Menganggur Itu Bukan Sesuatu Yang Hina

8
Assalamualaikum
Bismillah

Orang lain mungkin 2 bulan mengganggur tak tahan duduk kat rumah takda kerja. Aku pula di sini menulis blog masih belum mempunyai pekerjaan. Dalam erti kata lain orang kata menganggur. 

Pada pendapat peribadi aku sendiri, aku bukan menganggur sebenarnya sebab menulis blog pun boleh dapat income cuma tidaklah dapat income solid (tetap) macam orang lain.

menulis blog

Sekurang-kurangnya aku usaha juga nak cari pendapatan sampingan dengan blog. Jangan kata blogger tak boleh buat duit tau. Ingat nak cari idea menulis tu senang ke? Kalau menulis tu senang dah ramai rasanya para graduan yang menganggur tu buat blog. 

Ada orang kata, sekarang ini tak boleh memilih kerja sangat. Alasan memilih kerja itu sebenarnya sudah lapuk. Mungkin ada sesetengah graduan yang masih memilih kerja tetapi lebih ramai lagi yang bekerja tidak setimpal dengan kelayakkan mereka. 

Semua orang tak kiralah berpendidikan tinggi atau tidak pasti mahukan pekerjaan yang baik. Cuma rezeki itu cepat atau lambat sahaja. 

Apapun pekerjaan yang kita lakukan samada blogger, youtuber, tukang sapu, pekerja buruh, doktor dan sebagainya itu asalkan menghasilkan pendapatan yang halal adalah baik. Selagi mana apa yang kita buat itu tidak melanggar undang-undang dan haram di sisi agama maka teruskan saja. 

Peduli apa yang orang kata. Orang tidak tahu pun apa masalah kita. Orang tidak tahu pun kesusahan kita. Yang dipandang apabila kita sudah senang, sudah berpangkat atau kaya. 

Tags

Catat Ulasan

8Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Sabar je sis. orang luar tidak tahu kita penat mencari peluang kerja. Insha Allah ada.. yang bagi rezeki bukan manusia tapi Allah.

    BalasPadam
  2. Akak lagilah... Dah masak ranum anggur akak. Bayangkan konvo tahun 2011... Sampai sekarang x kerja. Akak redha dan syukur dapat besarkan anak² depan mata.

    Peduli apa orang kata Nurul.

    BalasPadam
  3. betul2, sekurang kurangnya dengan jadi blogger/youtuber ni... at least pandai lah jugak buat duit kan,,, mungkin orang tak nampak usaha kita , tapi sebenarnya kita tgh create one job yang time freedom utk kita, heheee

    anyway, good luck for you 💪🏻

    BalasPadam
  4. Always positive. Jangan anggap diri penganggur, fikirkan diri sendiri blogger yang berjaya. Fikir yang baik-baik itu kan doa. Semoga berjaya!

    BalasPadam
  5. Bukan senang nak dapat kerja sekarang ni.. yang penting kita sendiri.. pedulikan je apa orang kata.. sebab orang hanya boleh berkata..

    BalasPadam
  6. menulis blog kiranya tak menganggur lah... kalau betul2 menganggur tu just makan tidur tanpa buat apa-apa kerja..

    BalasPadam
  7. masa saya menggangur macam2 benda saya buat, tulis blog, join contest semua website. jadi agent jual barang

    BalasPadam
  8. Tak Hina pun oenganggur Ni sebenar nya asalkan Ada usaha utk mencari kerjaya. Sambil2 the Boleh tambah skill dgn belajar sendiri atau ikuyi kursus

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !