Assalamualaikum
Bismillah

Korang perasan tak kat instagram sekarang ramai dah post tentang #2017bestnine nie? Aku pun tertanya juga apa benda nie.Rupanya site ini adalah untuk kumpulkan 9 gambar instagram kita yang terbaik, iaitu yang mendapat likes yang paling banyak.



So this is #2017bestnine My Best 9 Photos On Instagram

Paling banyak adalah gambar selfie dan bestie! Hahaha Jumlah post pada tahun 2017 ini adalah sebanyak 67 post sahaja. Sebelum ini agak banyak juga tapi aku dah delete. Aku cuma post bila rasa nak post sahaja. 

Kalau korang nak tahu macam mana nak buat #2017bestnine nie? 




Caranya mudah sahaja :

1. Korang pergi link site https://2017bestnine.com/

2. Masukkan ID instagram korang



3. Once dah keluar gambar korang. Just save image sama ada dalam original version ataupun photo sahaja.


Simple kan? Hehe~ 
Happy New Year 2018 guys!

Assalamualaikum
Bismillah

Hai semua. First time visiting her blog. So simple and cute! Fazz rasanya dah lama blog cuma jarang update entry. So, Fazz ajak kita semua untuk join Giveaway ini. Jangan lupa support and join giveaway nie ya~


klik banner

To be honest, aku berminat dengan hadiah Notebook Doodle Cover tu ja~ Sebab nampak comel haha. Kalau nak tau boleh tengok kat instagram Fazz. Syarat yang diminta agak mudah :

  • Wajib FOLLOW my Blog
  • Wajib FOLLOW my Instagram and my doodle Instagram
  • Wajib Like my Facebook Page *if ada facebook*
  • Write an entry about this giveaway with the title : GIVEAWAY BY PRINCESS FAZZ
  • Put banner above in your post and back link at here
  • Comment down below your entry about this giveaway for me to visit it and update in my participant list.




So, jangan lupa join ya semua~ Wish me luck! 
Assalamualaikum
Bismillah

Sebelum join, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan buat Kak Dilah. Semoga perkahwinan berkekalan hingga ke Jannah! :D


KLIK BANNER

Tak lama lagi dah nak tamat giveaway nie. Dah bookmark tapi lupa pula nak tengok. Harap-harap sempatlah. Yang belum join jangan lupa pula join. Cakap pasal ulang tahun perkahwinan, aku belum berkahwin lagi hahaha. Tapi nak share jugalah ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah jatuh pada tarikh lahir aku hehe~ 

Apapun wish me luck! 

Assalamualaikum
Bismillah


Mystery Giveaway by www.myafarisha.com

Klik banner untuk join
Cara penyertaan:
  • Mesti menetap dalam Malaysia
  • Boleh pilih untuk join di blog atau di instagram atau kedua-duanya. Tapi, Mya akan pilih salah satu kalau nama terpilih untuk dua-dua penyertaan.
  • Untuk penyertaan blog, 
    • Mesti follow blog Mya dan instagram Mya
    • Like page Mya *untuk memudahkan komunikasi*
    • Buat entri dengan tajuk "Mystery Giveaway by www.myafarisha.com".
    • Copy and paste code yang diberikan di bawah ni dan publish.
    • Tinggalkan link entri dalam bahagian komen.
  • Untuk penyertaan instagram, boleh rujuk di post ini.
Hadiah:
  • Mystery box bernilai RM100 untuk setiap pemenang.
Tempoh:
  • Bermula 8 Disember 2017 sehingga 8 Januari 2018

Assalamualaikum
Bismillah

Hai semua. Hari ini dengan sukacitanya aku ingin mengadakan "Giveaway Happy New Year 2018" sebelum menyambut ketibaan Tahun Baru 2018 tak lama lagi. 



