Puas Hati Beli Barang di MR DIY

22
Assalamualaikum
Bismillah


Dulu masa zaman study, tempat fav pelajar mahu beli barang-barang murah selalunya memang MR DIY lah menjadi pilihan. Walaupun niat nak masuk kedai untuk cuci mata, nanti keluar pasti ada sahaja yang dibeli haha. Kuat sangat tarikan Mr DIY ni. Beberapa hari lepas aku ajak mumy beli barang kat Mr DIY nie. Jadi ada lah juga barang yang menarik hati aku untuk beli. 

Notebook 

Salah satu habit aku yang susah nak buang ialah suka beli atau kumpul buku nota yang comel belaka. Dah berlambak buku aku di rumah langsung aku tak sentuh hahaha >,< sebab rasa macam sayangnya nak guna. Lepas tu kalau ada kahwin ka, birthday ka memang buku ini jugalah jadi hadiah haha~ Aku beli pun sebab aku suka patern dan warna pastel buku nota ini. 

colour paper

Aku memang suka kumpul kertas warna walaupun jarang pakai. Aku suka kertas warna ini sebab dari packaging dia kita boleh nampak apa jenis warna yang ada dalam kertas tu. So tak payah lagi susah-susah nak buka. 

Colour pencils & Pens

Buat ibu bapa yang ada anak-anak yang suka hilangkan warna tu, aku cadangkan korang beli pensel warna ini sebab murah dan warna pun terang. Pensel warna ini aku belikan untuk Akim sebab warna dia sebelum ini dah hilang oleh kakak dia yang lain. 

Aku juga sangat memilih kalau nak beli pen. Tetapi pen yang aku beli ini memang best sangat. Bloma Gel Ink Pen dengan mata 0.5mm. Apa yang aku suka dengan pen ini ialah ada 3 pen + 3 ink tambahan.  Kalau habis ink boleh tukar sahaja. 

stickers

Kalau dah suka kumpul buku nota tu sudah tentu ada koleksi stickers kan. Aku tak ada jurnal tapi dalam perancangan nak buat jurnal atau buku skrap. Stickers ini murah je dalam harga RM3.00 - RM7.00 ~

washi tape

Dulu memang suka sangat dengan washi tape tapi tak tahu nak cari kat mana. Mujurlah Mr DIY ada jual washi tape. Ada banyak jenis pattern tapi aku beli yang ini sahaja buat masa ini. Mungkin akan datang akan tambah lagi koleksi washi tape.

LED Light USB

Hari tu ada nampak blogger sharing pasal LED Light USB ni. Dah tak ingat siapa yang share. Then aku pun macam nak beli juga sebab aku selalu buka laptop sampai tengah malam. Aku sangat recommend LED light kepada student just in case meja study korang takda lampu kan. Murah je RM9.90 Kalau takda elektrik boleh lah guna ini, just cucuk kat powerbank sahaja. 

Maaflah sebab tak letak harga sebab aku dah buang resit barang tu. 

Kalau korang suka beli apa kat Mr DIY?
Tags

Catat Ulasan

22Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. siapa je tak suka Mr.Diy! the best place to shop for stationary ehehhehe..harga sangat-sangat berpatutan untuk students :D

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/2019/07/do-you-listen-to-kdrama-ost.html

    BalasPadam
  2. Mmg seronok & berbaloi ke Mr.DIY...huhu

    BalasPadam
  3. Eee comelnya sticker dengan washi tape tu. Geram dibuatnya hehe. Saya kalau pi mr diy pun suka beli notebook sebab banyak choice kan 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeaa.. sy beli pun sebab washi tape & stickers tu comel huhu

      Padam
  4. Rabia beli frame gambar dekat Mr diy untuk kawan Rabia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka Rabia cuci gambar & letak kat frame kan... Lgipun frame kat DIY byak pilihan..

      Padam
  5. nak masuk DIY sila buat senarai dulu. nanti macam2 bawa keluar hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul2.. nak beli 2 brg je.. jadi 1 plastik besar haha

      Padam
  6. Sekali masuk, kompom memborong la kak pip ..

    BalasPadam
  7. dr dulu smpai skrg suke shopping kat diy..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu suka masuk kat daiso.. tp daiso mahal..

      Padam
  8. Bahaya kalau masuk Mr.Diy ini...kalau boleh semua benda nak ambil,oleh kerana semua benda rasa nak, maka keluar kadang-kadang satu barang pun tak ambil. hihihihi...

    https://yamanaimy.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. thats why orang kata DIY salah satu antara lubuk paling bahaya. keluar kedai je mesti ada 'bawa' barang hahahaha.

    btw, sama lah minat kita! suka 'kumpul' notebook walaupun kat rumah dah bertimbun tak guna hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha betul tu.. beli je tapi tak guna.. huhu

      Padam
  10. Mmg murah Dan berbaloi kan Mr diy

    BalasPadam
  11. Baru nak tanya harga notebook dengan washi tape hahaha.. Mr DIY punya stationary semua cute cute tak boleh tahan lah kalau masuk sana..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !