Assalamualaikum
Bismillah


Sebenarnya kisah ni dah berlalu beberapa bulan yang lepas. Tetapi aku rasa nak kongsi juga pengalaman pahit manis dengan belajar Bahasa Jepun. Sebelum ini aku pernah berkongsi tentang pengalaman aku terpaksa mengulang Bahasa Jepun Tahap 3 sebanyak dua kali. Aku tidak ingat dari mana nak mulakan cerita. Yang aku tahu, setiap semester aku mesti tersangkut kat Bahasa Jepun Tahap 3. Sampaikan aku rasa nak putus asa sudah untuk ambil subjek ini.

google image

Akhirnya, pada tahun terakhir aku membuat keputusan untuk tidak mengulang Bahasa Jepun Tahap 3 dan fokus kepada subjek yang lain. Keputusan aku ini akan memberi kesan dimana aku terpaksa extend selama 1 semeter untuk mengulang Subjek Jepun sahaja. 

Aku rasa inilah keputusan yang terbaik aku telah lakukan. Aku berserah sahaja. Dalam fikiran aku, semester hadapan aku cuma fokus kepada subjek Jepun sahaja tanpa gangguan daripada subjek lain. It's okay. Biarlah graduate lewat. Yang penting aku mahu dapat keputusan yang terbaik. Tetapi kita hanya merancang sahaja. Allah yang tentukan semuanya. Apa yang dirancang tidak tercapai. Semasa praktikal aku terpaksa ke kelas untuk belajar Bahasa Jepun Tahap 3. 

Serius memang penat. Pagi kerja, petang pula menghadap lecture Jepun 3 jam. Kadang kala sampai 4 jam. Berasap otak masa tu. Walaupun begitu, aku sangat respect dengan pensyarah bahasa jepun aku. Semasa dalam proses semester pendek, aku diajar oleh 6 orang pensyarah Bahasa Jepun. Setiap minggu aku akan diajar oleh pensyarah yang berlainan. Ini adalah satu kelebihan buat aku yang mengulang semester pendek. Aku dapat pengalaman banyak daripada mereka. 

Aku sangat kagum dengan semangat mereka mengajar aku, sentiasa bagi sokongan dan kata-kata semangat. Terharu sebenarnya~ Aku rasa bodohnya semasa belajar bahasa jepun tu hahaha~ Tetapi pensyarah aku tetap sabar dan sentiasa usaha untuk cari kekuatan aku supaya boleh catch up dengan Bahasa Jepun.

Alhamdulillah, Oral dan Presentation dan selesai. Aku sangat berpuas hati. Final exam juga dah habis. Alhamdulillah, 7 Bulan aku hadapi semuanya dengan sabar. Berkat doa ibu bapa Allah permudahkan semuanya. 


Kalau ditanya, mahu belajar lagi Bahasa Jepun?
Of course. I loved too learn more about this language.
Assalamualaikum
Bismillah


Lirik Lagu Kamera Palsu - UPIAK

Aku njaluk ngapurooo
Mbak menowo awakmu
Tak apusi koe kudu sabar
Ngadepi

Kameranya bagus hasil sangat mulus
Itu hanya modus
Abang jatuh cinta karna editannya
Lihat gambar saja

Jerawat bersemi edit sana sini
Abang jatuh hati
Jadi cantik sekali kerna aplikasi
Bukan muka asli

Janjian ketemu ngak sabar lagi
Abang berkhayal melihat bidadari
Eh ternyata pas ketemu abang lari
Bagaikan mimpi buruk kau patah hati

Lari, lari, lari, lari lari

Makanya jatuh cinta mikir dulu
Jangan karna lihat foto langsung mau
Bukan niat hati bermuka palsu
Salah si abang koq gampang kena tipu

Ondeh ondeh ondeh ondeh mandeh

Ulang (1x)



Assalamualaikum
Bismillah

Sejak dah habis praktikal ini, aku banyak habiskan masa di rumah mengemas, tengok anime dan jaga adik saja. So, untuk menghilangkan rasa boring aku selalu tengok Youtube berkenaan DIY. Then, terdetik pula nak ber'DIY hari ini. 

Kali ini aku kongsi macam mana nak menghias tempat letak pensel atau pen. Serius tak sampai 5 minit dah siap. Hanya menggunakan 2 bahan sahaja. 


Bahan-bahan yang diperlukan

Tempat letak pensel (beli di Mr.DIY)
Getah (pelbagai warna)

Cara-cara membuatnya 


1. Ambil 12 biji getah mengikut warna yang disukai 
(Bilangan getah bergantung kepada saiz tempat letak pensel)


2. Dah siap! Inilah rupa selepas sudah susun sehingga habis


3. Boleh hias dengan stiker atau aksesori yang lain.


Yang gelas lagi satu tu aku design di laman Printcious. Boleh baca Cara Design Barang di Printcious. Memandangkan pemegang gelas dah patah, so aku jadikan tempat letak pen hehe~

Selamat mencuba.




Assalamulaikum
Bismillah

Kesalahan kecil dalam proses menemuduga akan menyumbang kepada kegagalan untuk mendapatkan pekerjaan. Dalam pasaran kerja semasa, kita perlu bijak untuk mengambil peluang dalam persaingan kerja, salah satunya adalah ketika menghadiri temuduga. Oleh itu, sebelum berhadapan dengan panel ataupun majikan, periksa 10 tips temuduga yang kerap diabaikan.


1. Buat Kajian
Pertama sekali kesalahan yang selalu diabaikan oleh calon temuduga adalah kurang membuat kajian terhadap syarikat yang bakal kita duduki serta mempelajari selok-beloknya. Kajian yang perlu dilakukan adalah seperti jenis perkhidmatan yang ditawarkan, produk, target pelanggan dan pesaing kerana ia bakal memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada calon sebelum menghadiri mana-mana temuduga. Lebih banyak perkara yang diketahui tentang syarikat, maka lebih besar peluang calon untuk "menjual diri" semasa temuduga.

2. Pemerhatian Teliti
Plih pakaina yang bersesuaian untuk dipakai semasa temuduga. Tunjukkan betapa serius calon hendak berkhidmat di syarikat tersebut kerana penampilan menampilkan keyakinan seseorang calon. Pastikan pakaian yang dipakai diseterika, tidak berkedut mahupun koyak. 



3. Bersiap Sedia
Calon perlu bersiap sedia dengan fail yang mengandungi resume, salinan rujukan dan kertas untuk mencatat nota. Sediakan beberapa soalan untuk ditanyakan pada akhir sesi temuduga. Sertakan senarai semak pada kertas kecil untuk semakan akhir sebelum temuduga berlangsung.

4. Tepati Masa
First impression is really important. Korbankan masa untuk datang lebih awal ke temuduga kerana kita tidak tahu halangan yang mungkin berlaku ketika hendak menghadari temuduga. Misalnya, calon berkemungkinan untuk tersesat semasa mencari lokasi temuduga, ataupun berlaku kemalangan jalan raya yang menyebabkan kesesakan lalu lintas. Oleh itu, ambil inisiatif untuk datang lebih awal dan tepat pada masa. 

5. Tunjukan Minat 
Tampilkan minat untuk mendapatkan posisi yang ditawarkan menerusi segenap aspek. Bersalaman dengan erat dengan temuduga dan tunjukkan “eye contact” untuk menzahirkan keyakinan. Berucaplah dengan nada yang yakin walau pun sebenarnya anda ada sedikit rasa gementar.



Kesimpulannya, penting untuk anda yakin dan tenang dalam sesi temuduga. Satu perkara yang patut ada ialah bersedia dengan sebaik-baiknya yang mungkin mengikut kemampuan anda. 

Untuk dapatkan tips cara jawab soalan yang biasa ditanya dalam temuduga boleh dapatkan Ebook Rahsia Bijak Temuduga


Bagaimana Ebook ini Membantu Anda Hadir Ke Temuduga?




Assalamualaikum 
Bismillah

Sebenarnya, aku tidak tahan dah menahan sakit setiap hari. Aku bukan sahaja tidak tahan dengan sakit aku. Tetapi dengan orang sekeliling juga. Tuhan saja tahu perasaan aku. Aku menulis bukan mahu meminta simpati sesiapa. Aku menulis sebab inilah salah satu cara untuk aku cerita apa yang selama ini aku pendam seorang diri. 


Beberapa hari aku akui sedikit tertekan sebab sakit belakang yang aku alami semakin hari semakin sakit lebih dari kebiasaan. Aku sudah pergi ke hospital, aku dah beberapa kali jalani rawatan Fisioterapi selama 6 bulan. Tetapi tiada perubahan yang aku rasakan. Fisiotetapi aku terpaksa tangguhkan kerana aku menjalankan latihan praktikal selama 3 bulan lebih. 

Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya buat aku walaupun dalam keadaan aku yang tidak berapa sihat secara fizikal. Sebenarnya aku sakit apa? Aku hanya dimaklumkan yang aku mengalami muscle pain. Muscle pain saja, tetapi rasa sakit yang aku rasakan setiap hari dan setiap masa. Tidak kira sama ada ketika duduk, baring, buat kerja ataupun tidak buat kerja langsung. Ketika aku sedang menaip pun aku hanya menahan sakit. Dan bayangkan setiap hari aku terpaksa sapu ubat di badan. Dah macam bau ubat sudah badan aku. 

Ubat apa lagi yang aku tidak sapu? Minyak hijau, yoko-yoko, salonpas, vicks, minyak gamat, minyak geliga, fresh care aromaterapi dan macam-macam sudah ubat aku sapu. Di belakang, di bahu, di tengkuk, di lengan, dan di pinggang. Panadol, ubat tahan sakit, ubat dari hospital, klinik pun aku banyak dah telan. Palinglah seksa semasa period. Ya Allah, aku rasa macam tercabut pinggang aku. Aku pernah cerita aku kerja part time dua hari sahaja dan terpaksa berhenti kerja. 

Sedar tak sedar hampir 2 tahun dah aku rasa sakit tanpa diketahui punca datang dari mana. Kadang-kala aku rasa sedikit terkilan, apabila aku mengadu mahu minta urut, adik aku mengadu penat sudah balik-balik urut tetapi tidak pandai sembuh. pakai minyak urut pun tiada kesan apa-apa. Tipulah kalau aku tidak rasa tersinggung apabila adik aku kata macam tu. 


Selama ini aku tinggal menyewa, jadi aku menahan sakit seorang diri. Sometimes aku mengadu juga dengan roommate aku. Tetapi respon dorang "Aku pun tidak tahu macam mana mahu bantu Nurul". Dorang tolong juga sapukan ubat dan urut-urut belakang aku. Apabila tidak diurut, sakitlah balik. 

Sekarang ni aku habis dah belajar, habis dah praktikal. InsyaAllah, Bulan November nak konvo. Sepanjang beberapa bulan ini, tergerak hati mahu cari kerja sebab bosan duduk di rumah. Tiada yang nak bagi duit. Nak beli apapun kena tunggu parents gaji. Kalau kena bagi duit pun bolehlah untuk duit topup. Sebab di rumah saja tiada ke manan-mana. Bukan tak nak minta duit lebih dengan parents, tetapi banyak lagi keperluan rumah nak dibeli. 

Tipulah kalau aku cakap aku tidak mahu kerja. Selepas habis belajar mestilah nak kerja. Tidak kisahlah gaji murah ke yang penting pengalaman kerja dan ada jugalah duit simpanan bayar PTPTN. Takkan nak harap parents lagi kan? Tetapi aku pun dua hati mahu kerja dengan keadaan aku. Aku mahu kerja tetapi aku takut semakin bertambah sakit sebab kurang rehat. Even masa praktikal pun aku terpaksa ponteng sebab sakit belakang. Kalau hari ini aku terlampau penat, keesokkannya aku rasa sakit sangat mahu bangun buat kerja. Aku terbayang macam manalah keadaan aku ada masa akan datang kalau sakit ini berterusan? 

Aku sedih sebenarnya. Sebab aku berharap sangat dapat kerja. Aku kasihan dengan parents aku. Walaupun dorang tidak berkata apa-apa. Walaupun dorang tidak juga paksa aku untuk kerja tetapi boleh nampak juga duit tidak cukup nak tanggung perbelanjaan rumah dan persekolahan adik-adik aku. Aku bukan minta simpati. Tetapi aku rasa simpati dengan diri aku sendiri.



Assalamualaikum
Bismillah

Belum terlambat untuk update prestasi blog sepanjang Bulan September. Walaupun belakangan ini mood berblog agak slump sedikit tetapi aku gagahkan juga untuk menulis benda wajib ini sebagai pencetus motivasi untuk terus menulis gitu~



Straight to the point, Top 5 Entry Pada Bulan September adalah 

3. DIY Gambar Polaroid (2212 views)

Kadang ada tulisan yang kita kongsi tu tidak sangka selalu jadi rujukan orang lain. So, teruskan berkongsi benda yang baik-baik. Baiklah, merujuk kepada Google Analytic, jumlah pelawat (pageviews) untuk Bulan September adalah sebanyak 14 373 orang. Manakala Bounce Rate pula adalah 9.29%. Bulan ini aku hanya mampu menulis sebanyak 10 entry sahaja.

