Pengalaman Kerja di Taska

Assalamualaikum
Bismillah

Pada bulan Disember tahun lalu, aku ada memohon kerja sebagai pembantu guru di sebuah Taska. Alhamdulillah, selepas temuduga aku diminta untuk datang sebagai percubaan selama sehari. Tetapi pada keesokkan harinya aku tidak dapat datang kerana tidak mempunyai kenderaan dan tambang ke Taska tersebut. Aku memang tiada persediaan dari segi kenderaan ketika itu. Ada grab tapi tiada duit pula. Parents pula belum gaji. So aku anggap je lah rezeki aku bukan kat Taska tu.


Namun, pada hari pertunangan cousin aku. Aku mendapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. So, aku terus call sebab aku risau panggilan daripada mana-mana tempat yang aku pernah isi borang permohonan kerja.

Tak sangka, tempat yang aku memohon di taska tu call aku. Majikan tu offer kerja sebagai pembantu guru dengan latihan selama 3 bulan dan elaun sebanyak RM920. Memandangkan aku ada pengalaman praktikal di sebuah sekolah pendidikan khas, so aku tidak perlu percubaan lagi. Katanya, selepas 3 bulan aku akan diberikan jawatan yang tetap dan gaji berserta bonus.

Alhamdulillah rezeki. Walaupun begitu, dugaan sebenar aku adalah ketika mula bekerja di taska tersebut.

Hari pertama aku bekerja aku sesat haha. Jadi aku datang agak lewat dalam 10 minit. Sampai saja ke taska aku diarah untuk menyambut kanak-kanak yang baru sampai. Periksa suhu bayi ataupun kanak-kanak kerana sekiranya anak itu mengalami demam panas, maka ibu bapa tidak digalakkan untuk menghantar anak mereka ke taska pada hari tersebut. Dikhuatiri akan memberi kesan kepada bayi atau kanak-kanak yang lain.

Setelah itu, aku diarahkan untuk periksa beg bayi atau kanak-kanak dan memastikan baju atau seluar lebih ada disediakan, pampers dan susu. Suasana di taska pada waktu itu sangatlah sibuk dengan tangisan bayi dan kanak-kanak. Hahaha. Agak bingung tetapi masih dalam kawalan.

Waktu pagi, bayi dan kanak-kanak akan diberi sarapan pagi serta dimandikan bagi ibu bapa yang tidak sempat mengurus anak mereka. Kerja aku waktu itu hanya memastikan kanak-kanak berada di kawasan mereka sahaja. Pekerja yang lain pula, terutama yang pengasuh bayi memang lebih banyak kerja sedikit berbanding jaga kanak-kanak yang berumur 1 - 4 tahun.

Dalam jam 8 pagi begitu, aktiviti dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan iaitu Lagu Negaraku dan Lagu Sabah Tanah Airku. Ini memberi gambaran dan pendedahan kepada kanak-kanak untuk mengenali Lagu Kebangsaan sebelum memasuki alam persekolahan yang sebenar. Kemudian, aktiviti senaman ringan seperti senamrobik dengan iringan lagu kanak-kanak dilakukan.

Pada pukul 9 lebih pula setiap guru akan membuat aktiviti dengan alat bantu mengajar. Aktiviti yang dilakukan merangkumi aktiviti kognitif, fizikal, komunikasi, dan sosio-emosi kanak-kanak.




Aku diberi sedikit taklimat ringkas bahawa semasa waktu bekerja diwajibkan untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, pada setiap minggu setiap pekerja akan membuat alat bantu mengajar mengikut tema yang diberikan. Sebenarnya apabila dibandingkan waktu belajar kat Universiti dulu, kerja ini boleh dikatakan agak senang dan boleh dibuat. Yang mencabar adalah bagaimana kita nak menjaga, mengawal dan mengajar kanak-kanak yang sangat banyak ragamnya.

Siapa yang boleh sabar bekerja 8 jam dengan tangisan budak dari pagi sampai petang? Hahaha.. Budak yang satu diam, satu lagi menangis. Lain lagi yang hyperaktif, kuat mengganggu kanak-kanak yang lain, attention seeker, manja melebih-lebih dan macam-macam lagi lah. Sampaikan satu tahap aku rasa kasihan dengan bayi dan kanak-kanak tu tidak dapat dilayan semuanya. Bayangkan setiap guru atau pengasuh sekurang-kurangnya menjaga 6-10 orang kanak-kanak.

Kerja sebagai pembantu guru taska ataupun pengasuh bayi sangat mencabar, menguji kesabaran dan memenatkan. Walaupun begitu, aku sangat gembira dapat bekerja di taska ini walaupun hanya sehari.

Aku terpaksa berhenti kerana masalah kesihatan yang aku pernah ceritakan sebelum ini. Yeaa, aku hanya bekerja selama sehari sahaja. Dan aku berasa sedih kerana aku terpaksa lepaskan pekerjaan yang aku sangat minati atas sebab masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan. Majikan aku sangat baik dan sudi beri penginapan untuk aku, tetapi mungkin sampai disitu saja pengalaman kerja aku sebagai pembantu guru taska.

Aku sedih kerana sejak aku graduate, aku tidak dapat bekerja kerana mudah penat dan sakit badan. Inilah ujian dalam hidup aku selepas bergelar graduan. Memang ada banyak lagi kerja tetapi sukar untuk aku ungkapkan perasaan aku dan betapa sakitnya aku apabila aku bekerja.

Aku sedih sebab dah banyak menyusahkan keluarga aku. Aku berharap apabila dah habis degree aku dapatlah bantu ringankan beban kewangan dengan bekerja part time walaupun gaji tidak banyak. Tetapi masalah kesihatan tidak mengizinkan aku untuk bekerja lagi.

Aku harap aku kuat.


5 comments:

  1. Nurul mesti kuat. Jangan merasakan diri menyusahkan family. Kesihatan lebih penting daripada kerja. Walaupun hanya sehari je, pengalaman tu yang penting. Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fiza.. Yea kalau x sihat kerja pun x dapat.. InsyaAllah, semoga d'berikn kekuatan..

      Delete
  2. Ya Allah Nurul, semoga terus kuat dan kena berubat utk atasi kesihatan tu kalau tidak susah diri sendiri sebab tak boleh buat apa yang Nurul minati tu..

    Pastinya menarik kan bekerja dibidang yang kita pelajari dan minati walau penat dengan ragam anak2 yang mesti memeningkan kepala tapi enjoy

    Semoga Nurul sihat dan dapat pekerjaan seperti mana yang Nurul inginkan..

    ReplyDelete
  3. Cik nurul klu sudi, nak ummi bantu berkaitan kesihatan cik nurul. Mari wasap ummi ya 017 5737580

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.