Koleksi Lagu Raya Terbaik Sepanjang Zaman

Assalamualaikum
Bismillah


Setiap tahun pasti muncul lagu-lagu raya baru. Namun, lagu-lagu raya klasik tetap segar menjadi pilihan dan boleh dikatakan terbaik sepanjang zaman. Jom kita terokai lagu-lagu raya Aidilfitri yang menjadi pilihan menjelang lebaran kali ini!

1. Satu Hari Di Hari Raya - M.Nasir
Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan
2. Suasana Hari Raya - Elina & Anuar Zain

Bertukar senyuman dan salam
Ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan
Saling memaafi
Suasana Hari Raya
Walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan
Dan mententeramkan jiwa

3. Seloka Hari Raya - Uji Rashid & Hail Amir

Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda
Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahagia
Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra
Saling bermaaf kita bersama
Lupakan saja sengketa lama

4. Meriah Suasana Hari Raya - Siti Nurhalizah
Mana jauh kita dekat-dekatkan
Bertandang mesra bersembang tawa
Terkenang kisah yang lama
Mana dekat kita erat-eratkan
Terlanjur kata terlampau cara
Bermohon..Ampun dipinta..
Bersyukur pada tuhan
bersenda teman taulan
Hulurlah keinsafan
Salinglah bermaafan
5. Nazam Lebaran - Siti Nurhaliza

6. Air Mata Syawal - Siti Nurhalizah

7. Mamat Exist Ku Pohon Restu Ayah Bonda

8. Hari Raya Hari Bahagia - Ramlah Ram 

9. Indah Di Hari Raya - Ziana Zain

10. Selamat Berhari Raya - Rahimah Rahim

11. Bila Hari Raya Menjelma - Siti Nurhaliza

12. Suasana Riang Di Hari Raya - Junainah

13. Pulang Di Hari Raya - Noorkumalasari

14. Senandung Hari Raya Untukmu - Dayangku Intan

16. Hari Ini Hari Raya - Syura & Siti Nordiana

17. Indahnya Beraya Di Desa - Azlina Aziz

18. Menjelang Hari Raya - Dato DJ Dave

19.  Balik Kampung - Sudirman

20. Sesuci Lebaran - Siti Nurhaliza


Walaupun ratusan lagu raya membanjiri muzik tempatan, namun lagu-lagu Aidilfitri klasik ini masih menjadi pilihan masa kini dan sukar dilupakan walaupun sudah lama dirakamkan. Walaupun ramai artis muda kerap menyanyikan semula lagu ini dengan pelbagai versi, namun lagu dan irama asal tetap menjadi pilihan. Tidak hairanlah jika lagu-lagu ini menjadi lagu raya terbaik sepanjang zaman.

6 comments:

  1. Replies
    1. yeaa.. masi tak bole move on dgn lagu raya dulu.. huhu

      Delete
  2. Suasana hari raya is my fav!

    ReplyDelete
  3. Saya setuju. Lagu raya klasik jugak yg sedap. Tak tau kenapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm mungkin sbb lirik yg disampaikan tu.. Lagu moden skrg byak tentang cinta haha

      Delete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.