Berkelulusan Ijazah Tetapi Gaji RM800 Je Sebulan

Assalamualaikum
Bismillah


Maaflah, entry kali ini bukan berniat untuk memperlekehkan gaji seseorang ataupun kelulusan yang dimiliki tetapi di sini aku hanya ingin berkongsi pandangan sebagai seorang pelajar tahun akhir, Insya'Allah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki aku juga bakal menjadi salah satu graduan yang akan memiliki kelulusan Ijazah. Apa yang aku ingin persoalkan di sini ialah "Salahkah sekiranya sesorang yang berkelulusan Diploma/Ijazah mempunyai pendapatan RM800 sebulan?"

Memandangkan bulan September ini aku akan memasuki tahun akhir terasa betapa sekejapnya masa berlalu dan semakin meningkat usia semakin besar tanggungjawab dan cabaran yang dilalui. Ditambah lagi dengan persaingan graduan untuk mendapatkan pekerjaan sedikit sebanyak memberi kesan juga kepada aku. 

Sejak aku balik dari kampung hari itu makcik-makcik kuat gosip asyik bertanya :
"Kau bila habis belajar?"
"Dah habis belajar nanti dapat kerja apa?"
"Tinggal berapa tahun lagi kau belajar?"
"Kos psikologi ni boleh menjaminkah untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap?"
Astaghfirullah. Aku dalam hati mengucap saja apabila berhadapan dengan soalan-soalan sedemikian. Menggugat iman dan kesabaran betul hahaha. Sejak belakangan ini aku agak tekanan juga, belum habis belajar tetapi sudah ditembak dengan soalan-soalan masa depan. Apa sahaja yang aku lakukan selalu dibualkan oleh jiran-jiran sebelah rumah kadang dan kalau boleh diwar-warkan sehingga di pelosok dunia yang aku ini tinggal setahun lagi belajar dan tidak tahu apa pekerjaan yang menanti aku pada masa hadapan.

Aku ada seorang kawan yang menawarkan pekerjaan sebagai "Helper" di sebuah Taska yang jauh dari bandar Kota Kinabalu. Walaupun aku belum habis belajar, setiap kali cuti semester kalau ada peluang pekerjaan untuk sementara aku akan terus memohon. Alhamdulillah, orang itu kata masih ada kekosongan. Sejujurnya, dia memerlukan "Helper" sepenuh masa. Tetapi memandangkan aku ini tidak pandai menipu, aku berterus terang sahaja yang mungkin aku hanya mahu bekerja dalam tempoh sebulan sebab Bulan September aku akan masuk semester baru. 

Prinsip aku "Kita masuk dengan cara baik, keluar pun dengan cara yang baik" Begitu juga dalam alam pekerjaan, apabila ditemuduga lebih baik berkata jujur. Sedangkan semasa di temuduga pun kau dah pandai menipu, apatah lagi kalau dah bekerja tak mustahil kau akan telibat dengan kegiatan yang tak baik seperti pecah amanah, menipu kononnya cuti sakit dan lain-lain. Ingat! Duit gaji yang kita dapat itu walaupun bekerja dalam pekerjaan yang halal tetapi tidak mendapat berkat daripada Allah SWT pun tak guna. That's why ada sahaja manusia yang tidak merasa cukup dengan gaji RM5k sebulan.

Baiklah, berbalik kepada tajuk "Berkelulusan Ijazah Tetapi Gaji RM800 Je Sebulan". Jangan terlalu memilih pekerjaan dengan persaingan yang terlalu sengit sekarang. Memanglah RM800 tu tak cukup dengan keadaan ekonomi sekarang yang tak berapa baik daripada terus mengganggur tiada pekerjaan dan menambah beban ibu bapa menanggung kita yang dah tua bangka ini. 

Ada juga golongan yang gigih mencari pekerjaan tetapi majikan tidak mahu menerima disebabkan oleh kelulusan Diploma/Ijazah mereka. Majikan tidak sanggup memberi gaji yang tinggi. Walaupun ada yang sanggup menerima gaji yang sama dengan mereka yang berkelulusan SPM pun tetap tidak diterima kerana kurang pengalaman. 
"Wahai MAJIKAN takda orang yang mahu bekerja itu terus ada pengalaman. Sedangkan mereka yang tiada kelulusan SPM pun bekerja tanpa ada pengalaman tetapi kenapa sanggup juga korang terima?"
Aku dah bagitau pemilik Taska itu bahawa tak lama lagi aku akan habis belajar (setahun lagi). Memandangkan aku mengambil bidang Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga kira peluang besar untuk aku timba pengalaman di sana. Alhamdulillah, pemilik Taska itu memberi respon yang positif apabila aku berkata mahu terus bekerja di tempatnya selepas habis belajar. Tinggal dia berbincang dengan suaminya dan mendapatkan persetujuan sahaja. Apabila aku nyatakan kepada keluarga bahawa aku mungkin diterima bekerja di bahagian Taska itu untuk sebulan sebelum masuk UMS keluarga aku seperti tidak bersetuju.

