Subjek Yang Dipelajari Dalam Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga, UMS

19
Assalamualaikum
Bismillah

Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga adalah program yang menawarkan kursus-kursus yang memberi pengetahuan mengenai kanak-kanak dan keluarga. Kanak-kanak dan keluarga digabungkan dalam program ini kerana perkembangan kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh keluarga dan perkitarannya. 

Subjek Yang Dipelajari Dalam Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga, UMS

Fokus utama program ini adalah perkembangan bayi dan kanak-kanak, asuhan kanak-kanak dalam berbagai budaya, perkahwinan dan keluarga, keibubapaan, kanak-kanak dalam keluarga bermasalah serta analisis kepada ibubapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya. 

Program ini juga menawarkan fizikal dan kongnitif kanak-kanak serta beberapa teknik teraputik untuk membantu kanak-kanak yang bermasalah dari segi fizikal, kognitif dan sosial.

Subjek Yang Dipelajari Dalam Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga, UMS

Ini lebih kepada teras program UMS. maksudnya semua pelajar UMS diwajibkan untuk ambil subjek ini. Suka tak suka wajib belajar. Ada banyak pilihan subjek so kena pilih lah. Contoh program seperti Bahasa Asing, Kokurikulum, PPIB punya program.

Subjek Yang Dipelajari Dalam Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga, UMS
Manakala ini pula teras program untuk pelajar Fakulti Psikologi. 


Antara subjek yang dipelajari selama 3 tahun, 6 semester di UMS adalah :

Semester 1
1. Pengenalan kepada Psikilogi Kanak-Kanak
2. Pengenalan Psikologi Perkembangan
3. Penghantar Psikologi

Semester 2
1. Psikolgi Perkembangan Bayi & Kanak-Kanak
2. Kaedah Penyelidikan
3.  Sistem & Teori
4. Personaliti & Perbezaan Individu

Semester 3
1. Perkahwinan & Keluarga
2. Kanak-Kanak dalam Keluarga Bermasalah
3. Psikologi Industri & Organisasi
4. Psikologi Organisasi
5. Statistik Sosial
6. Kemahiran Menemuduga & Pemerhatian

Semester 4
1. Pengenalan kepada Keibubapaan & Keluarga Bukan Tradisional
2. Isu-isu dalam Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga
3. Analisis Data
4. Penghantar Psikologi Eksperimen
5. Psikologi Fisiologi
6. Asas Perubahan Tingkah Laku

Semester 5
1. Asuhan Kanak-Kanak Pelbagai Budaya
2. Analisis Ibu Bapa Kepada Kanak-Kanak Kurang Upaya
3. Kerjaya & Penempatan
4. Kaunseling Industri
5. Psikologi Abnormal
6. Ujian & Pengukuran Psikologi

Semester 6
1. Penaksiran Fizikal & Kognitif Kanak-Kanak
2. Teknik Teraputik Dengan Kanak-Kanak
3. Kerja Sosial Gerontologi
4. Kerja Sosial Di Institusi Pemulihan
5. Psikologi Sosial
6. Psikologi Pembelajaran & Kognisi
7. Latihan Praktikum


Sebarang pertanyaan berkenaan Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga boleh email di nurulatikayunus23@gmail.com
 
Subjek Yang Dipelajari Dalam Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga, UMS

Catat Ulasan

19Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. psychology is not easy but it's fun to learn. Even now I still have to learn psychology. haha

    BalasPadam
  2. sgt bagus ni.
    adik ipar aida amik masters in psiko.
    tapi secara general. tak menjurus kpd kanak2.

    BalasPadam
  3. Saya berminat untuk sambung master dalam psikologi kanak2 dan keluarga ni.. Sebelum ini sy belajar di open university johor bahru.. Bantu sy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bidang master dlm psikologi kanak2 dan keluarga d'UMS takda ditawarkan.. Hanya kaunseling sahaja..

      Padam
  4. hi kak. subjek2 ni blajar dlm bm atau bi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris dua2 digunakan..

      Padam
  5. Nak tnya kalau ambil kos pendidikan awal kanak kanak boleh x smbng kos psikologi kanak kanak dan keluarga?

    BalasPadam
  6. Memang ada iv untk course ni dekat ums ye kak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa batch sy 2015 xda iv.. Sy x pasti pula skrg..

      Padam
  7. Btul ke kak klau cacat penglihatan tak blh ambik course psikologi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rabun masi layak lagi.. lau masalah penglihatan mcm buta rasanya x boleh

      Padam
  8. Boleh saya tahu bagaimana peluang kerjaya bidang ini di Malaysia?

    BalasPadam
  9. assalamualaikum, kalau ambil course ni eligible ke untuk masuk master in clinical psychology?

    BalasPadam
  10. Greetings. i got accepted into this course and still isn't sure if this is what i want.

    is it possible to change my major to counselling psychology in ums still?

    BalasPadam
  11. saya nak tanya kalau saya lepasan UiTM as a student of diploma in science, boleh ke nak sambung bidang psikologi ni dekat UMS

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !