Assalamualaikum
Bismillah

Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga adalah program yang menawarkan kursus-kursus yang memberi pengetahuan mengenai kanak-kanak dan keluarga. Kanak-kanak dan keluarga digabungkan dalam program ini kerana perkembangan kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh keluarga dan perkitarannya. 


Fokus utama program ini adalah perkembangan bayi dan kanak-kanak, asuhan kanak-kanak dalam berbagai budaya, perkahwinan dan keluarga, keibubapaan, kanak-kanak dalam keluarga bermasalah serta analisis kepada ibubapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya. Program ini juga menawarkan fizikal dan kongnitif kanak-kanak serta beberapa teknik teraputik untuk membantu kanak-kanak yang bermasalah dari segi fizikal, kognitif dan sosial.

Antara subjek yang dipelajari selama 3 tahun, 6 semester di UMS adalah :

Semester 1
1. Pengenalan kepada Psikilogi Kanak-Kanak
2. Pengenalan Psikologi Perkembangan
3. Penghantar Psikologi

Semester 2
1. Psikolgi Perkembangan Bayi & Kanak-Kanak
2. Kaedah Penyelidikan
3.  Sistem & Teori
4. Personaliti & Perbezaan Individu

Semester 3
1. Perkahwinan & Keluarga
2. Kanak-Kanak dalam Keluarga Bermasalah
3. Psikologi Industri & Organisasi
4. Psikologi Organisasi
5. Statistik Sosial
6. Kemahiran Menemuduga & Pemerhatian

Semester 4
1. Pengenalan kepada Keibubapaan & Keluarga Bukan Tradisional
2. Isu-isu dalam Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga
3. Analisis Data
4. Penghantar Psikologi Eksperimen
5. Psikologi Fisiologi
6. Asas Perubahan Tingkah Laku

Semester 5
1. Asuhan Kanak-Kanak Pelbagai Budaya
2. Analisis Ibu Bapa Kepada Kanak-Kanak Kurang Upaya
3. Kerjaya & Penempatan
4. Kaunseling Industri
5. Psikologi Abnormal
6. Ujian & Pengukuran Psikologi

Semester 6
1. Penaksiran Fizikal & Kognitif Kanak-Kanak
2. Teknik Teraputik Dengan Kanak-Kanak
3. Kerja Sosial Gerontologi
4. Kerja Sosial Di Institusi Pemulihan
5. Psikologi Sosial
6. Psikologi Pembelajaran & Kognisi
7. Latihan Praktikum

Sebarang pertanyaan berkenaan Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga boleh email di nurulatikayunus23@gmail.com 
Assalamualaikum
Bismillah

Lirik Lagu Roadblock Hatiku by Baby Shima & Floor 88 

(Kau telah roadblock hatiku sayang) 
(Kau telah roadblock hatiku sayang) 

(Hey!)

(Ayie-floor88)
cerita ini bermula
ketika aku keluar
berjalan di kota raya
melihat sini sana
dengan E kali lima
hingga ku sedar dompetku di lain celana
nasibku menjadi parah
pabila ada polis di depan mata

(Syima)
hatiku rasa bergetar
bagaikan petir menyambar
saat engkau menghampiri
kaku kaki terkunci
bagai disumpah jampi
hingga perlahan-lahan ku mendekatinya

(Ayie-floor88)
dia memandangku..

(Syima)
terasa panahan percikan api cinta

(semua)
kau telah roadblock hatiku sayang

(Syima)
dengan pandangan cinta yang pertama
pabila kau melihatku, jatuh gugur imanku

(Ayie-floor88)
terdiam ku terpaku

(Semua)
kau telah roadblock hatiku sayang

(Syima)
dengan pandangan cinta yang pertama
pabila kau melihatku, jatuh gugur imanku

(Ayie-floor88)
terdiam ku terpaku

(Syima)
ku koya-ya-yak kan saman cinta
(Yak-yak-yak-yay!)

