil Bermain - Matematik Aiskrim

13
Assalamualaikum
Bismillah

Kita tahu bahawa ais krim adalah sejenis makanan yang sedap untuk dimakan terutama pada waktu panas. Namun, aiskrim juga dapat digunakan sebagai salah satu alat untuk mengajar kanak-kanak tentang konsep mengira dalam Matematik.  

Belajar Sambil Bermain - Matematik Aiskrim

Aktiviti ini dilakukan dengan membina sebuah kon aiskrim sekali gus melatih kanak-kanak dalam kemahiran mengira (counting skills).

Bahan-Bahan
  • Kertas lukisan 
  • Kertas berwarna coklat
  • Kertas warna (3 jenis warna)
  • Gam 
  • Gunting
  • Pensel
  • Pen marker

Cara Aktiviti Dilakukan 

1. Gunting 9 helai kertas berwarna coklat bersaiz segi tiga. Pastikan size kon aiskrim betul-betul muat di atas kertas lukisan nanti.

2. Gunting 45 keping kertas berwarna (3 jenis warna) bersaiz bulat. 

3. Nomborkan kon segi tiga daripada 1 sehingga 9 menggunakan pen marker.

4. Gam kertas kon tersebut di atas kertas lukisan mengikut urutan nombor menaik.

5. Bimbing kanak-kanak untuk gamkan bilangan "scoops" aiskrim mengikut nombor yang telah ditulis. 


Mudah sahaja kan? 

Korang boleh ajar kanak-kanak mengira mengikut bilangan scoops aiskrim tersebut. 

Apabila kanak-kanak boleh menjawab dengan baik, belanjalah sedikit aiskrim hehe~ 

Aktiviti ini dapat meningkatkan minat kanak-kanak untuk belajar kerana kanak-kanak secara semula jadinya suka belajar sambil bermain. 

Semoga bermanfaat! :)

Catat Ulasan

13Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Thanks Nurul. Nice sharing. teringat cerita kecik2 dulu yang ada Siti Sifir kira2 sifir pakai sumi hihi

    BalasPadam
  2. menarik... boleh buat aktiviti ni dengan anak-anak nanti...

    BalasPadam
  3. comel aiskrimnya, kalau aiskrim betul mesti lagi best masa belajar :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha kalau aiskrim betul2 mesti dah lama cair hehe

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Kreatif! Boleh suggest pada cikgu math...

    BalasPadam
  6. best klu masuk class dpt cikgu math yg creative mcm ni

    BalasPadam
  7. inshaa allah boleh ajar anak nanti :) menarik utk perkembangan otak kanak2

    BalasPadam
  8. menarik aktiviti pembelajaran mcm ni..lagi2 dengan anak2 tahap 1 atau pun pra sekolah :)

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !