Masalah Tidur Belebihan atau Hipersomnia

Assalamualaikum
Bismillah


Gangguan tidur adalah gangguan yang berlaku semasa tidur dan dialami oleh segelintir individu. Masalah tidur berlebihan atau hipersomnia merupakan tabiat seseorang yang tidur secara berlebihan dan bercanggah dengan pola waktu tidur yang normal iaitu lingkungan 6-8 jam sehari. Biasanya individu yang menghidap hipersomnia akan tidur melebihi 12 jam sehari

Faktor yang menjejaskan kualiti tidur seseorang adalah disebabkan oleh pelbagai jenis gangguan tidur seperti insomnia, narkolepsi, sleep apnea dan perubahan gaya hidup.

Insomnia.
Insomnia adalah gangguan tidur yang paling biasa berlaku yang merujuk kepada masalah kronik dalam mendapatkan tidur yang cukup. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan insomnia iaitu faktor psikologi dan fisiologi. Faktor psikologi seperti kebimbangan dan kerisauan tentang masalah akedemik, masalah hubungan dengan orang lain, atau kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan. Manakala faktor fisologi pula merujuk kepada pengambilan bahan kafein seperti nescafe yang menyebabkan ketagihan atau rasa sakit.

Sleep Apnea
Gangguan tidur yang lain yang jarang berlaku berbanding insomnia adalah sleep apnea dan merupakan gangguan tidur yang serius yang mengakibatkan pernafasan seseorang itu berhenti seketika kerana otak tidak menghantar isyarat yang bertul kepada otot yang mengawal pernafasan kita semasa tidur. Masalah tidur ini juga dialami apabila seseorang berdengkur dan mengalami kesukaran pernafasan semasa tidur dan sering terjaga daripada tidur. Salah satu faktor yang menyebabkan apnea ialah obesiti. Situasi ini juga boleh berlaku dalam kalangan bayi yang dikenali sebagai ‘Sudden Infant Death Syndrome” (SIDS). Kematian misteri yang berlaku pada bayi normal semasa mereka tidur.

Narkolepsi
Narkolepsi adalah tidur yang tidak boleh dikawal dan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dan pada masa yang singkat. Narkolepsi merupakan gangguan yang berlaku pada otak di mana seseorang individu itu gagal mengawal rasa mengantuk. Individu yang mengalami narkolepsi tertidur tidak kira dalam apa jua aktiviti yang dilakukan seperti membaca buku, memandu atau berbual dengan seseorang. Individu yang mengalami narkolepsi tidak akan melalui kitaran tidur dari tahap 1 hingga tahap 4 tetapi akan terus masuk kepada tahap Rapid Eye Movement (REM). Faktor penyebab narkolepsi masih tidak dapat dikenal pasti walau pun mungkin disebabkan oleh faktor genetik kerana narkolepsi diwarisi daripada keluarga.

Perubahan Gaya Hidup
Perubahan gaya hidup dalam masyarakat sekarang menyebabkan pola waktu tidur mereka menjadi tidak teratur. Biasanya kes yang dilaporkan adalah pelajar universiti atau kolej yang menghadapi hipersomnia kerana mereka lebih banyak berjaga pada waktu malam dan kesannya pola tidur mereka telah berubah. Individu berjaga pada waktu malam dan berasa letih pada waktu siang. Selain itu,  kanak-kanak yang terlalu obses dengan permainan komputer atau games juga menyebabkan kualiti tidur mereka terjejas. Kanak-kanak ini juga akan berhadapan dengan masalah sering bangun lewat sehingga menyebabkan mereka terpaksa ponteng sekolah kerana ketinggalan bas.

Menurut Pakar Psikiatri, Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan Universiti Putra Malaysia, Prof Dr.Azhar Mohd Zain, gejala tidur berlebihan ini boleh diatasi samada melalui kaedah perubatan ataupun mengawalnya sendiri dengan mengubah sikap dan gaya hidup. Individu yang menghidap hipersomnia dinasihatkan untuk mementingkan soal pengambilan makanan dan minuman yang mengundang kepada masalah hipersomnia seperti mengambilan kafein sebelum jam 7 malam.

Selain itu, bagi individu yang merokok disarankan untuk tidak merokok selepas jam 7 kerana kandungan nikotin mengaktifkan otak dan membuatkan seseorang berasa segar dan kurang mengantuk. Tetapi adalah lebih baik jika terus berhenti merokok. hehe~~


6 comments:

  1. Sally mmg insomnia...dah la susah nak tidur tapi kalau bangun cepat je :(

    ReplyDelete
  2. Kalau time study dulu, memang selalu x tido malam 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yeaa.. time study mmg slalu lewat tido

      Delete
  3. Replies
    1. hahaha sy jenis yg tak suka tido dan slalu stay up.. huhu

      Delete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Nuffnang

Tomodachi