(Ayie-floor88)
ku tak kisah kau nak samanku berjuta

music

haa-hooo--hoooo

(Syima)
ku telah roadblock hatimu sayang
dengan pandangan cinta yang pertama
pabila kau melihatku, jatuh gugur imanku
terdiam ku terpaku

(Semua)
kau telah roadblock hatiku sayang

(Syima)
dengan pandangan cinta yang pertama
pabila kau melihatku, jatuh gugur imanku

(Ayie-floor88)
terdiam ku terpaku

(Syima)
ku koya-ya-yak kan saman cinta
(Yak-yak-yak-yay!)

(Ayie-floor88)
ku tak kisah kau nak samanku berjuta



Assalamualaikum
Bismillah

Nama aku adalah WANG. Nama panggilanku adalah DUIT. Nama popular pula adalah MONEY. Kalau di Malaysia aku dikenali dengan Ringgit, di Indonesia aku digelar Rupiah. Manakala di Singapura aku terkenal sebagai DOLAR. 

Aku tidak ke mana-mana, tetapi aku ada di mana-mana. Seluruh pelosok dunia aku berada. 


Wajahku nampak biasa, mempunyai fizikal yang lemah. Namun, aku mampu mengawal KUASA dan DUNIA. Aku mampu merubah tingkah laku bahkan sifat manusia. Hal ini kerana manusia sering memuja aku.

Kerana aku, manusia sanggup berubah keperibadian dan tingkah laku. Mengkhianati sahabat, memusuhi keluarga, menjual tubuh. Bahkan, ada yang sanggup meninggalkan agama dan keyakinannya demi aku! Aku tidak mengenali dan membezakan orang yang baik mahupun yang jahat. Tetapi manusia yang memakai aku menjadi penanda aras insan dan kemewahan. 

Aku bukan IBLIS, tetapi seringkali orang melakukan kekejian demi aku! Aku juga bukan orang ketiga, tetapi ramai suami isteri yang berpisah gara-gara aku. Kakak dan adik berbalah dan saling membenci kerana aku. Anak dan orang tua berselisih .. gara-gara aku!

Jelas sekali aku BUKAN TUHAN. Tetapi manusia menyembahku seperti Tuhan. Bahkan, kerap kali manusia lebih menghormatiku dari Tuhannya. Padahal Tuhan sudah berpesan jangan di perhamba oleh wang...Seharusnya aku melayani manusia... Menjadi hamba manusia... Tetapi kenapa manusia pula yang mahu jadi hamba aku...?

Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapapun... Tetapi ramai orang yang rela mati demi aku...

Perlu diingat...Aku hanya mampu menjadi alat bayar ramuan ubat anda...Namun, aku tidak mampu memanjangkan hidup kalian. Kalau suatu hari nanti kalian di panggil Malaikat, Aku tidak akan dapat menemani. Apalagi jika ingin menjadi penebus dosa-dosa kalian. Aku takkan mampu.

Pesanku, jangan terlalu cintakan aku! 



Assalamualaikum
Bismillah

Aku tidak suka kongsi cerita sedih sebenarnya. Tapi aku bersyukur kerana aku pernah kongsi sesuatu yang bagi aku sangatlah berharga sebelum aku kehilangan. Belum cerita dah nak menangis.. hmm~ Mungkin ada terbaca, aku pernah cerita kat blog yang aku nak balik kampung untuk berjumpa dengan nenek. Boleh baca kat SINI Aku balik pada bulan Julan 2017. Dan aku kehilangan seorang nenek yang penyayang pada bulan Ogos 2018. 


Ini adalah kehilangan kedua terbesar aku selepas kehilangan atuk aku. Syukurlah bapa aku dah ada kereta, so kami semua balik kampung untuk menguruskan pengebumian. Alhamdulillah, kerana nenek aku juga telah pergi dalam keadaan ISLAM dimana arwah seorang mualaf, kerana keluarga sebelah bapa asalnya "pagan" (tidak mempunyai pegangan agama).

Aku tak nak cerita pasal itu. Aku cuma nak kongsi bahawa itulah pertama kali aku memandikan jenazah. Satu pengalaman yang paling berharga buat aku. 

Apabila kita sendiri yang memandikan kita akan betul-betul bersihkan dan pegang dengan berhati-hati dan penuh dengan kasih sayang. Dari mula dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan. Aku bagitau adik-adik aku inilah nenek kita. Arwah telah pergi menghadap ALLAH. Suatu hari nanti kita juga begitu kerana tiada manusia yang hidup kekal di dunia melainkan ALLAH. Itulah rumah sebenar kita iaitu akhirat. 

Apabila aku cium sekujur tubuh yang pernah menjaga aku dari kecil sehinggalah sekarang aku rasa bersyukur kerana ALLAH berikan nikmat yang paling berharga iaitu sebuah keluarga.  Aku ada juga berangan apabila graduate aku nak bawa nenek aku ke majlis graduasi, ajak jalan-jalan di sekitar bandar. Aku mahu rehat untuk beberapa bulan supaya dapat jaga arwah di rumah.

Sebenarnya aku sedih jugalah bila baca nota yang aku tulis sebelum ini. Siapa sangka inilah nota terakhir aku buat nenek~

Dear my grandmother, I apologize for not visiting after grandfather passed away. I'm so sorry for not bring along my siblings to see you. They are still studying. Mom and dad sometimes busy and don't have any holiday. My elder brother also worked. So, I'm the only one whom still on semester break and have a long holiday. I've been missing you so much! Aku dah cuci gambar family untuk tatapan bila rindu, termasuk gambar arwah atuk. I'm so sorry for neglecting you for so many years. I want to meet you but I just can't. That's why this year I force myself to meet you even though they might be angry at me. Don't worry this Wednesday I will go back hometown for the first time at Banggi Island. I'm looking forward to see your happy face. Cheers~ Don't cry and sad anymore💛 Love from me

Aku bersyukur kerana Allah beri peluang untuk aku menjaganya buat kali terakhir selama seminggu. Aku bersyukur kerana berpeluang untuk bercerita, mencuci pakaiannya, menyediakan makan dan minumnya sebagai seorang cucu. Jika diberi peluang sudah tentu aku ingin menjaganya dengan lebih lama lagi. 
Assalamualaikum
Bismillah

Kelahirannya membawa misi demi menyenangkan pemandu serta penumpang kereta dengan aroma yang lembut manis memenuhi ruangan di dalam kereta anda. Pemilihan wangian kereta jenama Fleur pastinya tepat untuk kereta anda kerana apabila keadaan didalam kereta anda kemas dan bersih serta berbau wangi menjadikan anda lebih tenang dan fokus semasa memandu tanpa gangguan.

Ribuan testimoni mengatakan Jenama Fleur terbaik dan menepati haruman citarasa pelanggan. Jangan Tunggu lagi.. Belum Cuba Belum Tau... Sis/Bro berminat untuk cuba PEWANGI FLUER?? Terima kasih sebab berminat untuk mencuba FLEUR, Pewangi Kereta No.1 paling unik di Malaysia

=========================
🌸 FLEUR CAR FRAGRANCE 🌸
=========================
Info:

100% Pure Concentrated Fragrance
No ALCOHOL
No METHANOL (Methanol - Boleh menyebabkan Cancer)
Lulus ujian makmal & diiktiraf antarabangsa
15 Wangian (Aromatherapy, fruity, sweet citrus, soft)
UNIQUE PACKAGING
WANGIAN selesa utk dihidu sepanjang hari
45 days lasting
Affordable!
.
.
🌸 Harga - RM12/sebotol [SS] 🌸
.
.
====================
🌸 JENIS HARUMAN 🌸
====================


___
SOFT

✅ Honey Paris (Hot Selling)
✅ Le Havre (Hot Selling)
✅ La Rochelle (Hot Selling)
✅ Lyanne Reims (Hot Selling)
✅ Le Mans (Hot Selling)
✅ Lille Vanilla (Hot Selling)
✅ Nancy Strawberry (Hot Selling)
__
LEMON

✅ Caen Lemon 
✅ Orly Orange 
✅ Brest Garden
✅ Toulouse Apple (Hot Selling)
__
STRONG

✅ Lyon Air
✅ Marseile Lavendar
✅ Colombus Tobacco


Whatsapp untuk info lanjut atau berminat mahu PRE-ORDER:


#FLEUR
#BORNEOLEGACY
#MANAMANAPUNWANGI
Assalamualaikum
Bismillah

Salam Maal Hijrah 1440H kepada semua umat Islam. Semoga tahun baru ini menjadikan kita hamba Allah SWT yang lebih baik dan lebih beriman daripada tahun sebelumnya, membawa keberkatan dan kesejahteraan kepada semua. Insya-Allah. 





Top 5 Entry Pada Bulan Ogos 2018 dan Top 10 Commentators yang tersenarai akan dimasukkan dalam bloglists Bulan September. Berikut merupakan 5 entry terhangat :
  1. 5 TIPS MEMILIH BILIK/RUMAH SEWA UNTUK PELAJAR UNIVERSITI (633 Views)
  2. Cara Bayar Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks (2137 Views)
  3. Lirik Lagu Jodohku by Khai Bahar [OST Cinta Tiada Ganti] (504 Views)
  4. Terima Tawaran Ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) Walaupun Terpaksa (455 Views)
  5. Giveaway FLUER Perfume by Sii Nurul (153 Views)
Bilangan entry yang ditulis adalah sebanyak 13 entry sahaja di mana tidak mencapai target untuk menulis sebanyak 15 entry per month. Huhu~ Manakala untuk jumlah pelawat (pageviews) yang singgah di blog pula adalah sebanyak 7 930. Semakin hari semakin meningkat mungkin disebabkan oleh entry lama. Bounce rate pula adalah 9.09%.

Sebenarnya aku masih belum faham konsep bounce rate ni. Makin lama aku tengok bounce rate semakin menurun. Bila aku tanya Google ini jawapan yang aku dapat.

Kiranya bounce rate aku ni tak berapa baguslah kan?

Tak apa, nanti kita baca kat blog yang lebih pakar pasal ni. Next, A token of appreciations for those who read my blog and blogwalking here. Semoga apa yang ditulis memberi manfaat kepada pembaca. Semoga apa yang dikongsikan menjadi bekalan buat diri sekiranya suatu hari nanti aku telah tiada.


Terima kasih semua. May Allah Bless All of Us. :D
Assalamualaikum
Bismillah


Lirik Lagu Rampas by Akim & The Majistret

VERSE 1

Air mata separuh mati yang ditahan,
Diberhentikan lekuk kelopak,
Dingin tubuh terkulai diam tak bernadi,
Tangan bersaksi kita bergenggam,

CHORUS

Rampas semua,
Badan ku belahlah dua,
Ambil semua ku ada,
Ikutkan sahaja hati,
Atau apa yang kau rasa,

VERSE 2

Langkah pun lemah dalam susur pancaroba,
Lekat dipersimpangan dilema,
Cuba keluar di jalan yang tak berarah,
Tunggu serpihan bongkah cahaya,

PRE-CHORUS

Putus segala,
Hijab kau dan aku,
Sampai nanti,
Kita bertemu,

CHORUS

Rampas semua,
Badan ku belahlah dua,
Ambil semua ku ada,
Ikutkan sahaja hati,
Atau apa yang kau rasa

Assalamualaikum
Bismillah


Lirik Lagu Menangislah by Syamsul Yusof & Mawi [OST Munafik 2]

Oh tuhanku
Aku mengadu
Jangan kau serahkan aku pada diriku

Oh tuhanku
Sesungguhnya aku tidak mampu dengan ujianmu
Bantulah aku
Kemaafan kamu, lebih luas dari lautanMu..

Menangislah
Wahai mata
Demi tuhanmu

Tiap hari kau berjalan dengan penuh sombong alpa.
Kau langsung tak peduli dengan kalamnya si Dia.
Menunggumu datang menyembah kau sujud padaNya.

