THE AMERZING BLOGLIST : I'm Glad I'm Still Alive

5:53 am Nurulatika Yunus 3 Comments

Assalamualaikum
Bismillah



Tak sangka segmen THE AMERZING BLOGLIST nie dah nak habis, haha. Dah lama nak join, tetapi selalu tangguh sebab fikir, lama lagi, masih sempat lagi nak join hahaha xD.


SHORT REVIEW

My first impression when coming to his blog "Wahh, baru ber'blogging, tetapi nampak macam dah lama berblog." I read all of his entries and blogwalking everytime I log in my blog. Apa yang menarik, blog ini merupakan blog lelaki. hehe Disebabkan blogger lelaki sangat kurang, so aku letakkan Amer terus dalam list Bloglist aku. 

Amer ini sangat peramah dan menggemari fashion. So, singgahlah ke Blog Amer kalau nak tau tentang fashion lelaki. Hehe Dan kalau ada seseiapa yang sedang mencari model lelaki, sangatlah dialu-alukan untuk datang ke blog Amer. Hahaha

Dari segi penulisan blog mahupun design blog, aku tak nak komen lebih sangat sebab aku punya blog nie pun banyak sangat kekurangannya. Blog Amer ini memang kemas dan tersusun, ada campuran putih emas. Header yang simple dan menarik. Tambahan lagi dengan ayat powernya berbahasa English tu tak tahu nak komen apa dah. Hahaha. 


THE MOST AMAZING THING THAT HAS HAPPENED IN MY LIFE

It takes a lot of time to write about this. Hmmm I don't know if this is the amazing thing. Banyak perkara yang terjadi sepanjang tempoh 21 tahun aku hidup. Suka dan duka, pahit, manis, dan masam.

The most amazing things that has happened in my life was EXPERIENCE! 

Pengalaman jatuh bangun dalam hidup yang dihadapi buat aku sentiasa bersyukur. Ada ketika aku bertanya "Kenapa semua ini harus terjadi?" Dan akhirnya, semua yang pernah terjadi itulah yang menjadikan aku pada hari ini. Aku ada sebuah PENYESALAN yang sampai bila-bila tidak dapat aku lupakan. Dan harus dijadikan pengajaran & ikhtibar buat semua. Jangan jadi macam aku. SERIUS! I don't want anyone to make the same mistakes that I did in my past.

Aku pernah mengalami kemurungan selama beberapa tahun, yang membawa aku ke arah fikiran yang negatif iaitu "MEMBUNUH DIRI" dan "LARI DARI RUMAH". Mungkin ada yang terkejut dan tak sangka, apa yang menyebabkan aku berfikir demikian? Singkatnya fikiran ini. Dan banyak lagi komen-komen negatif aku dapat apabila aku bagitau tentang itu. Tapi aku tak salahkan sesiapa. Masa itu aku masih remaja, tekanan di rumah dan keluarga yang porak-poranda ketika itu membuatkan aku sentiasa mahu lari daripada masalah. Lari daripada masalah bukanlah penyelesaian yang baik. Kadang kala orang hanya tahu menyalahkan dan hanya mampu tengok saja tanpa hulurkan sebarang bantuan. 

Walaupun aku tidak pernah melakukan perbuatan itu, tetapi niat aku ke arah itu pun boleh dikatakan berbahaya sebenarnya. Namun, aku bertahan sehinggalah lahirnya seorang PUTERI dan PUTERA dalam keluarga kami. Inilah anugerah terindah (which was amazing things that happened) sekali dalam hidup aku dan merubah keseluruhan hidup aku juga keluarga kami. Subhan'Allah. 




Aku bersyukur ke hadrat Ilahi dengan kehadiran kedua permata ini. Dan aku bersyukur kerana dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sabah dengan mengambil bidang Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga. Belajar tentang psikologi membuatkan aku banyak reflect tentang diri aku sendiri. 

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk hidup dan bersama dengan orang tersayang. Dan setiap kali memikirkan tentang itu, aku menangis sebab memikirkan betapa bodohnya aku dahulu. Ramai yang cakap "Aku tidak akan pernah melakukan perbuatan terkutuk macam tu". Ataupun mungkin "Tidak terdetik pun di hati ini aku mahu buat begitu". Tetapi once Allah uji kita dengan sesuatu yang kita tidak sangka, di situlah iman kita akan diuji dengan sebenar-benarnya."

Apapun thanks to Amer for doing this segment. I'm glad sharing my past experience even though it is hard for me to talk about. I just couldn't imagine myself for thinking stupid like that. Unbelievable but true!

3 comments:

  1. "I'm literally sebak..." you realized me how life is so hard, how life is unfair, how life is not forever on our side but that's not the reasons for us to give up and stay. I wish all of us are getting strong and may God bless us. Thank you for sharing this meaningful story, thanks for all those compliments especial about the modelling hahahaha so kembang right now. I'm so appreciate that you are joining. Thank you :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, akhirnya pelangi muncul juga dalam hidup awak. Betul, memang ujian mampu uji kekuatan jiwa dan iman kita, dan hanya yang bersabar akan tahu indahnya segala pada akhirnya.

    Semoga terus bahagia syg :)

    ReplyDelete

Type di sini...