Tatabahasa Asas : Kesalahan Bahasa [Part 1]

Assalamualaikum
Bismillah

Kesalahan bahasa merujuk kepada bentuk bahasa yang binaannya menyalahi peraturan yang telah ditetapkan. Kesalahan bahasa sering berlaku kerana pengaruh daripada penggunaan bahasa Melayu lisan tidak formal dalam kehidupan seharian. Bahasa lisan tidak formal secara umumnya tidak menekankan aspek tatabahasa. 


Jenis kesalahan bahasa yang sering dilakukan dalam kalangan pengguna bahasa dapat dilihat dari beberapa aspek iaitu aspek :
  • ejaan
  • tanda baca
  • sebutan dan intonasi
  • morfologi
  • sintaksis
  • diksi
  • pemilihan perkataan
Kesalahan Ejaan

a) Kata berakhiran -i
Kesalahan berlaku apabila -ki dianggap sebagai akhiran dan digunakan bagi menggantikan akhiran -i pada kata dasar yang berakhir dengan huruf k. Contohnya :

memasukki → memasuki (akhiran -i)
menaikki → menaiki (akhiran -i)
mendudukki → menduduki (akhiran -i)

Kesalahan seperti di atas berlaku kerana pengguna tidak memahami bahawa dalam bahasa Melayu, yang ada 
  • apitan  me-...-i dan akhiran -i (betul)
  • apitan me-...-ki dan akhiran -ki (salah)
Oleh itu, apabila apitan  me-...-i  menerima kata kasar yang berakhir dengan konsonan k, misalnya perkataan "masuk", maka terhasillah perkataan "memasuki" .

Semoga bermanfaat. Sama-sama kita memperkasakan bahasa Melayu. 

2 comments:

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.