Permohonan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Pembantu Pengurusan Murid N19 Diterima

Assalamualaikum
Bismillah

Sejak belakangan ini banyak benda aku mahu kongsi terutama sekali berkenaan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Pernah dengar tak tentang Pembantu Pengurusan Murid? Pasal benda nie lah aku nak kongsi dengan korang semua.


Cerita ini sangatlah panjang, tetapi aku cuma kongsi point penting saja. Jangan risau, aku akan cuba kongsi macam mana memohon jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Persediaan semasa temuduga dan soalan-soalan yang bakal ditanya semasa temuduga. Cuma aku tak nak share sekarang. 

Kiranya entry ini merupakan mukadimah lah hehe~ Aku dah lama memohon jawatan Pembantu Pengurusan Murid sejak tahun 2017 lagi. Cuma tahun ini (2019) baru permohonan aku diluluskan.  


Ada 3 jawatan yang telah didaftarkan dalam SPP tetapi yang diterima untuk temuduga hanyalah jawatan bagi Pembantu Pengurusan Murid Gred N19. Ada banyak lagi jawatan yang boleh dipohon dalam SPP ini sebab dalam SPP ada dua kategori iaitu jawatan guru dan bukan guru.

Jawatan Guru
1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 dan DG29

Jawatan Bukan Guru
1. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 dan DH29
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
3. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
4. Penyelia Asrama Gred N19
5. Pembantu Pengurusan Murid Gred N19
6. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
7. Pembantu Makmal Gred C19
8. Pembantu Operasi Gred N11
9. Pemandu Kenderaan Gred H11


Aku tahu tentang Pembantu Pengurusan Murid ini pun daripada coursemate aku sebab dia selalu dapat temuduga bagi jawatan ini. Apa yang aku suka tentang pembantu pengurusan murid (PPM) ini adalah skop tugasan lebih kurang hampir sama dengan apa yang aku belajar semasa di Universiti. Oleh sebab itulah aku pilih jawatan ini. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman utama
SPP ⇒ https://www.spp.gov.my/ms/ 

 #TemudugaSPP
#PembantuPengurusanMurid

20 comments:

  1. Alhamdulillah, tahniah nurul

    ReplyDelete
  2. tahniah awak.. prkongsian yg baik buat semua :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. that's a good news

    ReplyDelete
  4. salam nak tnya..saya baru isi spp di jobsmalaysia beberapa hari yang lalu tapi apabila di semak di laman web dia tulis ''
    Maaf, permohonan anda tiada dalam pangkalan data SPP. Sila semak semula permohonan anda di Jobsmalaysia www.jobsmalaysia.gov.my serta lengkapkan maklumat permohonan dan pastikan semua maklumat yang dikehendaki telah lengkap diisi sebelum menghantar permohonan. Rujuk panduan yang telah disediakan untuk mengemaskini permohonan anda.''..adakah maksudnya disini saya mash belom hantar permohonan atau sekadar belom dluluskan lagi???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.. nampaknya permohonan Fahmi belum lengkap lagi dan belum diluluskan. Fahmi kena semak semula maklumat yang mungkin Fahmi terlepas pandang..

      Delete
  5. Tahniah awak. Kita sama lah hehe. Dah mohon dr thn 2017 sekrang br dipanggil 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Tahniah, smoga b'jaya dlm temuduga

      Delete
  6. Boleh saya tau macam mana nak mohon? Sy dah masuk dalam job Malaysia tapi sy tak tau cara nak mohon macam mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh baca kat sini CARA MEMOHON JAWATAN DALAM SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP) MELALUI JOBSMALAYSIA (https://ciknurul23.blogspot.com/2019/05/cara-memohon-jawatan-dalam-suruhanjaya.html)

      Delete
  7. Nak tanya kan sya dh letak result cgpa yg sem lps tapi sya nak kemaskini cgpa yg terkini punya result akhir sbb baru dpt tahu resultnya cgpa bulan nie..tapi double pulak resultnya yg lama ngan yg baru jadi mcm mna nak delete result lama?? Walaupon dh kemaskini yg baru..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya bole ja delete result yg lama kat sana juga. Sebab sy kemaskini okay ja pula..

      Delete
  8. Hi Nurul, Tahniah.. Saya nak tanya berapa tempoh
    Nurul mendapat keputusan temuduga dari SPP selepas di temuduga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi juga :)
      Utk keputusan temuduga pula, belum keluar keputusan lagi. Rasanya baru masuk sebulan selepas sy ditemuduga.. Sy ada tanya kawan sy yg berjaya dlm temuduga, keputusan temuduga biasanya mengambil masa dalam 1-3 bulan juga (bergantung dgn tempat kekosongan) ..

      Delete
    2. Terima kasih info nya Nurul.. Sy pun tgh tgu keputusan temuduga sebenarnya.. Semoga kita sama2 berjaya..

      Delete
    3. Your welcome 😊
      InsyaAllah, amiin

      Delete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.