Mereka mahu aku mendapatkan pekerjaan yang lebih baik daripada itu dengan gaji yang selayaknya sesuai dengan kelulusan. Penat kerja macam itu berbanding kerja kat office kata mereka. Inilah kalau terlalu tengok drama Melayu sangat. Nampak kerja office itu macam senang saja. Hahaha tak ada kerja yang tak penat. Semua orang pun mahukan kesenangan, tiada yang mahukan kesusahan. Tetapi tidak mengapalah, biar aku saja yang faham diri aku dan minat aku kat mana. Aku tak suka bekerja dalam situasi seperti dalam pejabat, aku sukakan situasi yang memerlukan kita untuk bebas bergerak serta berkomunikasi dengan orang.

Apapun aku belum confim lagi juga dapat kerja sementara di Taska tu hahaha xD

Permohonan Google Adsense Telah Diluluskan Buat Pertama Kali

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, belum sampai seminggu entry tentang Blog Sii Nurul Skor SEO 100% aku dikejutkan lagi dengan email daripada Google Adsense bahawa permohonan Google Adsense telah diluluskan buat pertama kali. Yuhuuuu~


Sejak akhir-akhir ini banyak sangat menerima kejutan terutama berkaitan dengan blog. Apabila SEO blog mencecah 100% tu yang aku bersemangat mahu memohon adsense pula. Dulu aku pernah memohon tetapi masa tu Blog Sii Nurul ini belum wujud. Setelah aku menggunakan blog ini, aku berfikir agak lama juga untuk memohon adsense sebab nak memohon itu mudah saja tetapi untuk Google menerima permohonan kita itu agak payah sekali.

Banyak tips yang aku baca daripada blogger lain dan aku cuba aplikasikan dalam blog sebelum aku memohon adsense. Malah aku sanggup menempah design blog baru daripada Mayy Jie supaya nampak lebih kemas. Thanks a lot to her~~ Muuaahh! I really inspire her and makes her blog as references in blogging. 

Selain itu juga setiap kali berblog aku akan baca satu-persatu entry blog aku untuk diperbaiki dari segi penulisan dan juga menambah patah perkataan. Dan aku akan pastikan bahawa blog ini tidak mempunyai unsur plagiat atau copy paste daripada blog lain. Sekiranya ada aku akan bagi kredit kat owner tu. Dari segi gambar pula, aku banyak edit gambar dan hias dengan sebaik-baiknya supaya nampak kemas dan sesuai dengan setiap entry yang telah ditulis.

Nampak tak banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum memohon adsense ini. Memang akan memakan masa jugalah untuk memperbaiki semuanya. Setelah aku berpuas hati dengan kandungan dalam blog ini, pendek kata keseluruhan blog ini aku terus memohon adsense. Alhamdulillah, permohonan Google Adsense telah Diluluskan buat pertama kali dan email diterima pada 17 Julai 2017 (Isnin).




Tadaaa~~ Gembiranyaaa

Masih terlalu awal untuk bergembira tetapi tidak salah untuk berkongsi sesama blogger kan? Manalah tahu dengan post ini dapat membangkitkan semangat, rasa tidak putus asa serta membantu rakan blogger yang lain untuk memperbaiki apa yang kurang dalam blog supaya permohonan adsense pada masa akan datang diluluskan.

Akhir kata terima kasih kepada rakan-rakan blog yang memberikan tips tentang Google Adsense. Aku doakan supaya rezeki korang untuk adsense ini dipermudahkan. Insya'Allah, Amiinn~

Program Temuduga Terbuka SL1M Peringkat Negeri Sabah 2017

Assalamualaikum
Bismillah

SL1M akan mengadakan Program Temuduga Terbuka Peringkat Negeri Sabah bertempat di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 22-23 Julai 2017 ini. 