Seperti biasa, syarat-syarat untuk mengikuti giveaway ini simple dan mudah sahaja :

1. Follow Blog Sii Nurul  (bagi yang belum follow)

2. Like FBPage Sii Nurul  

3. Copy Banner kat atas dan tulis entry yang bertajuk "Giveaway Happy New Year 2018"

4. Tulis azam, ucapan tahun baru, pengalaman manis sepanjang 2017, atau apa-apa sahaja yang korang mahu share. **Wajib**

5. Publish & komen URL entry korang kat bawah. 


Giveaway bermula 18 Disember Sehingga 31 Disember 2017




Senarai peserta akan diupdate dari semasa ke semasa. Pemenang akan diumumkan pada 6 Januari 2018 bersamaan dengan hari SABTU. Hanya 2 ORANG PEMENANG sahaja akan dipilih!


Hadiah Wang Tunai 

Pemenang Pertama - RM30
Pemenang Kedua - RM20

10 Orang yang terpilih disenaraikan di dalam Bloglist!


Sebelum itu aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada korang semua yang sudi baca blog ini sepanjang aku mula berblog. 2 tahun tempoh berblog bukanlah suatu perkara yang mudah buat aku yang kejap muncul dan kejap menghilang ni. Apatah lagi yang dah bertahun-tahun berblog, aku sangatlah respect dan kagum dengan korang!

Ada masa aku rasa down sebab nak mencari idea untuk menulis itu bukannya mudah. Perlukan pengalaman, pembacaan, pemerhatian dan pengetahuan untuk menjadi seorang blogger. Tanpa semua ini kita akan jadi seorang tin kosong yang berbunyi tetapi tiada isi. 

Alhamdulillah, sepanjang berblog aku peroleh ramai kawan daripada latar belakang yang berbeza yang berkongsi banyak pengalaman dan pengetahuan. Dengan berblog aku mula berjinak untuk mendapatkan pendapatan secara sampingan. Melalui blog aku mula join banyak group blogger sama ada di whatsapp mahupun di facebook.

Semoga tahun 2018 menjadi tahun yang lebih baik berbanding tahun 2017. Semoga kalian semua dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki oleh ALLAH SWT. Semoga dengan berblog ini menjadi bekalan kita di akhirat kelak dan memberikan manfaat kepada semua pembaca. Terima kasih sangat! Akhir kata, jangan lupa join giveaway ini ya~


SENARAI PESERTA 

Assalamualaikum
Bismillah

Awal betul cerita tentang hala tuju nie kan? Tiba-tiba idea keluarlah pula nak tulis entry blog pasal apa. Thanks to my brother haha! Bagi adik-adik yang tak tahu nak ke mana selepas ni, maaflah aku pun susah nak bagi pendapat. Tapi di sini aku ingin berkongsi sedikit sejarah aku selepas SPM.



Memandangkan aku daripada keluarga yang agak susah, habis saja SPM aku buat keputusan untuk tak nak sambung belajar selepas SPM. Hala tuju aku lepas SPM adalah bekerja dengan alasan ingin meringankan beban keluarga.

Seriously, aku tak memohon apa-apa pun selepas SPM. Tambahan pula, keluarga aku rasa macam tarik nafas lega jugalah bila aku dah tak sambung belajar. Tak payah nak tanggung pengajian aku. Keputusan SPM aku taklah teruk dan taklah cemerlang. 

Aku dah biasa kerja part time. Jadi tiada masalah untuk aku kerja terus. Aku dapat kerja di sebuah kedai kecil dengan gaji sebanyak RM1200 sebulan. Alhamdulillah, dengan gaji sebanyak itu aku dapat menampung sedikit perbelanjaan keluarga dan adik-adik aku.

Namun..



Pada suatu hari, aku terdengar perbualan adik aku dengan mumy :

Adik : Mumy, lepas belajar saya nak kerja macam akak jugalah

Mumy : Mumy suruh pergi sekolah supaya dapat kerja yang baik. Bukan kerja sampai kat situ ja.


Sebenarnya, aku agak terkilan sedikit. Aku tak sangka pula bahawa pekerjaan yang aku ada pada masa tu (kerja kat kedai kecil ja) merupakan pekerjaan yang adik-adik aku kagumi. I mean bagi budak-budak habis belajar saja tak kisahlah nak kerja kat mana pun. Yang penting dapat kerja dan ada duit sudah mencukupi.

Aku agak terasa hati juga apabila dikatakan bahawa pekerjaan yang aku ada pada masa itu dikatakan bukanlah sesuatu yang boleh ibu bapa banggakan. Mungkin disebabkan masalah kewangan so akulah yang terpaksa bekorban untuk dorang adik-adik. 

Aku pun terfikir juga. 

Jadi parents aku hantar ke sekolah sebab apa?

Untuk dapatkan pekerjaan yang baik? 

Pekerjaan yang baik tu macam mana? 

Adakah pekerjaan aku pada masa itu sudah cukup untuk menjamin masa hadapan?

Adakah ini jalan yang aku mahukan?

Adakah ini cita-cita yang aku inginkan?


Alhamdulillah, disebabkan oleh perbualan itulah aku berfikir kembali. Aku berfikir bahawa sebenarnya bukan ini yang aku mahu. Bukan ini cita-cita aku. Aku punya matlamat dan aku masih mahu belajar!

Apabila aku bekerja aku rasa kosong! Perasaan masa tu adakah aku akan terus bekerja?

Ya, memang kita bekerja dan dapat duit setiap bulan. Tetapi sebenarnya jauh di sudut hati aku masih mahu inginkan pengalaman untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Memang sejak kecil lagi aku bercita-cita untuk belajar dan terus belajar. Betapa menuntut ilmu itu sesuatu yang sangat mengembirakan aku. 

Akhirnya aku memilih untuk sambung belajar ke peringkat STPM dengan mengambil aliran ekonomi dan perniagaan. Walaupun sebelum ini aku merupakan pelajar aliran sains tetapi aku tahu kemampuan aku untuk belajar dalam aliran sains ini hanya sampai SPM saja. Terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang banyak membantu aku semasa SPM. Ilmu yang diperoleh sangat berharga buat aku.

Habis STPM aku tidak teruskan ambil aliran ekonomi dan pernigaan di peringkat universiti sebab masa Tingkatan 6 lah aku mula mengenali minat sebenar aku. 5 tahun yang lalu aku masih binggung apakah hala tuju aku selepas SPM. Kini aku dah berada di tahun akhir di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan mengambil bidang Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga.

Berminat nak tahu tentang PSIKOLOGI? Baca >>Apa Yang Aku Belajar Dalam Psikologi?<< 

Akhir kata, walau apa pun keputusan yang kamu pilih. Pilihlah dengan sebaik mungkin, kerana ini melibatkan masa depan kita sendiri. Kalau korang rasa sambung belajar itu lebih baik, maka sambunglah. Lagi-lagi yang ada minat. Insya'Allah Allah akan permudahkan setiap jalan yang kita pilih.

Kalau dengan bekerja itu korang rasa itulah pilihan yang lebih baik. Maka, teruskanlah dengan pilihan korang. Keputusan di tangan korang.

Cuma, satu ja aku nak cakap! Apapun keputusan yang korang pilih, jangan ada rasa menyesal! 
Assalamualaikum
Bismillah


Dalam kepesatan zaman teknologi yang semakin canggih, ramai peniaga suka berniaga secara online untuk menambah pendapatan mereka disebabkan oleh taraf hidup yang semakin hari semakin meningkat. Jika harapkan duit gaji bulanan tanpa melakukan kerja tambahan, agak sukar untuk menampung perbelanjaan seharian.




Bagi menjamin kewangan yang kukuh dalam jangka masa yang panjang, anda perlu menjadi seorang yang bijak dalam merancang perniagaan anda. Melabur adalah satu urusniaga paling mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan keuntungannya adalah berlipat kali ganda daripada modal yang dikeluarkan.


Disebabkan oleh keuntungan yang lumayan inilah yang membuatkan ramai orang mengambil keputusan untuk melaburkan wang dalam pasaran kewangan terbesar di dunia iaitu pasaran pertukaran asing (Forex). Tambahan lagi dengan adanya kuasa internet yang meluas dapat memudahkan lagi urusniaga pelaburan di pelusuk dunia.


