Assalamualaikum
Bismillah

Pada bulan Disember tahun lalu, aku ada memohon kerja sebagai pembantu guru di sebuah Taska. Alhamdulillah, selepas temuduga aku diminta untuk datang sebagai percubaan selama sehari. Tetapi pada keesokkan harinya aku tidak dapat datang kerana tidak mempunyai kenderaan dan tambang ke Taska tersebut. Aku memang tiada persediaan dari segi kenderaan ketika itu. Ada grab tapi tiada duit pula. Parents pula belum gaji. So aku anggap je lah rezeki aku bukan kat Taska tu.


Namun, pada hari pertunangan cousin aku. Aku mendapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. So, aku terus call sebab aku risau panggilan daripada mana-mana tempat yang aku pernah isi borang permohonan kerja.

Tak sangka, tempat yang aku memohon di taska tu call aku. Majikan tu offer kerja sebagai pembantu guru dengan latihan selama 3 bulan dan elaun sebanyak RM920. Memandangkan aku ada pengalaman praktikal di sebuah sekolah pendidikan khas, so aku tidak perlu percubaan lagi. Katanya, selepas 3 bulan aku akan diberikan jawatan yang tetap dan gaji berserta bonus.

Alhamdulillah rezeki. Walaupun begitu, dugaan sebenar aku adalah ketika mula bekerja di taska tersebut.

Hari pertama aku bekerja aku sesat haha. Jadi aku datang agak lewat dalam 10 minit. Sampai saja ke taska aku diarah untuk menyambut kanak-kanak yang baru sampai. Periksa suhu bayi ataupun kanak-kanak kerana sekiranya anak itu mengalami demam panas, maka ibu bapa tidak digalakkan untuk menghantar anak mereka ke taska pada hari tersebut. Dikhuatiri akan memberi kesan kepada bayi atau kanak-kanak yang lain.

Setelah itu, aku diarahkan untuk periksa beg bayi atau kanak-kanak dan memastikan baju atau seluar lebih ada disediakan, pampers dan susu. Suasana di taska pada waktu itu sangatlah sibuk dengan tangisan bayi dan kanak-kanak. Hahaha. Agak bingung tetapi masih dalam kawalan.

Waktu pagi, bayi dan kanak-kanak akan diberi sarapan pagi serta dimandikan bagi ibu bapa yang tidak sempat mengurus anak mereka. Kerja aku waktu itu hanya memastikan kanak-kanak berada di kawasan mereka sahaja. Pekerja yang lain pula, terutama yang pengasuh bayi memang lebih banyak kerja sedikit berbanding jaga kanak-kanak yang berumur 1 - 4 tahun.

Dalam jam 8 pagi begitu, aktiviti dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan iaitu Lagu Negaraku dan Lagu Sabah Tanah Airku. Ini memberi gambaran dan pendedahan kepada kanak-kanak untuk mengenali Lagu Kebangsaan sebelum memasuki alam persekolahan yang sebenar. Kemudian, aktiviti senaman ringan seperti senamrobik dengan iringan lagu kanak-kanak dilakukan.

Pada pukul 9 lebih pula setiap guru akan membuat aktiviti dengan alat bantu mengajar. Aktiviti yang dilakukan merangkumi aktiviti kognitif, fizikal, komunikasi, dan sosio-emosi kanak-kanak.




Aku diberi sedikit taklimat ringkas bahawa semasa waktu bekerja diwajibkan untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, pada setiap minggu setiap pekerja akan membuat alat bantu mengajar mengikut tema yang diberikan. Sebenarnya apabila dibandingkan waktu belajar kat Universiti dulu, kerja ini boleh dikatakan agak senang dan boleh dibuat. Yang mencabar adalah bagaimana kita nak menjaga, mengawal dan mengajar kanak-kanak yang sangat banyak ragamnya.

Siapa yang boleh sabar bekerja 8 jam dengan tangisan budak dari pagi sampai petang? Hahaha.. Budak yang satu diam, satu lagi menangis. Lain lagi yang hyperaktif, kuat mengganggu kanak-kanak yang lain, attention seeker, manja melebih-lebih dan macam-macam lagi lah. Sampaikan satu tahap aku rasa kasihan dengan bayi dan kanak-kanak tu tidak dapat dilayan semuanya. Bayangkan setiap guru atau pengasuh sekurang-kurangnya menjaga 6-10 orang kanak-kanak.

Kerja sebagai pembantu guru taska ataupun pengasuh bayi sangat mencabar, menguji kesabaran dan memenatkan. Walaupun begitu, aku sangat gembira dapat bekerja di taska ini walaupun hanya sehari.

Aku terpaksa berhenti kerana masalah kesihatan yang aku pernah ceritakan sebelum ini. Yeaa, aku hanya bekerja selama sehari sahaja. Dan aku berasa sedih kerana aku terpaksa lepaskan pekerjaan yang aku sangat minati atas sebab masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan. Majikan aku sangat baik dan sudi beri penginapan untuk aku, tetapi mungkin sampai disitu saja pengalaman kerja aku sebagai pembantu guru taska.

Aku sedih kerana sejak aku graduate, aku tidak dapat bekerja kerana mudah penat dan sakit badan. Inilah ujian dalam hidup aku selepas bergelar graduan. Memang ada banyak lagi kerja tetapi sukar untuk aku ungkapkan perasaan aku dan betapa sakitnya aku apabila aku bekerja.

Aku sedih sebab dah banyak menyusahkan keluarga aku. Aku berharap apabila dah habis degree aku dapatlah bantu ringankan beban kewangan dengan bekerja part time walaupun gaji tidak banyak. Tetapi masalah kesihatan tidak mengizinkan aku untuk bekerja lagi.

Aku harap aku kuat.


Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, selama hampir 3 tahun berblog, ini adalah salah satu pencapaian aku sebagai seorang blogger di mana terdapat 8 entry yang sering menjadi carian google (google search) para pembaca.

1. Lirik Lagu Anta Permana - Dato Sri Siti Nurhaliza

Keyword : lagu anta permana


2. Lirik Lagu Original Sabahan by Atmosfera ft. Floor 88

Keyword : lagu original sabahan


3. Cara Bayar Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks 

Keyword : bayar elektrik online

 

4. Resepi Telur Rebus Masak Sos

Keyword : telur rebus sos


5. Lirik Lagu Roadblock Hatiku by Baby Shima & Floor 88

Keyword : roadblock hatiku


6. DIY Gambar Polaroid

Keyword : gambar polaroid


7. Tips Cinta: 8 Cara Pikat Kembali Bekas Kekasih

Keyword : cara pikat ex 


8. Apa Yang Aku Belajar Dalam Psikologi?

Keyword : belajar psikologi 


Semoga blog ini terus memberikan ilmu serta info yang bermanfaat buat para pembaca. 
Assalamualaikum
Bismillah

Kelmarin, entah macam mana terlalu kat wall sorang sahabat. Dia share video viral ceramah sorang ustaz pasal isteri di awal pernikahan VS beberapa tahun kemudian.

Masa awal nikah, rumah sentiasa kemas, bilik tidur wangi, cadar katil simetri, bantal pun susun selari, bantal peluk betul-betul centre kat tengah katil. Takda satu sampah pun atas lantai. Pintu almari tertutup rapi. Langsir dihias seimbang kanan dan kiri. Tingkap licin takda sebutir kotoran. Bawah bantal tersedia daun pandan. Fuh harumnya bau wangi-wangian.

Isteri pun mekap comel-comel, tangan kaki berinai. Buku lali ada gelang loceng bunyi ting ting ting. Pakai pulak baju seksi. Rambut letak bunga-bungaan. Perfume sampai 15 jenis. Mata kening terkebil-kebil nak goda suami. Excited lah tok laki. Nak keluar gi mengail pun tak jadi.



Sekarang dah 6 tahun nikah, semua dah berubah. Hilang sudah kecantikan si isteri. Dah tak wangi.  Dah jarang pakai baju seksi. Atas kepala dah takda bunga-bungaan menghiasi. Rumah pun dah start bersepah.  Bawah bantal dah takda daun pandan, yang ada taik kucing (gurau).

Ustaz kata, sebab tulah suami malas nak balik rumah. Sebab isteri dah tak pandai jaga suami. Gi main badminton, gi mengail, gi main dam 3-4 jam layan kawan-kawan lelaki lagi seronok. Cuba kalau isteri buat macam malam pertama. Comel, seksi, wangi, pastu menari pulak.  Fuh, kompom suami tak gi keluar dah. Melekat saja di rumah.