Mengapa,
manusia,
kau buat2 lupa?

Neraka atau syurga seakan tiada.
Segalanya tipu daya dunia yg benar kata dusta.
Fitnah dajjal bakal tiba.
Menangislah wahai mata..aku rindu naunganNya takbir yeah!

Allahuakhbar oh Allahuakhbar ya Tuhan
(Subhanallahwalhamdulillah) 
Allahuakhbar oh Allahuakhbar ya Tuhan.

Ku tanya berbaloikah ini semua? 
Duit.
Harta.
Pangkat.
Wanita.
Penyakit jiwa.
Hina disisinya.
Nauzubillah.
(Oh kerana dunia)

Kerana dunia engkau campakkan semua? 
Mana pergi Dia juga akhirat didalam jiwa? 
Bayangan ketakutan segala dosa dan dajal bakal tiba.
Apa kau lupa aku kamu cuma hamba.
Derita seksa menanti dineraka.

(Repeat Chorus)

Air mata darah denyut nadi manusia.
Air mata tumpah bila malam datang menjelma.
Azan Masjid Al Aqsa bagai hampir kurasa.
Malangnya, mengapa manusia (kau buat2 lupa)

God bless palestine god bless syria.
God bless us all..we gotta say Alhamdulillah.
Yes i do this for the ummah.
Iluminati hey,
the devil eye.
Back off ! 
Let me say this loud!

(Repeat chorus)

Dunia bagai memijak bara..
Dunia pagar syurga neraka..
Dunia membuta mata hamba..
Dunia..menangislah wahai mata..

Kau menangis kerna siapa?
Oh oh
Kerna dia atau dunia?
Oh oh
Menangislah selagi daya.
Oh oh
Jangan mati selagi kau masih bernyawa.


OST FILEM MUNAFIK 2

TAJUK : Menangislah
ARTIS : Syamsul Yusof & Mawi
KOMPOSER : Syamsul Yusof
LIRIK : Syamsul Yusof & Dr. Anwar Fazal
ARRANGER : Wan Saleh
TERBITAN : Monkey Bone
MUZIK VIDEO : Zalhilman Ismail (@themalayatv)
Assalamualaikum
Bismillah


Lirik Lagu Ragaman by Faizal Tahir

Mr Ragaman
are you home?
who's Mr. Ragaman?
Mr. Ragaman i brought my sister with me
can you tell us a stry please?

hari isnin kau berkata nak makan lasagna
dah sampai kedai nak tomyam pula
oh my god...
petang rabu nak cendol pula
biar betik...
nasiblah baik mood aku baik

puasa baru nak mula
dah mintak langsir macam nak raya
ragamanmu hanya aku yang tahu

hanya kita berdua kekal sampai tua
bagai bulan dipagar bintang
tetapkan bersama

hanya kita berdua kekal bahagia
walau gila dibuatnya
aku sayang padanya

dah berkali-kali kau buat lagi
tolong! tolong!
hanya kita berdua

dah berkali-kali kau buat lagi
tolong! tolong!
hanya kita berdua

makan malam sudah dihidang
kau masih melaram
time tengok bola kau ajak keluar

Ya Allah...
masuk kereta baru gear dua
kau nak balik
nasiblah baik muka kau cantik

bulan puasa baru nak mula
dah mintak langsir macam nak raya
ragamanmu hanya aku yang tahu

hanya kita berdua kekal sampai tua
bagai bulan dipagar bintang
tetapkan bersama

hanya kita berdua kekal bahagia
walau gila dibuatnya
aku sayang padanya

dah berkali-kali kau buat lagi
tolong! tolong!
hanya kita berdua

dah berkali-kali kau buat lagi
tolong! tolong!
hanya kita berdua

hanya kita berdua
sampai hari tua
bagai bulan dipagar bintang
tetapkan bersama

hanya kita berdua
kekal bahagia
walau gila dibuatnya
aku sayang padanya...

walau gila dibuatnya
aku sayang padanya

walau gila dibuatnya...
aku sayang padanya...