TOP 10 COMMENTATORS 
yang bertuah tersenarai dalam bloglist selama sebulan


Terima kasih semua~ 
Semoga setiap perkongsian memberi manfaat kepada semua pembaca 

Assalamualaikum
Bismillah

Sejak belakangan ini, aku dah jarang nak berkongsi cerita di blog. Nak cakap sibuk tidak juga. Cuma tak tahu nak mula dari mana. Semua benda aku rasa mahu share. Perasaan gembira, sedih, ketawa dan menangis aku. Aku suka bercerita dengan orang. Hari ini aku mahu cerita lagi.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan usia yang panjang untuk aku habiskan perjalanan sebagai seorang pelajar "degree". Walaupun pelbagai halangan yang mendatang, cabaran dan ujian. Aku bersyukur sangat-sangat kerana aku tidak sangka akan sampai ke tahap ini. 

Aku sebenarnya sudah berputus asa untuk sambung belajar sejak dapat keputusan SPM aku. Sebab yang pertama kerana keputusan aku yang tidak berapa baik. Walaupun sebenarnya lulus. Tetapi bagi aku tetap tidak memuaskan. Sebab yang kedua, keluarga tidak mampu nak tanggung persekolahan aku lagi. Kami ada ramai adik-beradik. Dan semuanya bersekolah pada masa itu. Aku kasihan dengan ibu bapa aku, that's whylah aku sanggup mengalah dan tidak mahu sambung belajar dah. 

Sebaik mana perancangan kita buat, ALLAH dah atur perjalanan hidup kita dengan cantik. ALLAH hantar Cikgu Addmaths aku, pujuk aku untuk sambung belajar ke Tingkatan 6. Dan tahun 2018 ini juga, cikgu aku telah meninggal dunia. Aku menangis apabila tahu tentang berita kematiannya akibat kanser. Aku rasa sedih sebab ada lagikah cikgu yang sanggup datang ke tempat kerja kau, pujuk supaya kau sambung belajar?

Kata-kata cikgu yang masih terpahat dihati aku :
"Nurul, cikgu mahu kamu sambung belajar. Cikgu tahu kamu ada potensi untuk melangkah lebih jauh. Sambunglah study dan ambil aliran yang kamu betul-betul minat dan kamu yakin boleh angkat."
Atas nasihat beliau aku sambung ke Tingkatan 6. Aku mula dengan ambil subjek di luar bidang aku masa SPM. Dulu aku ambil aliran sains dan akaun. Sejujurnya, aku rasa berat sangat subjek tu, tetapi aku gagahkan juga belajar walaupun kurang minat. Syukurnya aku mempunyai ramai kawan yang tidak lokek dengan ilmu. Sentiasa bagi nasihat dalam study. Dan mereka sangat memahami. Masuk tingkatan 6, aku ambil subjek Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Pengajian Am dan Bahasa Melayu.

Aku mengalami perubahan yang drastik sejak masuk Tingkatan 6. Mungkin sebab kawan-kawan masa SPM dah takda, semua benda aku belajar sendiri. Memandangkan aku sambung belajar tanpa restu keluarga. It's hard for me actually~ Tiada yang support aku masa Tingkatan 6. Tapi aku ada kawan-kawan dan cikgu yang memahami. Aku belajar sambil bekerja. Isnin hingga Jumaat aku sekolah, hujung minggu aku bekerja. Walaupun penat, I'm happy! Mulanya family aku tidak bersetuju aku sambung study, mungkin sebab utama adalah kewangan. Maybe, because they saw my effort~ Akhirnya, family aku dah boleh terima aku sambung study. Everyday I felt so hard back then.

Alhamdulillah, aku habis Tingkatan 6 dengan keputusan yang memuaskan walaupun tidak cemerlang. Aku menangis. You know what, feeling bila kita betul-betul study sampai tidak tidur malam. Actually, ia satu kepuasan buat aku.


After that, aku dapat peluang ke Negeri Sembilan for the first time in my life sebab dapat naik kapal terbang. Hahaha~ Aku ikut kursus Bahasa Inggeris selama 3 bulan. Walaupun family tidak setuju, tetapi aku pergi juga sebab bukan selalu dapat peluang macam tu. Pengalaman pergi ke negeri orang merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Banyak perkara yang aku pelajari. Budaya, makanan, dan ragam manusia yang berbilang bangsa. I want to travel again~ 

Tidak sampai sebulan aku di sana, aku dapat tawaran di Universiti Malaysia Sabah. Aku ambil bidang Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga, Fakulti Psikologi dan Pendidikan. 3 tahun di UMS, banyak perkara yang telah dipelajari, pengalaman suka dan duka aku dengan Geng Crazy Rival BFF aku~ Seronoknya waktu muda. Cepat betul masa berlalu. Sedihnya sebab zaman belajar dah habis.