Kak Hana faham ustaz hanya niat bergurau. Audience pun seronok dengar tak kira lelaki mahupun perempuan. Tapi, tiba-tiba hati rasa sebak. 

Allahu. Entah kenapa tersentuh sangat hati saya, ustaz. Pertama sekali saya minta maaf, bukanlah niat nak membela wanita. Cuma saya takut ramai lelaki salah faham, terutama yang belum nikah tu. Saya risau para lelaki semua masuk ke gerbang perkahwinan hanya harapkan kepuasan nafsu semata. Saya juga risau lelaki-lelaki berkahwin dengan mindset:

“Balik keja isteri kena tunggu depan pintu, siapkan air teh panas untuk aku”

“Isteri kena layan nafsu aku setiap hari”

“Senanglah lepas kawin nanti, dah tak payah susah-susah basuh baju, sidai kain, lipat baju. Uniform kerja pun ada orang gosokkan setiap malam, bolehlah bangun lewat skit”

“Untunglah lepas kawin nanti, hari-hari ada isteri masakkan. Bangun pagi pun breakfast dah tersedia, takdalah kena makan mamak dah pepagi”

“Bestnya lepas kawin, ada orang kemaskan rumah, lepas makan pun takyah basuh pinggan dah, isteri buat semua”

Seolah-olah pernikahan itu satu KESENANGAN untuk lelaki tapi KESUSAHAN untuk wanita. KEUNTUNGAN untuk lelaki tapi BEBANAN untuk wanita.
Sedangkan si isteri kat rumah hari-hari macam medan perang. Dari celik mata sampai pejam mata semua benda dia urus seorang. Ustaz cuba bayangkan, mungkin situasi lepas 6 tahun kawin dah tak sama macam 6 hari pertama lepas kawin.

Lepas 6 tahun kawin, anak dah berderet ustaz, 4 orang rapat-rapat, selang 1-2 tahun sorang. Berdua-duaan dengan suami TAK SAMA DAN TAK AKAN SAMA dengan hidup dengan anak-anak kecik yang perlu diuruskan.

Saya cuba explain ya.

Anak yang 5 tahun & 3 tahun biasanya juara berkreativiti (baca: sepahkan rumah).  Jadi selalunya baru kemas rumah tak sampai 5 minit dah sepah semula, itu biasa. Baru habis mengemop dah ada yang terbabas kencing atas lantai, itu biasa.

Anak yang 2 tahun dan 2 bulan pulak masih menyusu badan. Mungkin kain baju yang berbasuh tak sempat nak sidai, yang dah kering belum sempat nak lipat. Sebab selang 1-2 jam, si kecil 2 orang tu nak menyusu tandem kanan dan kiri. 

Mungkin juga dapur tak sebersih dulu, lantai tak sekilat dulu. Yelah, baru je nak kemas, empat-empat anak meraung berebut perhatian si ummi. Baru je nak sinsing lengan basuh pinggan, yang sulung terkencing pulak dalam seluar, yang kedua terberak, yang ketiga main kasar dengan adik, yang baby dah menangis sebab sakit.

Sungguh tak sama, dah nikah 6 tahun dengan baru nikah 6 hari. Mandi pun kadang ala kadar, apatah lagi nak berseksi-seksi berwangi-wangi. Badan pun cuma mampu pakai "perfume" natural bau susu masam setiap hari.

Anak bangun menyusu gilir-gilir sepanjang malam, kadang terlalu exhausted sampai tak terlayan kehendak suami. Nak ambil perancang, suami pula tak bagi. Kata cik abang, dapat baby tu kan rezeki. Lebih sadis kalau ditambah dengan BABY TUA yang bernama suami, tapi tak pandai urus diri sendiri, dan tak pula ringan tulang bantu isteri.

Suami hanya tahu bila balik kerja, rumah kena tiptop. Makanan terhidang atas meja.  Anak-anak bersih dan wangi. Kain baju dah siap basuh dan berlipat rapi. Baju untuk esok dah siap gosok hari ini.

