Road To 300k Pageviews Achieved!

Assalamualaikum
Bismillah

Pada Bulan November 2017, blog ini telah mencapai 200k pageviews selama  setahun aku mula aktif berblogging. Dalam masa lebih 8 bulan akhirnya blog ini mencapai 300k pageviews. Bagi aku satu peningkatan yang baik sepanjang berblog. 


Banyak pengalaman dan info yang telah dikongsi dan aku berharap agar apa yang dikongsi itu bukan sekadar dibaca tetapi memberi manfaat kepada semua pembaca. Sepanjang mengaktifkan diri dalam dunia blog ini, banyak ilmu tentang blogging aku peroleh daripada blogger yang lain. Aku belajar tentang tutorial, cara menulis artikel, berkongsi pendapat, join segmen & giveaway malah dapat kenalan yang begitu baik dan peramah daripada pelbagai latar belakang. 

Sebenarnya blog ini tidaklah sebaik blog yang lain sebab terlalu banyak kekurangan lagi yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa khususnya kandungan entry blog. Oleh sebab itulah aku sentiasa perbaiki tulisan entry-entry lama. Kadang-kala aku teringin juga mahu fokuskan kepada satu niche sahaja. But, I think personal blog is suit me better. 

Kalau ada yang nak tahu macam mana nak tingkatkan jumlah pageviews, boleh rujuk tips daripada bloggers kat bawah. Aku banyak apply tips daripada mereka. Alhamdulillah banyak membantu.


Sebenarnya ada ramai lagi nama-nama bloggers yang tidak tersenarai. Kalau nak bagi satu-satu memang susahlah hehe. Lagi satu, tulislah entry sebanyak mana yang korang mahu. InsyaAllah pasti akan ada 1 atau 2 entry yang menjadi carian google. Alhamdulillah setakat ini, entry yang banyak menyumbang kepada pegeviews blog ini adalah :

1. SEMAK STATUS KAD SISWA (KADS1M) - 82423 views

2. KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KADS1M) KENA DAFTAR 2 KALI? - 20836 views

3. Resepi Telur Rebus Masak Sos - 6844 views

4. Cara Bayar Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks - 1525 views



Terima kasih semua :)

10 comments:

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.