Alhamdulillah. Thank Allah for all this blessing~
Assalamualaikum
Bismillah



Deep down in my heart 
I want to cry

Assalamualaikum
Bismillah


Lirik Lagu Anta Permana - Dato Sri Siti Nurhaliza

Bicara minda
dendangan hati
Jiwa dan raga yang melengkapi
Bagaikan~ bagaikan hangat mentari
cinta yang sejati

Jauh di mata dekat di hati
jika dirindu jangan curangi
Ke mana~ ke mana kan terbawa pergi
terduga diuji

Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi

Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ku cinta
kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

Sedangkan lidah tergigit jua
inikan pula cinta manusia
Melayang~ melayang
dibawa pawana
iringi cintamu

Biar dikenang budi kasih dan sayang
Biar~ Biarkan cinta anta permana

Assalamualaikum
Bismillah

Hai kalian, lama dah tidak merapu dalam blog. Hari ini terdetik dalam hati aku mahu menulis panjang sikit. To be honest, aku takda kakak pun sebab akulah kakak yang paling sulung antara semua adik beradik. Beza umur aku dengan adik selepas aku adalah 5 tahun. Beza umur aku dengan adik perempuan pula 11 tahun. 


Aku ada 8 orang adik-beradik. Aku anak yang kedua. Di bawah aku pula ada 6 orang adik. So, tanggungjawab sebagai seorang kakak bagi aku amat berat. Kalau boleh kita mahu bagi contoh yang baik dengan adik-beradik yang lain. Walaupun aku bukanlah anak sulung, tetap juga aku jadi role model bagi dorang. Kami adalah abang dan kakak. 
"Aku mahu jadi besar dan cantik macam kakak" 
"Aku mahu pandai dan masuk Universiti macam kakak"
Kalau kamu ada adik, cuba perhati dan dengar perbualan adik-adik kamu apabila bermain dengan kawan-kawan mereka. Adakah mereka bangga punya kakak atau abang macam kamu? Atau adakah mereka selalu mengutuk atau mengeluh punya kakak atau abang macam kamu?


Adik-adik aku selalu kata "kakak aku garang" Hahaha~ Walaupun begitu, apa-apa masalah atau keperluan mereka yang ingin dibeli, akulah orang pertama yang dorang akan cari. Pelik kan.

Aku tidak mempunyai seorang kakak. Aku hanya ada abang dan adik-adik. Aku rasa beruntungnya apabila ada seorang kakak. Kalau aku ada kakak, dialah yang tolong sediakan pakaian sekolah aku, dulu. Yang selalu tegur aku apabila aku buat silap. Yang selalu membebel apabila malas buat kerja. Kakak yang tempat aku bermanja dan cerita aku ada suka dengan seseorang ni. Boleh cerita hal-hal perempuan. 

Oleh kerana aku dibesarkan bersama seorang abang. Aku selalu jadikan abang aku sebagai role model. Abang aku nakal aku pun nakal juga. Hari-hari kena cuci telinga dan kena marah mama bapa. Hahaha~ Malah aku lebih mudah bergaul dengan lelaki berbanding perempuan. Abang aku pandai, aku pun mahu pandai juga. Apatah lagi apabila selalu dibandingkan antara aku dengan abang aku. Walaupun begitu, aku tidak pernah rasa cemburu, malah aku bangga lagi sebab aku rasa macam abang aku apapun dia boleh buat. Aku nak jadi macam dia.


Aku rasa adik-adik aku pun fikir macam tu juga. Apa aku buat dorang akan perhati. Kadang-kadang adik aku selalu kata "Nanti aku dah besar, aku dapat sudah kalahkan kakak" Kalahkan aku dari segi ketinggian katanya. Hahaha~ 

Aku pun tak tahu apa yang aku nak kata sebenarnya. Aku cuma lihat yang adik aku terlalu manja sehingga memaksa aku untuk jadi garang. Kalau belikan barang, dorang tidak hargai, sebab dorang tahu aku pasti akan belikan juga apabila diminta. Apa sahaja kemahuan dorang, aku turutkan sebab dulu aku sedar, ibu bapa aku tidak dapat penuhi apa yang aku mahu kerana kehidupan yang susah dulu. 

Jadi aku tidak mahu dorang rasa susah seperti mana aku rasa dulu. Cuma apabila terlalu merasa kesenangan, dorang mula tidak menghargai. Apabila aku mula tidak turutkan kemahuan dorang, aku dilabel sebagai kakak yang garang sebab aku selalu marah-marah dan membebel. Hahaha~