Nak tolong basuh pinggan? Hello, tu tugas isteri. Nak sidai kain kat luar? Oh never, jiran kata aku kena queen control nanti. Nak basuh berak anak? Sori aku geli. Nak vacuum dan mop rumah? Jatuhlah maruahku sebagai suami. Nak lipat kain? Uii dayuslah aku macam ni.

Jika begini, Janganlah harapkan layanan 5 star dari isteri. Kalau suami langsung tak bother nak bantu uruskan anak & rumah tangga sekali. Isteri itu pun manusia biasa. Bukan robot, bukan malaikat. Dia punya perasaan. Dia juga keletihan.

Sedangkan Nabi pun uruskan dirinya sendiri, jahit baju sendiri, repair kasutnya sendiri, ringan tulang bantu isteri, angkatkan air dan perahkan sendiri susu kambing untuk santapan keluarganya. Nabi sangat berlembut terhadap isteri, jaga hati isteri, tak pernah tinggi suara apatah lagi maki hamun isteri. Dengan akhlak suami yang begitu mulia persis sang Nabi, selayaknya lah Nabi sebut, "Jika dibolehkan manusia sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan isteri sujud kepada suami" Suami sebegini memang layak dapat penghormatan dari isteri, bukan saja sebab suami tu bagi nafkah kat isteri, bukan saja sebab kedudukan (dan tanggungjawab) suami lebih tinggi, tapi juga sebab suami tu sendiri sangat muliakan isteri.

Tapi sayang, hadith ni selalu disalahguna nak agungkan kedudukan lelaki sampai boleh buat isteri macam hamba, kerah isteri macam bibik sampai takda sikit pun tenaga yang tersisa.

.
Kak Hana jumpa ramai sangat isteri yang berkorban sampai TERKORBAN.

Terkorban kesihatan fizikal.
Terkorban kewarasan mental sampai depresi.
Terkorban kecantikan dan pengurusan diri.
Terkorban ketenangan emosi.
Terkorban amal ibadah fardhi.

Saya hormat cara ustaz didik wanita islam untuk muliakan suami dalam hidup berumahtangga. Dan saya akui ada juga ceramah ustaz yang ingatkan suami supaya hargai isteri, ingatkan suami pada pengorbanan isteri. Terima kasih ustaz.

Cuma yang ni, saya respon pada satu particular video tu saja.

Just nak ajak sama-sama bermuhasabah.
Bahawa perkahwinan memang SUSAH DAN BERAT bagi seorang isteri, TAPI JAUH LEBIH BERAT bagi seorang lelaki bergelar suami. Suatu TANGGUNGJAWAB BESAR yang menambah beban buat suami, bukan tempat membuang beban ke bahu isteri.
Maaf lagi sekali, tulisan ni bukan berniat nak lebihkan wanita berbanding lelaki. Hanya reflection terutama untuk diri sendiri.

Kak Hana tau, ramai suami-suami hebat yang tak kekok buat kerja rumah, tak kisah tukar lampin anak, ringan tulang lipat kain kemas rumah, walau di celah-celah kesibukan mencari nafkah, walau saban malam busy dengan urusan dakwah tarbiyah. Anda semua suami mithali, moga Allah berkati hidup tuan-tuan.

Dan tabik spring juga untuk isteri yang banyak handle urusan anak-anak dan rumah sendiri, tanpa rehat, tanpa cuti. Anda semua memang ohsem, macam isteri & ibu dalam komik kat bawah ni. But please remain healthy, emotionally & physically💚 get help if you need it.

Terima kasih encik suami, mengemudi keluarga penuh santun. Moga Allah balas dengan sebaik-baik ganjaran.

Nukilan Kak Hana, 
Bukan isteri sempurna

"Tulisan dan perkongsian ini ditulis sepenuhnya oleh Kak Hana. Semoga apa yang dikongsikan ini memberi manfaat buat kita semua"
Assalamualaikum
Bismillah

First of all thanks to my dear Junior for comment on my blog. Alhamdulillah kerana blog ini sedikit sebanyak memberi maklumat kepada para junior yang mengambil bidang psikologi, khususnya bidang Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga. 


Back to question. Kepada para Junior yang masih tertanya-tanya bagaimana cara nak pilih samada nak ambil praktikal ataupun thesis? Di sini ada sedikit tips berdasarkan pengalaman aku sebagai senior yang ambil course child & family psychology. 