Apakah Itu Forex?



Forex adalah singkatan nama bagi FOReign EXchange atau lebih mudah difahami dengan urusniaga perdagangan/transaksi matawang yang boleh dilakukan selama 24jam secara berterusan tanpa henti. Perdagangan/transaksi ini memperdagangkan mata wang sesebuah negara terhadap mata wang negara yang lainnya yang melibatkan pasaran wang utama di dunia.


Dikatakan pasaran Forex ini mempunyai pasaran yang sangat kukuh sehingga mampu mengalahkan mata wang asing yang terbesar dan nilai transaksi pasaran forex mencapai nilai trilion sehari. Oleh kerana itu juga lah ramai prospek yang semakin ramai melabur dalam perdagangan Forex kerana ianya sangat menguntungkan.

Kenapa Anda Perlu Memilih Forex?

1. Modal Kecil.



Untuk mula melabur dalam pasaran Forex tidak memerlukan modal wang yang banyak. Anda hanya perlu membeli sejumlah minimum saham yang ditetapkan sebagai permulaan pelaburan anda. Dengan jumlah minimum ini dapat memberikan peluang kepada anda yang berminat dalam pelaburan Forex.

2. Untung Besar.

Tidak dinafikan lagi bahawa pasaran Forex memberikan lebih banyak faedah serta keuntungan daripada kerugian. Dengan melabur secara rasional dapat membantu anda menikmati pulangan keuntungan  yang berlipat kali ganda dan lebih lumayan daripada apa yang anda jangkakan.

Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

Forex telah menjadi satu alternatif pelaburan yang semakin hari semakin popular diperkatakan oleh pelabur. Ini disebabkan oleh ROI ( Return On Investment) daripada Forex memberikan keuntungan yang cepat. Akan tetapi, sekiranya anda tidak mempunyai ilmu pelaburan Forex yang mencukupi akan menyebabkan anda berhadapan dengan risiko kerugian.


Bagi menguruskan kewangan yang baik, anda perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya terutamanya dalam pelaburan Forex ini. Sebagai persediaan untuk memulakan pelaburan, anda perlu mendapatkan ilmu dan maklumat pelaburan yang betul untuk menjadikan anda seorang pelabur yang bijak. Antara perkara-perkara yang perlu anda fikirkan ialah :  


1. Mempunyai modal melabur yang mencukupi.
2. Ketahui matlamat atau tujuan pelaburan.
3. Mendapatkan ilmu yang betul daripada sumber yang sahih dan dipercayai.
4. Fahami apa yang diajar dan dapat menguasai ilmu sepenuhnya.
5. Mampu membuat keputusan sendiri.
6. Sentiasa mengikuti per­kem­bangan semasa pelaburan.
7. Membuat pembelajaran sendiri dengan membaca.


Mungkin agak sukar untuk anda memikirkan semua ini sekiranya anda tidak mempunyai ilmu dalam pelaburan. Lebih-lebih lagi sukar untuk mencari maklumat yang boleh dipercayai. Adalah lebih mudah sekiranya anda belajar Forex dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0 yang dianjurkan oleh PIPSEMPIRE ACADEMY.

Kenapa Anda Perlu Menyertai Forex Masters Summit 1.0

1. Yuran Hanya Bayar Sekali Sahaja.

Dengan bayaran yuran sekali sahaja, anda akan dapat sertai kelas Forex berkali-kali. Tawaran istimewa ini hanya untuk mereka yang menyertai kelas anjuran Pips Empire Academy sahaja dan anda boleh bandingkan yuran kelas lain yang hanya menawarkan kelas secara on off dengan bayaran yuran yang mahal.

2. Kelas Selama setahun.

Dengan kadar yuran yang murah sekali bayar, anda akan menikmati kelas penuh selama 3 hari dan kelas pada setiap hari Isnin selama setahun. Dalam masa setahun ini anda boleh belajar sampai pandai dan boleh bertanya apa-apa soalan pada guru yang mengajar. Sangat menguntungkan bukan?

