Kita Lebih Menghargai Setelah Kehilangan

1
Assalamualaikum
Bismillah

Aku tidak suka kongsi cerita sedih sebenarnya. Tapi aku bersyukur kerana aku pernah kongsi sesuatu yang bagi aku sangatlah berharga sebelum aku kehilangan. Belum cerita dah nak menangis.. hmm~ Mungkin ada terbaca, aku pernah cerita kat blog yang aku nak balik kampung untuk berjumpa dengan nenek. Boleh baca kat SINI Aku balik pada bulan Julan 2017. Dan aku kehilangan seorang nenek yang penyayang pada bulan Ogos 2018. 


Ini adalah kehilangan kedua terbesar aku selepas kehilangan atuk aku. Syukurlah bapa aku dah ada kereta, so kami semua balik kampung untuk menguruskan pengebumian. Alhamdulillah, kerana nenek aku juga telah pergi dalam keadaan ISLAM dimana arwah seorang mualaf, kerana keluarga sebelah bapa asalnya "pagan" (tidak mempunyai pegangan agama).

Aku tak nak cerita pasal itu. Aku cuma nak kongsi bahawa itulah pertama kali aku memandikan jenazah. Satu pengalaman yang paling berharga buat aku. 

Apabila kita sendiri yang memandikan kita akan betul-betul bersihkan dan pegang dengan berhati-hati dan penuh dengan kasih sayang. Dari mula dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan. Aku bagitau adik-adik aku inilah nenek kita. Arwah telah pergi menghadap ALLAH. Suatu hari nanti kita juga begitu kerana tiada manusia yang hidup kekal di dunia melainkan ALLAH. Itulah rumah sebenar kita iaitu akhirat. 

Apabila aku cium sekujur tubuh yang pernah menjaga aku dari kecil sehinggalah sekarang aku rasa bersyukur kerana ALLAH berikan nikmat yang paling berharga iaitu sebuah keluarga.  Aku ada juga berangan apabila graduate aku nak bawa nenek aku ke majlis graduasi, ajak jalan-jalan di sekitar bandar. Aku mahu rehat untuk beberapa bulan supaya dapat jaga arwah di rumah.

Sebenarnya aku sedih jugalah bila baca nota yang aku tulis sebelum ini. Siapa sangka inilah nota terakhir aku buat nenek~

Dear my grandmother, I apologize for not visiting after grandfather passed away. I'm so sorry for not bring along my siblings to see you. They are still studying. Mom and dad sometimes busy and don't have any holiday. My elder brother also worked. So, I'm the only one whom still on semester break and have a long holiday. I've been missing you so much! Aku dah cuci gambar family untuk tatapan bila rindu, termasuk gambar arwah atuk. I'm so sorry for neglecting you for so many years. I want to meet you but I just can't. That's why this year I force myself to meet you even though they might be angry at me. Don't worry this Wednesday I will go back hometown for the first time at Banggi Island. I'm looking forward to see your happy face. Cheers~ Don't cry and sad anymore💛 Love from me

Aku bersyukur kerana Allah beri peluang untuk aku menjaganya buat kali terakhir selama seminggu. Aku bersyukur kerana berpeluang untuk bercerita, mencuci pakaiannya, menyediakan makan dan minumnya sebagai seorang cucu. Jika diberi peluang sudah tentu aku ingin menjaganya dengan lebih lama lagi. 
Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !