Nikah Itu Simbiosis Bukan Parasitisme Nukilan Kak Hana

Assalamualaikum
Bismillah

Kelmarin, entah macam mana terlalu kat wall sorang sahabat. Dia share video viral ceramah sorang ustaz pasal isteri di awal pernikahan VS beberapa tahun kemudian.

Masa awal nikah, rumah sentiasa kemas, bilik tidur wangi, cadar katil simetri, bantal pun susun selari, bantal peluk betul-betul centre kat tengah katil. Takda satu sampah pun atas lantai. Pintu almari tertutup rapi. Langsir dihias seimbang kanan dan kiri. Tingkap licin takda sebutir kotoran. Bawah bantal tersedia daun pandan. Fuh harumnya bau wangi-wangian.

Isteri pun mekap comel-comel, tangan kaki berinai. Buku lali ada gelang loceng bunyi ting ting ting. Pakai pulak baju seksi. Rambut letak bunga-bungaan. Perfume sampai 15 jenis. Mata kening terkebil-kebil nak goda suami. Excited lah tok laki. Nak keluar gi mengail pun tak jadi.



Sekarang dah 6 tahun nikah, semua dah berubah. Hilang sudah kecantikan si isteri. Dah tak wangi.  Dah jarang pakai baju seksi. Atas kepala dah takda bunga-bungaan menghiasi. Rumah pun dah start bersepah.  Bawah bantal dah takda daun pandan, yang ada taik kucing (gurau).

Ustaz kata, sebab tulah suami malas nak balik rumah. Sebab isteri dah tak pandai jaga suami. Gi main badminton, gi mengail, gi main dam 3-4 jam layan kawan-kawan lelaki lagi seronok. Cuba kalau isteri buat macam malam pertama. Comel, seksi, wangi, pastu menari pulak.  Fuh, kompom suami tak gi keluar dah. Melekat saja di rumah.

Kak Hana faham ustaz hanya niat bergurau. Audience pun seronok dengar tak kira lelaki mahupun perempuan. Tapi, tiba-tiba hati rasa sebak. 

Allahu. Entah kenapa tersentuh sangat hati saya, ustaz. Pertama sekali saya minta maaf, bukanlah niat nak membela wanita. Cuma saya takut ramai lelaki salah faham, terutama yang belum nikah tu. Saya risau para lelaki semua masuk ke gerbang perkahwinan hanya harapkan kepuasan nafsu semata. Saya juga risau lelaki-lelaki berkahwin dengan mindset:

“Balik keja isteri kena tunggu depan pintu, siapkan air teh panas untuk aku”

“Isteri kena layan nafsu aku setiap hari”

“Senanglah lepas kawin nanti, dah tak payah susah-susah basuh baju, sidai kain, lipat baju. Uniform kerja pun ada orang gosokkan setiap malam, bolehlah bangun lewat skit”

“Untunglah lepas kawin nanti, hari-hari ada isteri masakkan. Bangun pagi pun breakfast dah tersedia, takdalah kena makan mamak dah pepagi”

“Bestnya lepas kawin, ada orang kemaskan rumah, lepas makan pun takyah basuh pinggan dah, isteri buat semua”

Seolah-olah pernikahan itu satu KESENANGAN untuk lelaki tapi KESUSAHAN untuk wanita. KEUNTUNGAN untuk lelaki tapi BEBANAN untuk wanita.
Sedangkan si isteri kat rumah hari-hari macam medan perang. Dari celik mata sampai pejam mata semua benda dia urus seorang. Ustaz cuba bayangkan, mungkin situasi lepas 6 tahun kawin dah tak sama macam 6 hari pertama lepas kawin.

Lepas 6 tahun kawin, anak dah berderet ustaz, 4 orang rapat-rapat, selang 1-2 tahun sorang. Berdua-duaan dengan suami TAK SAMA DAN TAK AKAN SAMA dengan hidup dengan anak-anak kecik yang perlu diuruskan.

Saya cuba explain ya.

Anak yang 5 tahun & 3 tahun biasanya juara berkreativiti (baca: sepahkan rumah).  Jadi selalunya baru kemas rumah tak sampai 5 minit dah sepah semula, itu biasa. Baru habis mengemop dah ada yang terbabas kencing atas lantai, itu biasa.

Anak yang 2 tahun dan 2 bulan pulak masih menyusu badan. Mungkin kain baju yang berbasuh tak sempat nak sidai, yang dah kering belum sempat nak lipat. Sebab selang 1-2 jam, si kecil 2 orang tu nak menyusu tandem kanan dan kiri. 

Mungkin juga dapur tak sebersih dulu, lantai tak sekilat dulu. Yelah, baru je nak kemas, empat-empat anak meraung berebut perhatian si ummi. Baru je nak sinsing lengan basuh pinggan, yang sulung terkencing pulak dalam seluar, yang kedua terberak, yang ketiga main kasar dengan adik, yang baby dah menangis sebab sakit.

Sungguh tak sama, dah nikah 6 tahun dengan baru nikah 6 hari. Mandi pun kadang ala kadar, apatah lagi nak berseksi-seksi berwangi-wangi. Badan pun cuma mampu pakai "perfume" natural bau susu masam setiap hari.