Mungkin ada yang masih tertanya-tanya apa itu SL1M? Aku akan kongsikan serba sedikit tentang latar belakang SL1M. SL1M atau lebih dikenali sebagai Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) telah dilancarkan pada 1 Jun 2011 di mana ia bertujuan untuk membantu graduan menganggur meningkatkan tahap keupayaan diri dengan mempersiapkan mereka dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan. Sejak SL1M dilancarkan pada tahun 2011, lebih 120 ribu orang sudah berjaya mendapat pekerjaan tetap selepas menyertai program.


Dalam erti kata lain, para graduan yang masih belum mempunyai pekerjaan (menganggur) yang datang dari keluarga berpendapatan rendah atau tinggal di kawasan pedalaman serta graduan yang bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelulusan ijazah yang diperolehi khususnya yang berada di Sabah berpeluang mendapatkan peluang pekerjaan menerusi Program Temuduga Terbuka SL1M Peringkat Negeri Sabah 2017.

Program ini menawarkan lebih daripada 5 RIBU JAWATAN KOSONG di mana temuduga secara terbuka diadakan sekaligus memberi surat tawaran serta merta. Berikut adalah senarai syarikat yang akan menawarkan lebih 5,000 peluang latihan dan pekerjaan pelbagai kelayakan sepanjang 2 hari program berlangsung:
1. MALAYSIA AIRLINES BERHAD
2. CIMB
3. BOUSTEAD HOLDINGS BERHAD
4. MASWINGS SDN BHD
5. TENAGA NASIONAL BERHAD
6. PETRONAS
7. TELEKOM MALAYSIA BERHAD
8. CELCOM AXIATA BERHAD
9. LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA
10. MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD
11. PERMODALAN NASIONAL BERHAD
12. UMW HOLDINGS BERHAD
13. TH PLANTATIONS BERHAD
14. MAYBANK
15. UEM GROUP BERHAD
16. TOP GLOVE
17. MDEC – EREZEKI GLOBAL HIGH INCOME
18. LEGOLAND
19. THE COFFEE BEAN & TEA LEAF (M) SDN BHD
20. SHIN ETSU POLYMER (M) SDN BHD
21. SKILLS JOHOR
22. ECON MEDICARE CENTRE AND NURSING HOME SDN BHD
23. KPJ HEALTHCARE BERHAD
24. THEMED ATTRACTIONS RESORT & HOTELS SDN BHD
25. FLEXTRONIC TECHNOLOGY (SHAH ALAM) SDN BHD
26. ISKANDAR REGIONAL DEVELOPMENT AUTHORITY (IRDA)
27. LEADERONOMICS CV CLINICS
28. THAI ODYSSEY SDN BHD
29. ASTRO
30. BRILLIANT WEALTH ADVISORY
31. MOBILITYONE SDN BHD
32. RHB TRUSTEES BERHAD
33. GAIN FORLIFE SDN BHD
34. PMB INVESTMENT BERHAD
35. WORKSHIRE BY TALENT SUITES
Pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan seperti membuka peluang kepada usahawan muda untuk membuka gerai secara percuma untuk berniaga, mengadakan cabutan bertuah kepada orang ramai (Hadiah utama Sebuah Motosikal Modenas Kriss berpeluang untuk dimenangi) Sesi Motivasi sambil Berhibur bersama Duta SL1M : Faizal Tahir & Kumpulan Zero MLM serta penampilan eksklusif Firman AF, Jimmy Palikat & Farish Aziz. Ada juga penampilan istimewa Youtube Star Adam Shamil. Penglibatan selebriti ini adalah untuk memberi motivasi dan berkongsi mengalaman supaya dapat memberi inspirasi kepada golongan belia.

Dan yang paling best sekali BAS PERCUMA juga akan disediakan bagi laluan seperti 
🚌 Inanam - UMS - Inanam
🚌 Padang Merdeka - UMS - Padang Merdeka


Jangan lepaskan peluang!

Program Temu Duga Terbuka SL1M Peringkat Negeri Sabah 2017

22 & 23 Julai 2017
7.30 pagi - 5.30 petang
Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS)


Ingin mendaftar menjadi PESERTA SL1M SECARA ONLINE??  → Borang Pendaftaran Peserta Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

Alhamdulillah, Blog Sii Nurul Skor SEO 100%

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, Blog Sii Nurul skor SEO 100% setelah bertungkus-lumus bertarung dengan SEO. Namun, kejayaan ini tidak akan berhasil tanpa bantuan daripada rakan blogger sekalian. Terima kasih semua~~

Terima kasih kepada Kak Mayy Jie kita (tepuk tangan) kerana menulis Cara Blog Mayy Jie Skor 100% SEO. Sedikit sebanyak entry Kak Mayy Jie kita ini telah membantu mempermudahkan aku untuk mencapai SEO 100%. 