3. Silibus Yang Mudah Faham.

Kelas Forex Master  menyediakan silibus yang mudah difahami dengan strategi yang ringkas dan terbukit berkesan. Pembelajaran juga dilakukan secara bersistematik dan mempunyai silibus bagi memudahkan lagi pelajar memahami Forex dalam jangka masa selama setahun bagi menguasai ilmu Forex sepenuhnya.

4. Kemudahan Pembelajaran Yang Lengkap dan PERCUMA.

Selain mempunyai silibus yang mudah difahami, anda juga akan diberikan analisis percuma, signal percuma serta webinar percuma. Tambahan lagi anda akan dapat menyertai networking komuniti yang mempunyai sistem yang mantap dan berterusan daripada aplikasi telegram, whatsapp dan facebook.


Lebih menarik lagi sekiranya mempunyai Trading Floor di Singapura, Shah Alam, Melaka, Sabah dan tempat-tempat lain, anda boleh pergi bercuti sekali. Malahan kalau kebetulan berada di Shah Alam atau Melaka, boleh masuk kelas di sana secara percuma. Paling penting ialah dilengkapi dengan kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders).

5. Tenaga Pengajar yang Berkemahiran Dan Berpengalaman.



Untuk berjaya, anda perlu belajar daripada mereka yang mahir dan berpengalaman dalam sesuatu bidang. Disebabkan itu, PipsEmpire Academy menyediakan tenaga pengajar yang berkemahiran serta berpengalaman dalam pasaran Forex untuk kelas belajar Forex ini.

6. Mempunyai Kelas Fast Track Trader.

Kelas Fast Track Trader Ini adalah satu satunya kelas untuk menjadikan anda seorang professional dan international trader dalam masa yang singkat. Pendek kata, ia adalah shortcut journey of Trade dimana anda boleh mengikuti kesemua program PipsEmpire Academy secara percuma tanpa perlu membayar apa-apa.

Kelebihan Kelas Fast Track Trader.

  • IB Training PERCUMA.
  • Daily Signal PERCUMA.
  • Maklumat PERCUMA.
  • Webinar PERCUMA.
  • Silibus yang MUDAH difahami.
  • Perkongsian lebih 50 strategi yang mudah dan ringkas serta terbukti berkesan.
  • Pengajaran secara sistematik dan bersilibus.
  • Tenaga pengajar yang berkemahiran dan berpengalaman.
  • Support sistem yang mantap dan berterusan (telegram, whatsapp dan facebook).
  • Kemudahan pembelajaran yang lengkap!
  • Business To Business
  • Kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders)
  • Secret Techniques

7. 6 Speaker Hebat.



Pada Forex Masters Summit 1.0 akan menampilkan 6 speaker hebat dalam bidang pelaburan pasaran Forex ini untuk berkongsi pengalaman mereka kepada anda. Antara 5 speaker yang hebat ialah Mario Singh, Wayne Ko, Ahmad Zaki, Ibrahim, Zulhilmi dan Aun Khairul.


Mario Singh.



Mario Singh merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fullerton Markets dan pengurus Forex yang terkenal diserata dunia sebagai pendidik FOREX. Beliau telah mendapat latihan perbankan swasta dari Julius Baer (Bank Swiss yang terbesar di dunia dengan aset 340 Billion di bawah pengurusan CHF) dan perbankan ICBC (salah satu perbankan komersial terbesar di dunia dengan permodalan pasaran pada 269 Bilion.


Beliau juga adalah seorang pakar yang sentiasa mendapat perhatian ramai di dalam industri FOREX ini. Beliau juga telah muncul lebih 40 kali dalam rancangan CNBC dan Bloomberg. Seramai 350 juta penonton diseluruh dunia menonton setiap kali beliau menampilkan diri dalam berkongsi tentang pelaburan Forex ini.      


Wayne Ko.