Thesis
Anda digalakkan untuk mengambil thesis atau latihan ilmiah sekiranya anda mempunyai keputusan yang baik sepanjang semester. Mostly, pelajar dekan ramai yang ambil thesis. 

Sekiranya anda bercadang untuk ambil thesis, disarankan agar pada semester 4 tahun 2 anda telah mempunyai tajuk ataupun tema untuk thesis anda. Banyakkan berjumpa dan bertanya dengan pensyarah untuk berbincang berkenaan thesis anda. 

JANGAN sesekali buat tajuk last minit. 

Praktikal
Baiklah, bagi anda yang bercadang mahu menjalankan Latihan Praktikal, anda digalakkan untuk senaraikan tempat-tempat praktikal yang anda mahu. Antara tempat yang disarankan untuk menjalankan latihan praktikal adalah :

1. Hospital (Bahagian Kanak-Kanak)
2. Pusat Pendidikan Khas 
3. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
4. Sekolah Pendidikan Khas
5. Sekolah Rendah 
6. Pusat Pemulihan atau Rumah Anak Yatim

Note : Anda dibolehkan untuk mencari tempat praktikal samada kerajaan mahupun swasta.

Syarat Latihan Praktikum:
1. Bekerja minimum 5 jam sehari atau lebih.
2. Bekerja sekurang-kurangnya 5 hari dalam seminggu.
3. Tempat praktikal mempunyai 20 orang kanak-kanak atau lebih
4. Pemilihan tempat berdasarkan pilihan (Mini kajian, Kajian Kes, Menjalankan Program)


Note : Syarat ini boleh berubah. Refer to Buku Manual Praktikum. 

Tugasan Yang Wajib Dibuat Semasa Praktikal
Sekiranya anda memilih Latihan Praktikal semasa internship, anda diberi 3 pilihan sebagai tugasan semasa praktikal. Anda diwajibkan untuk memilih salah satu tugasan :

1. Mini Kajian
2. Kajian Kes
3. Tiga (3) Program Jangka Pendek

Setakat ini, itu sahaja yang perlu dikongsi untuk memberi sedikit gambaran kepada para junior yang bakal menjalankan internship. Sebarang pertanyaan berkenaan Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga boleh email di nurulatikayunus23@gmail.com 

Assalamulaikum
Bismillah

Sebenarnya aku dah lama nak kongsi benda nie. Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya aku telah berjaya untuk menggenggam segulung ijazah setelah 3 tahun menghabiskan pengajian di Universiti Malaysia Sabah. Kini aku bergelar graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian (Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga).

Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah SWT dan berkat doa daripada kedua ibu bapa. Walaupun pelbagai rintangan dan dugaan sepanjang berada di Universiti seperti masalah kewangan, tugasan, ragam kawan, pensyarah, kurang tidur dan banyak lagi lah. 

Aku sebenarnya sedikit terkilan kerana sampai aku habis belajar aku tak dapat dekan. Hahaha xD Susah juga nak jadi budak dekan nie. Apapun salute dan tahniah kepada pelajar yang dapat FIRST CLASS~ huhu dah lah masa atas pentas tu graduan yang dapat 1st class yang jadi tumpuan guys! haha~ Aku tumpang bangga saja sebab coursemate aku ada 4 orang dapat First Class!!



Inilah tulang belakang dan individu yang banyak bagi semangat sepanjang aku di UMS. Kasih ibu ayah yang tidak terhingga~

Family aku excited gila dapat tengok aku naik atas pentas mengalahkan orang yang nak konvo nie. Yang aku pula macam-macam dah dalam fikiran, macam mana kalau masa nak ambil skroll tu kaki aku tersadung ataupun jatuh. Hahaha 


Inilah jurugambar tidak berbayar masa konvo. Actually I'm so happy sebab abang aku dapat datang. Dialah juga yang banyak bagi nasihat pasal study. I'm nothing without him. 



Aku tak ambil gambar banyak sangat. Sebab aku tak suka bergambar. Aku lebih happy ambil gambar kalau adik-adik aku dapat ikut sekali masa konvo. Tetapi max dapat masuk dewan hanya 3 orang guest saja. 




Setiap orang ada cara dia untuk berkongsi kegembiraan. Dan aku lebih gembira dapat kongsi kejayaan ini dengan keluarga kecil aku. Dan aku lebih gembira andai kejayaan aku dapat dilihat oleh arwah Nenek dan Atuk aku~ Huhu T-T



Aku berharap dengan kejayaan kecil ini dapat memberi semangat buat mereka yang tengah struggle dalam study. Kalau ada perasaan malas itu hadir, ingatlah kedua ibu bapa. Ingatlah pesan dan nasihat mereka. 

Jangan lupa solat dan banyakkan berdoa. Setiap kali exam minta restu daripada ibu bapa. Minta ibu bapa doakan kejayaan kita. 

Sedikit pesan daripada aku juga supaya jaga kesihatan dan jangan sesekali kita menyakitkan hati orang lain dalam menimba ilmu samada dengan kawan mahupun pensyarah kita. 

Assalamualaikum
Bismillah

Sejak masuk Tahun 2019 ni, banyak benda aku nak tukar. Salah satunya adalah domain blog. Benda ni aku dah fikir lama dah, dari tahun lalu lagi. Yang menjadi masalah aku tak tahu nak guna URL apa untuk menggantikan HTTPS://CIKNURUL23.BLOGSPOT.COM


Mungkin dalam masa yang terdekat aku tak terfikir lagi nak tukar domain sebab sejak beberapa bulan ni pun aku dah jarang update blog. InsyaAllah, lepas adik aku habis study kat Matrikulasi, Labuan kot baru aku aktif balik. Laptop kan dia yang pinjam~

Aku ada juga terbaca kesan apabila bertukar domain, seperti pavegiews jatuh mendadak, masalah google adsense dan sebagainya. Mungkin korang ada tips bagaimana nak elakkan sekiranya terjadi begitu. Boleh share kat komen. 

Template blog ini pun aku nak tukar juga. Korang rasa template nie dah okay ke? atau perlu penambahbaikan lagi? 

Dan of course content dan cara penulisan ini perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. Hmm~ Aku harap apa yang aku kongsi dalam blog ini bermanfaat buat pembaca. Kadang-kala aku rasa aku banyak merapu saja dalam blog. 

Apapun, kalau aku nak tukar domain, agak-agak apa URL yang sesuai ya?

www.nurulatikayunus.com
www.siinurul.com
www.blogsiinurul.com
Assalamualaikum
Bismillah

Hai guys, rindunya aku dengan laptop. T-T ~ Lama sangat tunggu adik aku cuti. Sekarang baru berpelunag mahu melunaskan rindu mahu menulis blog. Setelah sekian lama tidak update, hari ini aku ingin menulis entry wajib dalam blog ini. 


Tak nak bebel panjang. Ini adalah Top 5 Entry Pada Bulan Disember 2018 :

1. Alhamdulillah, Blog Sii Nurul Skor SEO 100% (212 views)

2.  DIY Creative Quiet Books For Child With Fine Motor Skills (556 views)

3.  Terima Tawaran Ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) Walaupun Terpaksa (768 views)

4. Resepi Telur Rebus Masak Sos (10610 views)

5. Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Cuti Semester (1130 views)

Pada Bulan Disember aku hanya menulis sebanyak 4 entry sahaja. Berdasarkan google analytic dapat dilihat bahawa jumlah pelawat (pageviews) blog pada bulan ini adalah sebanyak 23 307. Manakala Bounce Rate adalah sebanyak 9.86%.

Terima kasih banyak yang masih setia membaca blog ini. Semoga apa yang dikongsi memberi manfaat kepada pembaca. Sebarang pertanyaan boleh email ke nurulatikayunus23@gmail.com
Assalamualaikum
Bismillah

Resepi Cupcakes Chipsmore 

BAHAN-BAHAN: 
1. Biskut Chipsmore
2. Susu GoodDay 200ML

CARA-CARANYA :

1. Pecahkan biskut chipsmore.

2. Masukkan dalam blend.

3. Masukkan susu coklat Goodday.

4. Dah siap blend masukkan ke dalam loyang @ bekas cupcakes.

5. Panaskan air dan kukus.

6. Masukkan bahan yang telah siap ke dalam pengukus.

7. Kukus selama 30 MINIT & LIHAT HASIL NYE.. NYUMM..

P.S : Lupa nak mention… jangan lupa letak baking powder 1 sudu saja supaya ia kembang…