Pada mulanya SEO blog ini hanya 38%. Apabila mencuba tutorial daripada Belajar Blog Leski akhirnya meningkat secara perlahan-lahan kepada 58% ke 78% dan akhirnya 100%. Ya Allah, macam sukar untuk dipercaya, haha~ Excited ada, happy pun ada. Siap check sampai 3 kali lagi. huhu. Aku hanya rujuk kepada tips daripada Blog Leski itu sahaja kerana tips yang diberikan sangat mudah untuk difahami.


Yeaah! SEO done! 
Mungkin lepas nie nak cuba apply Google Adsense pula. Insya'Allah.


Lirik Lagu Terima Kasih – Aizat Amdan & Faizal Tahir

Assalamaulaikum
Bismillah


Lirik Lagu Terima Kasih – Aizat Amdan & Faizal Tahir

Percaya padaku tak akan ku lupakanmu
Walaupun ku jauh ku sentiasa milikmu
Andainya kau rasa perlu
Luah saja sedia ku mendengar

Terima kasih untuk semua
Takkan ku lupa
Sabar menanti ku kan kembali
Aku berjanji

Hanya satu ku pinta
Percaya pada diriku
Hatiku hatimu serahkan pada yang satu
Andai bersalah maafkan ku

Sesungguhnya
Tiada yang sempurna

Terima kasih untuk semua
Takkan ku lupa
Sabar menanti ku kan kembali
Aku berjanji

Bertahan walau apa tak kira apa saja
Bertahan walau apa bersama selamanya

Terima kasih
Terima kasih
Untuk semua
Takkan ku lupa
Sabar menanti
Ku kan kembali
Aku berjanji

Aku bersyukur pada yang satu
Sempurna kita kerananya
Ku kan selalu
Ada untukmu


Lagu Faizal Tahir tidak pernah mengecewakan! Kali ini gandingan hebat bersama Aizat Amdan. 

DIY Simple Album Photo (Guna Fail Je)

Assalamualaikum
Bismillah

Apa khabar blogger sekalian? Aku berharap korang semua dalam jagaan Allah SWT. Dah lama tak buat entry tentang DIY. Sebelum balik kampung, aku teringin nak buat album photo family untuk dihadiahkan kat nenek di kampung.



Secara jujurnya, aku tak terfikir pun nak buat DIY ini sebab keesokkan harinya tue (Hari Rabu) aku dah nak balik kampung. Puas aku cari album photo tetapi tak jumpa. Jadi, aku pun buatlah Simple Album Photo (Guna Fail Je) dengan kreativiti aku sendiri. Memandangkan aku ada sekotak barang-barang perhiasan untuk DIY, aku hanya perlu beli fail sahaja yang berharga RM 3.50 di Supersave.

Ikuti cara-cara simple buat album photo menggunakan fail.






Simple ja kan? Selain menjimatkan duit, dengan album photo menggunakan fail ini boleh memuatkan LEBIH DARIPADA 300 KEPING GAMBAR dalam 1 fail (bergantung dengan kreativiti sendiri). Aku hanya menggunakan 16 muka surat sahaja, itupun dah lebih 60 keping gambar. Hehe

Akhirnya Pulang Ke Kampung Halaman Setelah 12 Tahun

Assalamualaikum
Bismillah


Akhirnya Pulang Ke Kampung Halaman Setelah 12 Tahun duduk kat bandar di Kota Kinabalu, Sabah. Lamanya tak balik kampung. Kali terakhir balik semasa umur aku 10 tahun, darjah 4. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa tak balik kampung? 

Kampung bapa dan mama aku kat Pulau Balambangan, Kudat. Setelah arwah atuk meninggal dunia, nenek dan pakcik berhijrah ke Pulau Banggi, Kudat dorang bina rumah sendiri kat sana dan terus menetap di sana. Memandangkan mama dan bapa aku selepas kahwin saja terus menetap di bandar Kota Kinabalu, jadi kami tak pernah balik sekeluarga. Mama dan bapa tak pernah berpeluang untuk balik kampung kerana kekangan masa dan kewangan. Tambahan pula kami mempunyai adik-beradik yang ramai (8 orang), amat memerlukan bajet yang boleh tahan banyak juga. RM1000 tak cukup sekali balik. 