Wayne KO adalah Ketua Penyelidikan dan Pendidikan di Fullerton Market. Beliau memberikan perkhidmatan “thought-provoking analysis” dan idea perdagangan kepada beribu pelanggan di seluruh dunia. Beliau sendiri adalah perdagang yang ternama yang mesra dan bersemangat membuatkan ramai orang dari seluruh dunia ingin mempelajari rahsia kejayaan beliau.


Sebagai seorang penceramah di peringkat antarabangsa, beliau telah berucap di depan beribu perdagang dan pelabur dari pelbagai negara di seluruh dunia termasuklah Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Australia dan China. Ucapan beliau dalam berkongsi pengalaman berdagang tidak pernah membosankan para pendengar.  


Ahmad Zaki.



Ahmad Zaki merupakan Pengasas akademi SIMPLYFX FOREX dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam industri FOREX. Beliau juga telah dianugerahkan tempat pertama untuk dua tahun berturut-turut di dalam pertandingan FOREX yang di adakan di Singapura. Beliau juga adalah orang kuat di belakang penubuhan jutawan “SUPER SCALPER TRADERS”.


Selain itu beliau juga adalah seorang pengasas teknik/strategi khas yang telah terbukti berjaya di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga baru sahaja dianugerahkan sebagai GRAND CHAMPION 2017 daripada Fullerton Markets.  Bukan calang-calang orang beliau ni.


Ibrahim.



Ibrahim adalah perdagang profesional dan pengurus dana proprietari. Beliau adalah orang yang tepat untuk berkongsi dan belajar strategi perdagangan. Beliau juga adalah pengarah pendidikan di SIMPLYFX. Beliau mula berdagang di dalam pasaran FOREX pada 2012 dan mempunyai rekod peribadi yang baik dengan 1000% pulangan pelaburan dalam masa hanya dua bulan. Beliau telah melatih lebih daripada 3000 perdagang dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.


Zulhilmi.



Zulhilmi Yusoff adalah pedagang forex sepenuh masa dan merupakan salah seorang mentor di PipsEmpire Academy selepas tiga tahun menjadi ejen Unit Trust. Beliau mempunyai dua tahun pengalaman dalam FOREX. Pengasas teknik membunuh FusionFIBO yang diasaskan daripada FIBO yang asal, yang mana ia sudah terbukti sebagai satu strategi yang sangat efektif untuk perdagang scalping, intraday dan swing. Beliau telah mengajar dan membangunkan ramai pedagang yang konsisten dan berjaya.


Aun Khairul.



Aun Khairul diibaratkan sebagai kisah klasik “Zero To Hero” di dalam FOREX. Beliau telah diperkenalkan kepada Forex oleh SIMPLYFX Malaysia. Setelah berjaya, beliau kini adalah mentor dan menguruskan PIPS EMPIRE MALACCA TRADING FLOOR hanya selepas dua tahun aktif di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga turut dikenali sebagai pakar perdagangan emas dengan memberikan analisis harian yang tepat dan hampir sempurna untuk perdagangan emas.  

8. Lokasi Yang Strategik.



Forex Masters Summit 1.0 2018 akan diadakan di IDCC (Ideal Convention Centre) Shah Alam yang merupakan tempat yang sangat strategik dan selesa untuk semua peserta. Antara kemudahan yang ada dan berdekatan di sini adalah :  
  • Parking Percuma
  • Makan 3x (Breakfast, Lunch, Tea Break)
  • Dekat dengan hotel (Mewah / Murah) From RM108/night
  • Budget Hotel RM86/night.
  • Easy access Federal Highway
  • Wifi Percuma

Daftar Minat Anda Percuma SEKARANG!!!
Berminat untuk melabur dan ketahui lebih lanjut tentang Forex? Rebut peluang ini dengan menyertai Forex Masters Summit 1.0 sekarang kerana tempat adalah terhad. PipsEmpire Forex class dan Fast Track Trader Program juga menawarkan pakej dengan harga yang tak masuk akal. Jadi, daftar minat anda percuma sekarang juga. Jangan tunggu lama-lama.

Nama Penuh
Email:
No Telefon:

We respect your email privacy