Anak bangun menyusu gilir-gilir sepanjang malam, kadang terlalu exhausted sampai tak terlayan kehendak suami. Nak ambil perancang, suami pula tak bagi. Kata cik abang, dapat baby tu kan rezeki. Lebih sadis kalau ditambah dengan BABY TUA yang bernama suami, tapi tak pandai urus diri sendiri, dan tak pula ringan tulang bantu isteri.

Suami hanya tahu bila balik kerja, rumah kena tiptop. Makanan terhidang atas meja.  Anak-anak bersih dan wangi. Kain baju dah siap basuh dan berlipat rapi. Baju untuk esok dah siap gosok hari ini.

Nak tolong basuh pinggan? Hello, tu tugas isteri. Nak sidai kain kat luar? Oh never, jiran kata aku kena queen control nanti. Nak basuh berak anak? Sori aku geli. Nak vacuum dan mop rumah? Jatuhlah maruahku sebagai suami. Nak lipat kain? Uii dayuslah aku macam ni.

Jika begini, Janganlah harapkan layanan 5 star dari isteri. Kalau suami langsung tak bother nak bantu uruskan anak & rumah tangga sekali. Isteri itu pun manusia biasa. Bukan robot, bukan malaikat. Dia punya perasaan. Dia juga keletihan.

Sedangkan Nabi pun uruskan dirinya sendiri, jahit baju sendiri, repair kasutnya sendiri, ringan tulang bantu isteri, angkatkan air dan perahkan sendiri susu kambing untuk santapan keluarganya. Nabi sangat berlembut terhadap isteri, jaga hati isteri, tak pernah tinggi suara apatah lagi maki hamun isteri. Dengan akhlak suami yang begitu mulia persis sang Nabi, selayaknya lah Nabi sebut, "Jika dibolehkan manusia sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan isteri sujud kepada suami" Suami sebegini memang layak dapat penghormatan dari isteri, bukan saja sebab suami tu bagi nafkah kat isteri, bukan saja sebab kedudukan (dan tanggungjawab) suami lebih tinggi, tapi juga sebab suami tu sendiri sangat muliakan isteri.

Tapi sayang, hadith ni selalu disalahguna nak agungkan kedudukan lelaki sampai boleh buat isteri macam hamba, kerah isteri macam bibik sampai takda sikit pun tenaga yang tersisa.

.
Kak Hana jumpa ramai sangat isteri yang berkorban sampai TERKORBAN.

Terkorban kesihatan fizikal.
Terkorban kewarasan mental sampai depresi.
Terkorban kecantikan dan pengurusan diri.
Terkorban ketenangan emosi.
Terkorban amal ibadah fardhi.

Saya hormat cara ustaz didik wanita islam untuk muliakan suami dalam hidup berumahtangga. Dan saya akui ada juga ceramah ustaz yang ingatkan suami supaya hargai isteri, ingatkan suami pada pengorbanan isteri. Terima kasih ustaz.

Cuma yang ni, saya respon pada satu particular video tu saja.

Just nak ajak sama-sama bermuhasabah.
Bahawa perkahwinan memang SUSAH DAN BERAT bagi seorang isteri, TAPI JAUH LEBIH BERAT bagi seorang lelaki bergelar suami. Suatu TANGGUNGJAWAB BESAR yang menambah beban buat suami, bukan tempat membuang beban ke bahu isteri.
Maaf lagi sekali, tulisan ni bukan berniat nak lebihkan wanita berbanding lelaki. Hanya reflection terutama untuk diri sendiri.

Kak Hana tau, ramai suami-suami hebat yang tak kekok buat kerja rumah, tak kisah tukar lampin anak, ringan tulang lipat kain kemas rumah, walau di celah-celah kesibukan mencari nafkah, walau saban malam busy dengan urusan dakwah tarbiyah. Anda semua suami mithali, moga Allah berkati hidup tuan-tuan.

Dan tabik spring juga untuk isteri yang banyak handle urusan anak-anak dan rumah sendiri, tanpa rehat, tanpa cuti. Anda semua memang ohsem, macam isteri & ibu dalam komik kat bawah ni. But please remain healthy, emotionally & physically💚 get help if you need it.

Terima kasih encik suami, mengemudi keluarga penuh santun. Moga Allah balas dengan sebaik-baik ganjaran.

Nukilan Kak Hana, 
Bukan isteri sempurna

"Tulisan dan perkongsian ini ditulis sepenuhnya oleh Kak Hana. Semoga apa yang dikongsikan ini memberi manfaat buat kita semua"

6 comments:

  1. satu kebenaran yg terbongkar. setuju sgt. suami n isteri kena bertolak ansur. jgn meminta itu dan ini jika diri sendiri x sanggup memberikan layanan terbaik kpd pihak yg satu lagi..

    ReplyDelete
  2. Saya belum lagi berkhawin tapi itulah yang selalu saya dengar. Tanggung jawab isteri banyak. Kadang dipandang sebelah mata kalau suami yang jenis tak tahu menghargai. Sebab itu banyak kes cerai, penderaan mental.. Sedih. betul abam kie ckp. Tolak ansur sangat penting. Cuma entahlah.. Musim perkhawinan skg sukar diramal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Masing2 kena tau tanggungjwb sendiri..

      Delete
  3. Anda telah mendedahkan kebenaran di antara anda dua tetapi anda juga boleh memberi hadiah pada hari valentine melalui aliexpress voucher malaysia

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.