Sebenarnya aku rindu mahu balik kampung jumpa nenek. Kali terakhir jumpa pada tahun 2012, semasa kenduri arwah atuk. Aku ni mahu ja balik setiap tahun kalau boleh, tetapi bapa aku nie takut aku balik sendiri. Maklumlah anak perempuan sulung kesayangan kan. 

Kali ini aku berkeras sikit nak balik kampung, walaupun tidak diizinkan balik. Alasan sebab takda bajet, tetapi aku dalam diam kumpul bajet tambang sendiri dan thanks to my sweetheart sebab tambah sikit belanja. I love you! Hahaha xD. Terima kasih juga kepada para bloggers yang anjurkan giveaway. Alhamdulillah rezeki daripada giveaway tu lah yang buat belanja balik kampung. Semoga dimurahkan rezeki korang semua. Amin~~~

Apabila family tahu aku dah cukup bajet balik kampung sorang, dorang diam-diam saja. Ya! Aku dah nekad nak balik. 
Dear my grandmother, I apologize for not visiting after grandfather passed away. I'm so sorry for not bring along my siblings to see you. They are still studying. Mom and dad sometimes busy and don't have any holiday. My elder brother also worked. So, I'm the only one whom still on semester break and have a long holiday. I've been missing you so much! Aku dah cuci gambar family untuk tatapan bila rindu, termasuk gambar arwah atuk. I'm so sorry for neglecting you for so many years. I want to meet you but I just can't. That's why this year I force myself to meet you even though they might be angry at me. Don't worry this Wednesday I will go back hometown for the first time at Banggi Island. I'm looking forward to see your happy face. Cheers~ Don't cry and sad anymore💛Love from me

Semoga perjalanan ke kampung berjalan dengan lancar. Doakan aku ya :) 

Post ini dipublish agak lewat sedikit daripada tarikh aku balik kampung sebab aku mungkin tak bawa laptop ke sana. So aku dah setkan kepada auto publish.

Bahaya Rabies (Penyakit Anjing Gila) Terhadap Kanak-Kanak

Assalamualaikum
Bismillah

Rabies (penyakit anjing gila) adalah sejenis penyakit zoonotik bawaan virus Lyssa dari famili Rhabdoviridae. Virus ini boleh menjangkiti mamalia termasuk manusia melalui air liur gigitan haiwan yang terjangkit. Tempoh inkubasi penyakit rabies didalam haiwan adalah boleh berlaku antara 10 hari sehingga 6 bulan. 

Tanda-tanda klinikal haiwan yang terjangkit adalah perubahan kelakuan samada agresif (menyerang objek yang bergerak seperti manusia dan haiwan lain) atau monyok/dungu, lumpuh (paralysis) dan berakhir dengan kematian.


Sebenarnya kes ini pernah berlaku pada tahun 1999 di Malaysia. Walaubagaimana pun telah berlaku satu laporan kes gigitan anjing yang positif rabies sekitar tahun 2015 di Negeri Perlis. Lanjutan dari itu, dilaporkan pula satu kes gigitan anjing pada kanak-kanak di Kuala Sungai Pinang pada tahun yang sama.
Sumber: Bahagian Pengurusan Biosekuritidan SPS, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya.www.dvs.gov.my
Perkara ini sangatlah membimbangkan para ibu bapa termasuk keluarga aku. Biasalah budak-budak ini suka bermain di luar. Tambahan pula kawasan rumah aku ini banyak anjing. Oleh itu, ibu bapa kena ambil langkah berjaga-jaga terhadap keselamatan anak-anak anda. 

Sekiranya anak-anak anda diserang gigitan anjing anda haruslah tahu simptom-simptom Rabies atau penyakit anjing gila ini. Tanda-tanda awal termasuk :

  • Rasa bimbang, sakit kepala, demam, lesu dan perubahan deria di sekitar tempat gigitan.
  • Mudah terangsang, berhalusinasi dan berasa takut pada tiup­an angin (aerophobia). 
  • Sesetengahnya berasa gerun atau bencikan air (hidrofobia) disebabkan kekejangan otot kerongkong yang sakit ketika menelan. 
  • Pesakit menjadi celaru, mengalami sawan sehingga boleh membawa maut.
  • Jenis rabies yang dinamakan paralytic rabies (sawan lumpuh) mempunyai tanda dan gejala seperti kehilangan deria, lemah badan, badan berasa sakit, dan lumpuh.
Sumber rujukan Kementerian Kesihatan Malaysia

Info grafik tentang Penyakit Anjing Gila